Translate

Isnin, 29 September 2014

TIPS TERBAIK TIDURKAN ANAK

BAGAIMANA MEMUPUK TABIAT TIDUR YANG BAIK

# kredit info asal daripada Drypers

Adakah bayi anda tidur nyenyak sepanjang malam?

Hanya apabila anda menjadi ibu bapa sahaja anda akan menyedari bahawa tidur bayi susah diramalkan. Ianya disebabkan oleh ritma sirkadian, atau pusingan tidur-jaga, dan ini diatur oleh cahaya dan kegelapan. Ritma ini mengambil masa untuk dimajukan. Pada bulan-bulan terawal, anda perlu mengikut corak tidur bayi anda. Bagaimanapun, selepas enam bulan, anda boleh mula ‘mengurus’ tidur bayi anda. Pastikan kita yg mengaturkan tidurnya bukan dia yg mengaturkan tidur kita.

Memahami tidur bayi

Bayi yang baru lahir tidur purata 16 jam sehari. Sepanjang waktu tidur, bayi ini berada di dalam fasa tidur yang berbeza. Sepanjang tempoh ini, bayi tidur dengan senyap (tidur nyenyak) dan pada masa lain lebih resah (pergerakan mata pantas (PMP) di waktu tidur, dikenali sebagai tidur bermimpi). Sebahagian daripada tidur bayi baharu lahir adalah PMP.

Di ketika ini, darah yang dibekalkan ke otot dipertingkatkan, tenaga dibaik pulih, pertumbuhan tisu berlaku dan hormon penting dirembeskan untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi. Dari segi samada sedar atau tidak, fasa tidur waktu ini adalah di bawah kategori sedar. Anda mungkin menyedarinya apabila anda melihat bayi anda – dia bergerak dan senang terjaga.

Lebih daripada 50% Hormon Pertumbuhan Manusia* (HPM) yang penting untuk tumbesaran dirembeskan ketika tidur nyenyak.

* http://www.news-medical.net/health/Growth-Hormones-What-are-Growth-Hormones.aspx

“Saya mendukung bayi di dalam posisi membuai dan mengusap dahinya ke bawah dengan lembut, seperti membantunya menutup mata. Tetapi saya perasan cara terbaik untuk menidurkan bayi adalah apabila saya tenang. Dia boleh mengesan ketenangan saya dan tidur lebih mudah dan cepat.”
-Chin Jin Ho.

Membantu bayi tidur

0-4 Bulan
Ritma tidur bayi yang baru lahir berkitar mengikut keperluan mereka untuk diberi makan, bertukar lampin dan dipelihara. Biasanya mereka menunjukkan yang mereka mengantuk dengan menggosok mata atau menangis. Bayi yang baru lahir memerlukan keselamatan dan sentuhan fizikal sekerap mungkin. Ini memberi rasa seakan dakapan, kerana itulah bayi suka didukung oleh anda. Jika bayi tertidur ketika menyusu atau didukung, tunggulah sehingga setengah jam, kemudian barulah meletakkannya di atas katil. Ini kerana seeloknya menunggu sehingga bayi nyenyak tidur sebelum mengalihnya.

4-5 Bulan
Jika bayi anda tertidur semasa menyusu, ia akan mula biasa tertidur di dalam dakapan anda. Ini bermakna yang dia akan bangun semula bila diletakkan di atas katil kerana bayi anda mahukan keselesaan daripada tangan atau dada anda. Pada tahap ini, adalah baik jika anda terus meletakkan bayi yang tidur ke atas katil sebaik sahaja dia tidur, agar anda tidak membiasakannya untuk tidur di dalam dakapan anda. Juga supaya keadaan bayi tidak menyusahkan pengasuh anak anda pula.

Apabila bayi diletakkan di atas katil ketika mereka penat tapi masih terjaga, mereka boleh menjadi “penenang diri sendiri” yang membolehkan mereka tertidur dengan sendirinya. Jika bayi anda selesa dengan badan anda dan menerima bantuan anda untuk menidurkannya setiap kali hendak tidur, dia akan menangis atau memberi tanda agar anda menidurkannya setiap kali terjaga dan hendak tidur semula di waktu malam.

6-12 Bulan
Pada usia 6 hingga 7 bulan, kebanyakan bayi telah mula membentuk corak makan dan tidur yang baik. Jika anda mula menyuap bayi makan, kemungkinan dia tidak akan meminta untuk disusukan di waktu malam. Bayi pada usia ini tidur kira-kira 10 hingga 12 jam, tetapi adalah biasa jika bayi terjaga beberapa kali di waktu malam. Jika anda tidak berbuat apa-apa dan membiarkan bayi menenangkan dirinya sendiri hingga tertidur kembali, ia akan menjadi lebih mudah kerana bayi tidak memerlukan bantuan anda untuk tidur atau untuk tidur semula sekiranya dia terjaga dari tidurnya.

Aktiviti tetap yang diamalkan sebelum tidur menawarkan rasa selamat, tetapi anda harus berhati-hati untuk tidak mempraktikkannya terlalu lama, kerana ini boleh membuatkan kanak-kanak akan menjadi terlalu letih dan meragam. Anak yang terlalu letih akan menjadi hiperaktif dan akan susah untuk tidur. Semasa tempoh setengah tahun pertama, bayi anda juga akan mengalami keresahan jika ditinggalkan, dan tidak mahu berenggang daripada anda. Jika ini terjadi, anda hendaklah bertenang dan bersabar.

Bayi anda mungkin mula merangkak, berdiri atau memulakan langkah pertamanya untuk berjalan. Peningkatan aktiviti motor ini boleh mengganggu tidur kerana anak anda mungkin cuba untuk duduk atau berdiri ketika waktu tidur. Letakkan anak anda di dalam katil bayi untuk mengelakkan kemalangan.

1 Tahun
Pada mulanya, bayi masih perlu tidur sebentar di waktu pagi dan tengahari. Pada usia 15 bulan, ianya mungkin akan lebih sukar untuk anda dan bayi anda, kerana akan bermasalah jika tidur terlalu banyak atau terlalu sedikit. Anda hendaklah menerima fasa peralihan ini. Cubalah untuk selang-selikan seperti tidur sebentar untuk sekali atau dua kali sehari. Ingatlah, yang anak anda perlu tidur seperti waktu dia bayi dahulu, jadi teruslah mengamalkan rutin tidur semasa anak anda masih kecil.

Posisi tidur

Bayi hendaklah tidur menelentang sejak dari lahir. Sebaik sahaja bayi boleh berpusing, biarkan bayi tidur di dalam posisi yang dia mahu. Namun demikian, adalah baik untuk memastikan yang bayi tidak sentiasa memusing kepalanya di sebelah tertentu sahaja bagi mengelakkan kepala bayi berubah bentuk atau kemek.

Bayi yang tidur di atas katil ibu bapa

Menjadi mitos bahawa bayi yang tidur bersama di atas katil ibu bapanya tidak mudah untuk tidur di katilnya sendiri. Bagaimanapun, anda harus sedar aturan ini mudah mengganggu tidur anak serta ibu bapa sekali dan membawa kesan kepada kehidupan mereka. Sebaik2nya, ajar anak untuk tidur di katil sendiri apabila umurnya sudah mencecah 1 tahun.

Tabiat-tabiat Tidur

Jangan merangsang bayi sekiranya mereka menunjukkan tanda-tanda kepenatan.
Cuba elak pandangan matanya dan biarkan dia terlena sendiri.
Bayi memerlukan kebolehramalan bila tiba masa untuk tidur.

Tidurkan bayi anda di tempat yang sama.
Dendangkan lagu atau bercerita kisah yang sama pada malam hari.
Rutin yang sama dan berulangan menjadikan anda dan bayi merasa selamat.

Didik bayi mengenai perbezaan di antara waktu siang dan malam.
Pada malam hari , tutuplah langsir, gunakan lampu malap, pastikan kadar bunyi bising adalah rendah dan juga pastikan tidak banyak gangguan di dalam bilik yang boleh menarik perhatian bayi.

Pakaikan bayi pakaian yang selesa untuk tidur.
Elakkan pakaian bayi yang boleh mengakibatkan tubuh bayi terlalu panas di malam hari. Bahan berupa kain kapas sesuai dengan iklim di Malaysia dan memberikan bayi lebih keselesaan.

Letakkan permainan yang lembut bersebelahan bayi anda.
Bayi anda akan belajar untuk mencari bahan yang selesa selain daripada tubuh anda atau pun degupan jantung anda.

Tahukah anda bahawa terlebih menyusu bayi boleh mengganggu tidur bayi? *

Para penyelidik mendapati bahawa bayi yang terlebih menyusu pada minggu-minggu pertamanya akan menghadapi risiko sehingga tiga kali ganda tidak dapat tidur berterusan bila mencapai usia 12 minggu. Kerana itu, ibu bapa digalakkan untuk memahami keperluan bayi sebaiknya. Bayi menangis bukan hanya kerana dia lapar. Mungkin kerana dia tidak selesa dengan lampin, suhu bilik ataupun ketakutan.

Walaupun tiada nombor bilangan penyusuan yang betul atau salah, anda boleh kurangkan kadar penyusuan pada malam hari secara beransur dengan menjarakkan masa iaitu menukar lampin bayi terlebih dahulu sebelum menyusu selepas bayi berusia 3 minggu.
Cth: dengan syarat bayi bertambah beratnya. Ini akan mengelakkan bayi daripada sentiasa mahu menyusu dan berjaga di waktu malam.

*http://www.dailymail.co.uk/health/article-156244/Overfeed-baby-youll-bad-nights-sleep.html

Pasang lampu merah sepanjang malam. Ia menyediakan suasana lembut

Jika boleh, bawa bersama kereta sorong bayi ketika mengunjungi rakan atau keluarga. Bayi tidur lena di dalam suasana yang dia kenali.

Bagi kanak2 yg berumur 6 bulan ke atas, lengkapkan pemakanan anak anda dengan nutrisi yg lengkap & sihat setiap hari. Badan yg mempunyai nutrisi lengkap & sihat setiap hari juga mempengaruhi pola tidur anak2. Masakan mereka dapat tidur dengan baik jika badan kurang sihat & kerap jatuh sakit.





*********************************************

0 comments:

Catat Ulasan

ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE