Translate

Selasa, 23 April 2013

NOTIS UNTUK PENGASUH ANAK ANDA ~ CARA PENGENDALIAN SUSU IBU BUAT BABY SYAFIQ

Notis ini Nur buat untuk diserahkan kepada pengasuh anak. Sebelum bagi pada pengasuh laminated siap-siap & hadiahkan fridge magnet skali pada pengasuh minta dia letakkan notis tersebut di pintu peti sejuk. Tapi, ibu-ibu tetap wajib pesan dan ajar pengasuh cara-cara pengendalian susu ibu secara manual. Supaya tidak tersalah faham. Semoga bermanfaat.. 



PENGENDALIAN SUSU IBU BABY SYAFIQ

  1. Keluarkan botol susu dari beg susu dan simpan susu ibu di dalam peti sejuk di bahagian sejuk tingkat paling atas BUKAN bahagian beku.
  2. Ambil botol susu mengikut turutan nombor 1, 2, 3, 4, 5, 6.
  3. Panaskan di dalam bekas yang mengandungi AIR SEDANG2 PANAS (campuran air panas & air sejuk). Biarkan seketika. Ataupun panaskan susu dengan menggunakan pemanas  susu dengan suhu maksimum 40 darjah celcius
  4. Periksa suhu susu di atas tangan BUKAN tapak tangan. JANGAN GONCANG BOTOL SUSU, goyang-goyang manja sahaja untuk menjaga komposisi dan khasiat susu ibu.
  5. Tuangkan susu ke dalam botol susu untuk menyusu (BOTOL MAM).
  6. Lapik kain lampin dibawah dagu Syafiq untuk elakkan ruam susu terbentuk di tengkuk jika tertumpah / menitik.
  7. Baca Bismillah.
  8. Pegang botol susu semasa susu diberikan. Jangan menyusukan baby Syafiq di dalam buaian untuk elakkan tersedak susu.
  9. Setelah selesai, BURP Syafiq (sendawakan) dengan cara tepuk perlahan belakang badan Syafiq. (wajib supaya Syafiq kurang muntah / muak susu semasa penyusuan yg seterusnya nanti dan membuang angin) 
  10. Bilas botol susu dan cuci puting. Bilas botol susu untuk menyusu (BOTOL MAM) dengan air panas sebelum penyusuan seterusnya.


Susu yang tidak habis di minum boleh disimpan dan perlu dihabiskan dalam masa 1 jam. Buang setelah tamat 1 jam. Susu yang telah dipanaskan tetapi belum diminum tahan dalam masa 2 jam & susu yang telah dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti ais kembali.
Jangan beri air masak kepada bayi yang minum susu ibu sepenuhnya.


TIDAK BOLEH:
TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.


Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien & zat-zat penting dalam susu ibu juga akan termusnah oleh kepanasan melampau atau panas yang lebih daripada 40 darjah celcius kerana susu ibu adalah sel hidup. Sekiranya ada apa-apa soalan sila telefon/sms 017-2720564 (NUR).

Terima kasih banyak-banyak naa..

Happy Breastfeeding!! 



CONTOH GAMBAR BEG SUSU :-
Untuk bawa ke pejabat Nur guna cooler beg Mom's Little Ones. Untuk bekalan ke pengasuh Nur guna cooler beg Jingle Jungle. Alhamdulillah sangat membantu menyejukkan susu sekurang-kurangnya sehingga sampai ke rumah pengasuh. Sebab susu ibu kene pastikan sentiasa dalam keadaan sejuk yer mommies2.. :)


   

CONTOH GAMBAR BOTOL UNTUK MENYUSU :-
Nur suka botol MAM sebab ini botol anti-colic / anti kembung dan amat sesuai dengan anak Nur. Setiap anak lain-lain caranya. Jadi, adalah penting untuk kita try & error. Fahami anak anda sebaiknya. In Shaa Allah semoga dipermudahkan segalanya...
  


2 ulasan:

ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE