Translate

Isnin, 11 Ogos 2014

VITAMIN C SHAKLEE BAHAYA???!!!!!! AWASSSS...

THROW BACK...
•°•°•°•°•°•°•°•°•

Alhamdulillah..
Bulan lepas, bulan Nur jaga orang sakit.. Daripada En.Suami sampailah ke anak. Semua diserang demam denggi serentak. Ujian Ramadhan..

Nur jaga Safwan di Wad Pediatrik, Hospital Klang selama 10 hari dalam masa yang sama ulang alik melawat En.Suami di wad lelaki Hospital Klang juga. Dalam waktu kejadian, Nur terpaksa bawa skali baby Syaurah ke mana sahaja Nur pergi sebab baby Syaurah fully breastfeeding + lansung tak mahu botol + lansung tak nak ngan org lain.. Maka, ku gagahkan jua.. Nasib baik ada baby carrier hadiah daripada K.Syafariza. Terima kasih kak.. Hanya Allah yg dpt membalas jasa baik kalian.. Ringanlah rasa sikit bebanan 8kg yg perlu di bawa ke hulu hilir.. 

Alhamdulillah, dalam masa yg sama, syukur sangat kerana ditemukan dengan doktor2 & nurse2 sgt bertimbang rasa & baik hati.. 

Doktor2 yg dtg check Safwan semua meluahkan kerisauan. Bukan risaukan Safwan tapi, risaukan Syaurah. Risau Syaurah terkena jangkitan bakteria yg ada dlm wad. Maklumlah, dah nama hospital kan.. Macam2 kuman ada.. Masa tu pulak Syaurah baru 7 bulan. Bayi berusia 12 bulan ke bawah mempunyai daya tahan penyakit yg rendah, kata doktor.. ku senyumkan aja...

Hari ke 5 di wad.. Syaurah diserang selsema + badan mula suam2 suku.. Kiranya, time tu adalah kali ke 2 Syaurah diserang selsema sejak dia lahir.. Asyik merengek jer dia sebab tak selesa hidung. Kita yg tua pun teruk rasa kalau air hidung meleleh jer kan.. Start drpd tu, dia lebih kerap tido drpd main mcm biasa.. Hati ibu manalh yg tak risau tengok anaknya kurang sihat kan..

Nur mula makan double vitamin C sebelah pagi.. Masa tu, tak bawa nutriferon ke hospital.. hanya ada ESP + VITA C + ALFALFA jer yg sempat dicapai.. so, ikhtiar sepenuhnya dengan Vitamin C semata mata.. Berlarutan sampai ke sebelah petangnya, selsema Syaurah masih belum surut + suhu badan dh naik jadi 38'c.. Lepas berbuka, telan lg double vitamin C.. Selepas 6 jam, kira2 tgh9 malam, telan lg double vitamin C..

 

Alhamdulillah, dgn izin Allah, bangun pagi keesokkan harinya, selsema Syaurah kering sepenuhnya & suhu badan kembali normal.. syukur sangat2 sebab dalam masa sehari, masalah selsema Syaurah dh recover sepenuhnya.. 


Kenapa Nur makan banyak Vitamin C dalam sehari?
Tak bahaya ker?
•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•

Untuk pengetahuan kalian, keperluan minimum Vitamin C bagi individu dewasa menurut RDA adalah 60-100mg/4 jam sehari.

"The RDA (U. S. government Recommended Daily Allowance) is the nutritional equivalent of the minimum wage."
- Dr. Joel Evans ;The Center for Women's Health

Antara fakta tentang Vitamin C, apabila seseorang berada dalam keadaan stress, kurang sihat atau tertekan vitamin c dalam badan akan digunakan lebih banyak dan ia akan habis lebih cepat.

Kadar penyerapan Vitamin C akan berkurangan bagi individu yang merokok, tertekan, demam panas, menggunakan antibiotik, terhidu DDT atau wap dari petrol dan dengan pengambilan aspirin atau ubat tahan sakit. Pengambilan air baking soda bagi individu yang mengalami masalah pencernaan akan menyebabkan medium dalam perut menjadi beralkali, yang mana akan memusnahkan Vitamin C.

Terdapat banyak pendapat mengenai jumlah sebenar Vitamin C yang diperlukan oleh seorang individu setiap hari. Ianya antara 250mg hingga 10gram setiap hari. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbezaan berat, jenis aktiviti, kadar metabolisme, penyakit yang dihidapi dan juga umur. Tekanan dan perubahan emosi seperti rasa cemas, kecederaan, pembedahan, melecur atau keletihan akan menyebabkan keperluan vitamin seseorang bertambah.

Vitamin C biasanya tidak memberikan simptom keracunan apabila diambil pada jumlah yang banyak kerana tubuh kita akan menghapuskan vitamin c yang tidak digunakan melalui air kencing atau peluh. Bagaimana pun, terdapat juga kesan sampingan pada sesetengah individu sekiranya diambil pada dos yang tinggi pada satu-satu masa. 

Antara simptom yang dialami adalah seperti rasa pedih ketika kencing, berak cirit, kentut dan/atau ruam pada kulit. Apabila salah satu simptom ini berlaku, seseorang itu perlu mengurangkan dos yang diambil. 

Bagi penyerapan yang lebih baik, Vitamin C perlu diambil selepas makan.

Terdapat juga kes individu yang mempunyai penyakit genetik luarbiasa yang mengalami pembentukan batu karang apabila Vitamin C dalam jumlah yang besar diambil. Individu ini perlu mengurangkan pengambilan Vitamin C mereka.

Untuk dos vitamin C yg dibenarkan, boleh baca ulasan daripada Dr. ZUBAIDI di link ini.. ------> http://drzubaidi.com/blog/dos-vitamin-c-yang-dibenarkan-2/

Jadi, dalam situasi Nur ni, tidaklah menjadi bahaya jika makan Vitamin C melebihi dos tapi, bukanlah dlm jangka masa yg panjang.. Hanya makan lebih pada waktu2 yg tertentu sahaja.. Vitamin C bukan ubat utk elak selsema ataupun demam tetapi, vitamin C mampu mengurangkan simptom selsema sekaligus mengelakkan situasi menjadi lebih mudarat..

Dan, yg lebih buat Nur yakin utk telan Vitamin C melebihi dos ni adalah kerana Vitamin C yg Nur makan adalah Vitamin C semulajadi daripada Shaklee.. 


 

PERBEZAAN VITAMIN C SHAKLEE
•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•
Bezanya & istimewanya Vitamin C Shaklee ni, ia telah direka dalam bentuk "Sains pembebasan berterusan secara semulajadi". Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500 mg) & pembebasan 1.5 Vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita berlaku setiap jam. 

Ujian klinikal membuktikan vitamin C di dalam 2 tablet (di dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengadungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah). 

Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C di dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria & radikal bebas.


 

PENGALAMAN NUR SELEPAS KONSISTEN VITAMIN C SHAKLEE
•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•

Otot2 baby Syaurah lebih pejal
~ vitamin C meransang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka & tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu memperbaiki masalah kedutan & menghalang otot menjadi lembik.

Gusi berdarah tiada lagi
~ vitamin C mampu memperbaiki simptom pendarahan. Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam kulit, pemulihan kecederaan yg lambat, kulit kering, ruam & kulit kasar.

Meningkatkan sistem imun
~ walaupun Nur tak tentu makan, tidur & rehat sewaktu di hospital, Alhamdulillah kesihatan Nur tetap dalam keadaan baik. Sekaligus manfaatnya disalurkan kepada Syaurah yg sepenuhnya minum susu ibu.

Mencantikkan kulit
~ sebelum ni, Nur mengalami masalah jerawat yg teruk. Tetapi, dengan pengambilan Vitamin C setiap hari, jerawat pun dah segan silu nak tumbuh. Vitamin C ni juga membantu melambatkan penuaan & menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

Kurang stress
~ bila baca2 balik baru tahu, vitamin c ni boleh memperbaiki insomnia. Insomnia ni salah satu jenis stress yg berkaitan dengan mental seperti keresahan.


Alhamdulillah, setiap yg berlaku dengan izin Allah juga.. Kalau kita makan apa sekalipun, jika tiada izin Allah, tak jadi juga kan. Tapi, kita dituntut untuk berusaha & berikhtiar mencari kebaikan. Jadi, inilah sebahagian daripada usaha & ikhtiar Nur. Syukur Allah perkenankan..

Mencegah lebih baik daripada merawat kan...

Sekarang, Safwan, En.Suami, Syaurah sudah dikembalikan nikmat sihat.. Alhamdulillah.. mestilah kene sihat kan.. kalau tak, tak boleh raya... Tapi, kebebasan beraya tetap dihadkan kerana sistem imun badan harus dibina semula supaya lebih baik drpd sebelumnya..

Di kesempatan ini, Nur nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin untuk semua.. makan rumah terbuka tu berpada2 ya.. Nak control makan mungkin susah kan. 

Tapi, kita boleh control sistem dalaman badan kita dengan pengambilan supplimen.. 


Dapatkan vitamin Shaklee daripada Nur!!
# Shaklee Puchong   # Shaklee Setia Alam   # Shaklee Shah Alam


************************************************

0 comments:

Catat Ulasan

ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE