CADANGAN VITAMIN SELEPAS BERSALIN

Selepas melahirkan, ibu-ibu memerlukan nutrisi yang lengkap dengan kadar segera untuk mempercepatkan proses pemulihan rahim yang 'luka' dan membekalkan tenaga yang secukupnya kepada ibu. Jika tidak, ibu kurang mampu menyusukan bayi dengan sendirinya dan risiko meroyan berlaku kepada ibu menjadi lebih tinggi.

CADANGAN VITAMIN UNTUK IBU MENYUSU

Fungsinya bukan sahaja bertindak sebagai ‘milk booster’ atau penggalak susu semata mata iaitu alfalfa malah ianya lebih bersifat serampang dua mata, melibatkan semua khasiat yang diperlukan oleh ibu menyusu seperti vitalea, B Complex dan Vitamin C. Ini semua adalah zat-zat yang diperlukan oleh tubuh bukan sahaja untuk menyusu anak tetapi untuk diri lebih sihat, cergas, cantik dan kekal bertenaga sepanjang hari.

CADANGAN VITAMIN SEMASA KEHAMILAN

Waktu hamil merupakan waktu kritikal seseorang wanita memerlukan makanan tambahan. Ini kerana, keperluan ibu tetap perlu dipenuhi disamping keperluan bayi di dalam kandungan. Kekurangan nutrisi dalam badan ibu hamil akan menyebabkan bayi menyerap apa yang diperlukan untuk tumbesarannya daripada badan ibu. Akibatnya, ibu akan mengalami pelbagai simptom kehamilan yang menimbulkan ketidakselesaan.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Translate

Khamis, 20 Februari 2014

KENAPA IBU MENGANDUNG DIWAJIBKAN MAKAN VITAMIN??

Ibu-ibu sering diarahkan supaya makan makanan tambahan sewaktu hamil. Harus diingatkan bahawa, ketika hamil, selepas bersalin & semasa menyusukan bayi merupakan waktu paling kritikal untuk ibu makan vitamin. Ia bukan sahaja untuk menjamin perkembangan bayi yang sihat tetapi juga untuk menjamin tubuh ibu mampu & bersedia untuk menempuh alam kehamilan & penyusuan yang sangat mencabar. Kerana itulah, doktor-doktor & pakar-pakar kesihatan sangat mengambil berat tentang pemakanan ibu hamil. Jika badan ibu sendiri tidak sihat, ia mengundang risiko bayi di dalam kandungan juga tidak sihat..

Kepada ibu-ibu hamil, jika anda tidak fikirkan tentang diri anda sekalipun, fikirkanlah tentang insan kecil yang anda kandungkan. Berilah peluang kepadanya untuk menikmati nikmat Allah dengan sempurna sama seperti yang telah anda nikmati.. Berikut merupakan kupasan ringkas daripada Nur tentang apa kegunaan & faedah yang anda dapat daripada Vitamin yang anda wajib makan..


♥ ASID FOLIK & VITAMIN B 

>>> Membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang bayi
>>> Spina Bifida dapat dielakkan sejak dalam kandungan
>>> meransang hormon ketenangan kepada ibu
>>> menggalakkan pertumbuhan organ bayi yang sihat
>>> memberi tenaga tambahan kepada ibu yang mudah letih ketika hamil
>>> menukarkan makanan yang ibu makan kepada tenaga 
>>> buah-buahan seperti pisang kaya dengan asid folik



♥ PROTEIN 

>>> Protein merupakan makanan utama kulit
>>> menggalakkan pertumbuhan kulit bayi yang sihat & cantik
>>> menggalakkan pertumbuhan organ bayi yang lebih sempurna
>>> mengelakkan 'strech mark' yang keterlaluan pada ibu
>>> mencantikkan kulit ibu
>>> memberikan tenaga tambahan kepada ibu
>>> protein daripada tumbuh tumbuhan NON-GMO lebih mudah diserap oleh badan berbanding protein daripada haiwan
>>> ikan sumber potein yang murah
 
 


♥ VITAMIN C 

>>> mengelakkan ibu daripada diserang pelbagai penyakit
>>> ibu lebih sihat & perkembangan bayi lebih baik
>>> menstabilkan metabolisme badan ibu
>>> sebagai antioksida
>>> melindungi sel-sel tubuh ibu daripada radikal bebas
>>> mencegah sembelit & buasir yang sering menyerang ibu hamil
>>> bantu ibu kawal berat badan
>>> ibu yang kurang Vitamin C mudah dijangkiti selsema
 
 
♥ OMEGA 

>>> menggalakkan pertumbuhan mata bayi
>>> menggalakkan perkembangan otak bayi
>>> mencegah alahan kepada bayi
>>> meningkatkan antibodi & sistem imunisasi ibu & bayi
>>> membantu ibu menurunkan tekanan darah tinggi
>>> membantu ibu mengawal kolestrol dalam badan
>>> membantu ibu mendapatkan berat badan yang lebih stabil & sihat
>>> mengurangkan 'penyakit lupa' ibu
 

♥ KARBOHIDRAT 

>>> tubuh ibu memerlukan lebih kalori ketika hamil
>>> menggalakkan tumbesaran bayi
>>> memberikan ibu lebih tenaga
>>> makan sedikit tetapi kerap untuk mengelakkan gastrik
 

ZAT BESI  

>>> untuk mengelakkan masalah anemia kepada ibu
>>> masalah anemia boleh menyebabkan ibu tumpah darah ketika melahirkan
>>> mengelakkan ibu kelihatan pucat & tidak bermaya
>>> mengelakkan risiko bayi kurang berat badan
>>> kurangnya zat besi boleh menyebabkan oksigen kurang sampai ke otak dan boleh menyebabkan masalah kesihatan pada bayi
>>> kekurangan oksigen sampai ke otak juga boleh mnyebabkan ibu lumpuh
 

KALSIUM 

>>> Kalsium terbaik adalah yang mengandungi Magnesium & Vitamin D
>>> juga mengandungi BORON
>>> Magnesium mampu mengelakkan penyakit batu karang
>>> Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang lebih baik ke dalam tulang
>>> Boron merupakan BUILDER yang membantu kalsium memenuhi ruang kosong yang diperlukan oleh tulang yang memerlukan
>>> membantu memadatkan tulang
>>> ibu hamil sering mengalami sakit gigi akibat kurang kalsium
>>> mengelakkan sakit pinggang kepada ibu
>>> mengelakkan masalah kekejangan berlaku kepada ibu
>>> memberikan ibu tidur yang lebih berkualiti
>>> ibu hamil selalu mendapat masalah tulang kaki bengkok selepas kelahiran akibat kekurangan kalsium
 

Semoga perkongsian Nur ini memberi manfaat kepada semua. Bagi Nur, vitamin semulajadi menjadi pilihan Nur kerana ia mudah diserap dalam badan. Jadi ia tidak akan memberatkan buah pinggang jika kita sentiasa membekalkan keperluan air yang mencukupi untuk badan. Nur memilih untuk makan vitamin sebagai makanan tambahan kerana Nur tidak mampu hendak memenuhi pemakanan harian mengikut piramid makanan akibat faktor kesibukan dan banyak lagi kekangan.

Selain daripada itu, vitamin semulajadi tidak meninggalkan kesan toksik dalam badan yang boleh mengakibatkan penyakit lain pula di masa yang akan datang.. Kerana, kita makan vitamin untuk kesihatan berpanjangan bukannya hanya untuk sihat sekarang semata-mata. Jika badan sihat, ia memudahkan lagi untuk kita lebih kuat beribadah kepada Allah..
In shaa Allah.. 

Jadi fikirkanlah yang mana satu pilihan anda.. VITAMIN SINTETIK yang PERCUMA tetapi meningkatkan risiko penyakit lain di masa yang akan datang ataupun VITAMIN SEMULAJADI yang memberikan kesihatan berpanjangan, In Shaa Allah..

WITH LOVE & CARE, NUR..

♥♥♥♥♥♥♥♥♡♡♡♡♡♡♥♥♥♥♥♥♥♥♥

HUBUNGI NUR UNTUK KONSULTANSI PERCUMA
VITAMIN SEMULAJADI ANDA
SMS/WASSAP | 0172720564

UBAT DAN KEHAMILAN

Tidak semua ubat mendatangkan kemudaratan kepada ibu hamil. Tetapi, kesan buruknya dapat dilihat pada bayi dalam kandungan. Jadi, sekiranya anda hamil dan perlukan ubat, berhati-hatilah. Terutamanya ubat-ubatan sintetik. Untuk keselamatan yang lebih terjamin, pergilah dapatkan khidmat nasihat doktor untuk kebaikan ibu dan anak.

Kebanyakan kecacatan yang berlaku apabila sesuatu jenis ubat itu diambil adalah ketika trimester pertama kehamilan. Kerana, dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan, bayi sedang dalam proses perkembangan yang kritikal. Ketika ini bayi sangat sensitif terhadap sebarang gangguan luar termasuklah ubat-ubatan.


KESAN UBAT PENAHAN SAKIT PADA IBU HAMIL

[UBAT PENAHAN SAKIT BUKAN NARKOTIK - KURANG DADAH]

Bagi ibu hamil yang memerlukan rawatan, ubat penahan sakit perlulah diambil dalam dos yang rendah dan dalam jangka masa yang singkat. Antara ubat yang menjadi pilihan dan selamat digunakan ialah paracetamol atau asetaminofen. Tetapi ubat jenis ini boleh menyebabkan keracunan jikaa diambil berlebihan.

Bagi meredakan sakit gigi, sakit belakang dan sakit tulang belakang, kebanyakan pakar perubatan setuju aspirin adalah pilihan yang tepat. Walaupun kesan aspirin pada bayi dalam kandungan tidak jelas, pengambilannya ketika peringkat akhir kehamilan boleh mengganggu pengecutan rahim dan menyebabkan komplikasi semasa proses kelahiran. Selain itu, aspirin boleh menyebabkan berlakunya pendarahan pada ibu dan bayi. Jadi aspirin sangat-sangat perlu dielakkan.

Bagi penghidap migrain, penggunaan ubat seperti ergotamin ketika hamil adalah dilarang. Ergotamin menghalang pengaliran darah ke plasenta lalu mengakibatkan bayi kekurangan oksigen dan seterusnya boleh menyebabkan kematian.

[UBAT PENAHAN SAKIT NARKOTIK - DADAH SEPENUHNYA]

Ubat jenis ini akan mendatangkan kesan buruk pada otak dan pernafasan bayi terutamanya sekiranya diberikan dengan tujuan untuk menghilangkan rasa sakit semasa proses kelahiran. Ubat penahan sakit yang sesuai semasa proses kelahiran ialah ubat petidin.

Ubat ini adalah ubat sintetik dan kurang berkesan dalam mengurangkan kesakitan berbanding morfina tetapi kurang kesan mudaratnya terhadap sistem pernafasan bayi yang baru lahir.

Pengalaman Nur menggunakan ubat petidin ini, doktor akan berikan suntikan yang mengandungi petidin di bahagian punggung. Jika sakit sebenar seperti waktu kelahiran sebenar belum sampai, sakitnya akibat ubat petidin seperti kekejangan di bahagian pinggang ke belakang punggung. Tetapi, jika diambil ketika sakit bersalin sebenar sedang berlaku ia membantu mempercepatkan proses kelahiran. Kontraction juga akan berlaku semakin kuat.

[UBAT NSAIDs]

Ubat yang tergolong dalam kelas anti-inflamasi (non-steroidal anti inflamatory drugs) ini menghalang rasa sakit dan mengurangkan keradangan. Lazimnya, ubat seperti ini diberikan untuk meredakan sakit kepala, gout, sakit tulang belakang dan sakit otot.

Ubat ini turut boleh merencatkan proses pengecutan rahim dan mengganggu proses kelahiran. Atas sebab inilah, pengambilan ubat jenis ini perlu dielakkan terutamanya ketika 3 bulan terakhir kehamilan.

■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□

Dalam supplimen Shaklee, ada sesetengah vitamin yang kurang sesuai diambil oleh mereka yang hamil kerana antioksidan yang tinggi ataupun mempunyai kandungan herba. Tetapi, ada juga sesetengahnya boleh diambil di dalam kuantiti yang kecil mengikut keperluan. Jika tidak memerlukan, lebih baik jika elakkan dan amalkan vitamin-vitamin wajib untuk ibu hamil sahaja.

♥ Antara vitamin yang kurang sesuai :

- Vivix (Antioksidan tinggi. Bergantung pada keperluan & tahap kesihatan)

- Alfalfa (Mengandungi herba yang boleh mengecutkan rahim. Tetapi bagus untuk masalah bengkak kaki bagi ibu hamil.)

- Herblax (Mengandungi herba & detox yang tidak sesuai untuk ibu hamil. Boleh gantikan dengan Ostematrix untuk ibu hamil detox badan.)

- Carotomax (Mengandungi vitamin A tinggi yang tidak sesuai untuk ibu hamil)

- AJHT (Mengandungi kandungan herba)


♥ Vitamin WAJIB ibu hamil :

- ESP (Mengandungi kandungan protein yang sangat diperlukan untuk perkembangan kulit bayi yang cantik, memelihara kulit ibu, memberikan tenaga kepada ibu & memelihara perkembangan organ dalaman bayi yang sihat)

- Vitalea (Multivitamin lengkap yang mampu mengurangkan masalah hemoglobin @ hb darah ibu, melebatkan rambut bayi & mengurangkan banyak risiko penyakit merbahaya kepada ibu & bayi)

- Vitamin C (Membina sistem imun ibu dan bayi yang sihat. Memelihara kecantikan ibu & bayi. Kekurangan vitamin C dalam badan ibu ketika hamil juga boleh menyebabkan masalah jerawat)

- B Complex (Lengkap dengan folic asid yang boleh mencegah kecacatan bayi sejak dari dalam kandungan lagi)

- Ostematrix (Dikenali sebagai Kalsium Magnesium yang berkualiti & bermutu tinggi. Tanpa Magnesium, jika kalsium diambil berlebihan akan menyebabkan berlakunya mendapan & membentuk batu karang. Juga lengkap dengan Vitamin D yang membantu memadatkan tulang juga. Pengambilan Ostematrix mampu melancarkan masalah sembelit ibu hamil sekaligus merawat masalah buasir jika diambil bersama Omega Guard)

- Omega Guard (Omega diperlukan untuk pembentukan otak bayi yang bijak pandai di samping memelihara ingatan ibu. Selain itu mampu mengurangkan masalah darah tinggi yang sering dialami oleh ibu hamil sekaligus menurunkan kolestrol dalam badan)


Dapatkan khidmat nasihat & rundingan kesihatan percuma daripada Nur. In Shaa Allah, Nur akan membantu anda memilih apa yang anda perlukan mengikut kesesuaian tahap kesihatan & baget anda..

Pengedar Sah Shaklee anda / Shaklee Independent Distributor

# Shaklee Setia Alam

# Shaklee Shah Alam

# Shaklee Puchong

Nur Suzana Laily Zabri | SID : 889092

WASSAP/SMS : 0172720564


WITH LOVE & CARE, NUR.. ~♥



Selasa, 18 Februari 2014

BAHAYA AIR MASAK

Ramai yang belum tahu bahawa air masak/air mati/air kosong memang tidak bagus untuk bayi dan haruslah dielakkan.. Jom kita baca info ni.. kredit info asal Majalah pa&ma.. 
 

BAHAYA AIR MASAK KEPADA BAYI BAWAH 6 BULAN
--------
1. Merencatkan Tumbesaran
>>> Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat.

>>> Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

2. Merencatkan Akal
>>> Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

3. Mengancam Nyawa
>>> Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih.

>>> Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

4. Mengakibatkan Sawan Tarik
>>> Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

>>> Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya



SAYANGILAH BAYI ANDA..
SUSU IBU MERUPAKAN MAKANAN TERBAIK & PALING LENGKAP UNTUK BAYI..


WITH LOVE & CARE, NUR..

ORGAN PALING BAHAYA

Tahukah anda organ paling bahaya pada tubuh manusia?
Jawapannya : LEMAK DI PERUT.

Menurut Dr. Robert R. Henry, pakar endokrinologi & perubatan Univerisiti California, San Diego, apabila kita makan dengan banyak, kalori yang berlebihan akan tersimpan sebagai lemak di seluruh tubuh, terutamanya PERUT. 




KENAIKAN berat badan selalunya berpunca daripada bahan buangan yang terkumpul di dalam usus besar. Pakar pemakanan berpendapat individu yang memiliki usus besar akan menghadapi masalah untuk menyerap khasiat daripada makanan yang diambil. Ini menyebabkan mereka cenderung untuk makan lebih daripada sepatutnya.

Ramai yang gemar menikmati makanan dengan ditemani segelas air. Mungkin sudah terbiasa makan diselangi minum air agar tidak tercekik dan tersedak. Sebenarnya, makan bersulam air boleh memberi kesan buruk kepada sistem penghadaman dan meningkatkan insulin dengan cepat. Bukan sahaja masalah kesihatan akan datang, tetapi turut membuatkan lemak berkumpul dengan cepat terutamanya di bahagian perut.

 

Apa yg anda tidak tahu ialah, sebaik berada di dalam perut, lemak tersebut berubah menjadi organ. Tetapi, tidak seperti perut, hati atau usus (sebagai contoh) yang membantu anda meneruskan kehidupan, lemak di perut merembeskan bahan inflamasi bertoksik. Ia menjadi pencetus interaksi yang rumit. Yang mana kesannya boleh melemahkan jantung, merosakkan salur darah dan melemahkan sistem imun. Dan sekiranya berat badan terus bertambah, bermakna jangka hayat anda semakin pendek.

Amalkan LECITHIN atau OMEGA GUARD selepas makan tengahari dan selepas makan malam supaya lemak tidak sihat dapat diserap keluar daripada badan. Di samping itu, ia dapat memecahkan lemak degil yang sudah lama terkumpul dan bertapak di bawah kulit perut atau seluruh badan anda!!





 

 Dapatkan rundingan / konsultansi secara percuma daripada saya..
NUR ~ SMS/WASSAP : 0172720564

WITH LOVE & CARE...
~(^_^)~

Ahad, 16 Februari 2014

TIPS URUS BADAN DENGAN BAGET RENDAH

>>> PILIH BARANGAN 'DOUBLE DUTY' ATAU PUNYAI DUA FUNGSI

Sebagai contoh, pisang kaya dengan serat dan mengandungi kalium. Begitu juga dengan kekacang. Selain terdiri daripada pelbagai jenis, ia juga merupakan sumber serat dan protein yang murah. Bagi menguruskan badan, kita perlu bijak memilih makanan yang mempunyai pelbagai sumber khasiat dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita.






>>> MAKAN BUAH-BUAHAN YANG TIDAK BERMUSIM

Kita masih mempunyai pilihan untuk mengambil buah-buahan yang boleh didapati sepanjang tahun seperti pisang, betik, jambu batu, nanas dan juga tembikai. Selain kaya dengan nutrisi dan membolehkan kita memenuhi keperluan yang diperlukan oleh tubuh, ia juga murah dan mudah didapati di kebanyakan gerai dan kedai.



>>> PELBAGAIKAN MAKANAN

Seimbangkan di antara mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan kita dan memastikan paras kalori yang kita ambil adalah rendah. Sumber kalium yang murah sebagai contoh ialah kentang , tapi kita perlu mengambilnya sehingga 11 hidangan sehari bagi memenuhi keperluan tubuh badan kita.

Penyelesaiannya??
Ambillah juga sebiji pisang, susu, kekacang dan bijirin bagi setiap hidangan kentang yang kita makan. Tidak mungkin kita mendapat sehingga 4,700mg yang diperlukan.. Tetapi, kita masih berada di tahap yang betul.



>>> AMALKAN MULTIVITAMIN YANG MEMPUNYAI DWI FUNGSI

Pengambilan multivitamin yang mempunyai banyak khasiat dalam satu masa dan mempunyai pelbagai fungsi dalam satu masa dapat menjimatkan kos anda untuk membeli vitamin. Juga dapat memudahkan anda untuk menelan sesuatu vitamin.

Vitamin yang terlalu banyak juga akan memberatkan buah pinggang jika pengambilan air kosong setiap hari kurang daripada kadar yang diperlukan oleh tubuh badan. Vitamin ataupun supplemen mampu menggantikan zat-zat atau nutrien yang tidak dapat diperolehi melalui makanan seharian.

Contoh vitamin yang mempunyai pelbagai fungsi dan 1001 khasiat disamping harga yang amat berpatutan adalah Vitalea & Alfalfa.. Vitalea mempunyai 120 biji dalam satu botol.. Alfalfa pula 330 biji dalam satu botol kecil dan 700 biji dalam botol besar. Harga pula, kedua-duanya tidak sampai pun RM100 setiap satu. Untuk kegunaan berbulan-bulan juga..




WITH LOVE & CARE, NUR..

Konsultansi & Rundingan PERCUMA Vitamin Shaklee anda,
NUR | 0172720564
~(^_^)~

FAKTA NUTRISI DI DALAM VITA-LEA

Umum mengetahui, setiap tablet Vita-Lea mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah buahan, yang terdiri daripada 12 vitamin dan 7 mineral penting untuk badan. Sebab itu jugalah Vita-Lea digelar THE BEST MULTI-VITAMIN. Tiada lagi multivitamin semurah ini dan mempunyai 1001 manfaat bagi yang konsisten mengamalkannya.




Antara vitamin yang terkandung di dalam Vita-Lea adalah :
  1. Vita A - berfungsi untuk kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.
  2. Vita D - Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
  3. Vita E - Sebagai anti-oksida, membentuk kepejalan kulit, kulit lebih berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, mengurangkan risiko sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem reproduktif lelaki dan mengurangkan kesan parut.
  4. Vita C - Sebagai anti-oksida, melawan kanser, meransang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, mempercepatkan penyembuhan luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku dan hidung berdarah.
  5. Asid Folik - Menggalakkan kesihatan fetus, meransang pengeluaran susu badan, memperbaiki kesihatan sel darah merah, mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, mengurangkan masalah anemia terutamanya kepada ibu mengandung, mencegah osteoporosis, tekanan, ulser mulut dan kesihatan kulit.
  6. Vita B1 - Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecergasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, mengurangkan masalah keresahan, mabuk laut atau darat dan mengurangkan petanda herpes zoster.
  7. Vita B2 - Menukarkan makanan kepada tenaga. Jadi, tidaklah kita rasa mengantuk selepas menjamu selera terutamanya selepas makan tengahari. Mencegah anemia, mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut serta kekejangan.
  8. Vita B3 - Menukarkan makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit birit, migrain, ulser, nafas berbau, juga baik untuk pencernaan perut dan usus.
  9. Vita B6 - Memetabolismakan protien, memperbaiki otot, mengurangkan senggugut, sebagai penenang, memberi tenaga, elakkan muntah-muntah (diambil selepas makan), bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas dan anemia.
  10. Vita B12 - Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, memperbaiki selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, menajamkan memori, meningkatkan daya fokus, keupayaan seksual, mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetes dan memperbaiki rabun.
  11. Biotin - Membantu B-Kompleks berfungsi dengan lebih efektif, mencegah rabun, rambut beruban dan gugur, memperbaiki masalah diabetes, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit.
  12. Vita B5 - Meredakan tekanan, memberi kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, artritis, meredakan kesan sampingan akibat pengambilan ubat antibiotik, mencegah jangkitan dan mempercepatkan penyembuhan luka.
  13. Kalsium - Perkasakan tulang dan gigi, mencegah darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis dan penyakit tulang lembut.
  14. Fosforus - Meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat artritis, anoreksia.
  15. Iodin - Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, meningkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen atau otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal dan membantu mengawal berat badan.
  16. Zat Besi - Membantu dalam pembentukan hemoglobin, meredakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit serta mengelakkan keletihan dan anemia.
  17. Magnesium - Menjaga kesihatan tulang dan gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, mendatangkan sifat penenang secara semulajadi, mencegah tekanan, mengurangkan masalah diabetes, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman.
  18. Copper - Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, memelihara kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang dan masalah pembengkakan.
  19. Zink - Memperkasa sistem imun, mempercepatkan penyembuhan luka, meningkatkan keupayaan seksuan lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau serta menajamkan minda.


Jadi, pilihan di tangan anda.. 
Mahukan yang mahal tetapi sedikit khasiatnya ataupun mahukan multivitamin yang lebih murah tetapi tinggi nilai kualiti dan khasiatnya..
Walau apapun, jangan sampai tidak ambil sebarang vitamin pula. Kerana, badan kita sangat memerlukan vitamin bagi memenuhi ruang-ruang kosong yang terdapat di dalam badan. Demi menjaga kesejahteraan dan kebahgiaan bersama..

With Love & Care, Nur..

Sabtu, 15 Februari 2014

Majlis Menyambut Master Shaklee

Atau nama lainnya, MASTER CELEBRATION..

Ini pertama kali Nur menjejakkan kaki ke Master Celebration sepanjang Nur bergiat aktif di dalam perniagaan Shaklee. Kali ini, Shaklee Malaysia telah mengadakan Master Celebration untuk Master Farihah & suaminya di Marriot Hotel Putrajaya.. Tempat ni Master sendiri yang pilih tau.. Segala perbelanjaan ditaja sepenuhnya oleh pihak Shaklee.. Makan pun sedap...

Sambutan ini merupakan penghargaan daripada pihak Shaklee Malaysia di atas sumbangan distributornya yang telah mencapai pangkat tertinggi di dalam Shaklee iaitu MASTER COORDINATOR.. Inilah kelebihan dan perbezaan bisness Shaklee.. Dahlah dapat bonus tunai, bonus kereta, pergi melancong di dalam dan di luar negara, dapat pergi umrah dan di beri penghargaan untuk setiap pangkat yang dicapai lagi.. Semuanya PERCUMA!! Alhamdulillah..

Kak Eha merupakan kakak Shaklee Nur yang 'seibu, sebapa' di dalam Shaklee.. Beliau sentiasa rajin berkongsi tips dengan kami & selalu menjadi penaik semangat kami. Kata-katanya mampu membuatkan sesiapa sahaja mengalirkan air mata, mahupun lawak jenakanya.. Dialah juga yang sering menjadi penghibur kami di Wassap Group S2U..
Terima kasih k.eha...

Apa yang kuat menggerakkan hati Nur untuk datang ke Majlis ilmu pada hari ini, adalah satu ayat yang telah diungkapkan oleh sahabat Shaklee juga, "biasanya orang yang pergi Master Celebration bulan tu, pasti dapat naik pangkat.." In shaa Allah.. Jangan takut bermimpi.. Tapi, jangan sampai terpesong niat.. Niat utama memang datang sebab nak menuntut ilmu.. Merasa sendiri suasana penuh awra positif, cas-cas positif..

Antara tips yang kak Eha kongsikan,
"Jangan pernah putus asa..
Jangan pernah mengaku kalah dengan dugaan yang datang..
Konsisten dalam apa juga yang dilakukan..
Pandang sesuatu dugaan sebagai satu cabaran..
Keluar daripada kelompok keselesaan..
Jangan takut untuk memberi..
Tuliskan apa kelemahan kita, apa kelebihan kita..
Hargai masa dengan anak-anak..
Doa.. doa.. doa.. Jangan pernah berhenti berdoa.."

Kak Eha juga ada kata, sesiapa sahaja yang ada rasa TANGGUNGJAWAB terhadap perniagaan Shaklee ini, pasti akan berjaya.. Tanggungjawab untuk membantu semua orang sama-sama sihat, Tanggungjawab untuk sama-sama mengkayakan lebih ramai umat Islam di muka bumi ini..

Pesanan Ummie Iffah,
"MEMBERILAH TANPA BATASAN, Tiada lagi orang yang jatuh miskin dengan memberi.. HIDUPLAH UNTUK MEMBERI.. SEMAKIN BANYAK KITA MEMBERI, SEMAKIN BANYAKLAH JUGA YANG AKAN KITA DAPAT.." 

Syukur Alhamdulillah ditemukan dengan insan-insan hebat seperti kalian. Alangkah bertuahnya Nur tergolong di dalam golongan warga Jutawan ini.. Ternyata pengorbanan Nur, sakit Nur, dugaan Nur belum cukup banyak jika dibandingkan dengan kalian.. Terima kasih kerana sentiasa menjadi inspirasi hati kecil ini.. Jalan yang semakin pasti, Supervisor Nur Februari 2014 akan dikecapi.. Ameen.. 

Mahu mencari pasif income?
 
Mahu mencari kesihatan berkekalan?
 
Mahu hidup lebih bererti?
 
JOM JOIN SHAKLEE..

Nur.. 《 0172720564 》

Bersama-sama sahabat di dalam Shaklee.. 
K.Eha, K.Mahfuzah, Ummie Iffah Anuar, K.Ida, K.Yati, K.Nad & ramai lagi..
Kami umpama satu keluarga..
Inilah ukhwah yang paling bermakna..
~(^__^)~

Khamis, 13 Februari 2014

TIPS KURUS SIMPLE

Tips kurus pagi ini..
1) Kurangkan stress, senyum...

2) Cukup tidur

3) Membuang lawas

4) Pastikan tahap hormon dalam badan juga stabil..

5) Kerapkan minum air kosong

Jika anda kurang minum air, kadar metabolisma dalam badan akan naik..
Jika kadar metabolisma naik, badan rasa tak cukup zat...
Itulah yg akan menambahkan rasa nak makan jer memanjang..
So, kepada yang berazam nak kurus tu, jangan malas-malas minum air ya.. 

Nak naikkan kadar metabolisma secara stabil & pantas boleh cuba Cinch Energy Tea Mix.. Teh Shaklee.. Bonus daripadanya, tenaga segera akan diperolehi.. Pilihan alternatif terbaik dan sihat menggantikan minuman kopi, sauda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh.

Selain daripada tu, boleh amalkan puasa sunat setiap Isnin dan Khamis.. Ustaz dalam radio Ikim kata, mula-mula buat sebab niat nak kurus. Bila sudah terbiasa puasa, In shaa Allah daripada niat nak kurus akan berubah jadi ikhlas berpuasa.. Jadi, dengan berpuasa, kesihatan badan dapat, kesejahteraan hati pun dapat juga..

Info daripada Majalah Ibu & Anak, 
"Berat badan yang bertambah semasa mengandung perlu disingkirkan. Jika tidak, penambahan berat itu akan terus bersama anda buat masa yang lama.
Berat semasa mengandung menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan dan obesiti dalam masa 15 hingga 20 tahun selepas itu." 

Pendapat Nur, jangan pula kita sampai takut nak mengandung. Jangan risau, penyusuan susu ibu sepenuhnya dapat membantu anda mengurangkan berat badan dengan efisyen.

Selain itu, dengan mengamalkan supplimen Shaklee, berat badan ideal dan kesihatan berpanjangan juga lebih mudah diperolehi..

Lecithin, Omega, Alfalfa & Herblax antara vitamin yang dapat membantu anda kurus secara sihat, sejahtera, slow & steady.. Tetiba kurus mengejut pun tak bagus juga ya.. Kerana, akan menyebabkan kulit anda menggelebeh dan menjadi kehitaman..

Jangan lupa senaman yang konsisten juga..

Dapatkan konsultansi percuma daripada Nur..
SMS/WASSAP : 0172720564

WITH LOVE & CARE, NUR...
~(^_^)~♥

Selasa, 11 Februari 2014

MANFAAT UTAMA VITA-LEA

Vita-Lea telah lama dikenali sebagai multivitamin terbaik. Alhamdulillah, sudah hampir 3 tahun Nur amalkannya sejak daripada kelahiran anak ke4, Syafiq. Perubahan yang amat ketara adalah, Nur tidak lagi kerap jatuh sakit & lemah-lemah badan. Terlelap semasa waktu bekerja juga tiada lagi..
Nur memang mempunyai antibodi yang lemah. Mak kata, sejak kecil lagi Nur kerap sakit. Kene hujan sikit pun dah demam.. Minum ais sikit pun dah batuk. Itu belum kira asyik dok melepek jer tak larat nak buat itu ini.. 

Alhamdulillah ditemukan dengan Shaklee. Shaklee banyak merubah tahap kesihatan & kewangan kami sekeluarga juga. Mana tidaknya, sekadar makan sendiri pun boleh dapat bonus.. Syukur Ya Allah..

Antara manfaat utama Vita-Lea :

1) PENAMBAHAN TENAGA SEGERA

>>> Ia merupakan pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental.
>>> Sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
>>> Jadi, Vitalea juga sesuai untuk anak-anak kita yang sedang bersekolah dan juga di universiti. Hanya sebiji sehari mampu meningkatkan fokus dan tumpuan mereka di dalam kelas.


2) PELENGKAP NUTRISI 
>>> Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang boleh mengundang pelbagai penyakit. Terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegeterian).
>>> Juga sangat-sangat digalakkan pengambilannya oleh mereka yang mengalami masalah anemia ataupun low hb. Terutamanya ibu mengandung, ibu selepas melahirkan anak & ibu menyusu.

3) KEUPAYAAN SISTEM PRODUKTIF 
>>> Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
>>> Mengurangkan risiko bantut ataupun tumbesaran terencat akibat kekurangan nutrisi dalam badan.

4) METABOLISMA 
>>> Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
>>> Metabolisma yang tidak seimbang juga menyebabkan seseorang itu mudah gemuk dan terlalu kurus.
>>> Jika nutrisi dalam badan mencukupi, ia sangat membantu dalam menaikkan keserian wajah dan kecantikan luaran dalaman.

5) ELEMEN PENTING PADA SEL TUBUH 
>>> Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tirod.
>>> Sebab itulah ibu-ibu mengandung, ibu-ibu hamil sangat digalakkan mengamalkan Vita-Lea dalam pemakanan seharian untuk membantu pembesaran janin yang sempurna.
>>> Kekurangan nutrisi semasa hamil akan meningkatkan risiko alahan kepada bayi dan mendatangkan pelbagai penyakit di masa yang akan datang.

6) MELINDUNGI ORGAN 
>>> Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
>>> Bila nutrisi dalam badan lengkap, secara semulajadinya badan juga akan jadi sihat.
Vitalea tidak disyorkan kepada mereka yang menghidap penyakit Thalasemia major & pesakit SLE. Juga tidak digalakkan pengambilannya kepada mereka yang alah kepada Alfalfa.
Harus diingatkan bahawa, pengambilan secara konsisten menjamin keberkesanan lebih optimum. Jangan pula mengharapkan kesan drastik dalam mengamalkan supplimen. Kerana supplimen adalah makanan tambahan. Makanan pelengkap kepada makanan harian kita.
Supplimen kini sudah jadi satu keperluan kerana tidak semua mampu memenuhi PIRAMID MAKANAN setiap hari. Jika anda yakin pemakanan anda setiap hari lengkap, teruskan. Tidak perlu ambil vitamin.. :) Pilihan di tangan anda..

"Jangan takut hendak melabur sedikit sekarang demi kesihatan. Kerana pelaburan yang sedikit ini mampu mengelakkan pelaburan yang lebih besar kepada hospital di masa yang akan datang.."


#Dapatkan VITALEA dengan harga promo daripada Nur sepanjang bulan Februari 2014.. 

Jangan sampai terlambat.. 
SMS / WASSAP NUR cepat-cepat.. 
0172720564.. (^_^)#


WITH LOVE & CARE, NUR ♥

Ahad, 9 Februari 2014

PERBEZAAN SHAKLEE - VITALEA UNTUK SEMUA

Vitalea merupakan multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia.. Asalnya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan disingkatkan sebutan kepada "Vita-min". Perlu anda semua ketahui bahawa perkataan VITAMIN yang disebut sekarang asalnya adalah dari Shaklee.. :)


90ntahun dahulu, multivitamin Shaklee ini dicipta dalam bentuk cecair. Tetapi, peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya kepada tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea kini.


Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.  Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.


Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina. Spirulina mampu membentuk struktur rambut menjadi lebih cantik dan lebat. Sudah terbukti depan mata, rambut Syaurah semasa lahir memang lebat & cantik.. kemana pergi pasti orang sekeliling akan menegur rambutnya terlebih dahulu. :)


Vita-Lea juga dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab". Jadi, ia memudahkan kita untuk menelan Vita-Lea tersebut. Ia juga merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.


Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Centre for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.


♥ WITH LOVE & CARE, NUR ♥

Jumaat, 7 Februari 2014

PENGALAMAN PENYUSUAN SUSU IBU ♥ ANAK SULUNG

Khamis malam Jumaat.. Mata tak dapat lelap pulak.. Jadi, dikesempatan ini, hati ingin mencoret sesuatu. Coretan yang mana tahu memberi manfaat kepada orang lain pula.. In Shaa Allah..

Alhamdulillah.. Syukur atas kurniaan Allah kini Nur telah melahirkan 5 orang anak di usia 26 tahun.. Tak terjangkau dek akal fikiran Nur mampu mempunyai ramai anak di usia semuda ini. Teringat masa zaman sekolah dulu, pernah merancang dengan sepupu, umur 26 tahun baru nak kahwin. Nak anak 7 orang.. Tapi, kita hanya merancang.. Allah yang menentukan. Alhamdulillah, maksiat dapat dielakkan, zina juga dapat dijauhkan.. Terima kasih juga kepada suamiku, En. Junaidi Junmut atas kesudiannya menerima diri ini sebagai seorang isteri..

Pada 17 November 2006, lahirlah seorang putera sulung kami yang diberi nama Mohammad Safwan bin Junaidi. Pada ketika ini segala ilmu berkaitan penyusuan dan penjagaan bayi sangat kurang. Hanya tahu serba sedikit melalui pembacaan.. Majalah Pa&Ma lah yang sering menjadi rujukan utama. Lebih - lebih lagi pada ketika itu Nur mengandung dan melahirkan Safwan di kampung suami, Mukah, Sarawak.
Dengan bantuan nurse, Nur belajar cara menyusukan, cara tukar pampers dan macam2 lagi cara penjagaan baby.. Sampai pada hari ke 6 melahirkan, Nur mengalami demam bengkak susu yang pertama dalam hidup.. Seksanya Allah jer yang tahu. Beberapa hari lepas tu, nipple pula luka. Akibat daripada kurangnya ilmu lekapan. Cuma di tahap ini, syukur Alhamdulillah kerana Allah tetap kuatkan semangat Nur untuk menyusukan Safwan.

Umur Safwan sebulan..
Dugaan baru mula datang. Safwan kerap menangis siang dan malam. Orang-orang kampung mula berkata Nur 'tak cukup susu'. Sebab tu Safwan asyik nangis. Padahal susu memang banyak dan mencurah curah. Selain daripada tu, mereka kata susu Nur 'lantoh' dengan erti kata lain, basi.. Dengan ilmu yang sangat cetek, Nur merelakan Safwan disuap susu formula pada umurnya 40++ hari.. Hati memang sedih tapi ketika itu, tak tahu apa lagi yang harus dilakukan.

Bermula saat itulah Safwan reject sepenuhnya susu ibu. Sifat bayi yang semulajadi adalah, mereka sukakan rasa manis. Susu formula kebanyakannya dicipta memang dengan rasa manis. Jadi, itulah puncanya kenapa kebanyakan bayi yang telah diberikan susu formula akan menolak susu ibu selepas itu. Lebih - lebih lagi, dengan puting botol yang senang airnya mengalir.. Tetapi, perlu diingat bahawa, senaman mulut yang dilakukan oleh bayi ketika menyusu susu ibu banyak manfaat untuk perkembangan percakapannya kelak.

Harus diingat juga, selagi umur anak belum 6 bulan, jangan sekali kali bagi anak makan makanan luar selain daripada susu ataupun susu ibu. Sayangilah usus anak2 kita.. Pemakanan yang terlalu awal inilah punca kenapa wad pediatrik semua hospital sekarang penuh dengan kanak2 yang sakit buat pinggang.. Buah pinggang dan usus bayi berumur 6 bulan ke bawah belum matang lagi untuk memproses segala jenis bentuk makanan. Tak perlulah susah susahkan badan nak masak bubur atau nak membazir duit beli nestum bagai selagi umur anak belum 6 bulan. Makin lewat anak diberi makan, lebih bagus sebenarnya kerana anda memberi peluang usus dan buah pinggang matang mereka sepenuhnya..

Kerana itu ilmu penyusuan susu ibu harus di tuntut, wajib dicari gali supaya ibu2 tidak mudah mengalah dan terus tetap dengan niat asal ingin menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya.. Biarlah kita bersusah2 dahulu, kerana manfaat di kemudian hari sangatlah banyak dan sangat berharga untuk masa depan anak2 kita..

Kini Safwan dah darjah 2...
Walaupun Safwan anak yang paling kurang minum susu ibu di awal umurnya, tapi dia tetap anak yang menjadi tonggak harapan keluarga. Safwan banyak mengajar ibu erti sabar, erti kasih sayang.. Sikapnya yang ambil berat dan penyayang selalu menyentuh perasaan. Safwan juga anak yang sangat aktif. Kadang tu, tidak terkawal juga walaupun dulu dia kerap sakit akibat antibodi yang lemah. Kini, Safwan mengamalkan Meal Shake dan vitamin c setiap hari.. Bijak mengambil hati ibu ayah dan bijak menghafaz Quran juga..

Semoga Safwan menjadi anak yang soleh dan mampu menjadi penyelamat ibu ayah dan adik adik di dunia juga di akhirat.. Ketahuilah bahawa, Safwan tetap permata hati ibu dan anak ibu yang baik hati. Ibu marah bukan kerana ibu benci tapi ibu marah kerana ibu sayang Safwan. Ibu nak didik Safwan menjadi anak yang memberi manfaat kepada semua orang.. Kalau boleh, ibu nak Safwan menjadi anak sebaik arwah Ammar.. Syahid yang tertangguh..

Ikuti pengalaman penyusuan Nur untuk anak kedua, ketiga, keempat & kelima pula nanti yer..

SUSU IBU ADALAH MAKANAN YANG TERBAIK UNTUK BAYI..
~(^__^)~

# Safwan tengah makan nasi lemak di R&R Rawang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE