Translate

Ahad, 24 Februari 2013

BUASIR DAPAT DICEGAH

Buasir kini tidak mengenal golongan tua mahupun muda. Ada juga remaja seawal 15 tahun sudah mendapat penyakit buasir akibat daripada pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat di zaman moden ini. Anak-anak sudah sibuk dengan permainan video game hingga sanggup menahan lapar dan manahan rasa untuk membuang najis juga. Golongan dewasa pula terlalu sibuk dengan kerjaya dan wang hingga terlupa hendak menjaga diri sendiri. Sayangilah diri anda sebelum anda mula menyayangi orang lain. Mari kita baca dulu info berkaitan buasir.



klik link di bawah untuk pembelian vitamin Set Buasir Shaklee secara online


APA ITU BUASIR? ( sumber : Wikipedia)


Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.


buasir



JENIS - JENIS BUASIR.


1. Buasir dalaman


Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.


2. Buasir luaran


Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Buasir terbahagi kepada 4 tahap yang berbeza yang menggambarkan keseriusan buasir tersebut :-

  1. Tahap 1  = Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.
  2. Tahap 2 = Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur).
  3. Tahap 3 = Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.
  4. Tahap 4 = Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.


PENYEBAB UTAMA BUASIR.
  • Sentiasa duduk
  • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  • Cirit-birit yang keterlaluan / kronik
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Batuk yang teruk dan berpanjangan
  • Mengandung atau Bersalin
  • Mengangkat berat
  • Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.
  • Faktor umur
  • Faktor keturunan
  • Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
  • Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.



klik link di bawah untuk pembelian vitamin Set Buasir Shaklee secara online
http://bit.ly/SetBuasirMujarab
(sangat sesuai juga untuk wanita hamil)


Mengapakah wanita hamil mengalami buasir? ( sumber : BabyCenter.com )

Semasa anda hamil, jumlah darah dalam badan anda bertambah. Pada masa yang sama, tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah.

Salur-salur darah di bawah uterus (rahim) anda pula lebih berkemungkinan untuk membengkak dan meregang akibat tekanan yang diterima daripada berat bayi anda yang sedang membesar. Inilah sebabnya mengapa anda lebih berkemungkinan mengalami buasir dan urat simpul apabila anda hamil. Sembelit, satu lagi masalah berkaitan kehamilan, juga boleh menyebabkan buasir.

Anda juga mungkin mendapat buasir apabila bersalin, iaitu semasa anda meneran untuk mengeluarkan bayi. Dianggarkan seorang dalam lima orang ibu mendapat buasir sehari selepas melahirkan. Biasanya buasir akan surut beberapa minggu selepas anda bersalin.

Buasir adalah perkara biasa semasa hamil. Jika anda pernah mengalaminya sebelum hamil, anda mungkin akan mengalaminya lagi. Ramai juga wanita yang mendapat buasir untuk kali pertama semas mereka hamil. Dianggarkan kira-kira seorang daripada 10 wanita mendapat buasir dalam trimester ketiga.

Walaupun buasir adalah penyebab biasa pendarahan, apa sahaja pendarahan yang berlaku di bahagian dubur perlu diperiksa oleh doktor.



TANDA-TANDA DAN GEJALA-GEJALA BUASIR.

  • Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur. 
  • Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.
  • Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit
  • Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
  • Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
  • Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
  • Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.
PENCEGAHAN



Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Sesungguhnya semua telah maklum bahawa "MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI"
  • Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. 
  • Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
  • Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
  • Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
  • Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas.
  • Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. 
  • Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. 
  • Pastikan najis anda sentiasa lembut.
  • Makan makanan berfiber tinggi.Makan buah-buahan ,sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi untuk memudahkan pembuangan air besar.
  • Minum air yang banyak.Minum air 6-8 gelas air setiap hari .Elakkan alkohol.
  • Jangan meneran.Meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar menyebabkan tekanan yang tinggi pada salur darah dibawah rektum.
  • Jangan bertangguh untuk membuang air besar.Jika anda melengah-lengahkannya, najis akan kering dan susah diproses dan seterusnya akan menyebabkan sembelit.
  • Bersenam.Bersenam dapat mengurangkan tekanan pada salur darah yang menyebabkan buasir dan ia juga dapat mengurangkan berat badan.
  • Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama.Duduk terlalu lama terutamanya di dalam tandas akan meningkatkan tekanan salur darah pada anus.



Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit adalah puncanya yang mana merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.




RAWATAN BUASIR MELALUI SUPPLIMEN SHAKLEE.  


Di zaman yang serba canggih dan serba sibuk ini ramai antara mereka yang berpenyakit tidak sempat hendak berjumpa doktor apalagi hendak menunggu lama semasa pemeriksaan. Antara alternatif yang telah diwujudkan oleh Shaklee untuk mengurangkan masalah buasir ialah dengan pengambilan Omega Guard, Ostematrix dan Zink Complex.


klik link di bawah untuk pembelian vitamin Set Buasir Shaklee secara online



OMEGA GUARD : Baik untuk sendi/otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.

 OSTEMATRIX : bantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur. Ostematrix juga mampu mengurangkan stress yang di alami oleh badan akibat daripada kesakitan yang berpanjangan.

ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat. Selain itu ia juga amat membantu dalam mengurangkan gejala rambut gugur terutamanya bagi wanita.

klik link di bawah untuk pembelian vitamin Set Buasir Shaklee secara online



Pelbagai manfaat lain yang anda bakal dapat dengan pengambilan supplimen Shaklee yang semulajadi, selamat dan halal. In Shaa Allah, bukan sahaja sihat yang anda bakal dapat, cantik, bertenaga dan bahagia juga akan bakal diperolehi. Hubungi Nur segera untuk maklumat lanjut.

klik link di bawah untuk pembelian vitamin Set Buasir Shaklee secara online

YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
NUR SHAKLEE ID : 889092
SMS/WASSAP : 0172720564
EMAIL : nsuzana4890@gmail.com

SHARING WITH LOVE & CARE, NUR..


####################################



2 ulasan:

  1. terima kasih untuk penjelasan tentang penyakit ni. bolehlah saya ambil langkah awal supaya tak menjadi lebih teruk.. =)

    BalasPadam

ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE