CADANGAN VITAMIN SELEPAS BERSALIN

Selepas melahirkan, ibu-ibu memerlukan nutrisi yang lengkap dengan kadar segera untuk mempercepatkan proses pemulihan rahim yang 'luka' dan membekalkan tenaga yang secukupnya kepada ibu. Jika tidak, ibu kurang mampu menyusukan bayi dengan sendirinya dan risiko meroyan berlaku kepada ibu menjadi lebih tinggi.

CADANGAN VITAMIN UNTUK IBU MENYUSU

Fungsinya bukan sahaja bertindak sebagai ‘milk booster’ atau penggalak susu semata mata iaitu alfalfa malah ianya lebih bersifat serampang dua mata, melibatkan semua khasiat yang diperlukan oleh ibu menyusu seperti vitalea, B Complex dan Vitamin C. Ini semua adalah zat-zat yang diperlukan oleh tubuh bukan sahaja untuk menyusu anak tetapi untuk diri lebih sihat, cergas, cantik dan kekal bertenaga sepanjang hari.

CADANGAN VITAMIN SEMASA KEHAMILAN

Waktu hamil merupakan waktu kritikal seseorang wanita memerlukan makanan tambahan. Ini kerana, keperluan ibu tetap perlu dipenuhi disamping keperluan bayi di dalam kandungan. Kekurangan nutrisi dalam badan ibu hamil akan menyebabkan bayi menyerap apa yang diperlukan untuk tumbesarannya daripada badan ibu. Akibatnya, ibu akan mengalami pelbagai simptom kehamilan yang menimbulkan ketidakselesaan.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Translate

Ahad, 14 Disember 2014

PROSES KEHAMILAN & PROSES KELAHIRAN

Ilmu kehamilan sangatlah penting untuk diketahui oleh setiap wanita. Terutamanya wanita yang telah pun mendirikan rumah tangga. Wanita mesti tahu segala-galanya tentang kehamilan agar dia mampu berhadapan dengan segala tekanan yang bakal datang.

Penulisan ini kebanyakannya adalah berdasarkan pengalaman Nur sendiri dan melalui pembacaan. Tetapi, fakta - fakta asas Nur dapat daripada Koleksi Pa&Ma bertajuk Sedia Melangkah Ke Alam Baru yang mengandungi maklumat lengkap mengenai kehamilan dan komplikasi.

Antara yang paling asas yang perlu diketahui ialah, tempoh kehamilan umum bagi manusia adalah selama 40 minggu atau secara puratanya 9 bulan 10 hari. Kehamilan juga di bahagikan kepada 3 tahap yang digelar TRIMESTER.

Jadi, 3 tahap tersebut ialah :-
♥ Trimester Pertama = 1 - 12 minggu (1 - 3 bulan)
♥ Trimester Kedua = 13 - 24 minggu (4 - 6 bulan)
♥ Trimester Ketiga = 24 - 36 minggu @ sehingga melahirkan (7 - 9 bulan)


PERINGATAN 1 - Trimester Pertama
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  1. Jika anda menghidap diabetes, tekanan darah tinggi, epilepsi, sakit jantung, anemia atau penyakit keturunan lain, segeralah beritahu doktor agar kesihatan anda dapat dipantau terutamanya semasa hamil.
  2. Jangan merokok atau minum minuman keras
  3. Elakkan daripada mengambil ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu
  4. Jika anda ataupun pasangan menghidap penyakit kelamin, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
  5. Perubahan hormon yang mendadak menyebabkan rasa mual kebanyakannya pada waktu pagi. Keadaan ini berlaku akibat tindak balas diri terhadap bau, makanan ataupun minuman tertentu. Pengambilan halia dapat mengurangkan masalah ini. Nur suka amalkan Peppermint Ginger kerana rasanya yg berangin sekaligus membuang angin dalam badan yang merupakan salah satu punca mual.
  6. Akibat badan yang kurang selesa, anda akan sentiasa rasa letih dan mengantuk. Hal ini akan menyebabkan anda banyak tidur.
  7. Perubahan bentuk badan akan membuatkan anda semakin risau kerana kelihatan kurang menarik. Payudara semakin membesar dan pada masa yang sama, warna pada aerola juga menjadi lebih gelap kerana hormon prolaktin mula wujud dalam badan.


PERINGATAN 2  - Trimester Kedua
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  1. Untuk pengesahan kehamilan, segeralah berjumpa doktor. Waktu yang paling tepat untuk berbuat demikian ialah 2 minggu selepas tidak datang haid.
  2. Mengingat hari pertama tarikh haid terakhir penting bagi memudahkan doktor mengira tarikh anda dijangka bersalin.
  3. Setelah disahkan hamil, jangan mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
  4. Pada waktu ini, rasa mual dan kekerapan ke bilik air akan berkurangan. Dari masa ke semasa, selera makan akan semakin bertambah. Elakkan daripada makan snek yang tidak berkhasiat. Boleh gantikan dengan kurma atau kismis sebagai snek harian.
  5. Mulai bulan ini, kulit perut mula meregang menyebabkan anda rasa gatal. Pastikan perut di sapu pelembap atau minyak bayi bagi mengelakkan kulit perut daripada menjadi kering dan semakin gatal.
  6. Amalan pemakanan yang tinggi protein dan vitamin c juga dapat mengurangkan masalah ini. Dan, yang Nur suka amalkan adalah ESP dan Vitamin C Shaklee.. Krim Herbal Blend pula untuk di sapu di bahagian perut setiap kali selepas mandi.
  7. Pada waktu ini, denyutan jantung semakin meningkat. Kaki dan tumit juga mula membengkak. Urutan ringan daripada suami setiap malam mampu memberikan keselesaan pada ibu sekaligus mewujudkan hormon ketenangan di samping mengeratkan kasih sayang antara ibu, ayah dan bayi di dalam kandungan.
  8. Mula merasakan kehadiran bayi dalam kandungan kerana bayi semakin banyak bergerak. Ketika ini, fikiran hanya tertumpu pada bayi yang dikandung dan rasa cemas semakin menguasai.


PERINGATAN 3  - Trimester Ketiga
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  1. Bayi mula menendang dengan kuat dan pergerakannya boleh dilihat dengan mata kasar. Perasaan gembira bercampur takut mula menguasai diri.
  2. Suhu tubuh semakin meningkat. Bengkak kaki juga semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan anda mula sukar untuk tidur lena.
  3. Pada bulan kelapan, payudara sudah berhenti membesar. Kolostrom mulai keluar. Kolostrom merupakan susu pertama ibu yang terbaik untuk bayi baru lahir. Warnanya yang kekuningan mempunyai 1001 khasiat yang bukan sahaja bagus untuk tumbesaran bayi tetapi penting untuk sistem perkumuhan bayi yang terdiri daripada organ dalaman seperti buah pinggang, hati dan usus.
  4. Pada bulan-bulan terakhir, cairan vagina semakin banyak dan lebih kental. Rasa bimbang dan tertanya-tanya tentang apakah yang akan terjadi semasa proses kelahiran akan semakin kerap datang. Pada waktu ini, sokongan emosi daripada suami dan keluarga terdekat amat penting.


PROSES KELAHIRAN
~~~~~~~~~~~~~~~~

Ketahuilah bahawa proses kelahiran terbahagi kepada 3 tahap :

Proses Kelahiran Normal


[Tahap pertama]

★ Rasa sakit ketika saat kelahiran  hampir tiba akan berlarutan di antara 10 hingga 14 jam.

★ Serviks akan terbuka selebar 10cm. Ketika serviks meregang, vagina akan melengkung bagi memudahkan bayi keluar.

★ Setelah serviks terbuka sepenuhnya, air ketuban akan pecah. Tetapi, kebanyakan situasi pada masa kini, apabila bukaan sedah mencecah 4cm, doktor akan pecahkan air ketuban (jika belum pecah) bagi mempercepatkan proses pembukaan serviks.

★ Ibu-ibu dinasihatkan jangan sesekali meneran selagi bukaan belum mencecah 10cm bagi mengelakkan otot di bahagian serviks menjadi stress dan menyebabkan bengkak.

★ Atasi rasa kesakitan dengan teknik pernafasan yang betul iaitu tarik nafas melalui hidung dan lepaskan melalui mulut dengan panjang. Posisi ibu juga mestilah selesa supaya ibu tidak keletihan apabila tiba waktu kelahiran yang sebenar. Ini penting bagi mewujudkan suasana kelahiran yang alami atau semulajadi.

★ Ibu digalakkan membuang air besar pada waktu ini untuk mengelakkan najis keluar terlalu banyak ketika proses kelahiran.

★ Nur amalkan minum ESP + PERFORMANCE DRINK pada waktu ini untuk bekalan tenaga dan mengelakkan dehidrasi.

[Tahap kedua]

★ Bayi akan mula keluar.

★ Kontraksi akan mula dirasai setiap 2 hingga 2 setengah minit.

★ Setiap kali berlakunya kontraksi, bekalan oksigen kepada bayi akan berkurangan. Jika kontraksi berlaku terlalu lama, bayi akan berada dalam keadaan yang bahaya. Teknik pernafasan yang betul sangat penting dipraktikkan oleh ibu pada waktu ini.

★ Jika bayi masih belum keluar dalm tempoh yang telah ditetapkan oleh doktor, pembedahan terpaksa dilakukan.

[Tahap ketiga]


★ Ketika bayi dilahirkan, plasenta (uri) akan terpisah dari dinding rahim akibat kontraksi uterus (rahim). Plasenta akan keluar melalui serviks dengan sendirinya jika melalui kelahiran normal.

★ Suntikan mungkin akan diberikan pada saat terakhir kelahiran untuk membantu kontraksi uterus dan proses mengeluarkan plasenta. Selain itu, suntikan tersebut mampu mengurangkan kadar kehilangan darah ibu.

★ Selepas proses kelahiran yang sempurna berlaku, ibu perlu minum dan makan sedikit supaya masalah kelesuan ibu dapat diatasi. Kerana, ibu perlu menyusukan bayi pula dalam tempoh sejam selepas kelahiran..

Jadi, kepada bakal-bakal ibu, semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat dan panduan buat anda semua.. Dan, jangan lupa share artikel ini supaya dapat menjadi panduan kepada ibu-ibu diluar sana..

Untuk maklumat mengenai keperluan ibu hamil boleh baca di sini -->> KEPERLUAN IBU SEPANJANG KEHAMILAN

Terima kasih..


Jumaat, 12 Disember 2014

PENAT MENCARI REZEKI, TAK PENAT MENJEMPUT REZEKI

Jom sama2 kita beramal... (^_^)

Nur dapat kiriman whatsapp yang panjang pagi tadi... Jadi, Nur nak berkongsi tips-tips yang ada.... moga dapat dikongsi bersama...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Perkongsian Ikhlas - MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya pergi semalam ke SEMINAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI di Melaka anjuran SEK REN i-MUSLEH bagi mengutip dana pembinaan sekolah.

Penceramah seminar ini adalah Pn. Areena Ahmad Jurulatih Seminar Mudahnya Menjemput Rezeki yang dilatih oleh USTAZ FATHURI SALEHUDDIN.

Apa yang diceritakan semuanya berbalik semula pada AL-QURAN & AS-SUNNAH.. Networking kita dengan ALLAH mesti luar biasa. Barulah rezeki kita luar biasa. Ini kerana beliau kata di luar sana kebanyakan biasa berbanding luar biasa.

Dia menceritakan kita penat untuk mencari rezeki, tapi kita tak penat untuk menjemput rezeki.

Formula yang saya dapat :

1) Networking pertama adalah DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat..sekarang ubah lebih rakaat..makin lama makin meningkat.

Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Surah ini tidak akan membuat kita miskin untuk selamanya. Waktu DHUHA rasa getaran kita untuk menjadi apa. Jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.

2) Tahajjud. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

Nur pernah dengar di radio ikim.fm juga, Tahajjud juga mampu mengubati segala jenis penyakit zahir dan batin. Penyakit-penyakit akibat sihir juga dapat diubati dengan Tahajjud yang istiqamah.

3) Membaca Al-Quran setiap hari.

Apa yang di cerita, bangun pagi kita jangan buka hp atau rancang nak buat apa dulu.. mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat. Ini kerana apabila kita melakukan ini..Allah akan bagi kecukupan masa yang melampau pada kita untuk 1 hari. Jadi tiada istilah "TIADA MASA".

4) Berzikir.. Beliau meminta semua berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5) Solat Berjemaah. Terutama lelaki.. solat berjemaah di surau atau masjid. Pergi awal 10 minit awal sebelum azan. Orang lelaki diminta telefonlah ibu 1 hari 5 kali atau lebih. Atau, sekurang kurangnya 1 kali sehari.

6) Bersilaturrahim.. Janganlah kita memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti anda dengan hati yang yang lapang dan tenang.

Semasa Nur menyertai seminar LUA bersama Ateh Zuhairi, beliau selalu berpesan, kita memaafkan bukan kerana mereka layak untuk dimaafkan tetapi kerana, kita berhak bahagia. Belajarlah melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik di masa akan datang.

7) Bersedekah. Ini amalan yang sangat dititikberatkan oleh Pn.Areena kerana sedekah satu power yang luar biasa. Nak sakit sembuh, nak anak dengar cakap kita, nak kaya perlu kita sedekah. 1 kali memberi.. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

Contoh yang dia beri semalam.. Jika inginkan pendapatan bulan ini RM5000..10% daripada RM5000 yang kita inginkan..RM500 perlu kita sedekahkan pada bulan ini.

Bila bersedekah terang-terang kita minta dengan Allah.

- Testimoni beliau tentang sedekah..seorang peniaga online setiap bulan sedekah RM120,000. Pendapatan setiap bulan RM600,000.

- Testimoni beliau lagi..seorang kawan pergi outstation 7 hari. Sebelum outstation, kawan dia pergi bayar 'INSURANS'..bukan insurans prudential atau takaful tapi insurans SEDEKAH. Dia sedekah 3 tempat anak yatim. Dijadikan cerita..iron rumah dia tak tutup. Selama 7 hari tiada apa yang berlaku pada rumah dia..iron tu hanya panas sahaja. SUBHANALLAH

8) Solatlah di awal waktu. Panggilan ALLAH lagi penting dari segala-segalanya.

Contoh : Jika anda hendak susun 40 batu..batu yang ke 39 azan berkemandang,agaknya kita sambung batu terakhir atau tidak??

Pesan beliau sambunglah batu terakhir selepas solat..

9) Serahkan sepenuh pergantungan kita kepada ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10) Tawakal dan Usaha. Selalu kita dengar, usaha dulu baru tawakal. Betul tak ?? Tapi Pn.Rina kata ..tawakal dulu baru usaha..minta bulat-bulat pada Allah..baru kita usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Pesan beliau juga minumlah air masak 3 liter sehari.
Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki. Ini kerana mak dia adalah pesakit KANSER.. Tapi dia tak. Sebab dia tidak beremosi seperti mak,selalu minum air. Mak dia jarang minum air.

Yang ikut adalah adik dia pesakit KANSER. Ini kerana adik dia seperti mak yang selalu beremosi dan kurang minum air.

BILA ANDA CUKUP AMALAN...BARULAH SEMUA AKAN BERUBAH. SEKARANG SEMUA TERLETAK PADA DIRI KITA SAMA ADA INGIN BERUBAH ATAU TIDAK.

BERPEGANG KEPADA AL-QURAN

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Semoga bermanfaat untuk semua..

Ahad, 7 Disember 2014

JAMU VS SUPPLIMEN

Hari ni ada org tanya...

"Bila Nur start makan jamu setiap kali lepas bersalin ek?"

Jawapan Nur...

Maaf sangat2... Nur bukan pemakan jamu.. 

Nur bukan pengamal jamu sejak bersalin anak yg sulung sampailah anak yg ke-5.. firstly, sbb Nur mmg tak suka telan jamu.. senang citer, spesis susah makan ubatlah kata mak.. hehe.. Tapi, yg paling utamanya sebab Nur memang fully breastfeeding anak2 sejak dari lahir.. belum setengah jam lahir pun cepat2 dh mintak baby kat nurse sebab nak susukan...

Dan, hasil daripada konsultansi dengan doktor2, (ramai doktor tau.. bukan sorang jer..) Kebanyakan jamu2 ni, dia mesti ada 'bahan tersembunyi'.. unless kalau jamu tu kita buat sendiri lh kan.. sebab tu, ada jer masuk berita jamu ada viagralah, ada racunlah, ada ubat gegatlh, yg diletakkan dlm jamu tu sbb nak kesan cepat + serta merta kan.. (kinek2 jak, kata org sarawak).. tu yg buat org mati pucuk ataupun mati kesudahannya.. Nauzubillah...

Sejak mengandung anak yg ke 4, (tahun 2011) Nur di pertemukan Allah dengan Shaklee.. masa tu, badan kerap sangat sakit masa pregnant, keletihan yg teramat, mengantuk tak tentu masa & confirmlah hb darah pun rendah bila asyik sakit jer kan.. tp, jumpa tu dah nak bersalin.. sbb Syafiq bersalin awal.. 32 minggu.. so, Nur terus jer continue makan vitamin Shaklee masa pantang + menyusu..

Beza?
Sangat2 lh beza... Bersalin pun tak der jahit.. doktor kata, ini salah satu sebab daripada PROTEIN SIHAT CUKUP DALAM BADAN.. Dan, sebab dh pandai teran.. anak ke 4 kan masa tu.. kalau tak pandai teran lagi mau kene ketuk plk ngan doktor nanti.. heheheh... syukur 1 bab.. 

walaupun tak jahit, luka sikit tu mestilah ada kan.. 32 minggu dengan berat 2.3kg.. besar tu kata doktor... kalau cukup bulan, risiko ceaser pn ada.. bab ke 2, sebulan menginap di nicu dengan sihat, sambil kumpul stok susu... kalau ada yg pernah baca kisah Nur, 28 hari, 600oz, mesti tertanya2... kumpul stok tu dah masuk bab ke 3... 






Kesimpulan yg nur dapat :
1) luka bersalin kurang
2) sihat bertenaga
3) bila sihat, bertenaga automatik mood ceria dan banyak susu...

Cara jimat masa & tenaga Nur, setiap kali baby menyusu, Nur wajib perah lagi sebelah.. ini namanya TENDEM PUMPING.. Daripada biar jer yg lagi sebelah tu meleleh leleh kan, baiklah Nur perah.. secara automatiknya, breast akan diransang untuk menghasilkan lebih banyak susu.. masa ni, sekali pam sebelah, paling kurang 5oz Nur akan dapat.. Alhamdulillah.. rezeki Syafiq..

Masa ni juga, semua anak2 yg lain minum susu ibu juga sebab nak kurangkan kapasiti peti ais yg semakin penuh.. diorg pun elok jer minum. Hikmah anak ramai kata orang.. jadi, pada Nur, supplimen memang sangat utama utk ibu2 yg kurang makan makanan  berkhasiat(ikut piramid makanan tau) yg ingin menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya... tp, konsep asas penyusuan wajib patuh tanpa culas.. wajib pam, wajib minum air banyak.. 

untuk pengetahuan, Nur pantang sendiri.. dengan jaga anak2 yg lain juga.. so, kene lah amik supplimen kalau tak, mau melepek jer nur sepanjang hari kan..

Tapi, masa tu anak ke 4 baru jumpa shaklee.. whateverpun, Better late then never kan... kini, Nur meneruskan pengambilan supplimen masa mengandung anak ke 5 dan sedang menyusukan baby syaurah sekarang..

Tujuan artikel ni ditulis, bukan tak bagi ibu2 makan jamu, tapi, hati2lah... berpada2 lah.. Nur pun, bukan 100% bergantung pada supplimen untuk hidup.. Nur pun makan juga makanan yg org lain makan.. tapi, dengan mengamalkan supplimen, kita dapat prevent diri kita utk lebih sihat di masa yg akan datang.. wanita bersalin anak 1 mungkin belum merasainya... berbanding dengan yg dah bersalin 2,3,4 dan seterusnya... so, pilihan terletak di tangan masing2..




Klik link untuk info berkenaan vitamin ibu berpantang



Klik ink untuk info vitamin lengkap ibu menyusukan anak


MAKANAN PELENGKAP UNTUK ANAK PICKY EATER

PICKY EATER ~ TERLALU MEMILIH MAKAN

Istilah ini banyak digunakan untuk anak2 yang terlalu cerewet dalam memilih makanan seharian. Kebiasaannya, perkara ini terjadi apabila seseorang kanak2 itu diperkenalkan dengan makanan ringan terlalu awal dalam usia kanak2 nya. Adalah menjadi fitrah kanak2 juga, mereka sukakan benda yang sedap, manis dan ringan. Jadi, ibu bapalah yang berperanan dalam membentuk & mengatur pemilihan makanan yang perlu diambil oleh kanak2..

Jika perkara ini terjadi, risiko anak2 kekurangan zat dalam badan sangatlah tinggi. Seterusnya boleh membantutkan perkembangan tubuh badan ank. Dikhuatiri, tahap kesihatan yg baik juga tidak dapat dikekalkan. Akibatnya, anak selalu demam, selsema, batuk dan kerap dijangkiti penyakit2 dari persekitarannya terutamanya ank2 yg ditinggalkan di taska sewaktu ibu bapa keluar bekerja.

Penyelesaian untuk anak2 Nur sendiri, Nur memilih untuk memberikan mereka makanan tambahan / vitamin Shaklee yg semulajadi untuk menyokong tumbesaran mereka bukan pengganti makanan..

Pilihan Nur..


klik link di bawah untuk pembelian vitamin untuk Anak Sihat & Pintar secara online

atau hubungi Nur 0172720564 untuk pembelian jimat bersama konsultansi percuma


♥ MEAL SHAKE SHAKLEE
•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

~ mempunyai rasa vanila yg sedap
~ mudah disediakan. Hanya campurkan sesudu kecik di dalam susu mereka atau minuman mereka setiap hari.
~ penggalak selera makan 
~ menaikkan sistem imun dalam badan
~ mencantikkan kulit kerana mengandungi protein sihat
~ menampung kekurangan zat dalam badan yg tidak dapat diperolehi dari makanan
~ mengandungi serat yg cukup utk kanak2
~ membantu mengatasi masalah sembelit anak
~ meningkatkan daya tumpuan anakndi sekolah
~ juga sesuai utk kanak2 obesiti


 ♥ CHEWABLE VITA C
•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•

~ membekalkan keperluan vitamin c yg cukup untuk badan setiap hari
~ memperbaiki masalah selsema
~ mencantikkan kulit
~ rasanya yg sedap, masam2 manis menjadikan ia vitamin kegemaran anak2
~ boleh di hisap ataupun dikunyah seperti gula2
~ menggalakkan sistem imun badan yg lebih mantap


OMEGA GUARD 
•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•


~ menggalakkan perkembangan otak yg pesat
~ membantu menghubungkan lebih banyak sel2 otak
~ utk ank Nur, Syafiq yg mengalami masalah eczema & asma, Omega banyak membantu memperbaiki tahap kesihatannya
~ juga bagus utk anak2 yg kerap batuk
~ mengawal masalah obesiti anak
~ mengawal paras kolestrol dalam badan sejak dari kanak2 lagi
~ memperbaiki simptom2 alahan lain
~ menaikkan sistem imun dlm badan ank


VITALEA FOR CHILDREN 
•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°••°•°•°•°•°•

~ Membekalkan 19 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan untuk tumbesaran
~ Sumber kalsium untuk tulang, otak dan gigi
~ Meningkatkan tahap daya tahan melawan penyakit
~ Sumber lengkap 7 jenis vitamin B untuk fungsi tubuh yang betul
~ Menyediakan 150% nilai harian Vitamin D untuk menyerap kalsiuM dengan berkesan
~ Mengandungi 100% nilai harian Vitamin C yang diperlukan
~ Multivitamin yang kaya dengan antioksidan untuk kulit yang cantik
~ Menurut pakar nutrisi Shaklee sendiri, Vitalea For Children boleh diambil seawal umur kanak-kanak 1 tahun ke atas dengan PENGAWASAN ORANG DEWASA
~ Rasanya yang sedap menjadi kegemaran kanak-kanak
~ Tidak mengandungi perasa, pewarna, pengawet dan pemanis tambahan
~ Mengadungi pemanis semulajadi dengan Xylitol yang melindungi gigi dari kaviti
~ Pembungkusan BPA free




klik link di bawah untuk pembelian vitamin untuk Anak Sihat & Pintar secara online

atau hubungi Nur 0172720564 untuk pembelian jimat bersama konsultansi percuma



*********************************************

Selepas ikhtiar dengan vitamin semulajadi Shaklee..

★ Anak sulung Nur, Mohammad Safwan bin Junaidi yg mengalami masalah kurang berat badan & kurang selera makan sejak dari umur 3 bulan hingga 5 tahun. Susuk tubuhnya yg kecil menyebabkan ramai yg keliru, mana abang, mana adik.. Kini Safwan lebih berselera walaupun sekadar lauk pauk yg ringkas. Berat badan Alhamdulillah sudah normal mengikut tinggi & usianya yg kini 8 tahun. Sebelum ini, Safwan juga dikatakan kurang memberi tumpuan di dalam kelas & agak lambat respon kata cikgu.. Sekarang, dah jadi ketua kelas.. Alhamdulillah..

★ Anak ke 2 Nur, Nur Syamimi binti Junaidi & anak ke 3 Nur, Mohammad Syukrie bin Junaidi, Alhamdulillah tidak mengalami apa2 masalah kesihatan yg  membimbangkan. Tetapi, apa yg Nur sendiri perasan, mereka dah jarang sangat sakit. Kalau selsema atau batuk pun, takderlah berpanjangan macam dulu walaupun berjemur & bercampur dengan kawan2 di sekolah. Kalau travel jauh2 pun, tak der lesu jer macam sebelum2 ni.. Syamimi kini berumur 7 tahun & Syukrie berumur 5 tahun. 

★ Anak ke 4 Nur, Mohammad Syafiq bin Junaidi lahir tidak cukup bulan. Syafiq lahir pada usia dalam kandungan 32 minggu dengan berat 2.3kg.. Alhamdulillah ketika kelahirannya, Syafiq tidak mengalami apa2 masalah kesihatan serius melainkan hanya prolong jaundis & kene tahan di wad nicu dalam tempoh yg lama untuk menaikkan berat badannya.. 

Tetapi, pada usia 4-5 bulan, Syafiq disahkan mengidap asma & eczema, Walaupun Syafiq minum susu ibu sepenuhnya.. Dalam sebulan, 3-4 kali Syafiq terpaksa dikejarkan ke kecemasan Hospital akibat sesak nafas. Genap usia Syafiq 6 bulan, Nur ikhtiar untuk merawat masalah asma Syafiq dengan Omega. Sebiji Omega Nur picitkan di dalam bekalan susu ibu setiap pagi, setiap hari. 

Hari pertama sehingga hari ke 5 mula mengambil Omega, Syafiq mengalami batuk2 berkahak yg agak teruk. Siap dengan demam lagi.. Setiap malam, Syafiq akan memuntahkan ketulan2 kahak & lendir yg banyak. Dan Nur percaya, proses recovery sedang berlaku.. 

Masuk minggu ke 2, batuk mulai reda, demam mulai kebah, eczema mulai surut & pernafasannya kelihatan lebih stabil. Masa ni, pengambilan Omega mula dikurangkan iaitu sebiji untuk 2 atau 3 hari sekali.. Genap sebulan, Syafiq dah pulih sepenuhnya. 

Hasil pemeriksaan bulanan oleh doktor di hospital, Alhamdulillah, Syafiq disahkan bebas asma 95%.. 5% lagi bergantung daripada faktor luaran seperti karpet, cuaca panas, habuk & pemakanan. Makanan2 ringan sangat2 perlu dielakkan untuk mengekalkan tahap kesihatannya berada dlm keadaan baik. 

Kini, Syafiq sudah berumur 3 tahun. Dia bebas bermain, bebas berlari & bebas makan apa sahaja asalkan semuanya berpada pada. Setiap yg kita lakukan atau makan semuanya lebih baik jika berpada pada kan. Jangan keterlaluan jika mahu kesejahteraan.


Inilah pilihan Nur sebagai ikhtiar untuk menaikkan tahap kesihatan anak2 Nur. Memberi yg terbaik bukan hanya pada harta benda atau wang. Tetapi, memberi yg terbaik untuk kesihatannya adalah lebih penting & lebih bermakna. 

Anda pula bagaimana? nak biarkan anak2 terus menerus di takuk lama? 
Sayangilah mereka sebaiknya.. Hargailah mereka sebaiknya.. 

Mencegah lebih baik daripada merawat. Dan, itulah yg wajar dilakukan bagi memelihara kesihatan anak2 kita. Ini penting supaya proses pembelajaran anak setiap hari tidak diganggu oleh kesihatan yg tidak memberansangkan.


Nur,
IBU PRIHATIN, KELUARGA BAHAGIA..

# Shaklee Puchong   # Shaklee Setia Alam   # Shaklee Shah Alam

♥~(^_^)~♥



klik link di bawah untuk pembelian vitamin untuk Anak Sihat & Pintar secara online
atau hubungi Nur 0172720564 untuk pembelian jimat bersama konsultansi percuma



Mari Baca Cara Menjaga Tali Pusat Bayi Baru Lahir


#####################################


Ahad, 9 November 2014

BAHAYA NESCAFE UNTUK JANTUNG

Perkongsian ini Nur dapat daripada wassap.. En. Husband yg forward pada Nur.. Dan, pada Nur benda baik macam ni wajib dikongsikan kepada umum.. Supaya ia dapat dimanfaatkan bersama... Walau apapun yg kita makan, minum & amalkan setiap hari, biarlah berpada.. Jangan berlebihan. Walau apapun yang kita ambil secara berlebihan, semuanya akan mengundang keburukan..

■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□


[11/8, 10:51 PM] Ustz Akmal BTPN: Nescafe. ..oh Nescafe....

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya.
Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad, menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasti :-

  1. Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
  2. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
  3. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
  4. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
  5. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
  6. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
  7. Tapak tangannya semakin basah.
Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat pemakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan...


"Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)"

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya :-

  1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
  2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
  3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi
  4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
  5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
  6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
  7. Elakkan mandi selepas makan
  8. Amalkan amalan :- Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
  9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda
  10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
  11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.
Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Sekian wassalam wallahuaqlam. _,

‘sharing is caring.

Dear Friends,
I’m strongly agreed on these issues because it happens to one of my friend in HSS Integrated Consultant. Beliau sekarang menjalani rawatan dialysis setiap 3 hari. Now its been already 9 years he is suffering with this kidney problem. The doctor yang check dia kata, the main cause is:
1) Breakfast with Nescafe
2) 10am break with Nescafe
3) Lunch with Nescafe ais
4) Minum petang also with Nescafe.
5) Malam supper pun pekena Nescafe.
So, hope for best for those who still love Nescafe.


■□■□■□■□■□■□■□■□

[11/8, 10:52 PM] Ustz Akmal BTPN: Shai. ....aiyyua shai.



Anda pengemar Teh? 

Pastinya anda tersenyum sampai ke pipi mendengar khabar berita ini. Menurut satu penelitian yang di lakukan oleh pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Didapati teh mengandungi pelbagai khasiat dan manfaat yang amat berguna. 

Antara manfaat teh sebenarnya amat banyak, Antaranya seperti yang tercatat di bawah:-
  1. Teh mampu membangkitkan semangat, meningkatkan daya pemikiran dan ingatan seseorang.
  2. Teh beruapaya menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisme tubuh, memelihara fungsi jantung, pembuluh darah, usus dan hati.
  3. Minum teh mampu mencegah kerosakan gigi, Dikatakan amalan meminum teh pada kanak-kanak dapat mengurungkan risiko kerosakan gigi sebanyak 60%
  4. Minum teh dapat menghambatkan sel penuaan. Kesan antipenuaan yang terdapat didalam daun teh adalah 18kali ganda komposisinya daripada vitamin E
  5. Minum teh dapat memperlahan dan menyekat pembentukan lemak pada selaput dalam pembuluh darah, mencegah pengerasan pembuluh nadi, tekanan darah tinggi dan penyumbat pembuluh darah pada otak.
  6. Minum teh dapat merangsangkan saraf pusat dan merangsangkan kekuatan gerakan tubuh.
  7. Amalan minum teh berupaya menurunkan berat badan dan menjaga kecantikan
  8. Minum teh di percayai dapat mengatasi masalah katarak yang biasa dialami oleh mereka yang berusia. Tidak hanya dengan itu, ia juga boleh dijadikan penawar untuk mengubati radang rongga mulut dan radang rongga kerongkong yang kerap menyerang pada musim panas.
  9. Minum teh dapat melindungi fungsi pembentukan darah. Daun teh mengandungi zat proteksi radiasi, Menonton televisyen sambil minum teh dikatakan dapat mengurangi bahaya radiasi televisyen sekali gus melindungi daya penglihatan anda.
  10. Minum Teh dapat memelihara dan mengawal pengaliran darah dalam tubuh.
  11. Air teh mudah di serap segera dalam tubuh dan di oksida.
  12. Menyejukkan tubuh dan menurunkan suhu badan. Dikatakan selepas sembilan minit minum teh hangat, suhu tubuh menurun sebanyak 1 hingga 2 darjah Celsius.
  13. Daun Teh mengandungi banyak unsur mikronutrien yang amat bermanfaat untuk tubuh.
  14. Daun teh berupaya mengekang pertumbuhan sel kanser
Wallahualam..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Teh eksotik putih, merah dan hijau Matcha dipetik dengan berhati-hati dan diadun sempurna untuk menghasilkan minuman yang sungguh luar biasa. Ia bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semula jadi di samping meningkatkan kesihatan keseluruhan.
  • Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat
  • Sedap diminum, sama ada panas atau sejuk
  • Alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi
  • Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga
  • Bungkusan berbentuk ‘stick’ yang mudah bagi setiap sajian
Antara kebaikan dan khasiat Teh Putih, Teh Merah & Teh Hijau yang terdapat di dalam Cinch Tea Energy Mix ini ialah :-
  1. Teh Putih mengandungi kandungan kafein yang sangat rendah
  2. Anti Oksidan yang tinggi
  3. Mencegah kanser
  4. Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
  5. Mengurangkan paras kolestrol dalam darah
  6. Melindungi jantung dan peredaran darah keseluruhannya
  7. Menguatkan tulang
  8. Menggalakkan kulit yang sihat
  9. Mengurangkan paras gula dalam darah di samping mengurangkan gejala kencing manis
  10. Meningkatkan metabolisme dan menggalakkan badan untuk membakar lebih banyak lemak
  11. Sangat baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan masalah cirit birit
  12. Membantu melawan penyakit athma dengan mengembangkan saluran pernafasan
Apa kata mereka yang telah mengamalkan Cinch Tea Energy Mix :-

Penggalak tenaga yang berkesan dan memberi kesegaran berpanjangan


Klik link di bawah untuk pembelian Cinch Tea Energy Mix secara online
http://bit.ly/TehPenambahTenaga





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Isnin, 27 Oktober 2014

Jadual Waktu Sistem BadanManusia!

Alhamdulillah...

Info asal Nur dapat daripada salah seorang customer tetap Nur daripada Johor.. Sudah 2 tahun beliau masih setia menerima perkhidmatan & khidmat nasihat daripada Nur.. Terima kasih K.Sabariah.. 

Semoga Allah bukakan pintu hati akak utk daftar ahli supaya akak dapat banyak lagi kebaikan dengan berkongsi kebaikan juga.. Ameen..

Dan, semoga info asal & tambahan yang diedit mengikut pengetahuan Nur ini juga dapat memberi manfaat kepada semua pembaca sebagai ikhtiar untuk menjaga kesihatan dengan lebih baik lagi..

Mencegah itu lebih baik daripada merawat.. (^_^)

★ Waktu Pagi
~~~~~~~~~~~~~

3:00 am – 5:00 am 

>>> Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertafakur.

>>> Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.

>>> pengambilan minyak ikan tulen seperti Omega Guard Shaklee secara konsisten juga mampu memperbaiki masalah paru-paru, jantung dan melancarkan aliran darah ke seluruh badan..

>>> pengambilan minyak ikan bukanlah hanya ketika kita sakit, tetapi sebaik baiknya ia diambil secara berterusan sejak dari lahir melalui susu ibu sehingga usia tua sebagai penjagaan kesihatan secara rutin.

5:00 am – 7:00 am


>>> Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

>>> Masalah kekurangan kalsium dalam badan juga boleh menjadi salah satu punca sembelit.. Kalsium yang terbaik haruslah disertai dengan Vitamin D didalamnya supaya masalah lebihan kalsium di dalam badan yang boleh menyebabkan penyakit batu karang dapat di atasi.. Ostematrix lengkap dengan Kalsium Magnesium & Vitamin D.

7:00 am – 9:00 am


>>> Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini. Kiranya ini adalah waktu terbaik untuk kita bersarapan supaya kekal bertenaga sehingga ke petang.. 

>>> Kajian pakar perubatan juga mendapati, mereka yang mengambil sarapan pagi berkhasiat setiap hari secara konsisten boleh memanjangkan umur..

>>> pilihan terbaik Nur untuk sarapan pagi sejak 2 tahun yang lalu adalah gabungan ESP & MEAL SHAKE pelbagai variasi resepi.. sedap, sihat & menyegarkan!


9:00 am – 11:00 am


>>> Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.


Waktu Tengahari
~~~~~~~~~~~~~~~~~~



11:00 am – 1:00 pm

>>> Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan.

>>> Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

>>> Teringat juga peristiwa yang menimpa pakcik Nur.. Seorang guru yang bergantung dengan ubat darah tinggi sepenuhnya di usia 30-an. Akibat 'terlupa' makan ubat di sebelah paginya, pakcik Nur diserang strok tepat jam 12.30 tengahari di sekolah.. Kuasa Allah yang Maha Penyayang.. Mujurlah beliau tidak jatuh dan sempat berpaut pada sesuatu.. Kini, Alhamdulillah.. Dengan ikhtiar Vivix, minyak ikan Omega Guard, supplimen kesihatan lain dan ubat doktor beliau semakin pulih dari hari ke hari..


★ Petang
~~~~~~~~~

1:00 pm – 3:00 pm


>>> Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur. Makan tengahari juga tidak semestinya makanan berat. Yang penting kita tahu nilai kalori yang kita ambil setiap hari.

>>> Pengetahuan asas tentang nilai kalori dalam pemakanan harus dititikberatkan dari awal lagi jika tidak mahu menyesal di kemudian hari. Kerana, orang kurus tidak semestinya sihat dan kebanyakan orang gemuk memang mudah diserang penyakit kritikal..

>>> Minum air kosong juga sangat digalakkan pada waktu ini..


3:00 pm – 5:00 pm



>>> Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh. 

>>> kekurangan air dalam badan boleh mengakibatkan jangkitan pundi kencing atau kencing kotor terutamanya mereka yang diperingkat awal kehamilan. 

>>> Nur suka minum PERFORMANCE DRINK Shaklee bersama CINCH TEA ENERGY MIX Shaklee pada waktu ini. Performance drink merupakan air isotonik tanpa gas dan gula yang mampu mengekalkan bendalir dalam badan lebih lama. Cinch tea pula salah satu energy booster Nur. Ia juga sangat bagus untuk menstabilkan metabolisme dalam badan. Jadi, masalah kerap lapar dapat di atasi.. kalau lapar juga, masukkan sekali sesudu ESP.. Lagi kebaboooommm khasiatnya.. heheh..


5:00 pm – 7:00 pm


>>> Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

>>> waktu yang paling sesuai juga untuk bersenam dan beriadah bersama keluarga.. Sihat fizikal dapat, sihat emosi juga dapat.. 

>>> berjalan-jalan di sekeliling taman sambil meregangkan otot mampu meningkatkan stamina harian.


Waktu Malam
~~~~~~~~~~~~~~

7:00 pm – 9:00 pm


>>> Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Lagi awal, lagi bagus. Jika tidak atau terlalu lewat akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

>>> tidak digalakkan mengambil heavy meal / makanan berat terlalu banyak. Yang penting, kandungan protein bersesuaian dan mengikut piramid makanan yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

>>> Nak makan heavy meal juga? Boleh telan PHYTOCOL-ST Shaklee sebelum makan. Selamat jantung dan badan daripada kolestrol kolestrol jahat yang sedappp itu..


9:00 pm – 11:00 pm

>>> Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja yang mungkin boleh mendatangkan penyakit insomnia / kesukaran tidur. 

>>> Jika anda memiliki masalah sukar tidur, tidur yang tidak lena dengan erti kata lain tidur yang kurang berkualiti, Nur sangat menggalakkan anda mengambil Ostematrix Shaklee setiap hari sebelum tidur.

>>> Pengambilan susu panas sebelum tidur juga membantu memudahkan mata untuk terlelap. Salah satu tanda anda telah mendapat tidur yang berkualiti adalah, anda mudah bangun pagi dan tidak rasa ingin tarik selimut lagi jika sudah terjaga di waktu pagi..


11:00 pm – 1:00 am


>>> Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

>>> masalah 'lemau' akan mula menguasai diri sepanjang hari.

>>> mata juga akan mudah kelihatan begnya... atau bahasa lainnya, eye bag akan mudah menjelma dan menyebabkan wajah seseorang menjadi kusam dan tidak bermaya.

>>> Kepada pelajar pelajar, boleh mula 'study' jam 3 pagi setiap hari jika tidak mahu masalah ini membelenggu anda. Pengambilan ESP secara konsisten juga mampu mengurangkan masalah mata panda ini..


Waktu Lewat Malam
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1:00 am – 3:00 am


>>> Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada
penglihatan dan badan lesu. Inilah waktu hati dibersihkan daripada toksik toksik merbahaya yang masuk ke dalam badan melalui makanan, air dan udara sepanjang hari.. Dan, proses pengeluaran toksik toksik tersebut akan berlaku selepas jam 5 pagi..

>>> Jika anda tidak 'membuang' air besar sekurang kurangnya sekali dalam sehari, toksik akan berkumpul dan mendatangkan penyakit lain. 

>>> Bagi remaja, masalah yang sering dihidapi akibat toksik yang tidak dikeluarkan dari badan ini adalah jerawat di muka dan di badan, bau badan yang kurang menyenangkan dan kelesuan. Jadi, banyakkan minum air kosong serta makan makanan yang berserat tinggi untuk membantu badan mengeluarkan toksik dengan mudah dan berkesan.

>>> Jika masalah berlarutan, boleh jumpa doktor. Nur boleh cadangkan vitamin-vitamin untuk detox juga.. 

* detox hati - DTX COMPLEX Shaklee
* detox darah - ALFALFA COMPLEX Shaklee
* detox usus - HERBLAX & OSTEMATRIX Shaklee

Inilah ringkasan jadual waktu badan manusia mengikut fikiran dan kajian manusia. Rahsia Allah, tiada siapa pun yang mengetahuinya. Oleh itu, ikhtiar kita adalah MENCEGAH SEBELUM PARAH.. 
(^_^)

SAYANGILAH DIRI KITA...


Mari baca mengenai BUASIR..

******************************************



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE