Translate

Jumaat, 14 Mac 2014

KANSER USUS / KOLON PEMBUNUH SENYAP!!

Menurut sumber iSihat edisi Januari 2014, kanser usus adalah kanser kedua paling lazim menyebabkan kematian dengan anggaran 3,500 kes baru setahun.
Apa pun faktanya, sesuatu yang pasti ialah SEMBELIT jika tidak ditangani boleh menjadi punca penyakit. Ini kerana najis dalam bentuk pepejal akan melekat pada dinding usus besar terutamanya jika anda kerap mengalami sembelit.
 
Lama kelamaan ia akan berlaku tindak balas dengan sel-sel pada dinding usus besar. Ia menjadi berasid, pecah kemudian mutasi akan berlaku. Maka terjadilah inflamasi yang seterusnya menjadi masalah polip, bowel pocket / divertikula, balloon colon, colitis dan akhirnya kanser.
Bagaimanapun, ia boleh diatasi dengan melakukan detoks kolon. Usus besar atau kolon yang sihat perlu mempunyai nisbah bakteria baik sebanyak 85% dan bakteria jahat 15%. Kalau anda kerap mengalami sembelit bermakna kandungan bakteria jahat lebih daripada yang baik. Ia juga bermakna, salur pencernaan anda tidak sihat.
Bagaimana dan mengapa ini terjadi?
Kadar toksin yang tinggi sama ada daripada makanan dan ubat-ubatan (termasuk antibiotik) antara punca yang menyumbang kepada musnahnya bakteria baik di dalam usus.

Apakah cara untuk menanganinya?
Pertama, anda dicadangkan mengambil serat daripada sayur dan buah buahan serta minum lebih air.
Kedua, dengan melakukan detox kolon. Caranya, dengan mengambil Alfalfa Complex, Herblax & Ostematrix.

Antara kata-kata bekas pengidap kanser kolon, David Lim Kooi Hock, 66 tahun.

"Detox kolon sangat penting sebab makanan yang dimakan kebanyakannya bertoksik. Semua orang perlu detoxs. Bila buang air besar, tengok bentuk bahan buangan yang dikeluarkan. Mesti dalam bentuk dan warna seperti pisang. 
Masa untuk buang air besar tak lebih 10 minit. Kalau ambil masa 1/2 jam hingga 45 minit, maknanya anda mengalami masalah sembelit.
Kalau sembelit maknanya, kolon tidak sihat. Ia juga menunjukkan kandungan bakteria baik kurang berbanding bakteria jahat" 

Katanya yang suatu masa dulu merupakan seorang perokok tegar. 
 
Mengetahui peringkat (tahap) kanser kolon dapat membantu doktor untuk merancang rawatan mengikut peringkat yang bersesuaian.
 
Peringkat 0  
Kanser peringkat awal. Kanser masih terhad kepada lapisan paling dalam pada usus. Peringkat ini juga dikenali sebagai carcinoma in situ atau intramucosal carcinoma .  
Peringkat 1 
Kanser telah menembusi lapisan paling dalam pada usus tetapi belum sampai ke lapisan dinding luar. 
Peringkat 2
Kanser telah merebak ke dinding luar kolon atau rektum, tetapi tidak melibatkan kelenjar limfa.
(Kelenjar limfa ialah struktur kecil seperti kacang yang merupakan sebahagian daripada sistem pertahanan tubuh) atau bahagian tubuh yang lain.
Peringkat 3 
Kanser sudah merebak ke kelenjar limfa berdekatan tetapi belum merebak ke bahagian tubuh yang lain.
 
Peringkat 4 
Kanser telah merebak ke bahagian-bahagian tubuh yang lain seperti hati, paru-paru atau tulang.
Peringkat ini tidak bergantung kepada betapa dalamnya kanser menembusi dinding usus dan sama ada kanser telah merebak ke kelenjar limfa.  
Colon cancer staging; shows tumors growing through layers of the colon wall for Stage 0, Stage I, Stage II, Stage III, and Stage IV colon cancer. Inset shows serosa, muscle, submucosa and mucosa layers of the colon wall, and lymph nodes and blood vessels.
Tahap : Diubah suai daripada Institut Kanser Kebangsaan
Jaga makan, jaga badan, jaga kesihatan adalah langkah pencegahan awal yang paling selamat bagi mengelakkan diri daripada diserang penyakit kanser kolon. 
Seperti kata pujangga,
MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MERAWAT.
Dapatkan supplimen kesihatan anda
NUR 
Pengedar Shaklee Shah Alam & Puchong
SMS / WASSAP | 0172720564
~(^_^)~

0 comments:

Catat Ulasan

ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE