Rabu, 10 Jun 2015
TIPS PENYUSUAN SUSU IBU DI BULAN PUASA
1:03:00 PG
SUPPLIMEN IBU MENYUSU, TIPS BANYAKKAN SUSU IBU, TIPS IBU MENYUSU BULAN PUASA, TIPS PERSEDIAAN IBU MENYUSU, TIPS PUASA SAMBIL MENYUSUKAN
No comments
1) Makan banyak buah-buahan, makanan yang tinggi fiber & jus
- amalkan pengambilan makanan yg tinggi dengan zat seperti protein semulajadi sewaktu bersahur & berbuka bagi mengekalkan khasiat susu ibu & mengekalkan kesihatan ibu. Pengambilan supplimen mungkin boleh membantu ibu untuk kekal sihat & bertenaga.
2) Tambah kekerapan mengepam sebelum bulan Ramadhan
- mulakan persediaan fizikal & mental eejak dari awal. Latih tubuh supaya menghasilkan lebih banyak susu ibu sejak dari awal lagi.
3) Jadikan kurma sebagai snek
- kurma mengandungi gula ringkas yg mudah tercerna & mampu meningkatkan kuantiti serta kualiti susu ibu. Ibu juga tidak mudah lemah, gigil & lebih terkawal sewaktu berpuasa.
4) Patuhi jadual mengepam
- mematuhi jadual mrngepam mampu membantu ibu memenuhi konsep asas penyusuan susu ibu yg sebenar iaitu SUPPLY ON DEMAND.
5) Minum air suam kosong yang banyak sewaktu berbuka & bersahur
- letakkan botol air berhampiran tempat tidur. Jika ibu terjaga, ibu boleh terus minum bagi mengekalkan kandungan air dalam badan sentiasa mencukupi.
6) Fikir positif susu akan sentiasa cukup
- mind set ibu sangat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Jangan sesekali sebut, fikir, ataupun membayangkan sekalipun susu kurang atau perkara yg berkaitan dengan tidak cukup susu.
7) Amalkan POWER PUMPING seminggu sekali
- sekurang kurangnya... Aktiviti power pumping yg dilakukan selama satu jam, dan berlansung setiap 10 minit mampu meransang tubuh ibu untuk menghasilkan demand yg tinggi.
8) TAWAKAL pada Allah
- setelah kita berusaha, berserahlah pada Allah. Segalanya akan berlaku dengan izinNya juga...
http://ibu-ayah-comel.blogspot.com
Untuk keperluan nutrisi ibu ketika menyusukan anak dengan susu ibu boleh baca di sini --->>> http://ibu-ayah-comel.blogspot.com/search/label/SUPPLIMEN%20IBU%20MENYUSU
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~