Translate

Isnin, 27 Oktober 2014

Jadual Waktu Sistem BadanManusia!

Alhamdulillah...

Info asal Nur dapat daripada salah seorang customer tetap Nur daripada Johor.. Sudah 2 tahun beliau masih setia menerima perkhidmatan & khidmat nasihat daripada Nur.. Terima kasih K.Sabariah.. 

Semoga Allah bukakan pintu hati akak utk daftar ahli supaya akak dapat banyak lagi kebaikan dengan berkongsi kebaikan juga.. Ameen..

Dan, semoga info asal & tambahan yang diedit mengikut pengetahuan Nur ini juga dapat memberi manfaat kepada semua pembaca sebagai ikhtiar untuk menjaga kesihatan dengan lebih baik lagi..

Mencegah itu lebih baik daripada merawat.. (^_^)

★ Waktu Pagi
~~~~~~~~~~~~~

3:00 am – 5:00 am 

>>> Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertafakur.

>>> Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.

>>> pengambilan minyak ikan tulen seperti Omega Guard Shaklee secara konsisten juga mampu memperbaiki masalah paru-paru, jantung dan melancarkan aliran darah ke seluruh badan..

>>> pengambilan minyak ikan bukanlah hanya ketika kita sakit, tetapi sebaik baiknya ia diambil secara berterusan sejak dari lahir melalui susu ibu sehingga usia tua sebagai penjagaan kesihatan secara rutin.

5:00 am – 7:00 am


>>> Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.

>>> Masalah kekurangan kalsium dalam badan juga boleh menjadi salah satu punca sembelit.. Kalsium yang terbaik haruslah disertai dengan Vitamin D didalamnya supaya masalah lebihan kalsium di dalam badan yang boleh menyebabkan penyakit batu karang dapat di atasi.. Ostematrix lengkap dengan Kalsium Magnesium & Vitamin D.

7:00 am – 9:00 am


>>> Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini. Kiranya ini adalah waktu terbaik untuk kita bersarapan supaya kekal bertenaga sehingga ke petang.. 

>>> Kajian pakar perubatan juga mendapati, mereka yang mengambil sarapan pagi berkhasiat setiap hari secara konsisten boleh memanjangkan umur..

>>> pilihan terbaik Nur untuk sarapan pagi sejak 2 tahun yang lalu adalah gabungan ESP & MEAL SHAKE pelbagai variasi resepi.. sedap, sihat & menyegarkan!


9:00 am – 11:00 am


>>> Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.


Waktu Tengahari
~~~~~~~~~~~~~~~~~~



11:00 am – 1:00 pm

>>> Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan.

>>> Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.

>>> Teringat juga peristiwa yang menimpa pakcik Nur.. Seorang guru yang bergantung dengan ubat darah tinggi sepenuhnya di usia 30-an. Akibat 'terlupa' makan ubat di sebelah paginya, pakcik Nur diserang strok tepat jam 12.30 tengahari di sekolah.. Kuasa Allah yang Maha Penyayang.. Mujurlah beliau tidak jatuh dan sempat berpaut pada sesuatu.. Kini, Alhamdulillah.. Dengan ikhtiar Vivix, minyak ikan Omega Guard, supplimen kesihatan lain dan ubat doktor beliau semakin pulih dari hari ke hari..


★ Petang
~~~~~~~~~

1:00 pm – 3:00 pm


>>> Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur. Makan tengahari juga tidak semestinya makanan berat. Yang penting kita tahu nilai kalori yang kita ambil setiap hari.

>>> Pengetahuan asas tentang nilai kalori dalam pemakanan harus dititikberatkan dari awal lagi jika tidak mahu menyesal di kemudian hari. Kerana, orang kurus tidak semestinya sihat dan kebanyakan orang gemuk memang mudah diserang penyakit kritikal..

>>> Minum air kosong juga sangat digalakkan pada waktu ini..


3:00 pm – 5:00 pm



>>> Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh. 

>>> kekurangan air dalam badan boleh mengakibatkan jangkitan pundi kencing atau kencing kotor terutamanya mereka yang diperingkat awal kehamilan. 

>>> Nur suka minum PERFORMANCE DRINK Shaklee bersama CINCH TEA ENERGY MIX Shaklee pada waktu ini. Performance drink merupakan air isotonik tanpa gas dan gula yang mampu mengekalkan bendalir dalam badan lebih lama. Cinch tea pula salah satu energy booster Nur. Ia juga sangat bagus untuk menstabilkan metabolisme dalam badan. Jadi, masalah kerap lapar dapat di atasi.. kalau lapar juga, masukkan sekali sesudu ESP.. Lagi kebaboooommm khasiatnya.. heheh..


5:00 pm – 7:00 pm


>>> Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.

>>> waktu yang paling sesuai juga untuk bersenam dan beriadah bersama keluarga.. Sihat fizikal dapat, sihat emosi juga dapat.. 

>>> berjalan-jalan di sekeliling taman sambil meregangkan otot mampu meningkatkan stamina harian.


Waktu Malam
~~~~~~~~~~~~~~

7:00 pm – 9:00 pm


>>> Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Lagi awal, lagi bagus. Jika tidak atau terlalu lewat akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.

>>> tidak digalakkan mengambil heavy meal / makanan berat terlalu banyak. Yang penting, kandungan protein bersesuaian dan mengikut piramid makanan yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

>>> Nak makan heavy meal juga? Boleh telan PHYTOCOL-ST Shaklee sebelum makan. Selamat jantung dan badan daripada kolestrol kolestrol jahat yang sedappp itu..


9:00 pm – 11:00 pm

>>> Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja yang mungkin boleh mendatangkan penyakit insomnia / kesukaran tidur. 

>>> Jika anda memiliki masalah sukar tidur, tidur yang tidak lena dengan erti kata lain tidur yang kurang berkualiti, Nur sangat menggalakkan anda mengambil Ostematrix Shaklee setiap hari sebelum tidur.

>>> Pengambilan susu panas sebelum tidur juga membantu memudahkan mata untuk terlelap. Salah satu tanda anda telah mendapat tidur yang berkualiti adalah, anda mudah bangun pagi dan tidak rasa ingin tarik selimut lagi jika sudah terjaga di waktu pagi..


11:00 pm – 1:00 am


>>> Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.

>>> masalah 'lemau' akan mula menguasai diri sepanjang hari.

>>> mata juga akan mudah kelihatan begnya... atau bahasa lainnya, eye bag akan mudah menjelma dan menyebabkan wajah seseorang menjadi kusam dan tidak bermaya.

>>> Kepada pelajar pelajar, boleh mula 'study' jam 3 pagi setiap hari jika tidak mahu masalah ini membelenggu anda. Pengambilan ESP secara konsisten juga mampu mengurangkan masalah mata panda ini..


Waktu Lewat Malam
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1:00 am – 3:00 am


>>> Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada
penglihatan dan badan lesu. Inilah waktu hati dibersihkan daripada toksik toksik merbahaya yang masuk ke dalam badan melalui makanan, air dan udara sepanjang hari.. Dan, proses pengeluaran toksik toksik tersebut akan berlaku selepas jam 5 pagi..

>>> Jika anda tidak 'membuang' air besar sekurang kurangnya sekali dalam sehari, toksik akan berkumpul dan mendatangkan penyakit lain. 

>>> Bagi remaja, masalah yang sering dihidapi akibat toksik yang tidak dikeluarkan dari badan ini adalah jerawat di muka dan di badan, bau badan yang kurang menyenangkan dan kelesuan. Jadi, banyakkan minum air kosong serta makan makanan yang berserat tinggi untuk membantu badan mengeluarkan toksik dengan mudah dan berkesan.

>>> Jika masalah berlarutan, boleh jumpa doktor. Nur boleh cadangkan vitamin-vitamin untuk detox juga.. 

* detox hati - DTX COMPLEX Shaklee
* detox darah - ALFALFA COMPLEX Shaklee
* detox usus - HERBLAX & OSTEMATRIX Shaklee

Inilah ringkasan jadual waktu badan manusia mengikut fikiran dan kajian manusia. Rahsia Allah, tiada siapa pun yang mengetahuinya. Oleh itu, ikhtiar kita adalah MENCEGAH SEBELUM PARAH.. 
(^_^)

SAYANGILAH DIRI KITA...


Mari baca mengenai BUASIR..

******************************************



0 comments:

Catat Ulasan

ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE