Translate

Ahad, 3 Ogos 2014

GLA COMPLEX KESUBURAN LOBAK MERAH a.k.a CARROT

Seperti yang semua sedia maklum, Bulan Ogos 2014 ni, bulan promo GLA Complex tapi tetiba update pasal carrot, kenapa pulak ni... Jangan terkejut, selain GLA, carrot pun bagus untuk kesuburan juga. Tapi, larat ker nak telan berkilo-kilo carrot sehari kan..

Tujuan asal search pasal carrot ni, nak buat puri carrot untuk anakanda Syaurah yang dah masuk 8 bulan usianya bulan ni.. Puri kentang + susu ibu dah buat tapi nampak gayanya, Syaurah tak berapa gemar. Jadi, inisiatif lain, ibu tukarkan kepada lobak merah pula..

Allah mudahkan jalan, tetiba terbaca entry pasal lobak merah a.k.a carrot ni dalam facebook daripada page Rahsia Perkahwinan. Cantik jer setiap yang telah Allah aturkan. Alhamdulillah.. (^_^).

 Banyak juga khasiat yg tersembunyi dalam lobak merah ni ya.. Bukan setakat untuk mata jer tau.. Jom baca...

■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□

PERBANYAKKAN MAKAN KAROT KERANA IANYA DAPAT MEMBANTU MEMPERBAIKI MASALAH HUBUNGAN SUAMI ISTERI & RABUN !


Karot adalah sejenis sayuran jenis ubi yang sangat berkhasiat untuk kesihatan kita. Mungkin ramai yang menyangka karot berasal dari negara barat, tapi sebenarnya ia berasal dari Asia.

Karot mempunyai nilai pemakanan dan perubatan yang sangat penting untuk kesihatan kita. Seperti semua orang tahu karot mengandungi beta kerotin (yang akan ditukar kepada vitamin A dalam badan kita) yang tinggi selain dari sebahagian besar serat dan karbohidrat terdapat juga sedikit protin, lemak, kalsium, zat besi, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6, vitamin C, vitamin K, biotin, potassium dan thiamine.

Di antara khasiat kesihatan daripada karot ialah:
  1. Karot sangat baik untuk sistem limfa dan perut kita.
  2. Memperbaiki masalah seksual, rabun malam dan batuk yang berpanjangan (tidak mahu sembuh dalam jangka masa yang lama).
  3. Menguatkan buah pinggang, mengeluarkan angin dan kesejukan berlebihan dari badan kita.
  4. Karot sangat terkenal dengan sifat anti kanser. Kajian menunjukan orang yang kekurangan beta kerotin 2 kali ganda lebih mudah mendapat penyakit kanser (barah). Adalah baik untuk makan karot setiap hari bagi mengelakkan kanser. Ini adalah kerana beta kerotin di dalam karot mudah ditukar kepada vitamin A untuk kegunaan badan kita. Vitamin A juga penting untuk pertumbuhan sel yang sihat, sistem imunisasi (sistem petahanan/kekebalan badan dari penyakit) dan perlindungan terhadap kemerosotan (degenerasi) maskular.
  5. Kajian juga mendapati karot yang mengandungi asid folik, kumpulan vitamin B, berkesan untuk melawan radikal bebas (bahan yang menyebabkan kanser) dalam badan kita.
  6. Lignin yang ditemui dalam karot juga membantu menguatkan sistem kekebalan tubuh kita untuk melawan sel-sel kanser.
  7. Karot juga mengandungi suksinat potash yang bersifat ubat anti hipertensi juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Oleh kerana itu, juga dianggap sebagai diet yang baik bagi pesakit tekanan darah tinggi.

Karot adalah bahan yang larut dalam lemak, zat-zatnya lebih senang diserap oleh badan dengan kehadiran minyak. Oleh itu, masukkan setitis minyak zaitun ke dalam segelas jus karot untuk penyerapan nutrisi yang lebih berkesan oleh tubuh kita. Lakukan ini demi kesihatan.

sumber : email

Kredit info : MAKANAN @ Rahsia Perkahwinan

■□■□■□■□■□■□■□■□■□


Dalam Shaklee, untuk penjagaan mata ada CAROTOMAX. Nur belum pernah cuba CAROTOMAX ni tapi, adalah ckit2 pengetahuan asas pasal carotomax ni..

♥ CAROTOMAX mengandungi 6 varieti karotena, diekstrak dari rangkaian sayuran & buahan yg kaya dengan sifat anti-oksidan. Pokok pangkalnya, semuanya berasaskan tumbuh tumbuhan semulajadilah. Antaranya :-
  • 》 rumpai laut
  • 》 tomato bukan GMO
  • 》 biji anggur
  • 》 pot marigold
  • 》 epal
  • 》 strawberi
  • 》 minyak sawit
  • 》 faba d'anta
  • 》 brokoli
  • 》 ubi kentang
  • 》 cantaloupe
  • 》 karot


♥ Ahli nutrisi mencadangkan pengambilan 5-9 hidangan sayuran & buahan untuk mengekalkan konsentrasi beta karotena di dalam darah, seterusnya memelihara kesihatan penglihatan, kesihatan kulit & mencegah kanser.

♥ Jadi, bukan sahaja untuk mata tapi, sangatlah bagus untuk kulit muka yg lebib berseri seri glowing gitu.. heheh..

Antara Manfaat Utama yg dok dalam buku nutrisi :
--------------------------------------------

LEBIH SELAMAT DARI VITAMIN A
  • Penemuan terawal vitamin adalah pada tahun 1912 iaitu Vitamin A.
  • Didapati juga pengambilan berlebihan Vitamin A akan menyebabkan toksisiti. 
  • TOKSISITI ialah
  • Walaubagaimanapun, ahli saintis menemui beta karotena pada tahun 1932, satu prekusor Vitamin A, dan beta karotena didapati selamat untuk pengambilan.

MEMPERTINGKATKAN PENGLIHATAN
  • Ia menghasilkan "ungu visual" yang membolehkan kita mengekalkan penglihatan di dalam gelap.
  • Ia mempertingkatkan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak, floaters, eye bags dan gegelung hitam di mata.
★ MEREDAKAN PENYAKIT KULIT
  • Pengambilan yang banyak akan melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque, kulit kering, kulit gugur, jerawat dan akne.
  • Penggunaan luaran untuk merawat masalah pustule, scabies, akne dan ulser kulit.
★ MELINDUNGI EPITHELIAL
  • Ia memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus, perut, paru-paru, bronkus, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu dan merawat ulser saluran usus.
★ MELAWAN KANSER DAN OKSIDASI
  • Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel-sel kanser.
  • Ini akan mengurangkan risiko kanser, terutama sekali kanser paru-paru dan payudara.
  • Ia juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.
★ MENGHALANG INFEKSI
  • Meransang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru seperti batuk, hepatitis, asthma, flu dan selsema.
★ MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN NORMAL DAN SIHAT
  • Meransang perkembangan kanak-kanak / remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi sihat, gusi dan sistem reproduksi.
  • Juga menggalakkan penghasilan sperma yang lebih sihat.

Jadi, pilihan ibu untuk bagi Syaurah makan puri lobak sangatlah tepat kan. Semoga Syaurah juga dapat menerimanya dengan gembira. Tak buat muka kelat lagi dah.. hehe.. Tapi, untuk ibu yang memang rabun ni, elok sangatlah amalkan CAROTOMAX kan. Khasiatnya juga dapat kat Syaurah yang minum susu ibu sepenuhnya. Alhamdulillah...

Jangan lupa, Bulan Ogos ni promo GLA.. Si isteri boleh amalkan GLA + Alfalfa untuk meningkatkan kesuburan bagi memudahkan proses persenyawaan. Si suami pulak bolehlah amalkan Zinc + Vitamin E atau Carotomax ni untuk sperma yang lebi aktif & sihat OK!!



Like page :
Ibu Nur Healthy Beauty
http://ibu-ayah-comel.blogspot.com
~♥



0 comments:

Catat Ulasan

ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE