CADANGAN VITAMIN SELEPAS BERSALIN

Selepas melahirkan, ibu-ibu memerlukan nutrisi yang lengkap dengan kadar segera untuk mempercepatkan proses pemulihan rahim yang 'luka' dan membekalkan tenaga yang secukupnya kepada ibu. Jika tidak, ibu kurang mampu menyusukan bayi dengan sendirinya dan risiko meroyan berlaku kepada ibu menjadi lebih tinggi.

CADANGAN VITAMIN UNTUK IBU MENYUSU

Fungsinya bukan sahaja bertindak sebagai ‘milk booster’ atau penggalak susu semata mata iaitu alfalfa malah ianya lebih bersifat serampang dua mata, melibatkan semua khasiat yang diperlukan oleh ibu menyusu seperti vitalea, B Complex dan Vitamin C. Ini semua adalah zat-zat yang diperlukan oleh tubuh bukan sahaja untuk menyusu anak tetapi untuk diri lebih sihat, cergas, cantik dan kekal bertenaga sepanjang hari.

CADANGAN VITAMIN SEMASA KEHAMILAN

Waktu hamil merupakan waktu kritikal seseorang wanita memerlukan makanan tambahan. Ini kerana, keperluan ibu tetap perlu dipenuhi disamping keperluan bayi di dalam kandungan. Kekurangan nutrisi dalam badan ibu hamil akan menyebabkan bayi menyerap apa yang diperlukan untuk tumbesarannya daripada badan ibu. Akibatnya, ibu akan mengalami pelbagai simptom kehamilan yang menimbulkan ketidakselesaan.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Translate

Isnin, 29 September 2014

KELEBIHAN SEBUAH CIUMAN UNTUK SUAMI ISTERI

10 SAAT CIUMAN PAGI BUAT SUAMI MENGUBAH SEGALANYA....


Tapi tak semestinya pergi kerja je kena salam, tetapi nak kemana-manapun, bila kena berjauhan ngan suami dan anak2. Untuk makluman semua. Saya dapat e-mail ni dari kawan. Dalam Majalah Seri Dewi dan Keluarga keluaran Mei atau Jun 2004, ada dimuatkan tulisan yang mengenai ciuman 10 saat untuk suami.

Di dalam artikel itu, dinyatakan mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar, para2 suami yang dicium oleh isteri mereka sebelum pergi bekerja mempunyai peratusan yang tinggi untuk mendapatkan kenaikan pangkat. Bukan setakat itu sahaja, suami yang dicium isteri mengikut kajian dapat memanjangkan jangka hayat umurnya sebanyak 5 tahun.

Dan ada satu lagi fakta yang lebih menarik, proses berulangan di waktu pagi ini dapat mengurangkan risiko suami mengubah haluan ke arah wanita lain. Kalau nak tahu details, kena baca sendiri le.Terutama kepada para2 isteri yang tidak menganggap perkara ini adalah suatu perkara yang membantu dalam hubungan rumah tangga.

Saya tidak nafikan, ramai pasangan suami-isteri yang menunjukkan pasangan bahagia dan romantik sebelum mereka berpisah untuk ke tempat kerja masing-masing. Kebanyakannya mencium tangan suami mereka, ada juga yang mencium pipi suami dan ada dengan berbagai gelagat lagi. Tapi saya yakin tidak semua pasangan yang melakukannya. Lebih2 lagi bab mencium pipi suami ini. Dan yang disarankan adalah selama 10 saat.

Dalam kes ini, saya ingin menceritakan kisah saya. Setelah membaca artikel tersebut (yang ditulis oleh seorang lelaki), hati saya begitu berkobar-kobar untuk mempraktikkannya, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan kelebihan2 ciuman ini. Namun, saya agak malu dan tidak pasti samada suami boleh menerimanya atau tidak. Kerana pada anggapan saya, orang lelaki ni ada yang tak begitu suka menzahirkan hubungan kasih sayang dengan isterinya especially di hadapan orang.

Suami saya ini bukanlah seorang yang romantik, sebab itulah saya sedikit musykil. Walau bagaimanapun, memang setiap pagi saya akan mencium tangan suami sblm ke tempat kerja dan ciuman itu akan dibalas semula oleh suami saya. Tapi pada tangan jugalah, bukan pipi. Itu pun telah cukup untuk membuatkan hati saya kembang kerana kesudiannya membalas ciuman saya. Namun, misi saya yang terbaru ini masih belum dapat saya lakukan kerana saya tidak mengetahui tindakbalas dia terhadap keinginan saya. Walau bagaimanapun, saya tetap meneruskan niat itu dengan menanyakan pendapat beliau tentang perkara ini. Dan yang pastinya saya menyenaraikan segala kelebihan yang bakal diperolehinya dengan tindakan tersebut ( tapi yang cari lain tu saya tak sebut, hehehe...malulah).

Yang membuatkan saya gembira sesangat ialah kerana dia bersetuju dengan cadangan itu. Macam tak percaya! Seronok rasanya. Maka saya rasa berjaya membawa perubahan dalam kehidupan kami. Walaupun nampak tidak besar mana, tapi ianya penting. Maka pada hari-hari yang seterusnya (sekarang dah masuk satu minggu kot) saya akan mencium tangan dan pipi suami sebelum ke tempat kerja. Harap hatinya berbunga-bunga dan kerjanya pun berjalan lancar kerana pagi-pagi lagi dia sudah dibelai manja oleh isteri tercinta.

Di dalam buku psikologi yang saya baca, anak-anak akan mengikut apa dilakukan oleh ibubapanya. Kalau baik yang dilakukan, baiklah tingkahnya.Kalau tidak baik yang dilakukan, maka tidak baiklah juga hasilnya. Apa yangingin saya katakan ialah, pada Sabtu yang lepas saya terpaksa bekerja. Jadi suami dan anak perempuan saya yang berumur 3 tahun menghantar saya ke stesen LRT.

Sebelum kereta berhenti, saya telah mengambil inisiatif untuk mencium anak saya dan berpesan padanya agar jangan nakal2 sepanjang saya tiada dirumah. Sebaik saja kereta suami berhenti di hadapan stesen, saya terus mencium tangan dan pipinya dan membuka pintu kereta untuk keluar.
Keajaiban berlaku ( pada pandangan sayalah ), anak saya yang berumur 3 tahun itu melihat perlakuan ayah dan ibunya lalu dari seat belakang, dia beralih seat depan sambil menghulurkan tangannya pada saya yang sudah berdiri di luar pintu kereta. Lalu setelah saya hulurkan tangan saya, dia ambil dan diciumnya serta meminta saya mencium pipinya. Hati saya sungguh tersentuh dengan perkara ini. 

Maksudnya anak-anak yang dididik dan ditunjukkan kasih sayang di hadapan mereka akan cuba menirunya juga. Ini akan menerapkan nilai-nilai kasih sayang dalam diri mereka semenjak mereka kecil lagi.

Oleh itu, para pembaca ..yang tidak pernah melakukan perkara ini, apakata anda mengambil inisiatif untuk melakukannya sekarang. Takkanlah hari-hari nak makan lauk sardin saja....betul tak? Saya yakin para suami akan sukakannya, maklumlah sapa yang tidak suka di belai dan diberikan kasih sayang, benarkah begitu wahai para suami? Bersetujukah anda dengan pandapat ini?

Dan dalam artikel itu juga, dinyatakan bahawa penulis itu mengakui yang beliau tidak melakukan perkara tersebut walaupun bercium tangan sebelum ke tempat kerja dengan isterinya dan merasa rugi kerana tidak mengetahui fakta ini terlebih dahulu. Sekiranya beliau tahu, pastinya beliau juga akan mempraktikkan perkara ini.

Oklah, saya ucapkan selamat mencuba dan semoga perkahwinan anda akan terus bahagia dan berpanjangan hingga ke akhir hayat.Amin...Cuba cubalah... praktikkan!!
Kredit sumber : email Rahsia Perkahwinan








*************(^_^)*************

SOLAT KHUSYUK SOLAT TERBAIK

MENEMUKAN KHUSYUK YANG HILANG.

Perkongsian ini Nur dapat daripada kawan2 wassap Nur.. Dan, kerana ilmu ini sangat besar manfaatnya, Nur share pulak kat blog simple Nur ini dengan harapan mampu menjadi asbab kepada tersebarnya hidayah kepada semua orang.. In shaa Allah...

***********************************

Saya masih banyak kekurangan. Apa yang saya lakukan SEBELUM masuk waktu solat, saya ambil masa dalam 1-15 minit untuk diam dari melakukan apa jua kerja.

1. Yang saya lakukan hanyalah berkomunikasi dengan Allah. Tidak
memohon. Tetapi sekadar bercerita. Saya suka bercerita kepada Allah. Tentang kerja, tentang hidup, tentang keluarga, anak-anak. Tentang apa saja.

2. Kemudian setelah masuk waktu solat, saya bangun untuk mengambil wuduk dalam KESEDARAN bahawa saya sedang dalam perjalanan untuk bertemu denganNya secara formal.

Saya ingin memujiNya, saya ingin memohon (mengikut doa dalam solat) dan saya ingin berterima kasih pada Nya.

3. Sepanjang wuduk… saya SEDAR bahawa Yang ingin saya temu adalah Allah. Saya pastikan wuduk saya sempurna. Saya minta agar segala anggota wuduk saya dilindungi Allah dari melakukan kejahatan dan kemaksiatan.

4. Dalam perjalanan untuk memulakan solat saya tetap jaga kesedaran bahawa saya dalam persediaan jumpa Allah.

Saya bentang sejadah dan tetap kesedaran bahawa saya ingin bertemu Allah tidak saya lepaskan.

5. Ketika saya berdiri untuk mula takbir, saya istighfar dahulu. Memohon keampunan pada Allah seawal lagi agar pujian saya benar-benar datang dari hati yang bersih. Berulang-ulang saya istighfar.

6. Kemudian saya mengangkat Takbir dan saya menyedariNya. Saya memanggil Allah Yang Maha Besar, Yang saya rindui.

7. Saya tidak “membaca” Doa iftitah. Tetapi saya memuji Allah dalam Doa Iftitah. Mulut ini berkomunikasi dalam bahasa arab. Namun hati ini memahami apa yang diucapkan adalah….

“Ya Allah, Engkaulah Tuhan Yang Maha Besar sebesar-sebesarnya ya
Allah. Ya Allah Segala puji bagiMu ya Allah sebanyak-banyaknya ya
Allah. Ya Allah, Maha Suci Engkau di pagi dan petang ya Allah.”

“Ya Allah ku hadapkan wajahku kepadaMu Tuhan yang menjadikan langit
dan bumi dengan benar-benar lurus dan berserah kepadaMu ya Allah. Ya
Allah, aku ini bukan dari kalangan orang-orang yang musyrik ya Allah.”

“Ya Allah sesungguhnya ya Allah, solatku ya Allah, ibadahku ya Allah,
hidupku ya Allah, matiku ya Allah adalah hanya untukMu ya Allah.”

“Ya Allah, tidak ada sekutu bagiMu ya Allah, dan aku diperintahkan
untuk tidak menyukutukanMu ya Allah dan aku ini dari golongan orang
yang berserah diri."

8. Kemudian, saya terus memujiNya dalam Al-Fatihah. Sebuah lagi skrip hadiah dari Allah untuk kita berkomunikasi denganNya. Kita berkomunikasi di dalam bahasa arab namun kita faham yang sedang kita komunikasikan dengan Allah adalah….

“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan syaitan yang
terkutuk ya Allah.”

“Ya Allah, Dengan namaMu ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan
Penyayang ya Allah”.

“Ya Allah, Segala puji bagiMu Tuhan yang memelihara segala alam ya Allah. Engkaulah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang ya Allah. Engkaulah raja yang menguasai hari pembalasan ya Allah."

"Ya Allah…. kepadaMu-lah kami sembah Ya Allah .. dan kepadaMu-lah kami mohon pertolongan ya Allah." (saya selalu tidak mampu menahan kesayuan tika saat ini. Saya sangat rindu padaNya hingga seluruh tubuh ini bergetar)

"Tunjukilah kami jalan yang lurus ya Allah. Jalan mereka yang telah
Engkau beri nikmat ya Allah, bukan jalan yang Engkau murkai dan bukan
jalan yang sesat ya Allah.”

ALLAHUKABAR indahnya solat. Ini baru selesai Al-Fatihah.

9. Kemudian kita baca surah yang mudah dan kita fahami.

10. Diamlah sejenak sebelum kita rukuk. Tuqmaninah sebentar. Sedarilah kita rukuk untuk hormat dan memuji Allah.

11. Lalu rukuklah. Namun diam dahulu. Rukunnya adalah rukuk bukan bacaan rukuk. Diamlah namun sedar dan berterima kasih pada Allah Terima kasih yang datang dari hati ini.

Lalu ketika ini pujilah Allah dengan benar. Pujilah Allah dari hati. Bukan bacaan sekadar dari bibir semata-mata.

” Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Agung ya Allah.”

Selepas pujian pertama… diam lagi… rukuklah dengan benar disamping fizikal kita benar-benar rehat. Tulang-tulang kita kembali kepada tempatnya. Darah mengalir ke otak kerana kedudukan otak sama dengan jantung.

Pujilah lagi untuk seterusnya hingga 3 kali.

12. Bangunlah dengan perlahan, dengan hormat dalam setiap pergerakan solat. SEDARlah terus bahawa kita sedang bertemu dengan Allah. TUHAN.. bukan bos, bukan menteri, bukan kawan-kawan, bukan mak ayah….. tetapi Allah…. TUHAN yang menjadikan kita dan tempat kita kembali. Allah..

Iktidal… diam sebentar (tuqmaninah) lalu nyatakan pada Allah….

“Ya Allah, untukMu segala pujian ya Allah.”

Andai semuanya milik Allah segala pujian, adakah pujian milik kita? Siapa kita yang sering ingin dipuji?
Siapa kita yang sering kecewa ketika orang lain tidak memuji kita?
Siapa kita?….
Astaghfirullah.

13. Sujud….. Diamlah sebentar. Sedarlah ketika sujud ini, jasad ini kembali kepada asalnya yakni tanah. Kita tidak ada apa-apanya lagi. Segala pujian adalah milik Allah. Kita ini tiada apa-apanya. Kita mengharapkan redha Allah semata-mata.

Sujudlah…
sedarlah Allah…
lalu pujilah Allah….

“Ya Allah, Maha SuciMu Tuhan yang Maha Tinggi ya Allah”

Diamlah sebentar untuk pujian kedua dan ketiga agar benar-benar pujian itu dari hati kita dalam kesedaran padaNya.

14. Kemudian duduklah dengan penuh tunduk dan mengharap padaNya. Mohonlah satu persatu. Bukan membaca dengan laju…. tetapi mohonlah…mohonlah. Diri kita sangat memerlukan kasih sayang daripadaNya.

“Ya Allah, ampunilah aku ya Allah”

“Ya Allah, rahmatilah aku ya Allah”

“Ya Allah, cukupkanlah segala keperluanku ya Allah”

“Ya Allah, angkatlah darjatku ya Allah”
(angkat darjat bukan naik jawatan, jadi kaya raya, jadi terkenal, sentiasa dipuji. Bukan..bukan.... Angkat darjat adalah agar Allah melindungi maruah kita. Tidak mengaibkan kita. Andai Allah mengaibkan segala kejahatan dan kemaksiatan kita…. Allahurabbi… tidak tertahan untuk mampu terus hidup).

“Ya Allah, Murahkan rezekiku ya Allah”

“Ya Allah, bukakan pintu hatiku untuk hidayah/petunjukMu ya Allah”

“Ya Allah, sihatkanlah aku ya Allah”

“Ya Allah, maafkanlah aku ya Allah.”

Andai ini dibaca dengan baik, Allahhurabbi…sujud seterusnya pasti akan
lebih berserah kita padaNya.

*****************************
Jika ini dapat didirikan dengan baik, nikmatilah sendiri keindahan solat. Betapa nikmatnya solat dan nikmatnya solat kita tidak pernah sama sejak kita mendirikannya dulu hingga sekarang. Bahkan nikmat solat ini semakin meningkat dari satu waktu ke waktu yang lain.

Dulu saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang dekat dengan Allah sentiasa menunggu-nunggu waktu solat.

Allahurabbi…. ketika menikmati nikmatnya solat… barulah kita faham mengapa.

TATACARA PERGERAKAN DALAM SOLAT

********************************************************



ELAKKAN BERFIKIR ATAU MEMBAYANGKAN HAL DUNIA. TUMPUKAN SEPENUH PERHATIAN PADA PENCIPTA KITA.. 
FOKUSLAH HANYA PADA ALLAH...



**************************************************************

JIKA KITA DITIMPA MASALAH, ALLAH TIDAK MEMINTA KITA MENCARI PENYELESAIANNYA TETAPI ALLAH PERINTAHKAN KITA SABAR & SOLAT...
SEMOGA HIDAYAH MENJADI MILIK KITA SEMUA..
AMEEN...




***********************************(^_^)*********************************



TIPS TERBAIK TIDURKAN ANAK

BAGAIMANA MEMUPUK TABIAT TIDUR YANG BAIK

# kredit info asal daripada Drypers

Adakah bayi anda tidur nyenyak sepanjang malam?

Hanya apabila anda menjadi ibu bapa sahaja anda akan menyedari bahawa tidur bayi susah diramalkan. Ianya disebabkan oleh ritma sirkadian, atau pusingan tidur-jaga, dan ini diatur oleh cahaya dan kegelapan. Ritma ini mengambil masa untuk dimajukan. Pada bulan-bulan terawal, anda perlu mengikut corak tidur bayi anda. Bagaimanapun, selepas enam bulan, anda boleh mula ‘mengurus’ tidur bayi anda. Pastikan kita yg mengaturkan tidurnya bukan dia yg mengaturkan tidur kita.

Memahami tidur bayi

Bayi yang baru lahir tidur purata 16 jam sehari. Sepanjang waktu tidur, bayi ini berada di dalam fasa tidur yang berbeza. Sepanjang tempoh ini, bayi tidur dengan senyap (tidur nyenyak) dan pada masa lain lebih resah (pergerakan mata pantas (PMP) di waktu tidur, dikenali sebagai tidur bermimpi). Sebahagian daripada tidur bayi baharu lahir adalah PMP.

Di ketika ini, darah yang dibekalkan ke otot dipertingkatkan, tenaga dibaik pulih, pertumbuhan tisu berlaku dan hormon penting dirembeskan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi. Dari segi samada sedar atau tidak, fasa tidur waktu ini adalah di bawah kategori sedar. Anda mungkin menyedarinya apabila anda melihat bayi anda – dia bergerak dan senang terjaga.

Lebih daripada 50% Hormon Pertumbuhan Manusia* (HPM) yang penting untuk tumbesaran dirembeskan ketika tidur nyenyak.

* http://www.news-medical.net/health/Growth-Hormones-What-are-Growth-Hormones.aspx

“Saya mendukung bayi di dalam posisi membuai dan mengusap dahinya ke bawah dengan lembut, seperti membantunya menutup mata. Tetapi saya perasan cara terbaik untuk menidurkan bayi adalah apabila saya tenang. Dia boleh mengesan ketenangan saya dan tidur lebih mudah dan cepat.”
-Chin Jin Ho.

Membantu bayi tidur

0-4 Bulan
Ritma tidur bayi yang baru lahir berkitar mengikut keperluan mereka untuk diberi makan, bertukar lampin dan dipelihara. Biasanya mereka menunjukkan yang mereka mengantuk dengan menggosok mata atau menangis. Bayi yang baru lahir memerlukan keselamatan dan sentuhan fizikal sekerap mungkin. Ini memberi rasa seakan dakapan, kerana itulah bayi suka didukung oleh anda. Jika bayi tertidur ketika menyusu atau didukung, tunggulah sehingga setengah jam, kemudian barulah meletakkannya di atas katil. Ini kerana seeloknya menunggu sehingga bayi nyenyak tidur sebelum mengalihnya.

4-5 Bulan
Jika bayi anda tertidur semasa menyusu, ia akan mula biasa tertidur di dalam dakapan anda. Ini bermakna yang dia akan bangun semula bila diletakkan di atas katil kerana bayi anda mahukan keselesaan daripada tangan atau dada anda. Pada tahap ini, adalah baik jika anda terus meletakkan bayi yang tidur ke atas katil sebaik sahaja dia tidur, agar anda tidak membiasakannya untuk tidur di dalam dakapan anda. Juga supaya keadaan bayi tidak menyusahkan pengasuh anak anda pula.

Apabila bayi diletakkan di atas katil ketika mereka penat tapi masih terjaga, mereka boleh menjadi “penenang diri sendiri” yang membolehkan mereka tertidur dengan sendirinya. Jika bayi anda selesa dengan badan anda dan menerima bantuan anda untuk menidurkannya setiap kali hendak tidur, dia akan menangis atau memberi tanda agar anda menidurkannya setiap kali terjaga dan hendak tidur semula di waktu malam.

6-12 Bulan
Pada usia 6 hingga 7 bulan, kebanyakan bayi telah mula membentuk corak makan dan tidur yang baik. Jika anda mula menyuap bayi makan, kemungkinan dia tidak akan meminta untuk disusukan di waktu malam. Bayi pada usia ini tidur kira-kira 10 hingga 12 jam, tetapi adalah biasa jika bayi terjaga beberapa kali di waktu malam. Jika anda tidak berbuat apa-apa dan membiarkan bayi menenangkan dirinya sendiri hingga tertidur kembali, ia akan menjadi lebih mudah kerana bayi tidak memerlukan bantuan anda untuk tidur atau untuk tidur semula sekiranya dia terjaga dari tidurnya.

Aktiviti tetap yang diamalkan sebelum tidur menawarkan rasa selamat, tetapi anda harus berhati-hati untuk tidak mempraktikkannya terlalu lama, kerana ini boleh membuatkan kanak-kanak akan menjadi terlalu letih dan meragam. Anak yang terlalu letih akan menjadi hiperaktif dan akan susah untuk tidur. Semasa tempoh setengah tahun pertama, bayi anda juga akan mengalami keresahan jika ditinggalkan, dan tidak mahu berenggang daripada anda. Jika ini terjadi, anda hendaklah bertenang dan bersabar.

Bayi anda mungkin mula merangkak, berdiri atau memulakan langkah pertamanya untuk berjalan. Peningkatan aktiviti motor ini boleh mengganggu tidur kerana anak anda mungkin cuba untuk duduk atau berdiri ketika waktu tidur. Letakkan anak anda di dalam katil bayi untuk mengelakkan kemalangan.

1 Tahun
Pada mulanya, bayi masih perlu tidur sebentar di waktu pagi dan tengahari. Pada usia 15 bulan, ianya mungkin akan lebih sukar untuk anda dan bayi anda, kerana akan bermasalah jika tidur terlalu banyak atau terlalu sedikit. Anda hendaklah menerima fasa peralihan ini. Cubalah untuk selang-selikan seperti tidur sebentar untuk sekali atau dua kali sehari. Ingatlah, yang anak anda perlu tidur seperti waktu dia bayi dahulu, jadi teruslah mengamalkan rutin tidur semasa anak anda masih kecil.

Posisi tidur

Bayi hendaklah tidur menelentang sejak dari lahir. Sebaik sahaja bayi boleh berpusing, biarkan bayi tidur di dalam posisi yang dia mahu. Namun demikian, adalah baik untuk memastikan yang bayi tidak sentiasa memusing kepalanya di sebelah tertentu sahaja bagi mengelakkan kepala bayi berubah bentuk atau kemek.

Bayi yang tidur di atas katil ibu bapa

Menjadi mitos bahawa bayi yang tidur bersama di atas katil ibu bapanya tidak mudah untuk tidur di katilnya sendiri. Bagaimanapun, anda harus sedar aturan ini mudah mengganggu tidur anak serta ibu bapa sekali dan membawa kesan kepada kehidupan mereka. Sebaik2nya, ajar anak untuk tidur di katil sendiri apabila umurnya sudah mencecah 1 tahun.

Tabiat-tabiat Tidur

Jangan merangsang bayi sekiranya mereka menunjukkan tanda-tanda kepenatan.
Cuba elak pandangan matanya dan biarkan dia terlena sendiri.
Bayi memerlukan kebolehramalan bila tiba masa untuk tidur.

Tidurkan bayi anda di tempat yang sama.
Dendangkan lagu atau bercerita kisah yang sama pada malam hari.
Rutin yang sama dan berulangan menjadikan anda dan bayi merasa selamat.

Didik bayi mengenai perbezaan di antara waktu siang dan malam.
Pada malam hari , tutuplah langsir, gunakan lampu malap, pastikan kadar bunyi bising adalah rendah dan juga pastikan tidak banyak gangguan di dalam bilik yang boleh menarik perhatian bayi.

Pakaikan bayi pakaian yang selesa untuk tidur.
Elakkan pakaian bayi yang boleh mengakibatkan tubuh bayi terlalu panas di malam hari. Bahan berupa kain kapas sesuai dengan iklim di Malaysia dan memberikan bayi lebih keselesaan.

Letakkan permainan yang lembut bersebelahan bayi anda.
Bayi anda akan belajar untuk mencari bahan yang selesa selain daripada tubuh anda atau pun degupan jantung anda.

Tahukah anda bahawa terlebih menyusu bayi boleh mengganggu tidur bayi? *

Para penyelidik mendapati bahawa bayi yang terlebih menyusu pada minggu-minggu pertamanya akan menghadapi risiko sehingga tiga kali ganda tidak dapat tidur berterusan bila mencapai usia 12 minggu. Kerana itu, ibu bapa digalakkan untuk memahami keperluan bayi sebaiknya. Bayi menangis bukan hanya kerana dia lapar. Mungkin kerana dia tidak selesa dengan lampin, suhu bilik ataupun ketakutan.

Walaupun tiada nombor bilangan penyusuan yang betul atau salah, anda boleh kurangkan kadar penyusuan pada malam hari secara beransur dengan menjarakkan masa iaitu menukar lampin bayi terlebih dahulu sebelum menyusu selepas bayi berusia 3 minggu.
Cth: dengan syarat bayi bertambah beratnya. Ini akan mengelakkan bayi daripada sentiasa mahu menyusu dan berjaga di waktu malam.

*http://www.dailymail.co.uk/health/article-156244/Overfeed-baby-youll-bad-nights-sleep.html

Pasang lampu merah sepanjang malam. Ia menyediakan suasana lembut

Jika boleh, bawa bersama kereta sorong bayi ketika mengunjungi rakan atau keluarga. Bayi tidur lena di dalam suasana yang dia kenali.

Bagi kanak2 yg berumur 6 bulan ke atas, lengkapkan pemakanan anak anda dengan nutrisi yg lengkap & sihat setiap hari. Badan yg mempunyai nutrisi lengkap & sihat setiap hari juga mempengaruhi pola tidur anak2. Masakan mereka dapat tidur dengan baik jika badan kurang sihat & kerap jatuh sakit.





*********************************************

Selasa, 23 September 2014

[EXCLUSIVE GIVEAWAY ~ Saya Nak Sihat]

Bismillah

Assalamualaikum wrt…

PENGUMUMAN!!! PENGUMUMAN!!!!

Alhamdulillah, kini Nur & rakan2 seperjuangan mengadakan GIVEAWAY untuk mereka yg nak merasai nikmat sihat & cantik secara percuma!!!  

GIVEAWAY ini berlansung MULAI 22 SEPT 2014 – 3 OKTOBER 2014...

Jom baca selanjutnya...
Hanya klik pada link di bawah untuk maklumat lanjut.

Layari -> http://bit.ly/GA-RM1000

Jadi, apa tunggu lagi???
MARI KITA JOIN BERAMAI-RAMAI!!!









***************************************************


Khamis, 18 September 2014

TIPS KURUS & RENDAHKAN KOLESTROL DENGAN PELUKAN

Tips ini ditujukan khas buat mereka yg dh berumah tangga jer tau..Yg belum nikah tu, jgn nak menggatai na... Pergi halalkan apa yg patut dulu.. Yg dah bertunang, kalau nak cepat kurus, boleh percepatkan tarikh nikah tu ya.. Makin cepat, makin bagus sbb risiko maksiat & zina dpt dikurangkan... In shaa Allah...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

KHASIAT SUAMI PELUK ISTERI..

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.. (setiap hari tau secara konsisten. Setiap kebaikan yg dilakukan secara konsisten semua mendatangkan manfaat kebaikan)..

Pakar motivasi Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh."

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,''

katanya ketika memberi syarahan bertajuk 'Perkahwinan dan Seks : Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

 ``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
 ``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Kredit sumber : Utusan Malaysia



********************************************************



Jika kurang berkesan juga, boleh amalkan Supplimen Shaklee untuk menurunkan paras kolestrol dlm bdn dengan sgt2 berkesan & efisyen. Iaitu dengan mengamalkan PHYTOCOL..

PHYTOCOL baru dirasmikan kemasukannya ke dalam Shaklee Malaysia pada bulan Jun 2014 yg lepas semasa National Conference Shaklee Malaysia.. 

Antara kandungan yg terdapat di dalam PHYTOCOL ini ialah formula proprietari yg membekalkan 2,000 mg Fitosterol setiap hari.


Keistimewaan PHYTOCOL-ST Shaklee berbanding Phytocol jenama lain adalah..
★ Rumusan mantap daripada beberapa jenis fitosterol
★ Membekalkan 2,000mg fitosterol tumbuhan setiap hari
★ Menepati 100% keperluan harian fitosterol yg disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)*
★ Tiada tambahan pengawet, pewarna, perisa atau pemanis
2,000 mg fitosterol ini bersamaan dengan..
1) 200 biji lobak merah
2) 70 keoing roti gandum
3) 425 biji tomato

Apa itu Fitosterol?

Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan stanol tumbuhan) di temui dalam membran sel tumbuh-tumbuhan. Ia juga boleh ditemui dalam kuantiti yg kecil dalam pelbagai tumbuhan, buah -buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Dianggarkan 200-400mg sterol tumbuhan dan lebih kurang 50mg stanol tumbuhan kita makan setiap hari.

Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2,000 mg Fitosterol setiap hari, bersama-sama diet rendah lemak tepu dan rendah kolestrol di samping tinggi serat larut, bersenam dan penurunan berat badan.


Untuk hasil yg terbaik, ambil Phytocol-ST Shaklee 2 tablet sebanyak 2 kali sehari selepas makan. Anda juga boleh mengambil Omega Guard dan CoQ Health Plus Shaklee yg boleh mengoptimumkan manfaat Phytocol-ST Shaklee.


Antara manfaat yg bakal anda dpt dengan mengamalkan PHYTOCOL ialah :-
★ menurunkan paras kolestrol dalam badan seseorang
★ menstabilkan paras kolestrol baik dalam badan
★ bukan sahaja utk mereka yg mempunyai paras kolestrol yg tinggi semata2 tetapi ia disarankan kepada sesiapa sahaja yg ingin menjaga kesihatan mereka
★ sangat membantu dalam mengurangkan berat badan
Antara vitamin Shaklee yg boleh disyorkan untuk kurus disertai dengan senaman ringkas setiap hari adalah..











*******************************************************


Selasa, 16 September 2014

TESTIMONI MEAL SHAKE SHAKLEE

MEAL SHAKE adalah pilihan Nur untuk nutrisi lengkap anak2. Mari kita baca pula apa kata mereka...





klik link di bawah untuk pembelian MEAL SHAKE Shaklee secara onine

















**********************************************************



MEAL SHAKE memang sesuai untuk semua!!!!!



klik link di bawah untuk pembelian MEAL SHAKE Shaklee secara onine
http://bit.ly/MealShakePelengkapMakanan


********************************************************







Isnin, 8 September 2014

13 MAKANAN PALING TERUK UNTUK BAYI

Hari ini hari Isnin. Hari yang terkenal dengan istilah 'MONDAY BLUES'.. Hehehe.. Nur yang duduk rumah ni pun terkena juga tempiasnya pagi tadi. Gara2 tidur lewat malam tadi. Inilah akibatnya tak konsisten OSTEMATRIX tu. Masalah insomnia kini mengganggu hidupku lagi. Sabor jerlah.

Bulan September ni, 15 hb nanti genaplah umur Syaurah 9 bulan. Syaurah sudah diberi makan sedikit2 sejak seminggu yang lepas. Anak yang ni terpaksa bagi makan awal pulak sebab dia suka 'menyerang' sesiapa sahaja yang dia nampak tengah makan kat rumah ni.. Makanya, terpaksalah ibu bagi makan juga. Tapi, berperingkatlah.

Setakat ni Syaurah dah makan puri kurma, puri carrot & puri kentang. Puri carrot dan kurma nampak dia suka sangat. Tapi, puri kentang dia reject 100%.. Tak tahulah kenapa kan..

Oleh kerana Syaurah dah mula makan, ibu kenelah alert banyakkk kan, apa yang boleh dan apa yang tak boleh bagi Syaurah makan. Jadi, kali ni Nur nak kongsi tentang 13 jenis makanan yang paling teruk untuk bayi. Terima kasih kat babycentre.com di atas ilmu yang berharga ni..

****************************************


* kredit info babycentre.com

13 Makanan Paling Teruk Untuk Bayi Untuk Bayi Berumur antara 6 bulan dan setahun.

Kerepek

Kerepek mengandungi terlalu banyak garam, dan mungkin akan mengisikan perut kecil bayi sehingga dia terlalu kenyang untuk makan makanan yang lebih berkhasiat. Bayi hanya memerlukan sedikit garam sahaja (kurang daripada 1g sehari).


Gantikan dengan: 
biskut beras atau roti jejari.



Makanan tersedia

Makanan tersedia dan makanan kemudahan lain yang boleh dibeli dari pasar raya adalah untuk orang dewasa, dan biasanya mempunyai banyak garam dan lemak. Periksa label: tahap garam yang tinggi ialah lebih daripada 1.5g garam per 100g (atau 0.6g natrium). Tahap garam rendah ialah kurang daripada 0.3g garam atau kurang setiap 100g (atau 0.1g natrium).


Gantikan dengan: 
bubur nasi buatan sendiri, yang anda boleh masak cukup untuk beberapa hidangan, dan simpan dalam peti sejuk beku dalam bekas-bekas kecil, setiapnya cukup untuk sekali makan.



Makanan segera

Burger, piza dan makanan goreng mengandungi banyak garam dan gula, apatah lagi lemak tepu, dan tidak sesuai untuk bayi. Apabila anda menyediakan makanan sendiri, yang lebih sihat, anda boleh mengawal sepenuhnya ramuan yang digunakan.


Gantikan dengan: 
hidangan-hidangan mudah untuk ibu dan bayi. Nur cadangkan roti telur planta. Tapi tak sesuai untuk yang belum ada gigi lagi macam Syaurah.



Gula-gula

Sarat dengan gula, ia merosakkan lapisan enamel pada gigi bayi. Tofi kenyal dan pastil adalah yang paling teruk kerana mereka berpegang kepada gigi. Gula-gula keras juga membawa risiko dia boleh tercekik.


Jika bayi anda makan gula-gula, pastikan dia seterusnya juga makan sekeping keju atau minum sedikit susu untuk membantu meneutralkan gula dalamnya.

Gantikan dengan: 
ketulan-ketulan raspberi, tembikai dan strawberi yang pasti digemari dan juga mengandungi vitamin C dan lain-lain nutrien. Puri atau lecekkan buah-buahan untuk bayi, atau potong menjadi ketulan-ketulan kecil untuk bayi yang lebih tua. Sentiasa berhampiran bayi anda semasa dia makan.



Keju lapuk matang yang lembut

Jangan memberi bayi anda jenis-jenis keju ini jika dia belum lagi berusia setahun, kerana mereka membawa risiko sejenis keracunan makanan dipanggil listeriosis. Begitu juga dengan jenis keju lembut biru-celah.


Gantikan dengan: 
kiub taufu dan keju cheddar atau edam, yang adalah sumber baik kalsium. Nanti Nur share pula apa itu listeriosis.



Kekacang sebiji-biji

Kanak-kanak di bawah usia lima tahun tidak boleh makan kekacang sebiji-biji kerana risiko dia boleh tercekik. Walau bagaimanapun, kacang boleh dijadikan makanan bercerai susu yang sesuai sebagai mentega kacang atau jika dipotong menjadi kepingan yang sangat kecil.


Tanya pakar pediatrik atau doktor keluarga sebelum anda memberi kacang kepada bayi jika keluarga anda atau suami mempunyai sejarah alergi.

Gantikan dengan: 
kepingan kecil avokado atau hummus dengan biskut beras.



Minuman ringan

Keasidan minuman ini boleh merosakkan gigi bayi yang baru muncul. Selain dari tahap gula dan pemanis tiruan, ada juga yang mengandungi kafein yang boleh terkumpul di dalam badan bayi, menyebabkan dia berjaga-jaga resah atau marah.

Minuman-minuman ini tidak mengandungi sebarang nutrien yang diperlukan bayi anda.


Gantikan dengan: 
air dan susu ibu atau susu formula, yang adalah minuman yang terbaik untuk bayi anda sehingga dia berusia setahun.



Bijirin sarapan manis

Hari baru bermula, gigi sudah mula rosak! Anda mungkin terkejut mendengar bahawa banyak juga bijirin sarapan mengandungi paras garam yang tinggi, jadi sentiasa periksa label pada kotak.


Gantikan dengan: 
bergantung kepada umur bayi anda, cuba beras bayi, bijirin gandum lengkap atau bubur nasi untuk permulaan sihat setiap hari.



Kentang jejari 
     
Kentang jejari yang digoreng mengandungi banyak lemak tepu. Terlalu banyak kentang goreng juga mengisikan perut bayi anda sehingga dia terlalu kenyang untuk menikmati makanan yang memberikan lebih tenaga.


Jika anda membuat keputusan untuk memberikan kentang jejari kepada bayi, pilih yang dipanggang daripada yang digoreng.

Gantikan dengan: 
ubi kentang atau keledek lecek. Boleh juga kalau rajin nak buat jejari kentang sendiri. Kan lebih sihat..



Kek dan donat

Kek dan donat mengandungi sedikit nutrien dan banyak gula dan lemak tepu, yang boleh membuat bayi anda berlebihan berat badan jika dia sentiasa makan. Gigi-giginya juga rosak. Cuba berikan kek dan biskut pada hari atau majlis istimewa sahaja.

Gantikan dengan: 
pisang lecek, biskut beras, roti jejari dan biskut tanpa gula.


Kopi dan teh

Apa-apa minuman yang mengandungi kafein tidak sesuai untuk bayi anda. Jangan tambah teh ke botol bayi anda untuk memanaskan susunya. Tanin dalam teh boleh menghalang badannya daripada menyerap zat besi dalam makanan dengan betul.

Gantikan dengan:
air dan susu ibu atau susu formula adalah minuman yang terbaik untuk bayi anda sehingga dia berusia setahun. Selepas itu dia boleh minum susu lembu penuh lemak sebagai minuman utama atau anda boleh terus menyusui.

Ikan yu, todak atau marlin

Ikan-ikan ini memang bukanlah dalam senarai barang runcit mingguan, tetapi mereka mengandungi tahap merkuri yang tinggi, jadi langsung tidak selamat untuk bayi makan.

Gantikan dengan: 
ikan berminyak adalah sumber baik protin dan minyak omega-3. 
Cuba cebisan ikan salmon dengan keju krim atau sandwic sardin dan timun yang kecil.


*************************************




klik link di bawah untuk pembelian MEAL SHAKE Shaklee secara onine

Gantikan makanan ringan anak anda kepada MEAL SHAKE SHAKLEE!!!
Meal Shake bukan sahaja sarapan lengkap yang mengenyangkan tetapi pelengkap nutrisi yang sangat berkhasiat untuk anak anda setiap hari... Sangatlah digalakkan unttuk anak2 yang kerap tidak sihat, asma, kerap demam, batuk, sembelit & susah nak makan..  

Untuk anak2 Nur, MEAL SHAKE telah banyak membantu menaikkan selera makan anak Nur yang susah sangat nak makan. Syamimi yang dulu selalu sembelit sampai berak berdarah pun dah tak der sembelit lagi. Yang paling best, parut chicken pox diorg pun dah semakin pudar... Alhamdulillah... Inilah ikhtiar Nur untuk improve kesihatan 5 orang anak Nur.. Bukan anak jer, maknyer yang selalu sembelit ni pun dah tak der sembelit dah bila makan MEAL SHAKE... hehehe...

Jadi, AWAS dengan makanan yang diambil oleh bayi anda. Jangan sesekali bagi makan kepada bayi yang umurnya kurang daripada 6 bulan. Banyak sangat kes usus bayi tersumbat akibat bagi makan awal ni. Yang seksanya baby juga. Kesian dia.. Tangisan bayi bukan semata2 kerana dia lapar ya.





klik link di bawah untuk pembelian MEAL SHAKE Shaklee secara onine

Bayi adalah seorang manusia yang paling stress. Kerana, dia hanya mampu menangis untuk menyatakan rasa tidak selesa, lapar, nak tidur, lampin basah atau apa sahaja. Dan, orang dewasa pula tidak semuanya faham tangisan bayi. Sebab itulah kita sebagai seorang dewasa perlu belajar untuk memahami tangisan bayi ni. 

Susu ibu tetap makanan terbaik untuk bayi dan merawat segala penyakit bayi. Ibu yang menyusu pula WAJIB jaga makan yang diambil supaya susu ibu lebih berkhasiat dan mengenyangkan untuk bayi. Dan, itulah sebabnya kenapa Nur makan vitamin.. (^_^)

Untuk kanak2 berumur setahun ke atas pula, bolehlah amalkan MEAL SHAKE sebagai snek harian yang sedap, berkhasiat dan lengkap dengan segala nutrisi wajib yang diperlukan.

September 2014 ni ada promosi berganda Shaklee.. Iaitu MEAL SHAKE BUY 3 FREE 1 & COLLAGEN POWDER BUY 6 FREE 1.. Sesuai sangatlah untuk ibu & anak yang bijak pandai lagi gojes ni kan... Boleh hubungi Nur juga untuk dapatkan produk Shaklee anda ya!




klik link di bawah untuk pembelian MEAL SHAKE Shaklee secara onine


I LOVE BREASTFEEDING ~♥

ANAK SIHAT, 

ANAK CERIA, 

IBU GEMBIRA, 
IBU BAHAGIA....


# SHAKLEE SETIA ALAM    # SHAKLEE SHAH ALAM    # SHAKLEE PUCHONG

IBU NUR

SMS/WASSAP/TELEGRAM/WE CHAT 

0172720564













*********************************************************




PENJAGAAN TALI PUSAT BAYI BARU LAHIR


2 hari lepas, Nur terbaca artikel post di facebook mengenai seorang bayi yang meninggal akibat tali pusat berulat. Mengikut laporan akhbar, ibunya meletakkan ubat tradisional di tali pusat bayi yang dikatakan kononnya, ubat tersebut mampu mempercepatkan pengecutan tali pusat bayi lahir.

Wahai ibu2 di luar sana, janganlah degil.. Dengarlah apa kata doktor. Ikutlah apa kata doktor tentang penjagaan pusat bayi. Janganlah terlalu suka 'mengikut orang' dan mendengar kata2 orang. Lagi pulak, orang2 tersebut, tak bertauliah pun dari segi perubatan. Doktor lebih tahu apa yang terbaik kerana itu adalah bidangnya.. Jadi, jangan degil2 ya...

Sepanjang 5 anak yang Nur lahirkan, belum pernah lagi Nur letakkan apa2 ubat lain pada pusat bayi selain daripada ubat doktor. Dan, mengikut pengalaman Nur, dalam masa 7 hari, mesti tali pusat anak tu dah mengecut dan gugur sendiri.. 

Ada ibu2 baru yang tak tahu tentang tali pusat bayi ni lagi kan.. Meh Nur nak citer fakta sikit.. 

********************************


*Kredit info to BengkungModen.com & babycenter.com

Tali pusat atau umbilical cord adalah saluran kehidupan bagi janin semasa dalam kandungan. Tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiru-biruan. Setelah bayi anda dilahirkan, doktor akan sepit dan potong tali pusat ni. Jika tali pusat yang telah dipotong mengeluarkan darah dah tidak kering, cepat2lah bawa pergi jumpa doktor sebelum terlambat.

Di tempat tali pusat melekat ke perut pula, terdapat baki atau tunggul yang tertinggal sepanjang 2cm ke 3cm. Dibahagian tali pusat yang di potong pula doktor akan sepit hujungnya  dengan penyepit plastik atau mengikatnya.

Tunggul tali pusat bayi anda akan gugur dan tanggal sendiri lebih kurang seminggu selepas bayi dilahirkan. Tapi untuk kes-kes tertentu, ada juga bayi yang ambil masa sampai 10 hari sebelum tali pusatnya tanggal. Paling seram bila yang melekat antara tali dan pusat tu hanya tinggal sehalus rambut, rasa bagai menanti buah yang tak gugur pula menunggu yang melekat halus tu tanggal.


Nur pernah terdengar orang2 tua kata, cepat atau lambat tali pusat gugur ada kaitan dengan perkembangan bayi. Contoh, kononnya bayi yang lambat gugur tali pusat ni lambat meniarap, lambat berjalan & macam2 lagilah.. Tapi, pada Nur, perkembangan bayi sangat berkait rapat dengan sekerap mana kita meransang otak dan fizikalnya untuk belajar.. Tak der lah berkait sangat pun dengan tali pusat tu..

Biasanya tali pusat akan mengecut, menjadi hitam dan gugur dengan sendirinya.  Dalam pada itu ada luka kecil di bahagian tunggul pusat, tapi tak perlu risau sebab bahagian tersebut akan pulih dan menjadi pusat bayi anda. 

JANGAN sesekali letak minyak gamat, tepung ubi, minyak angin atau apa sahaja 'ubat' luaran di bahagian tunggul pusat bayi tersebit. Jangkitan bakteria sangat mudah terjadi jika tali pusat di letakkan macam2 ubat.

Tanda-tanda jangkitan pada tali pusat bayi

Ibubapa perlu perhatikan tali pusat bayi anda sekiranya terdapat sebarang jangkitan. Ini memang jarang berlaku, tetapi jika ia berlaku ia boleh merebak dengan cepat dan memberi masalah kesihatan kepada bayi anda.

Antara tanda-tanda jangkitan ialah :
    >>>Tali pusat dan di bahagian tunggul pusat berbau busuk
    >>> Ada cecair kuning seperti nanah keluar dari tali pusat
    >>> Bahagian pusat bayi kelihatan merah, berair dan kelilingnya lebih     lembut dari biasa
    >>> Bayi diserang deman panas
    >>> Bayi kelihatan lesu
    >>> Bayi tak ada selera untuk minum susu atau menyusui susu ibu

Nota : Jika tali pusat bayi masih melekat dan tak tanggal selepas 4 minggu, sebaiknya anda bawa bayi anda untuk pemeriksaan lanjut. Kelewatan tali pusat tanggal boleh terjadi disebabkan oleh anatomi bayi atau sistem ketahanan badan.

Alat dan bahan yang diperlukan untuk mencuci tali pusat bayi :
    >>> Bekas air
    >>> Putik kapas (cotton buds)
    >>> Alkohol (‘alcohol swap’ yang biasa dijumpai dalam peti kecemasan juga boleh di gunakan).                 Ada juga yang panggil spirit. Kebanyakan hospital ada bekalkan ubat pusat bayi semasa                       discharge daripada wad
    >>> Kapas
  
Cara2 membersihkan tali pusat bayi :

1) Mula2 mestilah kene basuh tangan dulu kan. Amalkan, setiap kali nak sentuh bayi, WAJIB cuci tangan terlebih dahulu. Sebab, tangan kita nilh yang paling banyak kuman selain daripada mulut. Jadi, bila tangan sentiasa bersih, penyakit pun dapat dielakkan daripada menjangkiti bayi.

2) Selepas mandi, keringkan terlebih dahulu bahagian pusat bayi dan disekelilingnya dengan cara anginkan atau lap dengan kapas atau putik kapas. Jangan gunakan tuala untuk mengelakkan habuk atau bulu tuala melekat di pusat bayi. Sama juga macam ibu2 bersalin operate tu. Tempat luka perlu dikeringkan dengan cara anginkan bukan mengelap..

3) Lap / cuci tali pusat bayi dengan menggunakan cecair spirit yang diberikan oleh doktor. Letakkan di atas kapas dan lap sekitar pusat termasuklah sepit yang digunakan untuk menyepit tali pusatnya. Kerana dikhuatiri ada najis yang terlekat dibahagian tersebut dan menjangkiti bayi.

4) Sapu seluruh pangkal pusat dan hujung pusat rata2.. sapu sehingga yakin tiada kotoran melekat di bahagian tali pusat dan penyepitnya. Fungsi antiseptik ini adalah hendak membunuh bakteria yg melekat.

5) Jika khuatir sapuan antiseptik tidak rata, gunakan putik kapas untuk meratakan sapuan antiseptik.


6) Elakkan memakaikan barut kepada bayi. Sekurang2nya sehingga tali pusatnya sudah gugur. Walaupun tali pusat bayi sudah gugur, teruskan sapuan antiseptik di pusat bayi sehingga tombol pusatnya mengecut ke dalam dan pulih seperti yang sepatutnya dan bolehlah dipakaikan barut. Tetapi, digalakkan bedung bayi juga sehingga umurnya 6 bulan.

7) Pakaikan bayi anda dengan lampin bayi baru lahir yang bersesuaian juga supaya proses pemulihan tali pusat tidak terganggu. Kerana, jika bahagian tersebut tertutup, dikhuatiri bahagian tersebut akan berpeluh.

8) Pastikan tali pusat bayi anda sentiasa dalam keadaan kering dan bersih.

Ada sesetengah bayi yang tidak dituam semasa tempoh berpantang sering mengalami masalah pusat terjojol/pusat tersembul. Keadaan bayi yang kerap menangis juga mengundang masalah ini. Kerana tekanan terhadap organ dalamannya menjadi kuat apabila dia kerap menangis seterusnya mengakibatkan pusat terjojol/pusat tersembul.

Mudah saja nak uruskan pusat terjojol/pusat tersembul ni. Antara caranya :

★ Tuam pusat bayi dengan tungku bayi setiap kali selepas bayi dimandikan. Caranya tuam tungku bayi pada seterika panas, rasa di belakang tangan, jika panasnya suam-suam, tuam pada pusat bayi.

★ Cara lain – tekan perlahan-lahan dengan ibu jari bahagian pusat bayi setiap kali selepas bayi dimandikan. Perlahan-lahan saja ye.. Buat dengan gerakan memusing sambil tekan ke bawah.

★ Masa anak Nur yang ke 4, Syafiq dulu, doktor cadangkan supaya letak duit 50sen di atas pusat dia yang terjojol tu & pakaikan barut. Faktor graviti akan menekan pusat tersebut ke bawah. Tapi, ada juga yang kata tak elok cara tu. Jadi, ikutlah cara masing2 ya. Tapi, doktor ada pesan, jika terjojol itu keterlaluan, bayi akan di operate semasa berumur setahun.

Jadi, pokok pangkalnya, jaga kebersihan. Semoga tips2 di atas dapat membantu ibu2 baru dalam menguruskan bayi anda. Sebarang persoalan, boleh tanya kat ruangan komen ya.. In Shaa Allah, Nur akan cuba menjawab dengan sebaiknya..

Selamat berpantang ibu baru.. Selamat menikmati saat2 menyusukan bayi dengan susu ibu juga..

I love breastfeeding!!! ~♥

Berpantang lebih sihat dengan Shaklee,
Menyusukan dengan lebih semangat dengan Shaklee..


# Shaklee Setia Alam    # Shaklee Shah Alam    # Shaklee Puchong

*********************************************
Ibu Nur
0172720564
CALL/SMS/WASSAP/TELEGRAM/WECHAT
(^_^)

*********************************************





 *************************************
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE