Translate

Selasa, 10 Februari 2015

ASMA / ATHMA KETIKA HAMIL


"Asma / athma yang dialami sewaktu hamil boleh menjadi kronik jika tidak dikawal. Lebih teruk lagi, apabila ia boleh meninggalkan kesan buruk kepada kandungan."


Nur tidak pernah mengalami masalah asma ketika hamil. Tetapi, info ini Nur dapat daripada majalah koleksi Pa & Ma. Tergerak hati nak kongsi dengan pembaca sebab, ramai sangat kawan-kawan yang Nur kenal diserang asma yang agak teruk ketika hamil. Mana tahu, info yang tidak seberapa ini dapat menjadi rujukan ibu-ibu diluar sana kan.. Semoga bermanfaat.. (^_^) 



Asma akan memberi kesan kepada 1 - 4% wanita mengandung. Secara umumnya, lebih kurang 1/3 wanita yang ada asma merasakan asmayang dihidapi menjadi semakin baik ketika hamil, kira-kira 1/3 lagi menjadi semakin teruk manakala 1/3 selebihnya tidak mengalami sebarang perubahan.

Maklumat menarik untuk diketahui ialah, asma biasanya menjadi semakin teruk di antara trimester ke2 dan ke3. Kemudian biasanya menjadi bertambah baik beberapa minggu sebelum melahirkan.

Oleh kerana itu, wanita yang sememangnya menghidap asma perlu mengawal asma terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk hamil. ini dikhuatiri akan menimbulkan masalah jika asma menjadi lebih teruk apabila disahkan mengandung. Masalah ini biasanya berlaku disebabkan oleh sikap wanita itu sendiri yang takut untuk mengambil sebarang jenis ubat asma sepanjang kehamilannya. Alasannya, mereka bimbang akan memudaratkan bayi dalam kandungan.

Tanpa disedari, sikap begini sebenarnya menambahkan lagi masalah yang sedia ada. Diingatkan! Sekiranya mana-mana wanita hamil menghentikan pengambilan ubat tanpa nasihat doktor sewaktu hamil, ia lebih memudaratkan berbanding jika mereka mengambil ubat!



Perlu diketahui bahawa, asma ialah sejenis penyakit paru-paru yang kronik. Ia akan sentiasa ada. Yang membezakannya cuma tahap teruk ataupun sebaliknya. Asma akan jadi kronik jika paru-paru wanita terbabit terlebih respon terhadap apa-apa jenis peransang seperti habuk, debunga, bulu binatang, asap, hama dan lain-lain lagi. Masalah ini dikenali sebagai hyper responsiveness

Fakta menarik yang perlu diketahu ialah, 
anak yang lahir daripada ibu yang mengalami masalah asma berkemungkinannya untuk turut menghidap penyakit yang sama. Peratusannya ialah 6-30%.


Tetapi, ada juga anak-anak yang lahir daripada ibu yang tidak bermasalah mengalami masalah asma selepas kelahirannya. Antara kesan pada kandungan yang berkemungkinan dialami jika asma tidak dikawal ketika hamil ialah : 
  • ibu berisiko untuk mengalami tekanan darah tinggi
  • sekaligus mendorong kelahiran pra matang
  • meningkatkan risiko pendarahan ketika hamil
  • proses bersalin menjadi kurang lancar
  • tumbesaran fizikal bayi boleh terbantut akibat oksigen yang sepatutnya diperolehi oleh bayi tidak mencukupi.
  • kadang kala, ia juga boleh menjadi punca kematian bayi dalam kandungan


Walau bagaimanapun, ibu-ibu yang sememangnya adalah pesakit asma daripada sebelum hamil lagi, tetap masih brpeluang untuk hamil. Jangan jadikan penyakit yang dihidapi sebagai alasan untuk kita menahan diri daripada menikmati setiap saat kehamilan pula. Berikut merupakan antara nasihat untuk pesakit asma yang ingin hamil.
http://ibu-ayah-comel.blogspot.com/2013/02/keperluan-ibu-hamil-mengandung.html

1. KAUNSELING SEBELUM HAMIL 

Sebaik-baiknya, wanita yang menghidap asma digalakkan menjalani kaunseling bagi mengurus asma sebelum mengambil keputusan untuk mengandung. Ini sedikit sebanyak akan meminimumkan risiko yang mungkin berlaku ketika hamil. Ibu-ibu juga digalakkan untuk banyak membaca mengenai info yang berkaitan.

2. UKUR TAHAP ASMA ANDA 

Bagi memastikan status asma terkawal, anda boleh meminta doktor mengukur tahap keseriusannya. Hal ini dapat dilakukan melalui peak expiratory flow rate (PEFR). Ia memerlukan anda menghembus nafas sedalam yang mungkin ke dalam tiub yang disediakan. Kemudian, tahap asma anda dapat diketahui dengan melihat bacaan ketika hembusan dibuat. Untuk pengetahuan tambahan, pesakit asma tidak boleh menghembus dengan baik.

3. TEKNIK GUNA INHALER 

Inhaler memang sinonim dengan pesakit asma. Malah, penggunaannya dengan teknik yang betul dapat mengurangkan risiko yang mungkin berlaku. Perlu anda tahu, inhaler adalah lebih selamat daripada penggunaan ubat yang berkimia dan sintetik jika anda menghidap asma sewaktu mengandung. Oleh kerana itulah, anda perlu tahu menggunakan inhaler dengan betul. Hal ini perlu dipelajari sejak sebelum hamil lagi. Dalam pada itu, terdapat 2 jenis inhaler.
  • berfungsi untuk membesarkan ruang paru-paru
  • steroid (bagi yang mengalami masalah asma yang teruk)
4. AMBIL UBAT ATAUPUN AMALKAN SUPPLIMEN SEMULAJADI

Secara umumnya, ubat-ubat asma adalah selamat digunakan semasa mengandung termasuklah ubat steroid. Pengambilannya tidak mendatangkan masalah kerana penggunaanya hanyalah untuk jangka masa pendek. Elakkan daripada mengambil apa jenis steroid pun untuk jangka masa panjang sewaktu hamil. Ubat yag tidak boleh diambil ialah prostaglandin F2 alpha dan ergometrine (ubat untuk kecutkan rahim). Ini kerana, penggunaanya boleh menyebabkan paru-paru mengecut. 

Antara supplimen yang digalakkan pengambilannya bagi penghidap asma sewaktu hamil adalah Omega Guard Shaklee dan supplimen-supplimen lain yang bersesuaian untuk ibu hamil. Pengambilan Omega sewaktu hamil boleh mengurangkan risiko alahan kepada bayi di dalam kandungan. Selain daipada itu, ia sangat membantu bagi menstabilkan masalah asma bagi penghidap asma ketika hamil. Pengambilannya harus bermula selepas melepasi tahap trimester pertama.


Menurut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pakar di John Hospital, The detroit Medicine Centre, amalan makan makanan yang mempunyai sumber Omega sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu dapat mengurangkan risiko bayi mendapat ekzema. Oleh itu, doktor sangat menggalakkan ibu hamil mengamalkan diet seimbang yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan mengelakkan pengambilan kekacang bagi mengurangkan risiko alergik dalam kalangan bayi. 

5. MAKLUMKAN KEPADA DOKTOR 

Sebelum bersalin, anda perlu maklumkan kepada doktor bahawa anda adalah pesakit asma. Ini kerana, kadangkala, stress boleh menimbulkan asma. Jika berlaku asma, doktor akan menggunakan gas nebulizer yang dicampur dengan ubat untuk menolak ubat masuk ke paru-paru bagi meredakan asma.



Menurut kajian mereka juga, ibu hamil yang mengamalkan makan sebiji buah epal setiap hari telah membantu melindungi bayinya daripada risiko dijangkiti asma dan alergik apabila dilahirkan.

Kajian tersebut juga mendapati wanita hmil yang makan epal setiap hari sepanjang kehamilan dapat menurunkan risiko terkena masalah alergik pada bayi mereka sebanyak 37% dan risiko bayi dijangkiti asma juga dapat dikurangkan sebanyak 46%.

Ini kerapa buah epal mengandungi kandungan flavonoid yang tinggi serta anti oksida yang lain. Jadi, ibu hamil majib menjadikan buah epal menu wajib dalam diet harian anda bermula hari ini. Dan, itu jugalah yang Nur amalkan semasa hamil. 


Untuk keperluan nutrisi ibu ketika hamil boleh baca di sini --->>>  http://ibu-ayah-comel.blogspot.com/2013/02/keperluan-ibu-hamil-mengandung.html






***********************************


 

2 ulasan:

ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE