CADANGAN VITAMIN SELEPAS BERSALIN

Selepas melahirkan, ibu-ibu memerlukan nutrisi yang lengkap dengan kadar segera untuk mempercepatkan proses pemulihan rahim yang 'luka' dan membekalkan tenaga yang secukupnya kepada ibu. Jika tidak, ibu kurang mampu menyusukan bayi dengan sendirinya dan risiko meroyan berlaku kepada ibu menjadi lebih tinggi.

CADANGAN VITAMIN UNTUK IBU MENYUSU

Fungsinya bukan sahaja bertindak sebagai ‘milk booster’ atau penggalak susu semata mata iaitu alfalfa malah ianya lebih bersifat serampang dua mata, melibatkan semua khasiat yang diperlukan oleh ibu menyusu seperti vitalea, B Complex dan Vitamin C. Ini semua adalah zat-zat yang diperlukan oleh tubuh bukan sahaja untuk menyusu anak tetapi untuk diri lebih sihat, cergas, cantik dan kekal bertenaga sepanjang hari.

CADANGAN VITAMIN SEMASA KEHAMILAN

Waktu hamil merupakan waktu kritikal seseorang wanita memerlukan makanan tambahan. Ini kerana, keperluan ibu tetap perlu dipenuhi disamping keperluan bayi di dalam kandungan. Kekurangan nutrisi dalam badan ibu hamil akan menyebabkan bayi menyerap apa yang diperlukan untuk tumbesarannya daripada badan ibu. Akibatnya, ibu akan mengalami pelbagai simptom kehamilan yang menimbulkan ketidakselesaan.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Translate

Khamis, 31 Oktober 2013

PERBEZAAN : UBAT VS SUPPLEMEN A.K.A VITAMIN

PERBEZAAN ANTARA UBAT DENGAN SUPPLEMENT 
Entry ini Nur kongsikan daripada group Jutawan Shaklee kami.. Semoga bermanfaat untuk semua.. Jangan silap buat pilihan demi insan-insan yang tersayang..
 Medicine ( Ubat )

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

Supplement ( Vitamin )
1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

RINGKASANNYA...

Ubat di ambil ketika kita sakit sahaja...

Supplement boleh diambil bila-bila masa... dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement...

Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat....

Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yg digunakan untuk melawan segala penyakit....

MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA......
 
With Love & Care, Nur Yang Hebat!!
 

Nur kembali setelah 6 bulan menyepi..

Alhamdulillah..

31 Oktober 2013 merupakan tarikh yang amat istimewa untuk Nur. Setelah 6 bulan meninggalkan aktiviti blogging, hari ini, Nur kembali lagi untuk berkongsi sesuatu, memberi sesuatu, yang mudah mudahan akan memberi manfaat kepada orang lain.. 

Hari ini juga closing bulan Oktober 2013 bagi Nur & seluruh ahli S4H.. sangat2 teruja dengan kenaikan yg konsisten oleh salah seorang ahli S4H.. Syukur Alhamdulillah.. Semoga kami terus konsisten dalam mendaki puncak perniagaan Shaklee.. Ameen..

SELAMAT MEMBACA, SELAMAT MEMBERI KOMEN JUGA!!


Selasa, 23 April 2013

NOTIS UNTUK PENGASUH ANAK ANDA ~ CARA PENGENDALIAN SUSU IBU BUAT BABY SYAFIQ

Notis ini Nur buat untuk diserahkan kepada pengasuh anak. Sebelum bagi pada pengasuh laminated siap-siap & hadiahkan fridge magnet skali pada pengasuh minta dia letakkan notis tersebut di pintu peti sejuk. Tapi, ibu-ibu tetap wajib pesan dan ajar pengasuh cara-cara pengendalian susu ibu secara manual. Supaya tidak tersalah faham. Semoga bermanfaat.. 



PENGENDALIAN SUSU IBU BABY SYAFIQ

  1. Keluarkan botol susu dari beg susu dan simpan susu ibu di dalam peti sejuk di bahagian sejuk tingkat paling atas BUKAN bahagian beku.
  2. Ambil botol susu mengikut turutan nombor 1, 2, 3, 4, 5, 6.
  3. Panaskan di dalam bekas yang mengandungi AIR SEDANG2 PANAS (campuran air panas & air sejuk). Biarkan seketika. Ataupun panaskan susu dengan menggunakan pemanas  susu dengan suhu maksimum 40 darjah celcius
  4. Periksa suhu susu di atas tangan BUKAN tapak tangan. JANGAN GONCANG BOTOL SUSU, goyang-goyang manja sahaja untuk menjaga komposisi dan khasiat susu ibu.
  5. Tuangkan susu ke dalam botol susu untuk menyusu (BOTOL MAM).
  6. Lapik kain lampin dibawah dagu Syafiq untuk elakkan ruam susu terbentuk di tengkuk jika tertumpah / menitik.
  7. Baca Bismillah.
  8. Pegang botol susu semasa susu diberikan. Jangan menyusukan baby Syafiq di dalam buaian untuk elakkan tersedak susu.
  9. Setelah selesai, BURP Syafiq (sendawakan) dengan cara tepuk perlahan belakang badan Syafiq. (wajib supaya Syafiq kurang muntah / muak susu semasa penyusuan yg seterusnya nanti dan membuang angin) 
  10. Bilas botol susu dan cuci puting. Bilas botol susu untuk menyusu (BOTOL MAM) dengan air panas sebelum penyusuan seterusnya.


Susu yang tidak habis di minum boleh disimpan dan perlu dihabiskan dalam masa 1 jam. Buang setelah tamat 1 jam. Susu yang telah dipanaskan tetapi belum diminum tahan dalam masa 2 jam & susu yang telah dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti ais kembali.
Jangan beri air masak kepada bayi yang minum susu ibu sepenuhnya.


TIDAK BOLEH:
TIDAK BOLEH panaskan susu perahan terus di atas api dapur.
TIDAK BOLEH panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave oven).
TIDAK BOLEH didihkan susu perahan.


Sebab & alasan: susu akan menjadi terlalu panas dan boleh mencederakan bayi, komposisi nutrien & zat-zat penting dalam susu ibu juga akan termusnah oleh kepanasan melampau atau panas yang lebih daripada 40 darjah celcius kerana susu ibu adalah sel hidup. Sekiranya ada apa-apa soalan sila telefon/sms 017-2720564 (NUR).

Terima kasih banyak-banyak naa..

Happy Breastfeeding!! 



CONTOH GAMBAR BEG SUSU :-
Untuk bawa ke pejabat Nur guna cooler beg Mom's Little Ones. Untuk bekalan ke pengasuh Nur guna cooler beg Jingle Jungle. Alhamdulillah sangat membantu menyejukkan susu sekurang-kurangnya sehingga sampai ke rumah pengasuh. Sebab susu ibu kene pastikan sentiasa dalam keadaan sejuk yer mommies2.. :)


   

CONTOH GAMBAR BOTOL UNTUK MENYUSU :-
Nur suka botol MAM sebab ini botol anti-colic / anti kembung dan amat sesuai dengan anak Nur. Setiap anak lain-lain caranya. Jadi, adalah penting untuk kita try & error. Fahami anak anda sebaiknya. In Shaa Allah semoga dipermudahkan segalanya...
  


Sabtu, 20 April 2013

PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)

PENGENDALIAN SUSU IBU PERAHAN (EBM)

 

  •  Pastikan susu ibu yang diperah sentiasa dalam keadaan sejuk. Pilih beg atau bekas penyejuk yang mampu bertahan 8-12 jam setiap hari.
  • Beg penyejuk yang bagus mempunyai penebat haba yang baik.
  • Pastikan bongkah ais sentiasa dibekukan pada malam hari.
  • Anda boleh campurkan hasil perahan beberapa sesi dengan syarat suhunya sama dan ia mestilah dalam tepoh 24 jam.
  • Lebih kerap breast dikosongkan, lebih banyak susu baru akan dihasilkan.
  • Amalkan tendem pumping untuk menjimatkan masa mengepam sekaligus mampu meningkatkan penghasilan susu.
  • Minum air secukupnya. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  • Stress adalah penyebab utama susu merosot.
  • Bekalkan susu perahan (EBM) yang telah dicairkan kepada pengasuh untuk memudahkan dan menjimatkan masa proses pemanasan.
  • Kerapkan penyusuan kerana kebiasaannya bayi yang mudah kembung adalah kerana kurang menyusu.
  • Pastikan bayi menyusu disebelah payudara sahaja sehingga kenyang supaya bayi dapat khasiat susu ibu sepenuhnya iaitu 'HIND MILK' dan 'FOREMILK' secukupnya.
  • berat bayi yang sihat adalah bergantung kepada banyaknya susu akhir atau hind milk yang diambil oleh bayi.
  • supplemen bukan penentu banyaknya susu anda tetapi supplemen membantu menghasilkan susu yang lebih berkhasiat dan memberikan kesihatan sempurna kepada ibu bagi menghasilkan susu yang banyak dan secukupnya untuk bayi.
  • Jangan MALAS mengepam. Makin MALAS anda mengepam, makin kuranglah payudara anda diransang untuk menghasilkan susu.
  • Senyum selalu.. 


WITH LOVE, NUR..

MIGHTY 3 GEM ~ SUMBER TENAGA LENGKAP HARIAN ANDA

MIGHTY 3 GEM SET DARIPADA SHAKLEE 



klik link di bawah untuk pembelian MIGHTY 3 GEM SET secara online


Anda susah nak makan pil? Sukar nak telan pil untuk memenuhi keperluan nutiren harian dalam badan? Jawapan Nur, amalkan Set Mighty 3 Gem di dalam sarapan dan minum petang anda untuk membekalkan tenaga yang maksimum secara sihat disamping memenuhi keperluan nutrien lengkap di dalam badan anda. Sarapan yang lengkap, sempurna dan berkhasiat sangat penting bagi memberikan hari yang lebih ceria, kekal bertenaga dan sentiasa bersemangat!


1) ESP ~ Energizing Soy Protein
  • Pembekal tenaga segera yg terdiri daripada protein ringkas dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan
  • Meransang pembentukan semula kulit dan otot kerana protein adalah makanan utama bagi kulit dan otot kita
  • Terdiri daripada asid amino bagi membina otot, kulit, rambut, darah, organ dan ia adalah kunci kepada awet muda
  • Meransang semula pembentukan kulit dan ini dapat mengurangkan kedutan, mengurangkan kesan parut dan mempercepatkan penyembuhan luka

2) MEALSHAKE 
  • Nutrisi lengkap yg mudah diserap untuk bekalan kepada tubuh
  • Menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu untuk badan
  • Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium
  • Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan
  • Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup yang mampu mengembalikan seri wajah
  • Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus

 3) PERFORMANCE DRINK 
  • Meningkatkan Daya Ketahanan Badan
  • Menggantikan air yang hilang sewaktu latihan fizikal dan memanjangkan waktu latihan tanpa mencederalkan tubuh
  • Membekal Tenaga & daya Ketahanan Fizikal
  • Mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolism air dalam tubuh
  • Mengandungi potassium, kalsium, sodium, phosphorus, magnesium dan chloride yang dirumus untuk membekalkan tenaga fizikal terutamanya mereka yang menetap di kawasan tropika dan mereka yang aktif dalam kerja harian
  • Mencegah Penyahhidratan yang mampu mengurangkan kehausan, mencegah penyahidratan, melembapkan kulit dan kelihatan muda
  • Mengekalkan paras gula sihat dalam darah yang penting bagi tenaga otot.
  • Mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan yang sering dialami oleh ibu hamil dan ibu menyusukan anak dengan susu ibu. 
  • Percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot.

klik link di bawah untuk pembelian MIGHTY 3 GEM SET secara online

Siapa yg memerlukan?
  • sahur yang sihat dan sempurna bagi mereka yang ingin berpuasa
  • para atlet dan ahli sukan seperti suami saya
  • sebelum dan selepas pembedahan
  • mereka yang kerap letih dan mengantuk
  • mereka yang sedang mengalami cirit-birit
  • mereka yang sering tidur lewat malam 
  • ibu-ibu hamil dan menyusu yang ingin berpuasa
  • mereka yang kurangs selera makan
  • sarapan yang sihat buat mereka yang mengalami masalah berat badan
  • mereka yang ingin mengekalkan tahap kesihatan yang sihat

 
  

klik link di bawah untuk pembelian MIGHTY 3 GEM SET secara online

 
Pengedar Sah Shaklee Anda | Shaklee Independent Distributor 
# Shaklee Setia Alam
# Shaklee Shah Alam
# Shaklee Puchong

Hubungi Nur SMS/WASSAP/WECHAT 017-2027564 untuk dapatkan sarapan sihat anda dan lain-lain produk Shaklee!!


#####################################




Ahad, 17 Mac 2013

CEGAH OSTEOPOROSIS DENGAN OSTEMATRIX

APA ITU OSTEOPOROSIS

Osteoporosis adalah keadaan kemerosotan kepadatan normal tulang, menyebabkan tulang menjadi rapuh. Ia menyumbang kepada keadaan poros tulang dan menjadikan tulang seperti span dan rapuh dari dalam. Masalah yang berlaku pada tulang rangka ini melemahkannya dan menyebabkan risiko tulang retak atau patah semakin meningkat. Tulang normal mengandungi protein, kolagen dan kalsium yang menjadikannya kuat. Tulang yang mempunyai masalah osteoporosis pula boleh retak hanya disebabkan kecederaan ringan yang biasanya tidak boleh menyebabkan tulang patah. Keretakan boleh terjadi sama ada dalam bentuk retak (seperti pinggul retak) atau rekahan mampat pada tulang vertebra tulang belakang. Tulang belakang, pinggul dan pinggang adalah kawasan yang biasa mengalami retak tulang yang turut berkemungkinan berlaku pada tulang rangka lain.
 

Dianggarkan satu daripada tiga wanita dan satu daripada 12 lelaki berumur melebihi 50 tahun kini menderita akibat osteoporosis di seluruh dunia. Kos bagi rawatan osteoporosis seluruh dunia untuk semua peringkat umur pula dijangka meningkat kepada AS$131.5 bilion (RM432.4 bilion) menjelang 2050. Selain itu, insiden keretakan pinggul di seluruh dunia dijangka meningkat sebanyak 240 peratus bagi wanita dan 310 peratus bagi lelaki menjelang 2050. Di Malaysia, 51.8% wanita tinggal di bandar pada usia menopaus atau putus haid didapati mengalami masalah kerapuhan tulang sederhana. Wanita asia dikatakan golongan utama sasaran Osteoporosis khususnya bagi individu mencapa tahap menopaus dan menjalani pembedahan membabitkan pembuangan ovari walaupun pada usia muda. 
- SUMBER HARIAN METRO



Kesihatan tulang adalah salah satu daripada elemen penting untuk kesejahteraan hidup. Tanpa sokongan dan perlindungan daripada tulang, kita tidak mungkin dapat melakukan aktiviti-aktiviti fizikal walaupun aktiviti yang paling mudah. Kita hanya mempunyai satu set tulang untuk digunakan seumur hidup. Oleh sebab itu, kesihatan tulang yang baik adalah kunci kepada kehidupan yang sihat dan aktif. Kita perlu memberi perhatian untuk memastikan tulang-tulang kita mendapat khasiat pemakanan yang betul agar kita dapat terus melakukan aktiviti-aktiviti yang kita gemari. Seseorang itu akan mengalami satu tahap pertumbuhan tulang yang pesat, di mana tulang-tulang akan menjadi lebih besar, berat dan padat. Apabila seseorang itu mencecah pertengahan usia 20-an, dia akan mencapai satu titik ketumpatan dan kekuatan maksimum tulang yang dipanggil `puncak jisim tulang'. Ketika zaman kanak-kanak dan remajalah keperluan bagi pemakanan tulang yang secukupnya adalah amat penting.

Kita perlu memastikan bahawa tubuh kita menerima bekalan vitamin, mineral dan nutrien yang optimum bagi melengkapkan proses pembentukan semula tulang untuk mendapatkan jisim tulang yang maksimum. Sebahagian daripada nutrien-nutrien penting yang diperlukan untuk tulang yang sihat adalah protein, magnesium, zink, fosforus dan vitamin C. Walau bagaimanapun, terdapat tiga nutrien yang memainkan peranan tersendiri dan juga berfungsi secara sinergi dalam mengoptimumkan kesihatan tulang.

OSTEMATRIX SHAKLEE / KALSIUM MAGNESIUM
Ostematrix merupakan kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, Vitamin D, Zinc, Kuprum, Manganes dan Boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetangah mineral yang menjadi punca kepada masalah batu karang dan batu hempedu. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.
Zinc, Kuprum, Manganes dan Boron memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis. 
1 tablet Ostematrix menyamai kandungan 1 gelas susu tinggi kalsium dan juga menyamai dengan 80 biji badam. Antara lain-lain manfaat utama yang boleh diperolehi jika mengamalkan Ostematrix dalam sebagai pelengkap nutrien harian ialah :-
  1. Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi atau kekejangan, gusi berdarah dan meransang darah untuk memekat secara stabil.
  2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
  3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang selesa dan berkualiti, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam
  4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil secara lawas.
  5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan PH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan meransang detoksifikasi.
  6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.
  7. Mengandungi Vitamin D - Dinamakan sebagai Vitamin D pada 1961 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal.
Apa kegunaan Vitamin D??

Vitamin D, salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat sifat sebagai vitamin dan hormon, yang diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium dan phosphorus. Ia juga perlu untuk tumbesaran, ia penting terutamanya untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah daripada otot menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, meningkatkan imuniti, ia juga perlu untuk fungsi tairoid pembekuan darah yang normal.

OSTEMATRIX MILK BOOSTER UNTUK IBU MENYUSU
 

Rasanya semua sedia maklum yang Kalsium adalah komponen utama dalam susu ibu. Bila sebut tentang susu je, kita boleh relate dengan kalsium. Bukan susu lah namanya jika tiada unsur KALSIUM kan?
Untuk pengetahuan semua, Ostematrix juga merupakan salah satu milk booster.
Terutama ketika masa2 period, susu akan mula merudum. Ini lah masanya Ostematrix memainkan peranan penting. Kenapa? Kerana, Tubuh kita kehilangan banyak darah, jadi Kalsium akan membantu replenish darah yang hilang sebab memang salah satu fungsi kalsium adalah membantu penghasilan darah.

Ostematrix juga membantu mengatasi rasa lenguh- lenguh badan bagi ibu menyusu, kerana ia mengandungi kalsium yang padatkan tulang dengan kalsium.

Seperti semua sediamaklum, tubuh kita akan hasilkan susu menggunakan kalsium yang ada dalam badan. Bila jarang minum susu atau makan sayur segar, tubuh akan kekurangan kalsium, dan tubuh kita akan ambil kalsium dari tulang, gigi, etc. Sebab tu kalau anda perasan, ibu menyusu mudah rasa cepat letih, cepat sengal- sengal badan dan kerap sakit-sakit di bahagian belakang badan. Jadi, di sini lah Ostematrix memainkan peranan membantu kita..

Ostematrix mampu mengurangkan mabuk & alahan di awal kehamilan!
Ada kawan-kawan yang kata "Sejak mula pregnant nie lansung tak dapat nak telan semua vitamin Shaklee nie..Sebab makin kuat mabuk dan muntah bila makan".
Mungkin setiap org lain-lain pembawakannya tapi sekurang-kurangnya janganlah stop Ostematrix utk membekalkan keperluan Kalsium Magnesium yang sihat untuk keperluan diri sendiri dan baby..
Terdapat beberapa bentuk vitamin D , termasuk vitamin D2 (ergocaliciferol), yang datang dari sumber makanan; vitamin D3(cholecalciferol), yang disintesis dalam kulit kesan tindakbalas kepada dedahan cahaya ultraunggu matahari ; dan dalam bentuk tiruan dikenali sebagai vitamin D5. Daripada tiga bentuk vitamin D tersebut, vitamin D3 dianggap sebagai vitamin D dalam bentuk semulajadi dan lebih aktif.

Bagi ibu hamil, pengambilan kalsium amatlah di tekankan, kerana dapat mengelakkan risiko tumpah darah semasa bersalin, ia juga membantu blood clot dengan baik. 

 OSTEMATRIX MEMBANTU DALAM MELAWASKAN PEMBUANGAN NAJIS


OSTEMATRIX MENGATASI MASALAH ALAHAN DI AWAL KEHAMILAN
 

OSTEMATRIX MEMBANTU MENGATASI MASALAH TIDUR JUGA! 
MEMBERIKAN TIDUR YANG BERKUALITI DAN MEREHATKAN OTOT MATA SECARA BERKESAN!!



MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI.. AMALKAN OSTEMATRIX DI DALAM DIET HARIAN ANDA UNTUK MENIKMATI TULANG YANG SIHAT SEHINGGA HARI TUA ANDA.. 
PM FB NUR DI www.facebook.com/nurilaily
SMS/WASSAP NUR 0172720564 untuk maklumat lanjut.

SHARING WITH LOVE & CARE, NUR..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE