♥ Trimester Pertama = 1 - 12 minggu (1 - 3 bulan)
♥ Trimester Kedua = 13 - 24 minggu (4 - 6 bulan)
♥ Trimester Ketiga = 24 - 36 minggu @ sehingga melahirkan (7 - 9 bulan)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
- Jika anda menghidap diabetes, tekanan darah tinggi, epilepsi, sakit jantung, anemia atau penyakit keturunan lain, segeralah beritahu doktor agar kesihatan anda dapat dipantau terutamanya semasa hamil.
- Jangan merokok atau minum minuman keras
- Elakkan daripada mengambil ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu
- Jika anda ataupun pasangan menghidap penyakit kelamin, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
- Perubahan hormon yang mendadak menyebabkan rasa mual kebanyakannya pada waktu pagi. Keadaan ini berlaku akibat tindak balas diri terhadap bau, makanan ataupun minuman tertentu. Pengambilan halia dapat mengurangkan masalah ini. Nur suka amalkan Peppermint Ginger kerana rasanya yg berangin sekaligus membuang angin dalam badan yang merupakan salah satu punca mual.
- Akibat badan yang kurang selesa, anda akan sentiasa rasa letih dan mengantuk. Hal ini akan menyebabkan anda banyak tidur.
- Perubahan bentuk badan akan membuatkan anda semakin risau kerana kelihatan kurang menarik. Payudara semakin membesar dan pada masa yang sama, warna pada aerola juga menjadi lebih gelap kerana hormon prolaktin mula wujud dalam badan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
- Untuk pengesahan kehamilan, segeralah berjumpa doktor. Waktu yang paling tepat untuk berbuat demikian ialah 2 minggu selepas tidak datang haid.
- Mengingat hari pertama tarikh haid terakhir penting bagi memudahkan doktor mengira tarikh anda dijangka bersalin.
- Setelah disahkan hamil, jangan mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
- Pada waktu ini, rasa mual dan kekerapan ke bilik air akan berkurangan. Dari masa ke semasa, selera makan akan semakin bertambah. Elakkan daripada makan snek yang tidak berkhasiat. Boleh gantikan dengan kurma atau kismis sebagai snek harian.
- Mulai bulan ini, kulit perut mula meregang menyebabkan anda rasa gatal. Pastikan perut di sapu pelembap atau minyak bayi bagi mengelakkan kulit perut daripada menjadi kering dan semakin gatal.
- Amalan pemakanan yang tinggi protein dan vitamin c juga dapat mengurangkan masalah ini. Dan, yang Nur suka amalkan adalah ESP dan Vitamin C Shaklee.. Krim Herbal Blend pula untuk di sapu di bahagian perut setiap kali selepas mandi.
- Pada waktu ini, denyutan jantung semakin meningkat. Kaki dan tumit juga mula membengkak. Urutan ringan daripada suami setiap malam mampu memberikan keselesaan pada ibu sekaligus mewujudkan hormon ketenangan di samping mengeratkan kasih sayang antara ibu, ayah dan bayi di dalam kandungan.
- Mula merasakan kehadiran bayi dalam kandungan kerana bayi semakin banyak bergerak. Ketika ini, fikiran hanya tertumpu pada bayi yang dikandung dan rasa cemas semakin menguasai.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
- Bayi mula menendang dengan kuat dan pergerakannya boleh dilihat dengan mata kasar. Perasaan gembira bercampur takut mula menguasai diri.
- Suhu tubuh semakin meningkat. Bengkak kaki juga semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan anda mula sukar untuk tidur lena.
- Pada bulan kelapan, payudara sudah berhenti membesar. Kolostrom mulai keluar. Kolostrom merupakan susu pertama ibu yang terbaik untuk bayi baru lahir. Warnanya yang kekuningan mempunyai 1001 khasiat yang bukan sahaja bagus untuk tumbesaran bayi tetapi penting untuk sistem perkumuhan bayi yang terdiri daripada organ dalaman seperti buah pinggang, hati dan usus.
- Pada bulan-bulan terakhir, cairan vagina semakin banyak dan lebih kental. Rasa bimbang dan tertanya-tanya tentang apakah yang akan terjadi semasa proses kelahiran akan semakin kerap datang. Pada waktu ini, sokongan emosi daripada suami dan keluarga terdekat amat penting.
~~~~~~~~~~~~~~~~
Proses Kelahiran Normal |