CADANGAN VITAMIN SELEPAS BERSALIN

Selepas melahirkan, ibu-ibu memerlukan nutrisi yang lengkap dengan kadar segera untuk mempercepatkan proses pemulihan rahim yang 'luka' dan membekalkan tenaga yang secukupnya kepada ibu. Jika tidak, ibu kurang mampu menyusukan bayi dengan sendirinya dan risiko meroyan berlaku kepada ibu menjadi lebih tinggi.

CADANGAN VITAMIN UNTUK IBU MENYUSU

Fungsinya bukan sahaja bertindak sebagai ‘milk booster’ atau penggalak susu semata mata iaitu alfalfa malah ianya lebih bersifat serampang dua mata, melibatkan semua khasiat yang diperlukan oleh ibu menyusu seperti vitalea, B Complex dan Vitamin C. Ini semua adalah zat-zat yang diperlukan oleh tubuh bukan sahaja untuk menyusu anak tetapi untuk diri lebih sihat, cergas, cantik dan kekal bertenaga sepanjang hari.

CADANGAN VITAMIN SEMASA KEHAMILAN

Waktu hamil merupakan waktu kritikal seseorang wanita memerlukan makanan tambahan. Ini kerana, keperluan ibu tetap perlu dipenuhi disamping keperluan bayi di dalam kandungan. Kekurangan nutrisi dalam badan ibu hamil akan menyebabkan bayi menyerap apa yang diperlukan untuk tumbesarannya daripada badan ibu. Akibatnya, ibu akan mengalami pelbagai simptom kehamilan yang menimbulkan ketidakselesaan.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Translate

Selasa, 23 April 2013

NOTIS UNTUK PENGASUH ANAK ANDA ~ CARA PENGENDALIAN SUSU IBU BUAT BABY SYAFIQ

Notis ini Nur buat untuk diserahkan kepada pengasuh anak. Sebelum bagi pada pengasuh laminated siap-siap & hadiahkan fridge magnet skali pada pengasuh minta dia letakkan notis tersebut di pintu peti sejuk. Tapi, ibu-ibu tetap wajib pesan dan ajar pengasuh cara-cara pengendalian susu ibu secara manual. Supaya tidak tersalah faham. Semoga bermanfaat.. 



PENGENDALIAN SUSU IBU BABY SYAFIQ

  1. Keluarkan botol susu dari beg susu dan simpan susu ibu di dalam peti sejuk di bahagian sejuk tingkat paling atas BUKAN bahagian beku.
  2. Ambil botol susu mengikut turutan nombor 1, 2, 3, 4, 5, 6.
  3. Panaskan di dalam bekas yang mengandungi AIR SEDANG2 PANAS (campuran air panas & air sejuk). Biarkan seketika. Ataupun panaskan susu dengan menggunakan pemanas  susu dengan suhu maksimum 40 darjah celcius
  4. Periksa suhu susu di atas tangan BUKAN tapak tangan. JANGAN GONCANG BOTOL SUSU, goyang-goyang manja sahaja untuk menjaga komposisi dan khasiat susu ibu.
  5. Tuangkan susu ke dalam botol susu untuk menyusu (BOTOL MAM).
  6. Lapik kain lampin dibawah dagu Syafiq untuk elakkan ruam susu terbentuk di tengkuk jika tertumpah / menitik.
  7. Baca Bismillah.
  8. Pegang botol susu semasa susu diberikan. Jangan menyusukan baby Syafiq di dalam buaian untuk elakkan tersedak susu.
  9. Setelah selesai, BURP Syafiq (sendawakan) dengan cara tepuk perlahan belakang badan Syafiq. (wajib supaya Syafiq kurang muntah / muak susu semasa penyusuan yg seterusnya nanti dan membuang angin) 
  10. Bilas botol susu dan cuci puting. Bilas botol susu untuk menyusu (BOTOL MAM) dengan air panas sebelum penyusuan seterusnya.


Susu yang tidak habis di minum boleh disimpan dan perlu dihabiskan dalam masa 1 jam. Buang setelah tamat 1 jam. Susu yang telah dipanaskan tetapi belum diminum tahan dalam masa 2 jam & susu yang telah dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti ais kembali.
Jangan beri air masak kepada bayi yang minum susu ibu sepenuhnya.


TIDAK BOLEH:
TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.


Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien & zat-zat penting dalam susu ibu juga akan termusnah oleh kepanasan melampau atau panas yang lebih daripada 40 darjah celcius kerana susu ibu adalah sel hidup. Sekiranya ada apa-apa soalan sila telefon/sms 017-2720564 (NUR).

Terima kasih banyak-banyak naa..

Happy Breastfeeding!! 



CONTOH GAMBAR BEG SUSU :-
Untuk bawa ke pejabat Nur guna cooler beg Mom's Little Ones. Untuk bekalan ke pengasuh Nur guna cooler beg Jingle Jungle. Alhamdulillah sangat membantu menyejukkan susu sekurang-kurangnya sehingga sampai ke rumah pengasuh. Sebab susu ibu kene pastikan sentiasa dalam keadaan sejuk yer mommies2.. :)


   

CONTOH GAMBAR BOTOL UNTUK MENYUSU :-
Nur suka botol MAM sebab ini botol anti-colic / anti kembung dan amat sesuai dengan anak Nur. Setiap anak lain-lain caranya. Jadi, adalah penting untuk kita try & error. Fahami anak anda sebaiknya. In Shaa Allah semoga dipermudahkan segalanya...
  


Sabtu, 20 April 2013

PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)

PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)

 

  •  Pastikan susu ibu yang diperah sentiasa dalam keadaan sejuk. Pilih beg atau bekas penyejuk yang mampu bertahan 8-12 jam setiap hari.
  • Beg penyejuk yang bagus mempunyai penebat haba yang baik.
  • Pastikan bongkah ais sentiasa dibekukan pada malam hari.
  • Anda boleh campurkan hasil perahan beberapa sesi dengan syarat suhunya sama dan ia mestilah dalam tepoh 24 jam.
  • Lebih kerap breast dikosongkan, lebih banyak susu baru akan dihasilkan.
  • Amalkan tendem pumping untuk menjimatkan masa mengepam sekaligus mampu meningkatkan penghasilan susu.
  • Minum air secukupnya. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  • Stress adalah penyebab utama susu merosot.
  • Bekalkan susu perahan (EBM) yang telah dicairkan kepada pengasuh untuk memudahkan dan menjimatkan masa proses pemanasan.
  • Kerapkan penyusuan kerana kebiasaannya bayi yang mudah kembung adalah kerana kurang menyusu.
  • Pastikan bayi menyusu disebelah payudara sahaja sehingga kenyang supaya bayi dapat khasiat susu ibu sepenuhnya iaitu 'HIND MILK' dan 'FOREMILK' secukupnya.
  • berat bayi yang sihat adalah bergantung kepada banyaknya susu akhir atau hind milk yang diambil oleh bayi.
  • supplemen bukan penentu banyaknya susu anda tetapi supplemen membantu menghasilkan susu yang lebih berkhasiat dan memberikan kesihatan sempurna kepada ibu bagi menghasilkan susu yang banyak dan secukupnya untuk bayi.
  • Jangan MALAS mengepam. Makin MALAS anda mengepam, makin kuranglah payudara anda diransang untuk menghasilkan susu.
  • Senyum selalu.. 


WITH LOVE, NUR..

MIGHTY 3 GEM ~ SUMBER TENAGA LENGKAP HARIAN ANDA

MIGHTY 3 GEM SET DARIPADA SHAKLEE 



klik link di bawah untuk pembelian MIGHTY 3 GEM SET secara online


Anda susah nak makan pil? Sukar nak telan pil untuk memenuhi keperluan nutiren harian dalam badan? Jawapan Nur, amalkan Set Mighty 3 Gem di dalam sarapan dan minum petang anda untuk membekalkan tenaga yang maksimum secara sihat disamping memenuhi keperluan nutrien lengkap di dalam badan anda. Sarapan yang lengkap, sempurna dan berkhasiat sangat penting bagi memberikan hari yang lebih ceria, kekal bertenaga dan sentiasa bersemangat!


1) ESP ~ Energizing Soy Protein
  • Pembekal tenaga segera yg terdiri daripada protein ringkas dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan
  • Meransang pembentukan semula kulit dan otot kerana protein adalah makanan utama bagi kulit dan otot kita
  • Terdiri daripada asid amino bagi membina otot, kulit, rambut, darah, organ dan ia adalah kunci kepada awet muda
  • Meransang semula pembentukan kulit dan ini dapat mengurangkan kedutan, mengurangkan kesan parut dan mempercepatkan penyembuhan luka

2) MEALSHAKE 
  • Nutrisi lengkap yg mudah diserap untuk bekalan kepada tubuh
  • Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu untuk badan
  • Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium
  • Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
  • Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup yang mampu mengembalikan seri wajah
  • Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus

 3) PERFORMANCE DRINK 
  • Meningkatkan Daya Ketahanan Badan
  • Menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederalkan tubuh
  • Membekal Tenaga & daya Ketahanan Fizikal
  • Mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh
  • Mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride yang dirumus untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian
  • Mencegah Penyahhidratan yang mampu mengurangkan kehausan, mencegah penyahidratan, melembapkan kulit dan kelihatan muda
  • Mengekalkan paras gula sihat dalam darah yang penting bagi tenaga otot.
  • Mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan yang sering dialami oleh ibu hamil dan ibu menyusukan anak dengan susu ibu. 
  • Percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.

klik link di bawah untuk pembelian MIGHTY 3 GEM SET secara online

Siapa yg memerlukan?
  • sahur yang sihat dan sempurna bagi mereka yang ingin berpuasa
  • para atlet dan ahli sukan seperti suami saya
  • sebelum dan selepas pembedahan
  • mereka yang kerap letih dan mengantuk
  • mereka yang sedang mengalami cirit-birit
  • mereka yang sering tidur lewat malam 
  • ibu-ibu hamil dan menyusu yang ingin berpuasa
  • mereka yang kurangs selera makan
  • sarapan yang sihat buat mereka yang mengalami masalah berat badan
  • mereka yang ingin mengekalkan tahap kesihatan yang sihat

 
  

klik link di bawah untuk pembelian MIGHTY 3 GEM SET secara online

 
Pengedar Sah Shaklee Anda | Shaklee Independent Distributor 
# Shaklee Setia Alam
# Shaklee Shah Alam
# Shaklee Puchong

Hubungi Nur SMS/WASSAP/WECHAT 017-2027564 untuk dapatkan sarapan sihat anda dan lain-lain produk Shaklee!!


#####################################




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE