PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)
- Pastikan susu ibu yang diperah sentiasa dalam keadaan sejuk. Pilih beg atau bekas penyejuk yang mampu bertahan 8-12 jam setiap hari.
- Beg penyejuk yang bagus mempunyai penebat haba yang baik.
- Pastikan bongkah ais sentiasa dibekukan pada malam hari.
- Anda boleh campurkan hasil perahan beberapa sesi dengan syarat suhunya sama dan ia mestilah dalam tepoh 24 jam.
- Lebih kerap breast dikosongkan, lebih banyak susu baru akan dihasilkan.
- Amalkan tendem pumping untuk menjimatkan masa mengepam sekaligus mampu meningkatkan penghasilan susu.
- Minum air secukupnya. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
- Stress adalah penyebab utama susu merosot.
- Bekalkan susu perahan (EBM) yang telah dicairkan kepada pengasuh untuk memudahkan dan menjimatkan masa proses pemanasan.
- Kerapkan penyusuan kerana kebiasaannya bayi yang mudah kembung adalah kerana kurang menyusu.
- Pastikan bayi menyusu disebelah payudara sahaja sehingga kenyang supaya bayi dapat khasiat susu ibu sepenuhnya iaitu 'HIND MILK' dan 'FOREMILK' secukupnya.
- berat bayi yang sihat adalah bergantung kepada banyaknya susu akhir atau hind milk yang diambil oleh bayi.
- supplemen bukan penentu banyaknya susu anda tetapi supplemen membantu menghasilkan susu yang lebih berkhasiat dan memberikan kesihatan sempurna kepada ibu bagi menghasilkan susu yang banyak dan secukupnya untuk bayi.
- Jangan MALAS mengepam. Makin MALAS anda mengepam, makin kuranglah payudara anda diransang untuk menghasilkan susu.
- Senyum selalu..
WITH LOVE, NUR..
Semuanya telah di update. Harap maaf kepada yang berkenaan. Saya hanya meminjam gambar. Segala ulasan adalah olahan ayat sendiri.. Terima Kasih..
BalasPadam