Translate

Isnin, 8 September 2014

PENJAGAAN TALI PUSAT BAYI BARU LAHIR


2 hari lepas, Nur terbaca artikel post di facebook mengenai seorang bayi yang meninggal akibat tali pusat berulat. Mengikut laporan akhbar, ibunya meletakkan ubat tradisional di tali pusat bayi yang dikatakan kononnya, ubat tersebut mampu mempercepatkan pengecutan tali pusat bayi lahir.

Wahai ibu2 di luar sana, janganlah degil.. Dengarlah apa kata doktor. Ikutlah apa kata doktor tentang penjagaan pusat bayi. Janganlah terlalu suka 'mengikut orang' dan mendengar kata2 orang. Lagi pulak, orang2 tersebut, tak bertauliah pun dari segi perubatan. Doktor lebih tahu apa yang terbaik kerana itu adalah bidangnya.. Jadi, jangan degil2 ya...

Sepanjang 5 anak yang Nur lahirkan, belum pernah lagi Nur letakkan apa2 ubat lain pada pusat bayi selain daripada ubat doktor. Dan, mengikut pengalaman Nur, dalam masa 7 hari, mesti tali pusat anak tu dah mengecut dan gugur sendiri.. 

Ada ibu2 baru yang tak tahu tentang tali pusat bayi ni lagi kan.. Meh Nur nak citer fakta sikit.. 

********************************


*Kredit info to BengkungModen.com & babycenter.com

Tali pusat atau umbilical cord adalah saluran kehidupan bagi janin semasa dalam kandungan. Tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiru-biruan. Setelah bayi anda dilahirkan, doktor akan sepit dan potong tali pusat ni. Jika tali pusat yang telah dipotong mengeluarkan darah dah tidak kering, cepat2lah bawa pergi jumpa doktor sebelum terlambat.

Di tempat tali pusat melekat ke perut pula, terdapat baki atau tunggul yang tertinggal sepanjang 2cm ke 3cm. Dibahagian tali pusat yang di potong pula doktor akan sepit hujungnya  dengan penyepit plastik atau mengikatnya.

Tunggul tali pusat bayi anda akan gugur dan tanggal sendiri lebih kurang seminggu selepas bayi dilahirkan. Tapi untuk kes-kes tertentu, ada juga bayi yang ambil masa sampai 10 hari sebelum tali pusatnya tanggal. Paling seram bila yang melekat antara tali dan pusat tu hanya tinggal sehalus rambut, rasa bagai menanti buah yang tak gugur pula menunggu yang melekat halus tu tanggal.


Nur pernah terdengar orang2 tua kata, cepat atau lambat tali pusat gugur ada kaitan dengan perkembangan bayi. Contoh, kononnya bayi yang lambat gugur tali pusat ni lambat meniarap, lambat berjalan & macam2 lagilah.. Tapi, pada Nur, perkembangan bayi sangat berkait rapat dengan sekerap mana kita meransang otak dan fizikalnya untuk belajar.. Tak der lah berkait sangat pun dengan tali pusat tu..

Biasanya tali pusat akan mengecut, menjadi hitam dan gugur dengan sendirinya.  Dalam pada itu ada luka kecil di bahagian tunggul pusat, tapi tak perlu risau sebab bahagian tersebut akan pulih dan menjadi pusat bayi anda. 

JANGAN sesekali letak minyak gamat, tepung ubi, minyak angin atau apa sahaja 'ubat' luaran di bahagian tunggul pusat bayi tersebit. Jangkitan bakteria sangat mudah terjadi jika tali pusat di letakkan macam2 ubat.

Tanda-tanda jangkitan pada tali pusat bayi

Ibubapa perlu perhatikan tali pusat bayi anda sekiranya terdapat sebarang jangkitan. Ini memang jarang berlaku, tetapi jika ia berlaku ia boleh merebak dengan cepat dan memberi masalah kesihatan kepada bayi anda.

Antara tanda-tanda jangkitan ialah :
    >>>Tali pusat dan di bahagian tunggul pusat berbau busuk
    >>> Ada cecair kuning seperti nanah keluar dari tali pusat
    >>> Bahagian pusat bayi kelihatan merah, berair dan kelilingnya lebih     lembut dari biasa
    >>> Bayi diserang deman panas
    >>> Bayi kelihatan lesu
    >>> Bayi tak ada selera untuk minum susu atau menyusui susu ibu

Nota : Jika tali pusat bayi masih melekat dan tak tanggal selepas 4 minggu, sebaiknya anda bawa bayi anda untuk pemeriksaan lanjut. Kelewatan tali pusat tanggal boleh terjadi disebabkan oleh anatomi bayi atau sistem ketahanan badan.

Alat dan bahan yang diperlukan untuk mencuci tali pusat bayi :
    >>> Bekas air
    >>> Putik kapas (cotton buds)
    >>> Alkohol (‘alcohol swap’ yang biasa dijumpai dalam peti kecemasan juga boleh di gunakan).                 Ada juga yang panggil spirit. Kebanyakan hospital ada bekalkan ubat pusat bayi semasa                       discharge daripada wad
    >>> Kapas
  
Cara2 membersihkan tali pusat bayi :

1) Mula2 mestilah kene basuh tangan dulu kan. Amalkan, setiap kali nak sentuh bayi, WAJIB cuci tangan terlebih dahulu. Sebab, tangan kita nilh yang paling banyak kuman selain daripada mulut. Jadi, bila tangan sentiasa bersih, penyakit pun dapat dielakkan daripada menjangkiti bayi.

2) Selepas mandi, keringkan terlebih dahulu bahagian pusat bayi dan disekelilingnya dengan cara anginkan atau lap dengan kapas atau putik kapas. Jangan gunakan tuala untuk mengelakkan habuk atau bulu tuala melekat di pusat bayi. Sama juga macam ibu2 bersalin operate tu. Tempat luka perlu dikeringkan dengan cara anginkan bukan mengelap..

3) Lap / cuci tali pusat bayi dengan menggunakan cecair spirit yang diberikan oleh doktor. Letakkan di atas kapas dan lap sekitar pusat termasuklah sepit yang digunakan untuk menyepit tali pusatnya. Kerana dikhuatiri ada najis yang terlekat dibahagian tersebut dan menjangkiti bayi.

4) Sapu seluruh pangkal pusat dan hujung pusat rata2.. sapu sehingga yakin tiada kotoran melekat di bahagian tali pusat dan penyepitnya. Fungsi antiseptik ini adalah hendak membunuh bakteria yg melekat.

5) Jika khuatir sapuan antiseptik tidak rata, gunakan putik kapas untuk meratakan sapuan antiseptik.


6) Elakkan memakaikan barut kepada bayi. Sekurang2nya sehingga tali pusatnya sudah gugur. Walaupun tali pusat bayi sudah gugur, teruskan sapuan antiseptik di pusat bayi sehingga tombol pusatnya mengecut ke dalam dan pulih seperti yang sepatutnya dan bolehlah dipakaikan barut. Tetapi, digalakkan bedung bayi juga sehingga umurnya 6 bulan.

7) Pakaikan bayi anda dengan lampin bayi baru lahir yang bersesuaian juga supaya proses pemulihan tali pusat tidak terganggu. Kerana, jika bahagian tersebut tertutup, dikhuatiri bahagian tersebut akan berpeluh.

8) Pastikan tali pusat bayi anda sentiasa dalam keadaan kering dan bersih.

Ada sesetengah bayi yang tidak dituam semasa tempoh berpantang sering mengalami masalah pusat terjojol/pusat tersembul. Keadaan bayi yang kerap menangis juga mengundang masalah ini. Kerana tekanan terhadap organ dalamannya menjadi kuat apabila dia kerap menangis seterusnya mengakibatkan pusat terjojol/pusat tersembul.

Mudah saja nak uruskan pusat terjojol/pusat tersembul ni. Antara caranya :

★ Tuam pusat bayi dengan tungku bayi setiap kali selepas bayi dimandikan. Caranya tuam tungku bayi pada seterika panas, rasa di belakang tangan, jika panasnya suam-suam, tuam pada pusat bayi.

★ Cara lain – tekan perlahan-lahan dengan ibu jari bahagian pusat bayi setiap kali selepas bayi dimandikan. Perlahan-lahan saja ye.. Buat dengan gerakan memusing sambil tekan ke bawah.

★ Masa anak Nur yang ke 4, Syafiq dulu, doktor cadangkan supaya letak duit 50sen di atas pusat dia yang terjojol tu & pakaikan barut. Faktor graviti akan menekan pusat tersebut ke bawah. Tapi, ada juga yang kata tak elok cara tu. Jadi, ikutlah cara masing2 ya. Tapi, doktor ada pesan, jika terjojol itu keterlaluan, bayi akan di operate semasa berumur setahun.

Jadi, pokok pangkalnya, jaga kebersihan. Semoga tips2 di atas dapat membantu ibu2 baru dalam menguruskan bayi anda. Sebarang persoalan, boleh tanya kat ruangan komen ya.. In Shaa Allah, Nur akan cuba menjawab dengan sebaiknya..

Selamat berpantang ibu baru.. Selamat menikmati saat2 menyusukan bayi dengan susu ibu juga..

I love breastfeeding!!! ~♥

Berpantang lebih sihat dengan Shaklee,
Menyusukan dengan lebih semangat dengan Shaklee..


# Shaklee Setia Alam    # Shaklee Shah Alam    # Shaklee Puchong

*********************************************
Ibu Nur
0172720564
CALL/SMS/WASSAP/TELEGRAM/WECHAT
(^_^)

*********************************************





 *************************************
 

11 ulasan:

  1. Penjagaan tali pusat memang penting. Ada pula orang kata kalau tali pusat lambat jatuh, anak itu degil. Saya tak pasti dengan kata-kata tu, tapi mungkin ada kebenarannya. hihi

    BalasPadam
  2. Ida ifaz.. ada juga nur dengar cmtu.. biasalah org tua2 dulu kala kan.. memang mcm2 andaiannya... :) apa2 pun, terima kasih sudi singgah blog Nur.. :)

    BalasPadam
  3. Nampak simple sahaja kan nak jaga tali pusat tetapi kalau tak jaga betul2 boleh demam bayi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila dh demam, itulah yg bahayanya kan.. so, wajiblah cegah sebelum parah.. (^_^)

      Padam
  4. sebenarnya baru tahu tentang kata-kata orang tua kalau tali pusat lambat jatuh nanti anak lambat perkembangannya..hihi..tq untuk info yang sangat membantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org2 lama mmg mcm2 pendapat.. kadang2,boleh diterima.. kadang2,xlogik pula.. hehe..

      Semoga bermanfaat.. sama2..

      Padam
  5. Jaga tali pusat bayi nie memang nampak mudah sahaja je.
    Padahal boleh kena demam panas kan sebab jangkitan kumam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila dh kene jangkitan kuman, itulah part yg paling bahaya.. kesian ank2 kan... jadi, jgn ambil mudah perkara yg mudah. Tp, jgn pula terlalu bersusah payah sampai jd susah kan.. (^_^)

      Padam
  6. Ibu NUR letak ke duit syiling kt atas pusat syafiq tu??? Berkesan x??

    BalasPadam
  7. Dear Alin, nur letak atas nasihat doktor padeatrik kt hospital putrajaya.. siap tape lagi.. mmg berkesan tp kulit syafiq alergic ngan tape tu.. jd merah2 kt keliling duit syiling tu.. tp, pusat dia mmg tenggelam.. dlm masa sebulan jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ibu Nur..boleh la sy letak duit syiling kat pusat anak..tali pusat anak sy baru je luruh pagi tadi..terima kasih atas perkongsian..

      Padam

ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE