Isnin, 29 September 2014
KELEBIHAN SEBUAH CIUMAN UNTUK SUAMI ISTERI
SOLAT KHUSYUK SOLAT TERBAIK
MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.
Perkongsian ini Nur dapat daripada kawan2 wassap Nur.. Dan, kerana ilmu ini sangat besar manfaatnya, Nur share pulak kat blog simple Nur ini dengan harapan mampu menjadi asbab kepada tersebarnya hidayah kepada semua orang.. In shaa Allah...
***********************************
Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan apa jua kerja.
1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak
memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah. Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa saja.
2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk bertemu denganNya secara formal.
Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.
3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan kemaksiatan.
4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.
Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.
5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu. Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.
6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.
7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….
“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya
Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya
Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”
“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit
dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya
Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”
“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah,
hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”
“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan
untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang
yang berserah diri."
8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita komunikasikan dengan Allah adalah….
“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang
terkutuk ya Allah.”
“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan
Penyayang ya Allah”.
“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah. Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah."
"Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami mohon pertolongan ya Allah." (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)
"Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan
jalan yang sesat ya Allah.”
ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.
9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.
10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.
11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah Terima kasih yang datang dari hati ini.
Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati. Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.
” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”
Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan jantung.
Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.
12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN.. bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….. tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..
Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….
“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”
Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita? Siapa kita yang sering ingin dipuji?
Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?
Siapa kita?….
Astaghfirullah.
13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi. Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita mengharapkan redha Allah semata-mata.
Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….
“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”
Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.
14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya. Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah…mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.
“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”
“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”
“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”
“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah”
(angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.... Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus hidup).
“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”
“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”
“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”
“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”
Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan
lebih berserah kita padaNya.
*****************************
Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.
Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.
Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa.
TIPS TERBAIK TIDURKAN ANAK
BAGAIMANA MEMUPUK TABIAT TIDUR YANG BAIK
# kredit info asal daripada Drypers
★ Adakah bayi anda tidur nyenyak sepanjang malam?
Hanya apabila anda menjadi ibu bapa sahaja anda akan menyedari bahawa tidur bayi susah diramalkan. Ianya disebabkan oleh ritma sirkadian, atau pusingan tidur-jaga, dan ini diatur oleh cahaya dan kegelapan. Ritma ini mengambil masa untuk dimajukan. Pada bulan-bulan terawal, anda perlu mengikut corak tidur bayi anda. Bagaimanapun, selepas enam bulan, anda boleh mula ‘mengurus’ tidur bayi anda. Pastikan kita yg mengaturkan tidurnya bukan dia yg mengaturkan tidur kita.
★ Memahami tidur bayi
Bayi yang baru lahir tidur purata 16 jam sehari. Sepanjang waktu tidur, bayi ini berada di dalam fasa tidur yang berbeza. Sepanjang tempoh ini, bayi tidur dengan senyap (tidur nyenyak) dan pada masa lain lebih resah (pergerakan mata pantas (PMP) di waktu tidur, dikenali sebagai tidur bermimpi). Sebahagian daripada tidur bayi baharu lahir adalah PMP.
Di ketika ini, darah yang dibekalkan ke otot dipertingkatkan, tenaga dibaik pulih, pertumbuhan tisu berlaku dan hormon penting dirembeskan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi. Dari segi samada sedar atau tidak, fasa tidur waktu ini adalah di bawah kategori sedar. Anda mungkin menyedarinya apabila anda melihat bayi anda – dia bergerak dan senang terjaga.
Lebih daripada 50% Hormon Pertumbuhan Manusia* (HPM) yang penting untuk tumbesaran dirembeskan ketika tidur nyenyak.
* http://www.news-medical.net/health/Growth-Hormones-What-are-Growth-Hormones.aspx
“Saya mendukung bayi di dalam posisi membuai dan mengusap dahinya ke bawah dengan lembut, seperti membantunya menutup mata. Tetapi saya perasan cara terbaik untuk menidurkan bayi adalah apabila saya tenang. Dia boleh mengesan ketenangan saya dan tidur lebih mudah dan cepat.”
-Chin Jin Ho.
★ Membantu bayi tidur
♥ 0-4 Bulan
Ritma tidur bayi yang baru lahir berkitar mengikut keperluan mereka untuk diberi makan, bertukar lampin dan dipelihara. Biasanya mereka menunjukkan yang mereka mengantuk dengan menggosok mata atau menangis. Bayi yang baru lahir memerlukan keselamatan dan sentuhan fizikal sekerap mungkin. Ini memberi rasa seakan dakapan, kerana itulah bayi suka didukung oleh anda. Jika bayi tertidur ketika menyusu atau didukung, tunggulah sehingga setengah jam, kemudian barulah meletakkannya di atas katil. Ini kerana seeloknya menunggu sehingga bayi nyenyak tidur sebelum mengalihnya.
♥ 4-5 Bulan
Jika bayi anda tertidur semasa menyusu, ia akan mula biasa tertidur di dalam dakapan anda. Ini bermakna yang dia akan bangun semula bila diletakkan di atas katil kerana bayi anda mahukan keselesaan daripada tangan atau dada anda. Pada tahap ini, adalah baik jika anda terus meletakkan bayi yang tidur ke atas katil sebaik sahaja dia tidur, agar anda tidak membiasakannya untuk tidur di dalam dakapan anda. Juga supaya keadaan bayi tidak menyusahkan pengasuh anak anda pula.
Apabila bayi diletakkan di atas katil ketika mereka penat tapi masih terjaga, mereka boleh menjadi “penenang diri sendiri” yang membolehkan mereka tertidur dengan sendirinya. Jika bayi anda selesa dengan badan anda dan menerima bantuan anda untuk menidurkannya setiap kali hendak tidur, dia akan menangis atau memberi tanda agar anda menidurkannya setiap kali terjaga dan hendak tidur semula di waktu malam.
♥ 6-12 Bulan
Pada usia 6 hingga 7 bulan, kebanyakan bayi telah mula membentuk corak makan dan tidur yang baik. Jika anda mula menyuap bayi makan, kemungkinan dia tidak akan meminta untuk disusukan di waktu malam. Bayi pada usia ini tidur kira-kira 10 hingga 12 jam, tetapi adalah biasa jika bayi terjaga beberapa kali di waktu malam. Jika anda tidak berbuat apa-apa dan membiarkan bayi menenangkan dirinya sendiri hingga tertidur kembali, ia akan menjadi lebih mudah kerana bayi tidak memerlukan bantuan anda untuk tidur atau untuk tidur semula sekiranya dia terjaga dari tidurnya.
Aktiviti tetap yang diamalkan sebelum tidur menawarkan rasa selamat, tetapi anda harus berhati-hati untuk tidak mempraktikkannya terlalu lama, kerana ini boleh membuatkan kanak-kanak akan menjadi terlalu letih dan meragam. Anak yang terlalu letih akan menjadi hiperaktif dan akan susah untuk tidur. Semasa tempoh setengah tahun pertama, bayi anda juga akan mengalami keresahan jika ditinggalkan, dan tidak mahu berenggang daripada anda. Jika ini terjadi, anda hendaklah bertenang dan bersabar.
Bayi anda mungkin mula merangkak, berdiri atau memulakan langkah pertamanya untuk berjalan. Peningkatan aktiviti motor ini boleh mengganggu tidur kerana anak anda mungkin cuba untuk duduk atau berdiri ketika waktu tidur. Letakkan anak anda di dalam katil bayi untuk mengelakkan kemalangan.
♥ 1 Tahun
Pada mulanya, bayi masih perlu tidur sebentar di waktu pagi dan tengahari. Pada usia 15 bulan, ianya mungkin akan lebih sukar untuk anda dan bayi anda, kerana akan bermasalah jika tidur terlalu banyak atau terlalu sedikit. Anda hendaklah menerima fasa peralihan ini. Cubalah untuk selang-selikan seperti tidur sebentar untuk sekali atau dua kali sehari. Ingatlah, yang anak anda perlu tidur seperti waktu dia bayi dahulu, jadi teruslah mengamalkan rutin tidur semasa anak anda masih kecil.
★ Posisi tidur
Bayi hendaklah tidur menelentang sejak dari lahir. Sebaik sahaja bayi boleh berpusing, biarkan bayi tidur di dalam posisi yang dia mahu. Namun demikian, adalah baik untuk memastikan yang bayi tidak sentiasa memusing kepalanya di sebelah tertentu sahaja bagi mengelakkan kepala bayi berubah bentuk atau kemek.
★ Bayi yang tidur di atas katil ibu bapa
Menjadi mitos bahawa bayi yang tidur bersama di atas katil ibu bapanya tidak mudah untuk tidur di katilnya sendiri. Bagaimanapun, anda harus sedar aturan ini mudah mengganggu tidur anak serta ibu bapa sekali dan membawa kesan kepada kehidupan mereka. Sebaik2nya, ajar anak untuk tidur di katil sendiri apabila umurnya sudah mencecah 1 tahun.
★ Tabiat-tabiat Tidur
Jangan merangsang bayi sekiranya mereka menunjukkan tanda-tanda kepenatan.
Cuba elak pandangan matanya dan biarkan dia terlena sendiri.
Bayi memerlukan kebolehramalan bila tiba masa untuk tidur.
Tidurkan bayi anda di tempat yang sama.
Dendangkan lagu atau bercerita kisah yang sama pada malam hari.
Rutin yang sama dan berulangan menjadikan anda dan bayi merasa selamat.
Didik bayi mengenai perbezaan di antara waktu siang dan malam.
Pada malam hari , tutuplah langsir, gunakan lampu malap, pastikan kadar bunyi bising adalah rendah dan juga pastikan tidak banyak gangguan di dalam bilik yang boleh menarik perhatian bayi.
Pakaikan bayi pakaian yang selesa untuk tidur.
Elakkan pakaian bayi yang boleh mengakibatkan tubuh bayi terlalu panas di malam hari. Bahan berupa kain kapas sesuai dengan iklim di Malaysia dan memberikan bayi lebih keselesaan.
Letakkan permainan yang lembut bersebelahan bayi anda.
Bayi anda akan belajar untuk mencari bahan yang selesa selain daripada tubuh anda atau pun degupan jantung anda.
★ Tahukah anda bahawa terlebih menyusu bayi boleh mengganggu tidur bayi? *
Para penyelidik mendapati bahawa bayi yang terlebih menyusu pada minggu-minggu pertamanya akan menghadapi risiko sehingga tiga kali ganda tidak dapat tidur berterusan bila mencapai usia 12 minggu. Kerana itu, ibu bapa digalakkan untuk memahami keperluan bayi sebaiknya. Bayi menangis bukan hanya kerana dia lapar. Mungkin kerana dia tidak selesa dengan lampin, suhu bilik ataupun ketakutan.
Walaupun tiada nombor bilangan penyusuan yang betul atau salah, anda boleh kurangkan kadar penyusuan pada malam hari secara beransur dengan menjarakkan masa iaitu menukar lampin bayi terlebih dahulu sebelum menyusu selepas bayi berusia 3 minggu.
Cth: dengan syarat bayi bertambah beratnya. Ini akan mengelakkan bayi daripada sentiasa mahu menyusu dan berjaga di waktu malam.
*http://www.dailymail.co.uk/health/article-156244/Overfeed-baby-youll-bad-nights-sleep.html
Pasang lampu merah sepanjang malam. Ia menyediakan suasana lembut
Jika boleh, bawa bersama kereta sorong bayi ketika mengunjungi rakan atau keluarga. Bayi tidur lena di dalam suasana yang dia kenali.
Bagi kanak2 yg berumur 6 bulan ke atas, lengkapkan pemakanan anak anda dengan nutrisi yg lengkap & sihat setiap hari. Badan yg mempunyai nutrisi lengkap & sihat setiap hari juga mempengaruhi pola tidur anak2. Masakan mereka dapat tidur dengan baik jika badan kurang sihat & kerap jatuh sakit.
Selasa, 23 September 2014
[EXCLUSIVE GIVEAWAY ~ Saya Nak Sihat]
Bismillah
Assalamualaikum wrt…
PENGUMUMAN!!! PENGUMUMAN!!!!
Alhamdulillah, kini Nur & rakan2 seperjuangan mengadakan GIVEAWAY untuk mereka yg nak merasai nikmat sihat & cantik secara percuma!!!
GIVEAWAY ini berlansung MULAI 22 SEPT 2014 – 3 OKTOBER 2014...
Jom baca selanjutnya...
Hanya klik pada link di bawah untuk maklumat lanjut.
Layari -> http://bit.ly/GA-RM1000
Jadi, apa tunggu lagi???
MARI KITA JOIN BERAMAI-RAMAI!!!
Khamis, 18 September 2014
TIPS KURUS & RENDAHKAN KOLESTROL DENGAN PELUKAN
★ Rumusan mantap daripada beberapa jenis fitosterol
★ Membekalkan 2,000mg fitosterol tumbuhan setiap hari
★ Menepati 100% keperluan harian fitosterol yg disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)*
★ Tiada tambahan pengawet, pewarna, perisa atau pemanis
1) 200 biji lobak merah
2) 70 keoing roti gandum
3) 425 biji tomato
Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan stanol tumbuhan) di temui dalam membran sel tumbuh-tumbuhan. Ia juga boleh ditemui dalam kuantiti yg kecil dalam pelbagai tumbuhan, buah -buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Dianggarkan 200-400mg sterol tumbuhan dan lebih kurang 50mg stanol tumbuhan kita makan setiap hari.
★ menurunkan paras kolestrol dalam badan seseorang
★ menstabilkan paras kolestrol baik dalam badan
★ bukan sahaja utk mereka yg mempunyai paras kolestrol yg tinggi semata2 tetapi ia disarankan kepada sesiapa sahaja yg ingin menjaga kesihatan mereka
★ sangat membantu dalam mengurangkan berat badan
Selasa, 16 September 2014
TESTIMONI MEAL SHAKE SHAKLEE
http://bit.ly/MealShakePelengkapMakanan
Isnin, 8 September 2014
13 MAKANAN PALING TERUK UNTUK BAYI
PENJAGAAN TALI PUSAT BAYI BARU LAHIR