CADANGAN VITAMIN SELEPAS BERSALIN

Selepas melahirkan, ibu-ibu memerlukan nutrisi yang lengkap dengan kadar segera untuk mempercepatkan proses pemulihan rahim yang 'luka' dan membekalkan tenaga yang secukupnya kepada ibu. Jika tidak, ibu kurang mampu menyusukan bayi dengan sendirinya dan risiko meroyan berlaku kepada ibu menjadi lebih tinggi.

CADANGAN VITAMIN UNTUK IBU MENYUSU

Fungsinya bukan sahaja bertindak sebagai ‘milk booster’ atau penggalak susu semata mata iaitu alfalfa malah ianya lebih bersifat serampang dua mata, melibatkan semua khasiat yang diperlukan oleh ibu menyusu seperti vitalea, B Complex dan Vitamin C. Ini semua adalah zat-zat yang diperlukan oleh tubuh bukan sahaja untuk menyusu anak tetapi untuk diri lebih sihat, cergas, cantik dan kekal bertenaga sepanjang hari.

CADANGAN VITAMIN SEMASA KEHAMILAN

Waktu hamil merupakan waktu kritikal seseorang wanita memerlukan makanan tambahan. Ini kerana, keperluan ibu tetap perlu dipenuhi disamping keperluan bayi di dalam kandungan. Kekurangan nutrisi dalam badan ibu hamil akan menyebabkan bayi menyerap apa yang diperlukan untuk tumbesarannya daripada badan ibu. Akibatnya, ibu akan mengalami pelbagai simptom kehamilan yang menimbulkan ketidakselesaan.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Translate

Ahad, 24 Februari 2013

BUASIR DAPAT DICEGAH

Buasir kini tidak mengenal golongan tua mahupun muda. Ada juga remaja seawal 15 tahun sudah mendapat penyakit buasir akibat daripada pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat di zaman moden ini. Anak-anak sudah sibuk dengan permainan video game hingga sanggup menahan lapar dan manahan rasa untuk membuang najis juga. Golongan dewasa pula terlalu sibuk dengan kerjaya dan wang hingga terlupa hendak menjaga diri sendiri. Sayangilah diri anda sebelum anda mula menyayangi orang lain. Mari kita baca dulu info berkaitan buasir.



klik link di bawah untuk pembelian vitamin Set Buasir Shaklee secara online


APA ITU BUASIR? ( sumber : Wikipedia)


Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.


buasir



JENIS - JENIS BUASIR.


1. Buasir dalaman


Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.


2. Buasir luaran


Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Buasir terbahagi kepada 4 tahap yang berbeza yang menggambarkan keseriusan buasir tersebut :-

  1. Tahap 1  = Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.
  2. Tahap 2 = Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur).
  3. Tahap 3 = Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.
  4. Tahap 4 = Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.


PENYEBAB UTAMA BUASIR.
  • Sentiasa duduk
  • Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
  • Cirit-birit yang keterlaluan / kronik
  • Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
  • Batuk yang teruk dan berpanjangan
  • Mengandung atau Bersalin
  • Mengangkat berat
  • Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.
  • Faktor umur
  • Faktor keturunan
  • Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
  • Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.



klik link di bawah untuk pembelian vitamin Set Buasir Shaklee secara online
http://bit.ly/SetBuasirMujarab
(sangat sesuai juga untuk wanita hamil)


Mengapakah wanita hamil mengalami buasir? ( sumber : BabyCenter.com )

Semasa anda hamil, jumlah darah dalam badan anda bertambah. Pada masa yang sama, tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah.

Salur-salur darah di bawah uterus (rahim) anda pula lebih berkemungkinan untuk membengkak dan meregang akibat tekanan yang diterima daripada berat bayi anda yang sedang membesar. Inilah sebabnya mengapa anda lebih berkemungkinan mengalami buasir dan urat simpul apabila anda hamil. Sembelit, satu lagi masalah berkaitan kehamilan, juga boleh menyebabkan buasir.

Anda juga mungkin mendapat buasir apabila bersalin, iaitu semasa anda meneran untuk mengeluarkan bayi. Dianggarkan seorang dalam lima orang ibu mendapat buasir sehari selepas melahirkan. Biasanya buasir akan surut beberapa minggu selepas anda bersalin.

Buasir adalah perkara biasa semasa hamil. Jika anda pernah mengalaminya sebelum hamil, anda mungkin akan mengalaminya lagi. Ramai juga wanita yang mendapat buasir untuk kali pertama semas mereka hamil. Dianggarkan kira-kira seorang daripada 10 wanita mendapat buasir dalam trimester ketiga.

Walaupun buasir adalah penyebab biasa pendarahan, apa sahaja pendarahan yang berlaku di bahagian dubur perlu diperiksa oleh doktor.



TANDA-TANDA DAN GEJALA-GEJALA BUASIR.

  • Gumpalan lembut atau gumpalan-gumpalan boleh dirasai sekitar bahagian dubur. 
  • Rasa gatal atau pedih di sekitar dubur.
  • Pendarahan, titisan darah merah cerah terutamanya selepas atau semasa membuang air besar diikuti rasa perit dan sakit
  • Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
  • Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
  • Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
  • Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur. Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.
PENCEGAHAN



Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Sesungguhnya semua telah maklum bahawa "MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI"
  • Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. 
  • Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
  • Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
  • Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
  • Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas.
  • Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. 
  • Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. 
  • Pastikan najis anda sentiasa lembut.
  • Makan makanan berfiber tinggi.Makan buah-buahan ,sayur-sayuran dan bijirin berserat tinggi untuk memudahkan pembuangan air besar.
  • Minum air yang banyak.Minum air 6-8 gelas air setiap hari .Elakkan alkohol.
  • Jangan meneran.Meneran dan menahan nafas ketika membuang air besar menyebabkan tekanan yang tinggi pada salur darah dibawah rektum.
  • Jangan bertangguh untuk membuang air besar.Jika anda melengah-lengahkannya, najis akan kering dan susah diproses dan seterusnya akan menyebabkan sembelit.
  • Bersenam.Bersenam dapat mengurangkan tekanan pada salur darah yang menyebabkan buasir dan ia juga dapat mengurangkan berat badan.
  • Elakkan berdiri atau duduk terlalu lama.Duduk terlalu lama terutamanya di dalam tandas akan meningkatkan tekanan salur darah pada anus.



Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit adalah puncanya yang mana merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.




RAWATAN BUASIR MELALUI SUPPLIMEN SHAKLEE.  


Di zaman yang serba canggih dan serba sibuk ini ramai antara mereka yang berpenyakit tidak sempat hendak berjumpa doktor apalagi hendak menunggu lama semasa pemeriksaan. Antara alternatif yang telah diwujudkan oleh Shaklee untuk mengurangkan masalah buasir ialah dengan pengambilan Omega Guard, Ostematrix dan Zink Complex.


klik link di bawah untuk pembelian vitamin Set Buasir Shaklee secara online



OMEGA GUARD : Baik untuk sendi/otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.

 OSTEMATRIX : bantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur. Ostematrix juga mampu mengurangkan stress yang di alami oleh badan akibat daripada kesakitan yang berpanjangan.

ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat. Selain itu ia juga amat membantu dalam mengurangkan gejala rambut gugur terutamanya bagi wanita.

klik link di bawah untuk pembelian vitamin Set Buasir Shaklee secara online



Pelbagai manfaat lain yang anda bakal dapat dengan pengambilan supplimen Shaklee yang semulajadi, selamat dan halal. In Shaa Allah, bukan sahaja sihat yang anda bakal dapat, cantik, bertenaga dan bahagia juga akan bakal diperolehi. Hubungi Nur segera untuk maklumat lanjut.

klik link di bawah untuk pembelian vitamin Set Buasir Shaklee secara online

YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
NUR SHAKLEE ID : 889092
SMS/WASSAP : 0172720564
EMAIL : nsuzana4890@gmail.com

SHARING WITH LOVE & CARE, NUR..


####################################



Sabtu, 23 Februari 2013

CERITA TENTANG PROTEIN

Hari nie Nur nak cerita serba sedikit tentang protein. Kalau nak cantik, nak sihat, nak gebu dan rasa segar bertenaga, pastikan anda cukup protein dalam badan. Terutamanya untuk kaum wanita yang dah sebati dengan kecantikan kan..
APA ITU PROTEIN?

Memahami "apa itu protein" adalah WAJIB dalam memastikan protein yang kita ambil setiap hari benar-benar berkualiti. Benar, kebanyakan makanan mengandungi protein, tetapi adakah semua protein dalam makanan itu (terutama makanan yg sudah diproses) adalah dari jenis yang berkualiti? Jangan salah memilih protein kerana, pemilihan protein yg kurang baik bakal mendatangkan penyakit lain pula dalam waktu jangka panjang..




struktur protein
Struktur protein terbina oleh komponen-komponen kecil yang dikenali sebagai Asid Amino. Setiap protein adalah berbeza dan terdiri daripada komposisi asid amino yang berbeza. Protein yang berkualiti adalah protein yang mengandungi kesemua (atau hampir semua) asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, tetapi amat penting untuk kemandirian manusia – kelompok asid amino ini dikenali sebagai Essential Amino Acids(EAA). EAA tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia, dan oleh yang demikian ia harus diperolehi sepenuhnya menerusi diet.

PROTEIN ESP ~ENERGIZING SOY PROTEIN  ( sumber : Panduan Nutrisi SHAKLEE )
Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protin yang pertama dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Di mana, kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.
Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850gram (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

SUMBER DARI Portal Rasmi Fatwa Malaysia mengatakan :-

Hukum Memakan Makanan Terubahsuai Genetik (Genetic Modified Food) - GMO


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16-18 Jun 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Memakan Makanan Terubahsuai Genetik (GMO). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:


1.Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Yaakob Che Man, Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia serta meneliti hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah mengambil perhatian bahawa makanan terubahsuai secara genetik melibatkan pemindahan gen-gen yang halal dan juga tidak halal, dari haiwan dan juga tanaman bagi memberikan ciri-ciri yang dikehendaki sebagai makanan atau ubat-ubatan.

2.Dalam hal ini Muzakarah berpandangan bahawa Islam menghendaki umatnya supaya memilih makanan yang baik (toyyib) iaitu halal,suci dan tidak memberi mudharat kepada jiwa dan akal manusia dan proses penghasilannya juga tidak memberi mudharat kepada manusia dan alam sekitar.

3.Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa dalam penghasilan Makanan Terubahsuai Genetik (GMO), penggunaan bahan-bahan yang diharamkan dan memudaratkan manusia serta alam sekitar adalah dilarang. 

*************************
Makanya, dengan itu, jgn khuatir dan jangan bimbang jika anda memilih ESP sebagai sarapan pagi, supper & dinner anda!! ESP Shaklee bebas GMO!!



Energizing Soy Protein dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tua dan muda. Manakala kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

 


Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 
2 kali ganda daging, 
4 kali ganda telur, 
12 kali ganda susu, 
1gm rendah lemak sahaja, 
tiada kolestrol, 
tiada asid uric 
dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia. 
Sebab itulah ia mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama, dapat mengatasi masalah gastrik dan memberikan tenaga segera!
TAHUKAH ANDA APA ITU INDEKS GLISEMIK? (sumber : Blog Dr. Norman)


Diperkenalkan pada tahun 1981 oleh seorang ahli sains bernama Dr. Jenkins. Beliau telah menerangkan konsep GI ini dalam Jurnal Perubatan Nutrisi Klinikal Amerika (American Journal of Clinical Nutrition) sebagai panduan untuk seseorang mengekalkan kestabilan gula dalam darah. Beliau telah mengklasifikasikan karbohidrat berdasarkan bagaimana tubuh manusia bertindakbalas kepadanya. Kadar penyerapan karbohidrat dan kepantasannya menjadi glukosa dalam darah dikira sebagai satu indeks atau petunjuk. Indeks ini dipanggil Indeks Glisemik (GI). GI menunjukkan kedudukan makanan dalam skala 0 hingga 100 mengikut paras sesuatu makanan itu menaikkan paras gula dalam darah selepas ia di makan. 


Kadar kenaikan paras gula dalam darah dikira dengan teknik yang ditetapkan. Beliau telah mendefinisi GI sebagai kadar kenaikan paras gula dalam darah selepas pengambilan makanan yang diuji dibandingkan dengan makanan yang ditetapkan standard (ie: glukosa = 100)

Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang.

Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones, genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya. Bacaan Indeks Glisemik Rendah bagi SESUDU ESP adalah '39' yang mana bersamaan dengan bacaan G.I sebiji epal.





KEPENTINGAN PROTEIN

Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga meransang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protein.

MANFAAT UTAMA ESP
  1. Protein penting untuk pelihara OTOT dalam badan. Perasan tak ada orang yang berat badan turun tapi badan flabby ( menggeleber/menggelebeh). Orang yang macam ni, yang turun tu bukan berat tapi mereka kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak.
  2. Pengambilan oleh IBU MENGANDUNG sgt digalakkan kerana akan mencegah daripada membantutkan pertumbuhan anak-anak.
  3. Rambut, Kuku, dan kulit hampir keseluruhannya adalah protein.
  4. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  5. Kaya dengan isoflavones yang membantu menstabilkan hormon wanita.
  6. Membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  7. Genistein berkeupayaan mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada kanser.
  8. Sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  9. Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mempercepatkan sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  10. Membekal tenaga dengan segera terutamanya bagi ibu menyusu dan mengandung yang sering mengalami keletihan.
  11. Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan ransangan.
  12. Bagi ibu menyusu, ia membantu dalam mempercepatkan penghasilan susu ibu.

AKIBAT KEKURANGAN PROTEIN DALAM BADAN
  1. Kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit. 
  2. Masalah lebihan air yang tinggi dalam badan. 
  3. Kehilangan kepejalan otot. 
  4. Perubahan warna rambut. 
  5. Membantutkan pertumbuhan terutamanya terhadap bayi di dalam kandungan.
  6. Masalah penghadaman. 
  7. Masalah penghasilan darah dan hormon yang stabil.
  8. Boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.


# TESTIMONI 1 = 
PENYAKIT GASTRIK YANG DIHIDAP BERPULUH TAHUN HILANG!
# TESTIMONI 2 = 
KULIT GEBU MAKIN BERSERI!!

# TESTIMONI 3 =
MACAM-MACAM ADA...

SHARING WITH LOVE & CARE, NUR..
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
NUR SHAKLEE ID : 889092
SMS/WASSAP : 017-2720564
EMAIL : nsuzana4890@gmail.com


KEPERLUAN IBU HAMIL / MENGANDUNG

KEMASKINI DIET ANDA SEMASA KEHAMILAN MENGIKUT KEPERLUAN



Oleh sebab kini anda adalah bakal ibu, ia penting untuk mencuba dan menambahkan pengambilan vitamin dan mineral tertentu (seperti asid folik dan zat besi). Jika diet anda tidak begitu baik pada mulanya, membuat perubahan diet anda dengan mengambil hidangan yang berkhasiat dan seimbang adalah lebih penting. Hadkan makanan ringan sebab ia hanya membekalkan kalori kosong iaitu kalori dengan sedikit atau tiada nutrien. 

Badan anda akan menjadi lebih efisyen apabila anda hamil dan ia dapat menggunakan tenaga yang didapati dari makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Secara amnya, wanita tidak perlu kalori tambahan pada enam bulan pertama kehamilan dan hanya sebanyak 200 kalori tambahan setiap hari untuk tiga bulan terakhir.
Dua ratus kalori bersamaan dengan:
  • dua keping roti gandum penuh dan marjerin/mentega;
  • segulung kuih popia (tidak digoreng);
  • tosai kosong (tanpa kuah atau kari);
  • sekeping keju dengan roti.


Selera makan anda adalah petunjuk terbaik untuk mengetahui berapa banyak makanan yang anda perlu ambil. Anda akan dapati selera anda turun naik semasa kehamilan anda:
  • Pada beberapa minggu pertama, selera makan anda akan berkurangan secara dramatik dan anda tidak mahu makan hidangan penuh, terutamanya jika anda mengalami alahan seperti loya dan mabuk .
  • Semasa pertengahan kehamilan anda, selera makan anda adalah sama dengan sebelum anda hamil atau bertambah sedikit.
  • Pada waktu akhir kehamilan, selera makan anda akan bertambah tetapi jika anda mengalami pedih ulu hati atau satu perasaan kekenyangan selepas makan anda mungkin boleh makan dengan kerap tetapi dengan jumlah sedikit. Makanan yang berasaskan protein tinggi juga dapat membantu mengatasi masalah pedih ulu hati.
Perkara yang perlu diingat ialah makan apabila anda berasa lapar. Jangan risau mengenai perubahan selera makan anda asalkan anda mengikuti nasihat yang diberikan mengenai jenis makanan yang perlu anda ambil dan berat badan anda bertambah pada kadar yang betul, yang akan diawasi oleh pakar obstretik anda.

MAKANLAH IKAN YANG SESUAI UNTUK MENDAPATKAN KHASIAT OMEGA 3 UNTUK KEPERLUAN IBU DAN BAYI..

Pakar-pakar secara amnya mencadangkan wanita hamil dan kanak-kanak di bawah 16 tahun supaya tidak makan ikan jerung, ikan todak atau mersuji kerana mungkin ia mengandungi tahap merkuri yang tidak selamat. Anda juga perlu elakkan ikan yang memakan di dasar seperti ikan duri kerana mungkin mereka makan bahan pencemar.

Mereka juga menasihatkan wanita hamil dan menyusu
, dan mereka yang bercadang untuk hamil, supaya makan tidak lebih daripada empat biji tin tuna bersaiz sederhana atau dua keping stik tuna segar dalam seminggu. Nasihat ini adalah berdasarkan dua biji tin bersaiz sederhana dengan berat bersih 140g setin dan stik tuna segar yang mempunyai berat 40g apabila dimasak atau 170g semasa mentah. Anda juga boleh memilih sardin, ikan bilis dan makerel (selalunya dalam hidangan ikan bakar) kerana ikan-ikan yang lebih kecil ini juga mempunyai kandungan minyak yang tinggi).

Ikan mengandungi protin, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3 yang tidak akan dibekalkan kepada bayi anda jika anda langsung tidak mengambil ikan. Untuk mendapatkan keseimbangan ikan semulajadi yang sesuai dalam diet anda, bolehlah mengamalkan makanan tambahan seperti Omega Guard Shaklee yang bebas bahan kimia berbahaya termasuklah merkuri untuk mendapatkan keperluan EPA dan DHA yang secukupnya untuk ibu dan bayi
.

 

MAKANAN YANG PALING TIDAK SESUAI UNTUK IBU HAMIL

Semasa kehamilan, anda perlu elakkan daripada mengambil:
  • Makanan laut mentah seperti tiram atau Sushi.
  • Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam laksa itu sebab anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak.
  • Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan supnya dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.
  •  Keju dengan kulit ari yang putih dan "bercendawan" seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda. 
  • Pate, daging kurang masak, ayam itik dan telur (masaklah semua daging sehingga tidak terdapat bahagian merah jambu dan masaklah telur sehingga ia keras). Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.
  • Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan sebab mungkin semua itu mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi anda yang sedang membesar.
  • Sesetengah wanita disarankan supaya mengelakkan daripada mengambil kekacang dan makanan yang mengandungi kekacang. Jika anda, suami anda atau mana-mana anak-anak anda yang lain (jika ada) mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asama atau eczema, mengelakkan kekacang semasa kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius.
  • Ramai wanita memilih untuk mengelakkan atau mengurangkan minuman beralkohol semasa kehamilan. Minum alkohol terlalu banyak akan menyebabkan kecacatan fizikal, kehilangan upaya belajar dan masalah emosi dalam kanak-kanak, jadi ramai pakar mencadangkan supaya anda jangan mengambil alkohol langsung semasa anda hamil.
Jika anda mahu minum alkohol semasa kehamilan, pakar mencadangkan supaya anda minum tidak lebih daripada satu atau dua unit alkohol, tidak lebih daripada sekali atau dua kali seminggu dan jangan minum sehingga mabuk.

Anda juga mungkin mahu mengurangkan pengambilan
kafein. Ini mungkin mudah bagi wanita yang tiada selera dengan kafein semasa trimester pertama mereka tetapi ini tidak bermakna ia berlaku pada semua orang.
Kenapa kafein merupakan satu masalah? Kajian telah menunjukkan kaitan mengambil lebih daripada 300mg kafein dalam satu hari
  • meningkatkan risiko keguguran
  • berat kelahiran yang rendah
  • menurunkan hb darah di dalam badan ibu yang boleh meningkatkan risiko kelahiran pra matang 


AMBIL VITAMIN TAMBAHAN SEMASA KEHAMILAN

Dalam sebuah dunia yang ideal – bebas dari mabuk hamil atau makanan yang tidak disukai – diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi dalam dunia nyata, vitamin-mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda. Tanya kepada doktor anda sama ada anda perlu mengambil vitamin tambahan atau tidak. ASID FOLIK adalah satu tambahan yang penting untuk diambil sebelum anda hamil – dan pada tiga bulan pertama atau lebih semasa kehamilan. Kekurangan vitamin B ini telah dikaitkan dengan kecacatan tiub saraf pada bayi seperti spina bifida. Positive Parenting, program pendidikan pakar yang ditubuhkan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia menekankan bahawa asid folik tambahan perlu diambil untuk mencegah kecacatan kelahiran. Ini boleh didapatkan melalui B COMPLEX Shaklee yang lengkap dengan Asid Folik.

Sesetengah pakar mencadangkan supaya anda mengambil makanan tambahan yang mengandungi 10 mcg Vitamin D setiap hari. Jika anda orang Asia dan anda memakai pakaian tertutup anda mungkin lebih berisiko untuk mengalami kekurangan Vitamin D. Khasiat Vitamin D boleh diperolehi di dalam Ostematrix.

Semasa kehamilan, sesetengah wanita perlu mengambil
zat besi tambahan. Tahap zat besi akan diperiksa berkala semasa kehamilan anda dan doktor anda akan menasihatkan anda mengenai keperluan anda. VITALEA mengandungi zat besi yang sesuai semasa kehamilan dan menyusukan anak.Ingatlah bahawa jumlah yang lebih banyak tidak selalunya lebih baik: Vitamin A tambahan yang mengandungi retinol, bentuk vitamin A berasaskan haiwan, boleh menjadi toksik kepada bayi dalam kandungan jika diambil dalam kuantiti yang banyak. Vitamin A jenis karotin berasaskan tumbuhan adalah selamat untuk kehamilan. Dos yang tinggi bagi kebanyakan vitamin dan mineral boleh membahayakan bayi anda yang sedang membesar. Lebih-lebih lagi vitamin sintetik. Jadi, gunakanlah vitamin semulajadi seperti yang terdapat di dalam SHAKLEE untuk mendapatkan keperluan nutrisi yang sesuai.


 
JANGAN BERDIET

Berdiet semasa kehamilan mungkin berbahaya kepada anda dan bayi anda yang sedang membesar. Sesetengah diet boleh menyebabkan anda kekurangan zat besi, asid folik, dan vitamin dan mineral penting yang lain. Ingatlah bahawa pertambahan berat badan adalah salah satu tanda positif bagi kehamilan yang sihat.

Wanita yang sempurna makan dan menambahkan berat badan dengan baik cenderung mendapat bayi yang sihat. Jadi, jika anda mengambil makanan segar, berkhasiat dan menambahkan berat badan, elok relaks saja. Anda memang sepatutnya menjadi lebih besar!

Jika anda terlebih berat badan, anda boleh mengubahsuai diet anda, mengurangkan makanan ringan dan melakukan
senaman (berjumpa dengan doktor anda dahulu). Kajian menunjukkan bahawa dalam keadaan ini, ia adalah selamat untuk tidak menambahkan atau mengurangkan berat badan semasa kehamilan anda kerana simpanan lemak badan anda akan membekalkan kalori yang secukupnya kepada bayi anda.


TAMBAHKAN BERAT BADAN SECARA PERLAHAN DAN SIHAT

Penambahan berat badan berbeza di kalangan individu dan bergantung kepada banyak faktor. Walaupun berat anda akan diambil ketika anda berjumpa dengan doktor anda, ingatlah bahawa tiada bukti penambahan berat badan memberi kesan kepada kesihatan bayi anda.

Purata tambahan berat badan semasa kehamilan adalah di antara lapan kilo dan 15 kilo. Tumpukan kepada pengambilan diet yang sihat: banyak karbohidrat, banyak
buah-buahan dan sayur-sayuran, protin dalam jumlah sederhana dan lemak serta gula dalam jumlah sedikit.

Apabila berat badan anda bertambah, jumlah pertambahan juga adalah penting. Ramai wanita hanya menambah sedikit berat badan semasa trimester pertama dan akan meningkat secara berterusan, dengan jumlah paling banyak diletakkan pada trimester ketiga semasa bayi sedang giat membesar.


MAKAN HIDANGAN KECIL TETAPI LEBIH KERAP SETIAP BEBERAPA JAM

Walaupun anda tidak lapar, kemungkinan bayi anda berasa lapar, jadi cuba makan setiap empat jam. Dan jika mabuk hamil, tidak suka makanan tertentu, pedih hulu hati atau ketakcernaan membuatkan anda sukar untuk makan, anda boleh cuba mengambil lima atau enam hidangan kecil daripada hidangan yang lebih besar untuk memudahkan badan anda menerima makanan. Pengambilan ESP - Energizing Soy Protein juga dapat membantu mengatasi masalah pedih ulu hati.

Ingatlah bahawa bayi anda yang sedang membesar kerap memerlukan zat makanan, jadi jangan tinggalkan apa-apa santapan.


MAKANAN YANG TIDAK SESUAI KADANG-KALA ADALAH OK

Anda tidak perlu meninggalkan semua makanan kegemaran anda disebabkan kehamilan anda. Tetapi makanan dan snek yang diproses dan pencuci mulut yang manis seelok-eloknya bukanlah makanan utama dalam diet anda. Jadi untuk snek, cuba makan buah pisang berbanding dengan ais krim atau sorbet beku buah-buahan berbanding dengan cendol. Tetapi jangan rasa bersalah jika anda hanya makan biskut kadang-kala. Nikmatilah setiap gigitan! 

SUMBER MAKLUMAT ASAS : BABY CENTRE

ANTARA VITAMIN YANG NUR CADANGKAN UNTUK KEPERLUAN IBU HAMIL
  1. B COMPLEX - mengandungi 8 jenis Vitamin B yang lengkap termasuk Asid Folik. Jadi tidak perlu lagi mengambil asid folik secara berasingan
  2. VITA-LEA - Vita-Lea adalah multivitamin dan mineral. Anda tidak perlu ambil Obimin lagi dan ia merupakan pelengkap untuk menampung vitamin yang kurang di dalam badan
  3. VITAMIN C - meningkatkan antibodi badan, natural antihistamine dan sumber kolagen semulajadi. Dapat mengurangkan masalah kerap selsema dan kesan stretch mark.
  4. OSTEMATRIX - Setiap satu tablet mengandungi 250mg Kalsium Magnesium. Pengambilan Kalsium tanpa magnesium yang berlebihan akan menyebabkan batu karang terbentuk. Ibu mengandung memerlukan 1000mg - 1300mg kalsium sehari untuk membentuk tulang dan gigi bayi yang kuat. Jika anda kurang mengambil kalsium dalam diet pemakanan harian, bayi akan menyerap keperluan kalsium yang diperlukan daripada tulang ibu yang akan menyebabkan ibu mudah mengalami sakit belakang dan sakit gigi ketika kehamilan.
  5. PROTEIN ESP - akan memberikan ibu hamil tenaga yang berterusan dan mengatasi rasa cepat letih. Selain itu akan mencantikkan kulit ibu dan bayi serta mengurangkan kesan stretch mark.
  6. OMEGA GUARD - DHA dan EPA daripada Omega penting untuk pembentukan otak yang bijak dan cerdik serta pembentukan mata bayi yang sihat. Ia juga akan mengawal paras kolestrol dalam badan ibu hamil.

TRIMESTER 1 :-

Klik link di bawah untuk pembelian secara online
VitaminAsasIbuHamilSihatMenawan

TRIMESTER 2 & 3 :- ADD ON ~
     
Klik link di bawah untuk pembelian Omega & Ostematrix secara online
AddOnOmegaDanOstematrix



Klik link di bawah untuk pembelian Set Lengkap Ibu Hamil secara Online

Petikan daripada Baby Center
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
The amino acids that make up protein are the building blocks of your body's cells – and of your baby's body as well. It's important to get enough protein throughout your pregnancy, but especially during the second and third trimesters, when your baby is growing the fastest and your breasts and organs are getting bigger to accommodate the needs of your growing baby.



YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
NUR SUZANA LAILY BINTI ZABRI
SHAKLEE ID : 889090
SMS/WASSAP : 017-2720564
EMAIL : nsuzana4890@gmail.com

WITH LOVE & CARE, NUR..


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE