FAKTA TENTANG BAYI
Anak adalah anugerah Allah yg tidak ternilai.. yang perlu
kita pelihara, didik & jaga sebaiknya.. Tetapi, tidak semua tahu
fakta-fakta menarik berkenaan bayi. Siapa tak suka bayi mmg rugi..
- Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan
Sebab itu tidak digalakkan menggunakan ‘walker’
seawal usianya kerana risiko kaki bengkok amatlah tingi
- Bayi tiada air mata.
Mereka menangis dan
menjerit tetapi air mata sebenar tida wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu
- Mereka mempunyai lebih tulang.
Orang dewasa
mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut
bercantum semasa bayi membesar.
Pengambilan Kalsium oleh ibu yg menyusukan bayi
mereka dengan susu ibu dapat membantu membentuk tulang bayi supaya bercantum dengan
sempurna
- Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir
- Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
Kerana itu bayi lebih suka didakap & mudah
lena sewaktu dalam dakapan ibu ataupun sewaktu menyusu. Ketenangannya apabila
didakap oleh ibu sama seperti ketenangannya ketika di dalam rahim ibu
- Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan
Pengambilan Omega oleh ibu yg menyusukan bayi
mereka dengan susu ibu dapat membantu retina mata terbentuk dengan sempurna
& membentuk penglihatan yg sihat sejak dari kecil
- Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur-ansur dan akan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan
Ia meliputi rambut di bahagian kepala &
rambut di bahagian seluruh badannya
- Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat.
Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara
ibu serta merta semasa dilahirkan.Oleh sebab itu, ramai pakar pediatrik
menggalakkan ibu supaya sering bercakap dengan bayi untuk meransang otaknya
terutamanya jika bayi pramatang
- Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir.
Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik. Tetapi boleh mengingati setiap rasa makanan atau
minuman yg masuk ke dalam mulutnya. Kerana itu, digalakkan supaya ibu
menyusukan bayi secara ekslusif “tanpa makanan tambahan, tanpa air kosong &
tanpa puting kosong” untuk mengelakkan bayi keliru
- Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit
Degupan jantung yg semakin lemah menandakan
pelbagai penyakit bakal dating & senaman yg kerap harus dilakukan supaya
jantung berdenyut dengan aktif
- Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit..
Kerana itu harus dipastikan bahawa, jika bayi
bernafas lebih laju, itu adalah tanda bahawa bayi tersebut akan diserang
penyakit asma. Pengambilan Omega yg mencukupi bagi ibu yg menyusukan adalah
penting untuk mengelakkan daripada serangan asma berlaku
- Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan
- Mendengarkan musik klasikal & bacaan Al Quran akan menambah kepintaran bayi
- Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari..
Tetapi adalah penting untuk ibu mengejutkan bayi
untuk menyusu setiap 1-2 jam untuk mengelakkan bayi daripada terkena jaundis
- Bayi Cuma mempunyai satu lapisan kulit
sebab
itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan
kasar, gigitan serangga & sebagainya.
Penting untuk ibu supaya tidak menggunakan
losyen kepada bayi kerana ia akan lebih mengeringkan kulit bayi akibat daripada
bahan kimia yg terdapat di dalamnya. Pakar pediatrik lebih menggalakkan ibu
supaya menggunakan minyak bayi untuk mengurut bayi. Urutan bayi juga boleh
meninggalkan rasa tenang & selesa kepada bayi
- Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik sahaja dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya
WITH LOVE & CARE, NUR..
0 comments:
Catat Ulasan
ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI