Khamis, 31 Oktober 2013
Nur kembali setelah 6 bulan menyepi..
10:12:00 PTG
No comments
Alhamdulillah..
31 Oktober 2013 merupakan tarikh yang amat istimewa untuk Nur. Setelah 6 bulan meninggalkan aktiviti blogging, hari ini, Nur kembali lagi untuk berkongsi sesuatu, memberi sesuatu, yang mudah mudahan akan memberi manfaat kepada orang lain..
Hari ini juga closing bulan Oktober 2013 bagi Nur & seluruh ahli S4H.. sangat2 teruja dengan kenaikan yg konsisten oleh salah seorang ahli S4H.. Syukur Alhamdulillah.. Semoga kami terus konsisten dalam mendaki puncak perniagaan Shaklee.. Ameen..
SELAMAT MEMBACA, SELAMAT MEMBERI KOMEN JUGA!!
31 Oktober 2013 merupakan tarikh yang amat istimewa untuk Nur. Setelah 6 bulan meninggalkan aktiviti blogging, hari ini, Nur kembali lagi untuk berkongsi sesuatu, memberi sesuatu, yang mudah mudahan akan memberi manfaat kepada orang lain..
Hari ini juga closing bulan Oktober 2013 bagi Nur & seluruh ahli S4H.. sangat2 teruja dengan kenaikan yg konsisten oleh salah seorang ahli S4H.. Syukur Alhamdulillah.. Semoga kami terus konsisten dalam mendaki puncak perniagaan Shaklee.. Ameen..
SELAMAT MEMBACA, SELAMAT MEMBERI KOMEN JUGA!!
Selasa, 23 April 2013
NOTIS UNTUK PENGASUH ANAK ANDA ~ CARA PENGENDALIAN SUSU IBU BUAT BABY SYAFIQ
Notis ini Nur buat untuk diserahkan kepada pengasuh anak. Sebelum bagi pada pengasuh laminated siap-siap & hadiahkan fridge magnet skali pada pengasuh minta dia letakkan notis tersebut di pintu peti sejuk. Tapi, ibu-ibu tetap wajib pesan dan ajar pengasuh cara-cara pengendalian susu ibu secara manual. Supaya tidak tersalah faham. Semoga bermanfaat..
PENGENDALIAN SUSU IBU BABY SYAFIQ
- Keluarkan botol susu dari beg susu dan simpan susu ibu di dalam peti sejuk di bahagian sejuk tingkat paling atas BUKAN bahagian beku.
- Ambil botol susu mengikut turutan nombor 1, 2, 3, 4, 5, 6.
- Panaskan di dalam bekas yang mengandungi AIR SEDANG2 PANAS (campuran air panas & air sejuk). Biarkan seketika. Ataupun panaskan susu dengan menggunakan pemanas susu dengan suhu maksimum 40 darjah celcius
- Periksa suhu susu di atas tangan BUKAN tapak tangan. JANGAN GONCANG BOTOL SUSU, goyang-goyang manja sahaja untuk menjaga komposisi dan khasiat susu ibu.
- Tuangkan susu ke dalam botol susu untuk menyusu (BOTOL MAM).
- Lapik kain lampin dibawah dagu Syafiq untuk elakkan ruam susu terbentuk di tengkuk jika tertumpah / menitik.
- Baca Bismillah.
- Pegang botol susu semasa susu diberikan. Jangan menyusukan baby Syafiq di dalam buaian untuk elakkan tersedak susu.
- Setelah selesai, BURP Syafiq (sendawakan) dengan cara tepuk perlahan belakang badan Syafiq. (wajib supaya Syafiq kurang muntah / muak susu semasa penyusuan yg seterusnya nanti dan membuang angin)
- Bilas botol susu dan cuci puting. Bilas botol susu untuk menyusu (BOTOL MAM) dengan air panas sebelum penyusuan seterusnya.
Susu yang tidak habis
di minum boleh disimpan dan perlu dihabiskan dalam masa 1 jam. Buang setelah tamat 1 jam.
Susu yang telah dipanaskan tetapi belum diminum tahan dalam masa 2 jam &
susu yang telah dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti ais kembali.
Jangan beri air masak kepada bayi yang minum susu ibu sepenuhnya.
Jangan beri air masak kepada bayi yang minum susu ibu sepenuhnya.
TIDAK BOLEH:
TIDAK BOLEH
panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
TIDAK BOLEH
panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
TIDAK BOLEH didihkan susu
perahan.
Sebab & alasan: susu
akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien &
zat-zat penting dalam susu ibu juga akan termusnah oleh kepanasan melampau atau panas yang lebih daripada 40 darjah celcius kerana susu ibu adalah sel hidup. Sekiranya ada apa-apa soalan sila telefon/sms 017-2720564 (NUR).
Terima kasih banyak-banyak naa..
Happy Breastfeeding!!
CONTOH GAMBAR BEG SUSU :-
Untuk bawa ke pejabat Nur guna cooler beg Mom's Little Ones. Untuk bekalan ke pengasuh Nur guna cooler beg Jingle Jungle. Alhamdulillah sangat membantu menyejukkan susu sekurang-kurangnya sehingga sampai ke rumah pengasuh. Sebab susu ibu kene pastikan sentiasa dalam keadaan sejuk yer mommies2.. :)
CONTOH GAMBAR BOTOL UNTUK MENYUSU :-
Nur suka botol MAM sebab ini botol anti-colic / anti kembung dan amat sesuai dengan anak Nur. Setiap anak lain-lain caranya. Jadi, adalah penting untuk kita try & error. Fahami anak anda sebaiknya. In Shaa Allah semoga dipermudahkan segalanya...
Sabtu, 20 April 2013
PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)
PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)
- Pastikan susu ibu yang diperah sentiasa dalam keadaan sejuk. Pilih beg atau bekas penyejuk yang mampu bertahan 8-12 jam setiap hari.
- Beg penyejuk yang bagus mempunyai penebat haba yang baik.
- Pastikan bongkah ais sentiasa dibekukan pada malam hari.
- Anda boleh campurkan hasil perahan beberapa sesi dengan syarat suhunya sama dan ia mestilah dalam tepoh 24 jam.
- Lebih kerap breast dikosongkan, lebih banyak susu baru akan dihasilkan.
- Amalkan tendem pumping untuk menjimatkan masa mengepam sekaligus mampu meningkatkan penghasilan susu.
- Minum air secukupnya. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
- Stress adalah penyebab utama susu merosot.
- Bekalkan susu perahan (EBM) yang telah dicairkan kepada pengasuh untuk memudahkan dan menjimatkan masa proses pemanasan.
- Kerapkan penyusuan kerana kebiasaannya bayi yang mudah kembung adalah kerana kurang menyusu.
- Pastikan bayi menyusu disebelah payudara sahaja sehingga kenyang supaya bayi dapat khasiat susu ibu sepenuhnya iaitu 'HIND MILK' dan 'FOREMILK' secukupnya.
- berat bayi yang sihat adalah bergantung kepada banyaknya susu akhir atau hind milk yang diambil oleh bayi.
- supplemen bukan penentu banyaknya susu anda tetapi supplemen membantu menghasilkan susu yang lebih berkhasiat dan memberikan kesihatan sempurna kepada ibu bagi menghasilkan susu yang banyak dan secukupnya untuk bayi.
- Jangan MALAS mengepam. Makin MALAS anda mengepam, makin kuranglah payudara anda diransang untuk menghasilkan susu.
- Senyum selalu..
WITH LOVE, NUR..
MIGHTY 3 GEM ~ SUMBER TENAGA LENGKAP HARIAN ANDA
MIGHTY 3 GEM SET DARIPADA SHAKLEE
klik link di bawah untuk pembelian MIGHTY 3 GEM SET secara online
Anda susah nak makan pil? Sukar nak telan pil untuk memenuhi keperluan nutiren harian dalam badan? Jawapan Nur, amalkan Set Mighty 3 Gem di dalam sarapan dan minum petang anda untuk membekalkan tenaga yang maksimum secara sihat disamping memenuhi keperluan nutrien lengkap di dalam badan anda. Sarapan yang lengkap, sempurna dan berkhasiat sangat penting bagi memberikan hari yang lebih ceria, kekal bertenaga dan sentiasa bersemangat!
1) ESP ~ Energizing Soy Protein
- Pembekal tenaga segera yg terdiri daripada protein ringkas dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan
- Meransang pembentukan semula kulit dan otot kerana protein adalah makanan utama bagi kulit dan otot kita
- Terdiri daripada asid amino bagi membina otot, kulit, rambut, darah, organ dan ia adalah kunci kepada awet muda
- Meransang semula pembentukan kulit dan ini dapat mengurangkan kedutan, mengurangkan kesan parut dan mempercepatkan penyembuhan luka
2) MEALSHAKE
- Nutrisi lengkap yg mudah diserap untuk bekalan kepada tubuh
- Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu untuk badan
- Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium
- Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
- Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup yang mampu mengembalikan seri wajah
- Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus
3) PERFORMANCE DRINK
Siapa yg memerlukan?
- Meningkatkan Daya Ketahanan Badan
- Menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederalkan tubuh
- Membekal Tenaga & daya Ketahanan Fizikal
- Mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh
- Mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride yang dirumus untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian
- Mencegah Penyahhidratan yang mampu mengurangkan kehausan, mencegah penyahidratan, melembapkan kulit dan kelihatan muda
- Mengekalkan paras gula sihat dalam darah yang penting bagi tenaga otot.
- Mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan yang sering dialami oleh ibu hamil dan ibu menyusukan anak dengan susu ibu.
- Percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.
klik link di bawah untuk pembelian MIGHTY 3 GEM SET secara online
- sahur yang sihat dan sempurna bagi mereka yang ingin berpuasa
- para atlet dan ahli sukan seperti suami saya
- sebelum dan selepas pembedahan
- mereka yang kerap letih dan mengantuk
- mereka yang sedang mengalami cirit-birit
- mereka yang sering tidur lewat malam
- ibu-ibu hamil dan menyusu yang ingin berpuasa
- mereka yang kurangs selera makan
- sarapan yang sihat buat mereka yang mengalami masalah berat badan
- mereka yang ingin mengekalkan tahap kesihatan yang sihat
klik link di bawah untuk pembelian MIGHTY 3 GEM SET secara online
Pengedar Sah Shaklee Anda | Shaklee Independent Distributor
# Shaklee Setia Alam
# Shaklee Shah Alam
# Shaklee Puchong
Hubungi Nur SMS/WASSAP/WECHAT 017-2027564 untuk dapatkan sarapan sihat anda dan lain-lain produk Shaklee!!
Ahad, 17 Mac 2013
CEGAH OSTEOPOROSIS DENGAN OSTEMATRIX
APA ITU OSTEOPOROSIS
Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh. Ia
menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti
span dan rapuh dari dalam. Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini
melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin
meningkat. Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat. Tulang
yang mempunyai masalah osteoporosis pula boleh retak hanya disebabkan
kecederaan ringan yang biasanya tidak boleh menyebabkan tulang patah. Keretakan
boleh terjadi sama ada dalam bentuk retak (seperti pinggul retak) atau
rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang. Tulang
belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang biasa mengalami retak
tulang yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.
Dianggarkan
satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi
50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia. Kos bagi
rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula
dijangka meningkat kepada AS$131.5 bilion (RM432.4 bilion) menjelang
2050. Selain itu, insiden keretakan pinggul di seluruh dunia dijangka
meningkat sebanyak 240 peratus bagi wanita dan 310 peratus bagi lelaki
menjelang 2050. Di Malaysia, 51.8% wanita tinggal di bandar pada usia menopaus atau putus haid didapati mengalami masalah kerapuhan tulang sederhana. Wanita asia dikatakan golongan utama sasaran Osteoporosis khususnya bagi
individu mencapa tahap menopaus dan menjalani pembedahan membabitkan
pembuangan ovari walaupun pada usia muda.
- SUMBER HARIAN METRO
Kesihatan tulang adalah salah satu daripada elemen penting untuk kesejahteraan hidup. Tanpa sokongan dan perlindungan daripada tulang, kita tidak mungkin dapat melakukan aktiviti-aktiviti fizikal walaupun aktiviti yang paling mudah. Kita hanya mempunyai satu set tulang untuk digunakan seumur hidup. Oleh sebab itu, kesihatan tulang yang baik adalah kunci kepada kehidupan yang sihat dan aktif. Kita perlu memberi perhatian untuk memastikan tulang-tulang kita mendapat khasiat pemakanan yang betul agar kita dapat terus melakukan aktiviti-aktiviti yang kita gemari. Seseorang itu akan mengalami satu tahap pertumbuhan tulang yang pesat, di mana tulang-tulang akan menjadi lebih besar, berat dan padat. Apabila seseorang itu mencecah pertengahan usia 20-an, dia akan mencapai satu titik ketumpatan dan kekuatan maksimum tulang yang dipanggil `puncak jisim tulang'. Ketika zaman kanak-kanak dan remajalah keperluan bagi pemakanan tulang yang secukupnya adalah amat penting.
Kita perlu memastikan bahawa tubuh kita menerima bekalan vitamin, mineral dan nutrien yang optimum bagi melengkapkan proses pembentukan semula tulang untuk mendapatkan jisim tulang yang maksimum. Sebahagian daripada nutrien-nutrien penting yang diperlukan untuk tulang yang sihat adalah protein, magnesium, zink, fosforus dan vitamin C. Walau bagaimanapun, terdapat tiga nutrien yang memainkan peranan tersendiri dan juga berfungsi secara sinergi dalam mengoptimumkan kesihatan tulang.
OSTEMATRIX SHAKLEE / KALSIUM MAGNESIUM
Ostematrix merupakan kalsium
yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%.
Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari
Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, Vitamin D, Zinc, Kuprum, Manganes dan Boron. Nutrien-nutrien
ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan
menghalang endapan sesetangah mineral yang menjadi punca kepada masalah
batu karang dan batu hempedu. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium
akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara
berkesan.
Zinc, Kuprum, Manganes dan Boron memelihara
metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang
diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.
1 tablet Ostematrix menyamai
kandungan 1 gelas susu tinggi kalsium dan juga menyamai dengan 80 biji
badam. Antara lain-lain manfaat utama yang boleh diperolehi jika
mengamalkan Ostematrix dalam sebagai pelengkap nutrien harian ialah :-
- Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi atau kekejangan, gusi berdarah dan meransang darah untuk memekat secara stabil.
- Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
- Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang selesa dan berkualiti, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam
- Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil secara lawas.
- Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan PH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan meransang detoksifikasi.
- Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.
- Mengandungi Vitamin D - Dinamakan sebagai Vitamin D pada 1961 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal.
Apa kegunaan Vitamin D??
Vitamin D, salah satu
vitamin larut lemak yang mempunyai sifat sifat sebagai vitamin dan
hormon, yang diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan
phosphorus. Ia juga perlu untuk tumbesaran, ia penting terutamanya untuk
tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah
daripada otot menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung.
Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon,
osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, meningkatkan imuniti, ia
juga perlu untuk fungsi tairoid pembekuan darah yang normal.
OSTEMATRIX MILK BOOSTER UNTUK IBU MENYUSU
Rasanya semua sedia maklum yang Kalsium adalah komponen utama dalam
susu ibu. Bila sebut tentang susu je, kita boleh relate dengan kalsium.
Bukan susu lah namanya jika tiada unsur KALSIUM kan?
Untuk pengetahuan semua, Ostematrix juga merupakan salah satu milk booster.
Terutama
ketika masa2 period, susu akan mula merudum. Ini lah masanya
Ostematrix memainkan peranan penting. Kenapa? Kerana, Tubuh kita
kehilangan banyak darah, jadi Kalsium akan membantu replenish darah yang
hilang sebab memang salah satu fungsi kalsium adalah membantu
penghasilan darah.
Ostematrix juga membantu mengatasi rasa lenguh- lenguh badan bagi ibu menyusu, kerana ia mengandungi kalsium yang padatkan tulang dengan kalsium.
Seperti semua sediamaklum, tubuh kita akan hasilkan susu menggunakan kalsium yang ada dalam badan. Bila jarang minum susu atau makan sayur segar, tubuh akan kekurangan kalsium, dan tubuh kita akan ambil kalsium dari tulang, gigi, etc. Sebab tu kalau anda perasan, ibu menyusu mudah rasa cepat letih, cepat sengal- sengal badan dan kerap sakit-sakit di bahagian belakang badan. Jadi, di sini lah Ostematrix memainkan peranan membantu kita..
Ostematrix mampu mengurangkan mabuk & alahan di awal kehamilan!
Ada kawan-kawan yang kata "Sejak mula pregnant nie lansung tak dapat nak telan semua vitamin Shaklee nie..Sebab makin kuat mabuk dan muntah bila makan".
Mungkin setiap org lain-lain pembawakannya tapi sekurang-kurangnya janganlah stop Ostematrix utk membekalkan keperluan Kalsium Magnesium yang sihat untuk keperluan diri sendiri dan baby..
Terdapat beberapa bentuk vitamin D , termasuk vitamin D2 (ergocaliciferol), yang datang dari sumber makanan; vitamin D3(cholecalciferol), yang disintesis dalam kulit kesan tindakbalas kepada dedahan cahaya ultraunggu matahari ; dan dalam bentuk tiruan dikenali sebagai vitamin D5. Daripada tiga bentuk vitamin D tersebut, vitamin D3 dianggap sebagai vitamin D dalam bentuk semulajadi dan lebih aktif.
Bagi ibu hamil, pengambilan kalsium amatlah di tekankan, kerana dapat
mengelakkan risiko tumpah darah semasa bersalin, ia juga membantu blood
clot dengan baik.
OSTEMATRIX MEMBANTU DALAM MELAWASKAN PEMBUANGAN NAJIS
OSTEMATRIX MENGATASI MASALAH ALAHAN DI AWAL KEHAMILAN
OSTEMATRIX MEMBANTU MENGATASI MASALAH TIDUR JUGA!
MEMBERIKAN TIDUR YANG BERKUALITI DAN MEREHATKAN OTOT MATA SECARA BERKESAN!!
MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI.. AMALKAN OSTEMATRIX DI DALAM DIET HARIAN ANDA UNTUK MENIKMATI TULANG YANG SIHAT SEHINGGA HARI TUA ANDA..
PM FB NUR DI www.facebook.com/nurilaily
SMS/WASSAP NUR 0172720564 untuk maklumat lanjut.
SHARING WITH LOVE & CARE, NUR..