Translate

Ahad, 14 Disember 2014

PROSES KEHAMILAN & PROSES KELAHIRAN

Ilmu kehamilan sangatlah penting untuk diketahui oleh setiap wanita. Terutamanya wanita yang telah pun mendirikan rumah tangga. Wanita mesti tahu segala-galanya tentang kehamilan agar dia mampu berhadapan dengan segala tekanan yang bakal datang.

Penulisan ini kebanyakannya adalah berdasarkan pengalaman Nur sendiri dan melalui pembacaan. Tetapi, fakta - fakta asas Nur dapat daripada Koleksi Pa&Ma bertajuk Sedia Melangkah Ke Alam Baru yang mengandungi maklumat lengkap mengenai kehamilan dan komplikasi.

Antara yang paling asas yang perlu diketahui ialah, tempoh kehamilan umum bagi manusia adalah selama 40 minggu atau secara puratanya 9 bulan 10 hari. Kehamilan juga di bahagikan kepada 3 tahap yang digelar TRIMESTER.

Jadi, 3 tahap tersebut ialah :-
♥ Trimester Pertama = 1 - 12 minggu (1 - 3 bulan)
♥ Trimester Kedua = 13 - 24 minggu (4 - 6 bulan)
♥ Trimester Ketiga = 24 - 36 minggu @ sehingga melahirkan (7 - 9 bulan)


PERINGATAN 1 - Trimester Pertama
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  1. Jika anda menghidap diabetes, tekanan darah tinggi, epilepsi, sakit jantung, anemia atau penyakit keturunan lain, segeralah beritahu doktor agar kesihatan anda dapat dipantau terutamanya semasa hamil.
  2. Jangan merokok atau minum minuman keras
  3. Elakkan daripada mengambil ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu
  4. Jika anda ataupun pasangan menghidap penyakit kelamin, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
  5. Perubahan hormon yang mendadak menyebabkan rasa mual kebanyakannya pada waktu pagi. Keadaan ini berlaku akibat tindak balas diri terhadap bau, makanan ataupun minuman tertentu. Pengambilan halia dapat mengurangkan masalah ini. Nur suka amalkan Peppermint Ginger kerana rasanya yg berangin sekaligus membuang angin dalam badan yang merupakan salah satu punca mual.
  6. Akibat badan yang kurang selesa, anda akan sentiasa rasa letih dan mengantuk. Hal ini akan menyebabkan anda banyak tidur.
  7. Perubahan bentuk badan akan membuatkan anda semakin risau kerana kelihatan kurang menarik. Payudara semakin membesar dan pada masa yang sama, warna pada aerola juga menjadi lebih gelap kerana hormon prolaktin mula wujud dalam badan.


PERINGATAN 2  - Trimester Kedua
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  1. Untuk pengesahan kehamilan, segeralah berjumpa doktor. Waktu yang paling tepat untuk berbuat demikian ialah 2 minggu selepas tidak datang haid.
  2. Mengingat hari pertama tarikh haid terakhir penting bagi memudahkan doktor mengira tarikh anda dijangka bersalin.
  3. Setelah disahkan hamil, jangan mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
  4. Pada waktu ini, rasa mual dan kekerapan ke bilik air akan berkurangan. Dari masa ke semasa, selera makan akan semakin bertambah. Elakkan daripada makan snek yang tidak berkhasiat. Boleh gantikan dengan kurma atau kismis sebagai snek harian.
  5. Mulai bulan ini, kulit perut mula meregang menyebabkan anda rasa gatal. Pastikan perut di sapu pelembap atau minyak bayi bagi mengelakkan kulit perut daripada menjadi kering dan semakin gatal.
  6. Amalan pemakanan yang tinggi protein dan vitamin c juga dapat mengurangkan masalah ini. Dan, yang Nur suka amalkan adalah ESP dan Vitamin C Shaklee.. Krim Herbal Blend pula untuk di sapu di bahagian perut setiap kali selepas mandi.
  7. Pada waktu ini, denyutan jantung semakin meningkat. Kaki dan tumit juga mula membengkak. Urutan ringan daripada suami setiap malam mampu memberikan keselesaan pada ibu sekaligus mewujudkan hormon ketenangan di samping mengeratkan kasih sayang antara ibu, ayah dan bayi di dalam kandungan.
  8. Mula merasakan kehadiran bayi dalam kandungan kerana bayi semakin banyak bergerak. Ketika ini, fikiran hanya tertumpu pada bayi yang dikandung dan rasa cemas semakin menguasai.


PERINGATAN 3  - Trimester Ketiga
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  1. Bayi mula menendang dengan kuat dan pergerakannya boleh dilihat dengan mata kasar. Perasaan gembira bercampur takut mula menguasai diri.
  2. Suhu tubuh semakin meningkat. Bengkak kaki juga semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan anda mula sukar untuk tidur lena.
  3. Pada bulan kelapan, payudara sudah berhenti membesar. Kolostrom mulai keluar. Kolostrom merupakan susu pertama ibu yang terbaik untuk bayi baru lahir. Warnanya yang kekuningan mempunyai 1001 khasiat yang bukan sahaja bagus untuk tumbesaran bayi tetapi penting untuk sistem perkumuhan bayi yang terdiri daripada organ dalaman seperti buah pinggang, hati dan usus.
  4. Pada bulan-bulan terakhir, cairan vagina semakin banyak dan lebih kental. Rasa bimbang dan tertanya-tanya tentang apakah yang akan terjadi semasa proses kelahiran akan semakin kerap datang. Pada waktu ini, sokongan emosi daripada suami dan keluarga terdekat amat penting.


PROSES KELAHIRAN
~~~~~~~~~~~~~~~~

Ketahuilah bahawa proses kelahiran terbahagi kepada 3 tahap :

Proses Kelahiran Normal


[Tahap pertama]

★ Rasa sakit ketika saat kelahiran  hampir tiba akan berlarutan di antara 10 hingga 14 jam.

★ Serviks akan terbuka selebar 10cm. Ketika serviks meregang, vagina akan melengkung bagi memudahkan bayi keluar.

★ Setelah serviks terbuka sepenuhnya, air ketuban akan pecah. Tetapi, kebanyakan situasi pada masa kini, apabila bukaan sedah mencecah 4cm, doktor akan pecahkan air ketuban (jika belum pecah) bagi mempercepatkan proses pembukaan serviks.

★ Ibu-ibu dinasihatkan jangan sesekali meneran selagi bukaan belum mencecah 10cm bagi mengelakkan otot di bahagian serviks menjadi stress dan menyebabkan bengkak.

★ Atasi rasa kesakitan dengan teknik pernafasan yang betul iaitu tarik nafas melalui hidung dan lepaskan melalui mulut dengan panjang. Posisi ibu juga mestilah selesa supaya ibu tidak keletihan apabila tiba waktu kelahiran yang sebenar. Ini penting bagi mewujudkan suasana kelahiran yang alami atau semulajadi.

★ Ibu digalakkan membuang air besar pada waktu ini untuk mengelakkan najis keluar terlalu banyak ketika proses kelahiran.

★ Nur amalkan minum ESP + PERFORMANCE DRINK pada waktu ini untuk bekalan tenaga dan mengelakkan dehidrasi.

[Tahap kedua]

★ Bayi akan mula keluar.

★ Kontraksi akan mula dirasai setiap 2 hingga 2 setengah minit.

★ Setiap kali berlakunya kontraksi, bekalan oksigen kepada bayi akan berkurangan. Jika kontraksi berlaku terlalu lama, bayi akan berada dalam keadaan yang bahaya. Teknik pernafasan yang betul sangat penting dipraktikkan oleh ibu pada waktu ini.

★ Jika bayi masih belum keluar dalm tempoh yang telah ditetapkan oleh doktor, pembedahan terpaksa dilakukan.

[Tahap ketiga]


★ Ketika bayi dilahirkan, plasenta (uri) akan terpisah dari dinding rahim akibat kontraksi uterus (rahim). Plasenta akan keluar melalui serviks dengan sendirinya jika melalui kelahiran normal.

★ Suntikan mungkin akan diberikan pada saat terakhir kelahiran untuk membantu kontraksi uterus dan proses mengeluarkan plasenta. Selain itu, suntikan tersebut mampu mengurangkan kadar kehilangan darah ibu.

★ Selepas proses kelahiran yang sempurna berlaku, ibu perlu minum dan makan sedikit supaya masalah kelesuan ibu dapat diatasi. Kerana, ibu perlu menyusukan bayi pula dalam tempoh sejam selepas kelahiran..

Jadi, kepada bakal-bakal ibu, semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat dan panduan buat anda semua.. Dan, jangan lupa share artikel ini supaya dapat menjadi panduan kepada ibu-ibu diluar sana..

Untuk maklumat mengenai keperluan ibu hamil boleh baca di sini -->> KEPERLUAN IBU SEPANJANG KEHAMILAN

Terima kasih..


0 comments:

Catat Ulasan

ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE