CADANGAN VITAMIN SELEPAS BERSALIN

Selepas melahirkan, ibu-ibu memerlukan nutrisi yang lengkap dengan kadar segera untuk mempercepatkan proses pemulihan rahim yang 'luka' dan membekalkan tenaga yang secukupnya kepada ibu. Jika tidak, ibu kurang mampu menyusukan bayi dengan sendirinya dan risiko meroyan berlaku kepada ibu menjadi lebih tinggi.

CADANGAN VITAMIN UNTUK IBU MENYUSU

Fungsinya bukan sahaja bertindak sebagai ‘milk booster’ atau penggalak susu semata mata iaitu alfalfa malah ianya lebih bersifat serampang dua mata, melibatkan semua khasiat yang diperlukan oleh ibu menyusu seperti vitalea, B Complex dan Vitamin C. Ini semua adalah zat-zat yang diperlukan oleh tubuh bukan sahaja untuk menyusu anak tetapi untuk diri lebih sihat, cergas, cantik dan kekal bertenaga sepanjang hari.

CADANGAN VITAMIN SEMASA KEHAMILAN

Waktu hamil merupakan waktu kritikal seseorang wanita memerlukan makanan tambahan. Ini kerana, keperluan ibu tetap perlu dipenuhi disamping keperluan bayi di dalam kandungan. Kekurangan nutrisi dalam badan ibu hamil akan menyebabkan bayi menyerap apa yang diperlukan untuk tumbesarannya daripada badan ibu. Akibatnya, ibu akan mengalami pelbagai simptom kehamilan yang menimbulkan ketidakselesaan.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Translate

Isnin, 11 April 2016

10 Fakta Tentang Mata yang Menakjubkan

10 Fakta Tentang Mata yang Menakjubkan

Berikut 10 fakta meenakjubkan tentang mata manusia, seperti yang dilansir oleh All Women stalk:

👀 1. Semua ingatan berawal dari mata

😎 Faktanya, mata adalah awal dari semua yang terekam dalam pikiran manusia, dan dengan memiliki mata kita dapat membedakan serta mengenal banyak hal dalam kehidupan.

😎 Bahkan 80% dari ingatan dan memori adalah hasil dari visualisasi mata kita. Dan hanya sekitar 20% memori dan ingatan berasal dari indera lainnya manusia dan manusia akan lebih mudah mengingat suatu hal dengan visualisasi.

👀 2. Tidak ada orang yang bisa melarikan diri dari kacamata

😎 Maksudnya adalah tidak ada manusia yang mampu menghindari diri dari penggunaan kacamata. Meskipun kita masih memiliki fungsi mata yang sempurna, kita tetap perlukan alat untuk melindungi mata dari kotoran ataupun debu

😎 Apalagi pada saat usia 40 tahun, fokus lensa akan mengalami penurunan secara beransur dan kita memerlukan kacamata untuk membaca. Semakin tua maka akan semakin perlu kacamata dalam kehidupan sehari-hari.

👀 3. Setiap mata memiliki titik buta

😎 Jangan panik, karena kebutaan disini bukanlah buta dalam arti sebenarnya tetapi hanya kemampuan mata sebagus apapun akan mengalami hal ini.

😎 Ya, setiap mata memiliki titik buta, karena ada gangguan dari saraf optik yang sedang membawa informasi ke otak.

👀 4. Usia dewasa mata kita adalah umur 7 tahun

😎 Hal ini berdasarkan penelitian yang menyebutkan mata orang dewasa dan mata anak pada usia 7 tahun memiliki kelengkapan yang hampir sama. Maka disimpulkan pertumbuhan sempurna mata yaitu pada usia 7 tahun.

👀 5. Mata mampu menunjukan anda sedang terkena diabetes

😎 Dengan melihat mata dapat memberitahu bahawa anda dalam keadaan sihat atau sedang mengalami diabetes. Apalagi bagi anda yang sedang mengalami diabetes tahap dua.

👀 6. Orang buta dapat melihat jika bermimpi

😎 Salah satu fakta tentang mata yang unik adalah orang buta pun boleh melihat. Hasil penelitian menyebutkan seorang buta dapat melihat dengan normal dalam mimpi mereka kecuali mereka buta sejak lahir.

👀 7. Mata tidak dapat ditransplantasikan

😎 Tidak seperti organ tubuh yang lain, mata tidak boleh di transpalantasikan karena terdapat lebih dari 1 juta serat saraf yang menghubungkan mata ke otak dan saat ini teknologi yang tercanggih sekalipun belum dapat merekonstruksi koneksi seperti itu.

👀 8. Prinsip 20-20-20

😎 Saat sedang bekerja di depan komputer anda harus menggunakan pinsip 20-20-20 untuk menjaga kesehatan mata anda.

😎 Setiap 20 minit anda di depan layar anda harus melihat objek dengan jarak 20 meter selama 20 detik.

👀 9. Bayi tidak mengeluarkan air mata saat menangis

😎 Fakta tentang mata pada bayi yang baru lahir adalah mereka menangis tanpa air mata.

😎 Ya bayi selalu menangis tanpa air mata sampai usia mereka mencapai 4 sampai 13 minggu. Saat lahir para bayi menangis dengan suara.

👀 10. Scan retina lebih aman daripada scan sidik jari

😎 Sidik jari hanya memiliki 40 jenis karakterisitik unik, jauh lebih rendah dari pada iris mata yang memiliki 256 karakteristik. Hal ini yang membuat pengaturan keamanan menggunakan scan retina jauh lebih aman dari pada sidik jari.

~~~~~~~~~~~~~~

Salah satu cara bersyukur kepada Tuhan karena telah memberi kita sepasang mata adalah dengan merawatnya dengan baik. Tanpa mata dunia akan gelap dan aktifitas keseharian kita pasti akan terganggu..

Demikian maklumat ringkas tentang fakta mata yang menakjubkan dan unik, semoga bermanfaat.

~~~~~~~~~~~~~

Nak jaga mata?

Amalkan makan lobak merah organik sebaiknya yg ditanam sendiri setiap hari sekurang sekurangnya 10 batang lobak merah sehari..

Nak lagi mudah, amalkan karotomax 2 biji setiap hari.. In shaa Allah, mata yg rabun pun boleh dikurangkan rabunnya asbab amalkan CAROTOMAX Shaklee..

(^_^)

#mata #anugerahAllah #pandangdenganmatabacadenganhati #dakwahbudakspec #ibuberkacamata #specky

Rabu, 10 Jun 2015

TIPS PENYUSUAN SUSU IBU DI BULAN PUASA


1) Makan banyak buah-buahan, makanan yang tinggi fiber & jus


- amalkan pengambilan makanan yg tinggi dengan zat seperti protein semulajadi sewaktu bersahur & berbuka bagi mengekalkan khasiat susu ibu & mengekalkan kesihatan ibu. Pengambilan supplimen mungkin boleh membantu ibu untuk kekal sihat & bertenaga.



2) Tambah kekerapan mengepam sebelum bulan Ramadhan

- mulakan persediaan fizikal & mental eejak dari awal. Latih tubuh supaya menghasilkan lebih banyak susu ibu sejak dari awal lagi.



3) Jadikan kurma sebagai snek

- kurma mengandungi gula ringkas yg mudah tercerna & mampu meningkatkan kuantiti serta kualiti susu ibu. Ibu juga tidak mudah lemah, gigil & lebih terkawal sewaktu berpuasa.



4) Patuhi jadual mengepam 

- mematuhi jadual mrngepam mampu membantu ibu memenuhi konsep asas penyusuan susu ibu yg sebenar iaitu SUPPLY ON DEMAND.



5) Minum air suam kosong yang banyak sewaktu berbuka & bersahur

- letakkan botol air berhampiran tempat tidur. Jika ibu terjaga, ibu boleh terus minum bagi mengekalkan kandungan air dalam badan sentiasa mencukupi.



6) Fikir positif susu akan sentiasa cukup

- mind set ibu sangat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Jangan sesekali sebut, fikir, ataupun membayangkan sekalipun susu kurang atau perkara yg berkaitan dengan tidak cukup susu.



7) Amalkan POWER PUMPING seminggu sekali

- sekurang kurangnya... Aktiviti power pumping yg dilakukan  selama satu jam, dan berlansung setiap 10 minit mampu meransang tubuh ibu untuk menghasilkan demand yg tinggi.



8) TAWAKAL pada Allah

- setelah kita berusaha, berserahlah pada Allah. Segalanya akan berlaku dengan izinNya juga...

http://ibu-ayah-comel.blogspot.com



Untuk keperluan nutrisi ibu ketika menyusukan anak dengan susu ibu boleh baca di sini --->>>  http://ibu-ayah-comel.blogspot.com/search/label/SUPPLIMEN%20IBU%20MENYUSU



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~








Selasa, 10 Februari 2015

ASMA / ATHMA KETIKA HAMIL


"Asma / athma yang dialami sewaktu hamil boleh menjadi kronik jika tidak dikawal. Lebih teruk lagi, apabila ia boleh meninggalkan kesan buruk kepada kandungan."


Nur tidak pernah mengalami masalah asma ketika hamil. Tetapi, info ini Nur dapat daripada majalah koleksi Pa & Ma. Tergerak hati nak kongsi dengan pembaca sebab, ramai sangat kawan-kawan yang Nur kenal diserang asma yang agak teruk ketika hamil. Mana tahu, info yang tidak seberapa ini dapat menjadi rujukan ibu-ibu diluar sana kan.. Semoga bermanfaat.. (^_^) 



Asma akan memberi kesan kepada 1 - 4% wanita mengandung. Secara umumnya, lebih kurang 1/3 wanita yang ada asma merasakan asmayang dihidapi menjadi semakin baik ketika hamil, kira-kira 1/3 lagi menjadi semakin teruk manakala 1/3 selebihnya tidak mengalami sebarang perubahan.

Maklumat menarik untuk diketahui ialah, asma biasanya menjadi semakin teruk di antara trimester ke2 dan ke3. Kemudian biasanya menjadi bertambah baik beberapa minggu sebelum melahirkan.

Oleh kerana itu, wanita yang sememangnya menghidap asma perlu mengawal asma terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk hamil. ini dikhuatiri akan menimbulkan masalah jika asma menjadi lebih teruk apabila disahkan mengandung. Masalah ini biasanya berlaku disebabkan oleh sikap wanita itu sendiri yang takut untuk mengambil sebarang jenis ubat asma sepanjang kehamilannya. Alasannya, mereka bimbang akan memudaratkan bayi dalam kandungan.

Tanpa disedari, sikap begini sebenarnya menambahkan lagi masalah yang sedia ada. Diingatkan! Sekiranya mana-mana wanita hamil menghentikan pengambilan ubat tanpa nasihat doktor sewaktu hamil, ia lebih memudaratkan berbanding jika mereka mengambil ubat!



Perlu diketahui bahawa, asma ialah sejenis penyakit paru-paru yang kronik. Ia akan sentiasa ada. Yang membezakannya cuma tahap teruk ataupun sebaliknya. Asma akan jadi kronik jika paru-paru wanita terbabit terlebih respon terhadap apa-apa jenis peransang seperti habuk, debunga, bulu binatang, asap, hama dan lain-lain lagi. Masalah ini dikenali sebagai hyper responsiveness

Fakta menarik yang perlu diketahu ialah, 
anak yang lahir daripada ibu yang mengalami masalah asma berkemungkinannya untuk turut menghidap penyakit yang sama. Peratusannya ialah 6-30%.


Tetapi, ada juga anak-anak yang lahir daripada ibu yang tidak bermasalah mengalami masalah asma selepas kelahirannya. Antara kesan pada kandungan yang berkemungkinan dialami jika asma tidak dikawal ketika hamil ialah : 
  • ibu berisiko untuk mengalami tekanan darah tinggi
  • sekaligus mendorong kelahiran pra matang
  • meningkatkan risiko pendarahan ketika hamil
  • proses bersalin menjadi kurang lancar
  • tumbesaran fizikal bayi boleh terbantut akibat oksigen yang sepatutnya diperolehi oleh bayi tidak mencukupi.
  • kadang kala, ia juga boleh menjadi punca kematian bayi dalam kandungan


Walau bagaimanapun, ibu-ibu yang sememangnya adalah pesakit asma daripada sebelum hamil lagi, tetap masih brpeluang untuk hamil. Jangan jadikan penyakit yang dihidapi sebagai alasan untuk kita menahan diri daripada menikmati setiap saat kehamilan pula. Berikut merupakan antara nasihat untuk pesakit asma yang ingin hamil.
http://ibu-ayah-comel.blogspot.com/2013/02/keperluan-ibu-hamil-mengandung.html

1. KAUNSELING SEBELUM HAMIL 

Sebaik-baiknya, wanita yang menghidap asma digalakkan menjalani kaunseling bagi mengurus asma sebelum mengambil keputusan untuk mengandung. Ini sedikit sebanyak akan meminimumkan risiko yang mungkin berlaku ketika hamil. Ibu-ibu juga digalakkan untuk banyak membaca mengenai info yang berkaitan.

2. UKUR TAHAP ASMA ANDA 

Bagi memastikan status asma terkawal, anda boleh meminta doktor mengukur tahap keseriusannya. Hal ini dapat dilakukan melalui peak expiratory flow rate (PEFR). Ia memerlukan anda menghembus nafas sedalam yang mungkin ke dalam tiub yang disediakan. Kemudian, tahap asma anda dapat diketahui dengan melihat bacaan ketika hembusan dibuat. Untuk pengetahuan tambahan, pesakit asma tidak boleh menghembus dengan baik.

3. TEKNIK GUNA INHALER 

Inhaler memang sinonim dengan pesakit asma. Malah, penggunaannya dengan teknik yang betul dapat mengurangkan risiko yang mungkin berlaku. Perlu anda tahu, inhaler adalah lebih selamat daripada penggunaan ubat yang berkimia dan sintetik jika anda menghidap asma sewaktu mengandung. Oleh kerana itulah, anda perlu tahu menggunakan inhaler dengan betul. Hal ini perlu dipelajari sejak sebelum hamil lagi. Dalam pada itu, terdapat 2 jenis inhaler.
  • berfungsi untuk membesarkan ruang paru-paru
  • steroid (bagi yang mengalami masalah asma yang teruk)
4. AMBIL UBAT ATAUPUN AMALKAN SUPPLIMEN SEMULAJADI

Secara umumnya, ubat-ubat asma adalah selamat digunakan semasa mengandung termasuklah ubat steroid. Pengambilannya tidak mendatangkan masalah kerana penggunaanya hanyalah untuk jangka masa pendek. Elakkan daripada mengambil apa jenis steroid pun untuk jangka masa panjang sewaktu hamil. Ubat yag tidak boleh diambil ialah prostaglandin F2 alpha dan ergometrine (ubat untuk kecutkan rahim). Ini kerana, penggunaanya boleh menyebabkan paru-paru mengecut. 

Antara supplimen yang digalakkan pengambilannya bagi penghidap asma sewaktu hamil adalah Omega Guard Shaklee dan supplimen-supplimen lain yang bersesuaian untuk ibu hamil. Pengambilan Omega sewaktu hamil boleh mengurangkan risiko alahan kepada bayi di dalam kandungan. Selain daipada itu, ia sangat membantu bagi menstabilkan masalah asma bagi penghidap asma ketika hamil. Pengambilannya harus bermula selepas melepasi tahap trimester pertama.


Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pakar di John Hospital, The detroit Medicine Centre, amalan makan makanan yang mempunyai sumber Omega sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu dapat mengurangkan risiko bayi mendapat ekzema. Oleh itu, doktor sangat menggalakkan ibu hamil mengamalkan diet seimbang yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan mengelakkan pengambilan kekacang bagi mengurangkan risiko alergik dalam kalangan bayi. 

5. MAKLUMKAN KEPADA DOKTOR 

Sebelum bersalin, anda perlu maklumkan kepada doktor bahawa anda adalah pesakit asma. Ini kerana, kadangkala, stress boleh menimbulkan asma. Jika berlaku asma, doktor akan menggunakan gas nebulizer yang dicampur dengan ubat untuk menolak ubat masuk ke paru-paru bagi meredakan asma.



Menurut kajian mereka juga, ibu hamil yang mengamalkan makan sebiji buah epal setiap hari telah membantu melindungi bayinya daripada risiko dijangkiti asma dan alergik apabila dilahirkan.

Kajian tersebut juga mendapati wanita hmil yang makan epal setiap hari sepanjang kehamilan dapat menurunkan risiko terkena masalah alergik pada bayi mereka sebanyak 37% dan risiko bayi dijangkiti asma juga dapat dikurangkan sebanyak 46%.

Ini kerapa buah epal mengandungi kandungan flavonoid yang tinggi serta anti oksida yang lain. Jadi, ibu hamil majib menjadikan buah epal menu wajib dalam diet harian anda bermula hari ini. Dan, itu jugalah yang Nur amalkan semasa hamil. 


Untuk keperluan nutrisi ibu ketika hamil boleh baca di sini --->>>  http://ibu-ayah-comel.blogspot.com/2013/02/keperluan-ibu-hamil-mengandung.html






***********************************


 

Isnin, 9 Februari 2015

KANSER & KEHAMILAN - HYPERTHYROIDISM, KANSER PAYUDARA & KANSER PANGKAL RAHIM


"Terdapat 6 jenis kanser yang biasa dihidapi oleh pesakit yang mengandung. 
Ini termasuklah kanser payudara, kanser pangkal rahim, 'limfoma', tiroid, leukimia dan 'maligant melanoma'".


Ilmu baru untuk Nur, baru Nur tahu tiroid termasuk dalam golongan kanser rupanya. Semasa mengandungkan Syaurah, anak ke 5 Nur, doktor sahkan Nur ada masalah hyperthyroid. Adik beradik sebelah bonda Nur memang kesemuanya ada maslah tiroid. Yang ajaibnya, bonda Nur sendiri memang tiada masalah tiroid. 

Menurut doktor, ia terjadi kerana hormon tiroid terlalu sedikit di dalam darah. Ini akan memperlahankan sistem tubuh badan dan kebiasaannya selalu menyerang golongan berumur 40 tahun ke atas. Penyebab hyperthyrodism ini adalah kerana antibodi dan sel darah putih menyrang tiroid.


Melalui pembacaan Nur di akhbar online Harian Metro, antara punca tiroid adalah :
  • Kekurangan iodin (biasanya berlaku di kalangan penduduk Himalaya)
  • Kehamilan. Ini kerana, keperluan hormon lebih banyak diperlukan untuk ibu dan anak. Tiroid ni bersifat sementara dan akan hilang selepas kelahiran.
  • Goitrogen - elakkan memakan makanan mentah seperti sayur kobis, serta bayam kerana meningkatkan risiko mendapat tiroid atau menjadikan masalah tiroid anda semakin teruk.
  • Radiasi - misalnya letupan nuklear di Russia menyebabkan ramai penduduk mendapat kanser tiroid. Pemeriksaan sinaran-X boleh mengesan tiroid.
  • Genetik / keturunan.
  • Autoimmune Graves Disease - bermaksud fungsi sistem imun yang tidak sihat dalam badan. Yang sistemnya terdiri daripada bakteria dan sel kanser aktif. Sistem antibodinya menghasilkan antibodi yang merosak dan menyerang kembali tubuh, terdapat banyak virus, bakteria dan lain-lain.  
Antara gejala Hyperthyroidism adalah :
  • bengkak di leher
  • degupan jantung yang cepat
  • cepat marah
  • cepat berpeluh
  • tidak tahan cuaca panas
  • tangan bergetar
  • kitaran haid tidak teratur
  • sentiasa gelisah
  • penurunan berat badan - ia boleh mempengaruhi perkembangan bayi di dalam kandungan. Pemeriksaan ultrasound mungkin akan dilakukan dengan lebih kerap seperti ketika Nur mengandungkan Syaurah.
  • rambut gugur
  • masalah sukar tidur (insomnia)
  • bengkak di sekeliling mata
  • kelopak mata tertarik ke dalam hingga menampakkan mata putih di bahagian atas
  • cirit birit
  • tubuh badan yang lemah
  • osteoporosis
  • nafsu seks menurun



Itu serba sedikit info yang Nur tahu tentang hyperthyroid. 




Bagaimanapun, pakar O & G tidak mempunyai hak untuk memutuskan bagi pihak pesakit yang menghidap kanser untuk menggugurkan kandungannya. Apa jua keputusan yang bakal dibuat bergantung 100% kepada pesakit sendiri. Apa yang boleh dilakukan oleh doktor ialah sekadar memberi nasihat. Malah, daripada kajian yang pernah dilakukan, menggugurkan kandungan tidak begitu bermanfaat dalam menghalang sel kanser daripada terus merebak di dalam tubuh pesakit.

Dalam pada itu, perlu ditegaskan bahawa apabila seseorang wanita didapati hamil dan pada masa yang sama didiagnosis menghidap kanser, dia perlu tahu bahawa kandungan dan kehamilannya bukanlah penyebab kanser. Fakta menunjukkan wanita yang menghidap kanser sewaktu hamil sangat jarang berlaku iaitu hanya 1 daripada 1000 kehamilan.


Di antara keenam-enam jenis kanser yang disebut di atas, kanser payudara adalah antara kanser yang paling biasa berlaku iaitu dalam kadar 1 daripada 3000 kehamilan. Berdasarkan statistik, peringkat umur kanser yang pada masa hamil adalah dalam lingkungan umur 32 hingga 38 tahun. 

Perlu diketahui umum juga bahawa, golongan hamil dignosis terhadap kanser ini agak lambat iaitu antara 5-15 bulan. Apabila didiagnosis lambat, tahap kanser lewat diketahui dan boleh menyebabkan prognosis yang tidak bagus. Namun, harus diingat bahawa tahap kanser yang dialami menjadi semakin teruk bukan disebabkan oleh kehamilan.

Sebab itu, jangan abaikan pemeriksaan payudara. Setiap kali hamil, semasa perjumpaan pertama dengan pegawi perubatan pasti pemeriksaan payudara akan dilakukan. Jika didapati ada sesuatu yang tidak normal, sebaik-baiknya dia perlulah menjalani ujian dan tidak perlu menunggu sehingga selamat melahirkan.

Walaupun ujian x-ray memang lansung tidak boleh dilakukan sewaktu hamil, mamogram boleh dilakukan dengan syarat pelindung abdomen dipakai sewaktu ujian dijalankan. Ujian mamogram hanya dapat dilakukan selepas trimester pertama. Terdapat juga lebih kurang 25% kes kanser payudara, apabila mamogram dilakukan ketika hamil, ia boleh menunjukkan keputusan yang negatif. Oleh kerana itu, biopsi perlu dilakukan jika didapati ada benjolan luar biasa. Keputusan ujian berkenaan selamat, lebih jelas dan tepat.



Jenis kanser lain yang paling biasa dialami wanita ketika hamil ialah kanser pangkal rahim. Jika pesakit disahkan menghidap kanser jenis ini ketika hampir 9 bulan kehamilan, rawatan biasanya ditangguhkan sehingga pesakit selamat melahirkan. Paling tidak pun, cetusan (induction) akan diberi untuk mempercepatkan proses kelahiran. 

Namun, jika kanser dikesan pada peringkat awal kehamilan, dan masih di tahap awal, rawatan akan ditangguhkan dan pembedahan hanya akan dilakukan setelah bersalin bagi membuang rahim.

Bagi kanser-kanser jenis yang lain pula, konsepnya tetap sama. Apa-apapun, diagnosis perlu dilakukan untuk mengetahui tahap kanser. Rawatan pula, akan diberi berdasarkan usia kandungan. Dalam pada itu, oleh kerana simptom kanser sama seperti simptom kehamilan, jadi kebanyakan diagnosis yang dilakukan adalah terlambat.

Begitu juga dengan prognosis. Doktor tidak dapat memberikan jawapan tepat tentang isu jangka hayat pesakit kerana masalah diagnosis yang terlambat. Bagi pesakit kanser yang sudah disahkan bebas daripada kanser, beliau boleh mengandung semula selepas tempoh 2 tahun. Namun, kebiasaannya tahap kesuburan pesakit kanser adalah kurang dan keadaan ini akan menyukarkan kehamilan.

Walauapapun, percayalah dengan Allah. In Shaa Allah, jika kita berusaha dan berikhtiar, pasti ada jalannya. Antara ikhtiar yang boleh diusahakan adalah dengan makan supplimen. Ibu-ibu hamil juga perlu memastikan bahawa keperluan nutrisi yang diambil ketika hamil sentiasa mencukupi untuk ibu sendiri dan juga bayi. 

Boleh baca di sini untuk Keperluan Ibu Ketika Hamil. --->> http://ibu-ayah-comel.blogspot.com/2013/02/keperluan-ibu-hamil-mengandung.html 

Antara tips dan supplimen yang boleh diamalkan oleh suami isteri bagi meransang kehamilan yang cepat pula boleh baca di sini.. -->>  http://ibu-ayah-comel.blogspot.com/2013/02/tips-meransang-kehamilan-cadangan.html






********************************************




Ahad, 8 Februari 2015

TIPS ATASI SAKIT TUMIT @ SAKIT TULANG

Kajian mendapati bahawa, secara puratanya 1 daripada 5 individu mengalami sakit tumit. Bukan sakit biasa-biasa jer ya.. Sakit kaki yang agak kronik juga memberi kesan negatif kepada kualiti kehidupan. Aktiviti setiap hari juga mudah terganggu bila kita sakit sakit kaki ni kan.. Nak berjalan dalam rumah pun rasa malas bila kaki sakit.

Melalui pembacaan dan pengalaman Nur, antara faktor-faktor yang dikaitkan dengan sakit tumit ini ialah :-
  •  berat badan berlebihan
  •  faktor umur yang semakin meningkat
  •  perubahan sistem saraf, otot & struktur tulang kaki
  •  orang yang ada sakit-sakit sendi lutut atau peha
  •  saiz kasut yang lebih kecil daripada saiz kaki
  •  bentuk kasut yang tidak sesuai
  •  menggunakan kasut tumit tinggi dalam jangka masa yang lama
  •  terlalu lama berjalan dan menggunakan kasut


Saraf yang meregang juga menjadi salah satu punca sakit tumit


Banyak juga punca-punca sakit tumit ni kan.. Kadang-kadang, kita tak perasan pun apa yang kita lakukan tu bakal menyebabkan sakit tumit yang berpanjangan.

Berikut merupakan antara fakta yang Nur ambil daripada Majalah I-Sihat keluaran September 2014.

  • Sakit tumit boleh disebabkan oleh kerosakan kepada tisu otot, tendon, tulang kaki serta saraf. Antara penyakit tersebut ialah plantar fasciitis, keretakan tulang calcaneum, penyakit gout, kerosakan saraf samaada di bahagian kaki atau saraf tunjang di pinggang dan pertumbuhan tulang yang tidak normal di bahagian tumit (heel spur).
  • Radang pada tendon yang menyambungkan otot dan tulang seperti Achilles Tendon di bekalang tumit juga boleh menyebabkan sakit tumit.
  • Sakit tumit juga boleh disebabkan oleh saraf kaki yang terhimpit oleh struktur kaki iaitu flexor retinaculum. Ini menyebabkan tekanan pada saraf yang seterusnya menyebabkan sakit yang berpanjangan.
Jadi, mereka yang mengalami sakit kaki dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengenal pasti penyebab sakit tumit tersebut. Doktor akan memeriksa kaki anda dengan teliti iaitu, sistem saraf, arteri iaitu pembuluh darah di kaki, tendon serta struktur tulang.

Doktor juga mungkin akan melakukan pemeriksaan x-ray di bahagian kaki tumit, serta ultrasound ataupun MRI sekiranya perlu bergantung kepada penyebab sakit tumit tersebut.

Gambar Hiasan : Dato' Lee Chong Wei sedang melakukan ujian MRI di bahagian kaki 

Antara rawatan yang sesuai untuk sakit tumit ini bergantung pada penyebab penyakit tersebut. Antara yang boleh diamalkan :-
★ berehat atau mengurangkan aktiviti berjalan
★ pengambilan ubat anti radang
★ ubat tahan sakit
★ senaman khas yang diberikan oleh ahli fisioterapi
★ mengamalkan supplimen Advance Joint Health Tablet Shaklee
★ mengambil supplimen Kalsium yang mencukupi dan dilengkapi dengan Magnesium, fosforus & Vitamin D
★ menggunakan pelapik tapak kasut

Mereka yang disyaki ada mengidap penyakit gout juga boleh mengamalkan Performance Drink Shaklee untuk mengurangkan paras asid urik dalam badan dan mengamalkan supplimen Set Sendi Shaklee yang mengandungi Advance Joint Health Tablet + Ostematrix + Omega Guard Shaklee.


Klik link di bawah untuk pembelian suplimen Set Sendi Shaklee secara online
http://bit.ly/SetSendiCergasSihat
atau hubungi Nur 0172720564 untuk diskaun pembelian bersama konsultansi percuma



Gabungan 3 jenis supplimen ini memberikan kesihatan yang berpanjangan untuk kesihatan otot, tulang dan sendi terutamanya bagi mereka yang telah lanjut usia..

ADVANCE JOINT HEALTH TABLET
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

>>> Ramuan yang dirumus secara saintifik ini merangkumi ramuan yang terbukti secara klinikal :
- menggalakkan mobiliti
- meningkatkan fleksibiliti
- meningkatkan fungsi sendi
- menyokong kesihatan sendi untuk jangkamasa panjang

>>> mengandungi Ekstrak Boswellia yang telah ditunjukkan di dalam kajian klinikal, mampu meningkatkan keselesaan sendi di dalam jangkamasa seawal 5 hari.

>>> mengandungi Ekstrak Jagung bagi membekalkan sumber glukosamin yang pekat. GLUKOSAMIN adalah satu jenis gula amino yang berfungsi sebagai blok utama pembinaan struktur proteoglycans, komponen struktur rawan dan cecair diantara tulang yang membekalkan pelinciran. Glukosamin juga membantu meningkatkan pelbagai gerakan, mobility dan fleksibiliti. Glukosamin daripada sumber sayuran juga lebih tinggi konsentrasinya berbanding glukosamin yang diperolehi daripada sumber kerang.

>>> merangkumi kombinasi nutrien kesihatan sendi yang direka khas iaitu Zinc, Kuprum, Manganese, dan Vitamin C. Setiap satunya memainkan peranan yang unik dan kritikal di dalam membangunkan kolagen penghubung dan rawan yang sihat. Mineral surih ini diperlukan untuk membina tisu penghubung.

>>> Advance Joint Health Tablet ini 100% bebas kekerang dan 100% vegeterian dan tidak lansung mengandungi sumber haiwan.

>>> Anti Radang yang terbaik untuk semua orang tidak kira lelaki ataupun wanita.


OMEGA GUARD
~~~~~~~~~~~

>>> mengurangkan inflamasi. Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak Omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina semata-semata.

>>> memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis). Paras asid lemak Omega 3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu, ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.

>>> dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak Omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya di lautan seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik).

OSTEMATRIX
~~~~~~~~~~

>>> Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formula uniknya dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati. Mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.

>>> Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur dengan berkesan.

>>> menguatkan tulang. Kalsium menghalang pelbagai masalah tulang yang sering menyerang wanita termasuklah mereka yang gemarkan kasut tumit tinggi dan mengalami sakit tumit. 

>>> mengandungi Kalsium Magnesium yang menggalakkan komposisi tulangbdan rawan. Ia membantu memperbaiki sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf otot dan menstabilkan denyutan jantung, menghalang endapan kalsium sekaligus mengurangkan risiko penyakit batu karang dan hempedu.

>>> kandungan zinc, boron, manganes dan kuprum yang terdapat di dalam Ostematrix memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.


Klik link di bawah untuk pembelian suplimen Set Sendi Shaklee secara online
http://bit.ly/SetSendiCergasSihat
atau hubungi Nur 0172720564 untuk diskaun pembelian bersama konsultansi percuma


■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■

Sekiranya perkara-perkara di atas telah dilakukan, namun kesakitan masih lagi tidak berkurangan, rujukan kepada pakar tulang (ortopedik) adalah perlu untuk rawatan lebih terperinci. 

Biarpun begitu, mencegah adalah perkara yang terbaik dilakukan oleh semua orang daripada merawat. Jadi, cegah sebelum parah.. 





Mari baca Jadual Waktu Sistem Badan Manusia


■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■





Selasa, 3 Februari 2015

JENIS JENIS SENAMAN




"TIDAK KIRA APA PUN SENAMAN YANG DIPILIH, PASTIKAN IA SELAMAT DAN DILAKUKAN MENGIKUT KEMAMPUAN ANDA"

Inilah satu satunya ASAS UTAMA petua senaman yang terbaik untuk semua peringkat umur.. Tidak kiralah orang tu sihat atau berpenyakit, asasnya tetap sama iaitu kesederhanaan.

Senaman boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu SENAMAN REGANGAN, SENAMAN AEROBIK DAN SENAMAN RINTANGAN. Untuk golongan wanita, kebiasaannya SENAMAN AEROBIK adalah jenis senaman yang paling diminati. Termasuklah Nur sendiri..


SENAMAN REGANGAN   
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


>>> Senaman yang dilakukan setiap kali sebelum senaman dilakukan. Manfaatnya, otot-otot dan sendi dapat dilonggarkan dan dilegakan daripada masalah lenguh-lenguh. Sebelum melakukan aktiviti senaman yang berat, senaman regangan wajib dilakukan terlebih dahulu bagi mengelakkan kecederaan otot. Ia juga bagi mengelakkan daripada tubuh badan kita 'terkejut'. Senaman regangan juga boleh dilakukan di dalam pejabat sambil duduk.

>>> Senaman regangan mudah adalah seperti :
1) meregangkan leher 
- mengiringkan kepala ke kanan atau kiri beberapa saat.

2) bahu
-  menarik tangan kanan ke arah kiri sambil tangan kiri mengampu di bawah siku kanan.

3) betis dan peha
- merapatkan kaki kanan atau kiri ke arah dada dan tahan selama beberapa saat.


SENAMAN AEROBIK   
~~~~~~~~~~~~~~~~~~


>>> Pergerakannya lebih pantas dan cergas sifatnya seperti melakukan gerakan mengikut rentak muzik, berbasikal, berjalan kaki, berjoging, berenang dan menari. Kebiasaannya senaman jenis aerobik lebih seronok dilakukan beramai-ramai dan mempunyai seorang juru pandu dihadapan. Lemak dan kalori juga lebih banyak dapat dipecahkan dengan cara senaman ini. Bagi mereka yang selalu stress, senaman aerobik sangat digalakkan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

SENAMAN RINTANGAN   
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


>>> Senaman rintangan bertujuan menguatkan anggota tertentu seperti duduk di kerusi sambil mengangkat kaki ke paras kerusi atau mengangkat dumbel. Kebanyakannya mereka yang mempunyai berat badan yang tinggi, stamina yang cukup kuat dan benar-benar mampu sahaja dibenarkan melakukan senaman jenis ini.




■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□


<<< SIHAT VS CERGAS >>> 

Satu laporan jurnal yang diterbitkan di Institut Cooper 2 tahun lalu mendapati, daripada 42,000 orang lelaki pelbagai usia yang dikaji dan dipantau selama 10 tahun, lelaki gemuk yang sihat kurang kemungkinan meninggal dunia dengan cepat berbanding lelaki kurus tetapi tidak cergas..
(^_^)


*sumber :
- Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan.
- Unit Pemakanan, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan WPKL.
- Majalah Anis


Jemput baca perbezaan sakit jantung & serangan jantung..






■□■□■□■□■□■□■□■□■





Ahad, 14 Disember 2014

PROSES KEHAMILAN & PROSES KELAHIRAN

Ilmu kehamilan sangatlah penting untuk diketahui oleh setiap wanita. Terutamanya wanita yang telah pun mendirikan rumah tangga. Wanita mesti tahu segala-galanya tentang kehamilan agar dia mampu berhadapan dengan segala tekanan yang bakal datang.

Penulisan ini kebanyakannya adalah berdasarkan pengalaman Nur sendiri dan melalui pembacaan. Tetapi, fakta - fakta asas Nur dapat daripada Koleksi Pa&Ma bertajuk Sedia Melangkah Ke Alam Baru yang mengandungi maklumat lengkap mengenai kehamilan dan komplikasi.

Antara yang paling asas yang perlu diketahui ialah, tempoh kehamilan umum bagi manusia adalah selama 40 minggu atau secara puratanya 9 bulan 10 hari. Kehamilan juga di bahagikan kepada 3 tahap yang digelar TRIMESTER.

Jadi, 3 tahap tersebut ialah :-
♥ Trimester Pertama = 1 - 12 minggu (1 - 3 bulan)
♥ Trimester Kedua = 13 - 24 minggu (4 - 6 bulan)
♥ Trimester Ketiga = 24 - 36 minggu @ sehingga melahirkan (7 - 9 bulan)


PERINGATAN 1 - Trimester Pertama
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  1. Jika anda menghidap diabetes, tekanan darah tinggi, epilepsi, sakit jantung, anemia atau penyakit keturunan lain, segeralah beritahu doktor agar kesihatan anda dapat dipantau terutamanya semasa hamil.
  2. Jangan merokok atau minum minuman keras
  3. Elakkan daripada mengambil ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu
  4. Jika anda ataupun pasangan menghidap penyakit kelamin, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
  5. Perubahan hormon yang mendadak menyebabkan rasa mual kebanyakannya pada waktu pagi. Keadaan ini berlaku akibat tindak balas diri terhadap bau, makanan ataupun minuman tertentu. Pengambilan halia dapat mengurangkan masalah ini. Nur suka amalkan Peppermint Ginger kerana rasanya yg berangin sekaligus membuang angin dalam badan yang merupakan salah satu punca mual.
  6. Akibat badan yang kurang selesa, anda akan sentiasa rasa letih dan mengantuk. Hal ini akan menyebabkan anda banyak tidur.
  7. Perubahan bentuk badan akan membuatkan anda semakin risau kerana kelihatan kurang menarik. Payudara semakin membesar dan pada masa yang sama, warna pada aerola juga menjadi lebih gelap kerana hormon prolaktin mula wujud dalam badan.


PERINGATAN 2  - Trimester Kedua
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  1. Untuk pengesahan kehamilan, segeralah berjumpa doktor. Waktu yang paling tepat untuk berbuat demikian ialah 2 minggu selepas tidak datang haid.
  2. Mengingat hari pertama tarikh haid terakhir penting bagi memudahkan doktor mengira tarikh anda dijangka bersalin.
  3. Setelah disahkan hamil, jangan mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
  4. Pada waktu ini, rasa mual dan kekerapan ke bilik air akan berkurangan. Dari masa ke semasa, selera makan akan semakin bertambah. Elakkan daripada makan snek yang tidak berkhasiat. Boleh gantikan dengan kurma atau kismis sebagai snek harian.
  5. Mulai bulan ini, kulit perut mula meregang menyebabkan anda rasa gatal. Pastikan perut di sapu pelembap atau minyak bayi bagi mengelakkan kulit perut daripada menjadi kering dan semakin gatal.
  6. Amalan pemakanan yang tinggi protein dan vitamin c juga dapat mengurangkan masalah ini. Dan, yang Nur suka amalkan adalah ESP dan Vitamin C Shaklee.. Krim Herbal Blend pula untuk di sapu di bahagian perut setiap kali selepas mandi.
  7. Pada waktu ini, denyutan jantung semakin meningkat. Kaki dan tumit juga mula membengkak. Urutan ringan daripada suami setiap malam mampu memberikan keselesaan pada ibu sekaligus mewujudkan hormon ketenangan di samping mengeratkan kasih sayang antara ibu, ayah dan bayi di dalam kandungan.
  8. Mula merasakan kehadiran bayi dalam kandungan kerana bayi semakin banyak bergerak. Ketika ini, fikiran hanya tertumpu pada bayi yang dikandung dan rasa cemas semakin menguasai.


PERINGATAN 3  - Trimester Ketiga
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  1. Bayi mula menendang dengan kuat dan pergerakannya boleh dilihat dengan mata kasar. Perasaan gembira bercampur takut mula menguasai diri.
  2. Suhu tubuh semakin meningkat. Bengkak kaki juga semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan anda mula sukar untuk tidur lena.
  3. Pada bulan kelapan, payudara sudah berhenti membesar. Kolostrom mulai keluar. Kolostrom merupakan susu pertama ibu yang terbaik untuk bayi baru lahir. Warnanya yang kekuningan mempunyai 1001 khasiat yang bukan sahaja bagus untuk tumbesaran bayi tetapi penting untuk sistem perkumuhan bayi yang terdiri daripada organ dalaman seperti buah pinggang, hati dan usus.
  4. Pada bulan-bulan terakhir, cairan vagina semakin banyak dan lebih kental. Rasa bimbang dan tertanya-tanya tentang apakah yang akan terjadi semasa proses kelahiran akan semakin kerap datang. Pada waktu ini, sokongan emosi daripada suami dan keluarga terdekat amat penting.


PROSES KELAHIRAN
~~~~~~~~~~~~~~~~

Ketahuilah bahawa proses kelahiran terbahagi kepada 3 tahap :

Proses Kelahiran Normal


[Tahap pertama]

★ Rasa sakit ketika saat kelahiran  hampir tiba akan berlarutan di antara 10 hingga 14 jam.

★ Serviks akan terbuka selebar 10cm. Ketika serviks meregang, vagina akan melengkung bagi memudahkan bayi keluar.

★ Setelah serviks terbuka sepenuhnya, air ketuban akan pecah. Tetapi, kebanyakan situasi pada masa kini, apabila bukaan sedah mencecah 4cm, doktor akan pecahkan air ketuban (jika belum pecah) bagi mempercepatkan proses pembukaan serviks.

★ Ibu-ibu dinasihatkan jangan sesekali meneran selagi bukaan belum mencecah 10cm bagi mengelakkan otot di bahagian serviks menjadi stress dan menyebabkan bengkak.

★ Atasi rasa kesakitan dengan teknik pernafasan yang betul iaitu tarik nafas melalui hidung dan lepaskan melalui mulut dengan panjang. Posisi ibu juga mestilah selesa supaya ibu tidak keletihan apabila tiba waktu kelahiran yang sebenar. Ini penting bagi mewujudkan suasana kelahiran yang alami atau semulajadi.

★ Ibu digalakkan membuang air besar pada waktu ini untuk mengelakkan najis keluar terlalu banyak ketika proses kelahiran.

★ Nur amalkan minum ESP + PERFORMANCE DRINK pada waktu ini untuk bekalan tenaga dan mengelakkan dehidrasi.

[Tahap kedua]

★ Bayi akan mula keluar.

★ Kontraksi akan mula dirasai setiap 2 hingga 2 setengah minit.

★ Setiap kali berlakunya kontraksi, bekalan oksigen kepada bayi akan berkurangan. Jika kontraksi berlaku terlalu lama, bayi akan berada dalam keadaan yang bahaya. Teknik pernafasan yang betul sangat penting dipraktikkan oleh ibu pada waktu ini.

★ Jika bayi masih belum keluar dalm tempoh yang telah ditetapkan oleh doktor, pembedahan terpaksa dilakukan.

[Tahap ketiga]


★ Ketika bayi dilahirkan, plasenta (uri) akan terpisah dari dinding rahim akibat kontraksi uterus (rahim). Plasenta akan keluar melalui serviks dengan sendirinya jika melalui kelahiran normal.

★ Suntikan mungkin akan diberikan pada saat terakhir kelahiran untuk membantu kontraksi uterus dan proses mengeluarkan plasenta. Selain itu, suntikan tersebut mampu mengurangkan kadar kehilangan darah ibu.

★ Selepas proses kelahiran yang sempurna berlaku, ibu perlu minum dan makan sedikit supaya masalah kelesuan ibu dapat diatasi. Kerana, ibu perlu menyusukan bayi pula dalam tempoh sejam selepas kelahiran..

Jadi, kepada bakal-bakal ibu, semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat dan panduan buat anda semua.. Dan, jangan lupa share artikel ini supaya dapat menjadi panduan kepada ibu-ibu diluar sana..

Untuk maklumat mengenai keperluan ibu hamil boleh baca di sini -->> KEPERLUAN IBU SEPANJANG KEHAMILAN

Terima kasih..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE