Translate

Selasa, 1 Julai 2014

[TIPS-TIPS BERGUNA UNTUK PEMAKANAN ANAK-ANAK]

Dua hari lepas, kami sekeluarga keluar jalan-jalan sekitar rumah. Masa tu tertembung dengan sebuah keluarga yang mempunyai anak kembar lelaki yg comel. Umurnya lebih kurang 6-7 tahun. Sebaya dengan Safwan atau Syamimi agaknya.

Tetapi, yg membezakan mereka dengan kanak-kanak normal seperti Safwan & Syamimi adalah bentuk badannya.. Kembar ini mengalami masalah obesiti. Kesian tgk mereka berjalan. Senget-senget badan tak seimbang.
Atas dasar kemanusiaan inilah Nur terdetik untuk menulis entri ni yg lebih merujuk kepada tatacara atau panduan pemakanan bagi kanak-kanak. Semoga bermanfaat..

 

■ Hadkan pengambilan makanan terproses seperti sosej, bebola daging, nuget atau makanan segera yg lain kepada sekali seminggu.

□ Bagi kanak2 yg berumur 5 tahun ke atas serta mengalami masalah obesiti, hadkan pengambilan susu & produk tenusu kepada 1-2 gelas sehari.

■ Pilih susu atau produk susu yg rendah lemak atau tanpa lemak untuk mengurangkan pengambilan kalori yg berlebihan.

□ Bagi kanak2 yg berumur di bawah 5 tahun, pastikan anda mendapat nasihat Pegawai Dietetik terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

■ Idealnya, pengambilan minuman & makanan yg manis perlu dielakkan di dalam diet seharian kanak2 obes kerana ia mengandungi rendah nutrien serta tinggi kandungan kalori.

□ Walau bagaimanapun, penghadan kepada sekali sehari di kalangan kanak2 yg sering mengambilnya di dalam kuantiti yg banyak sebelum ini sudah cukup untuk memberi manfaat yg besar kepada pengawalan berat badan & kesihatan mereka.

■ Hadkan makanan yg digoreng dengan penggunaan minyak yg banyak (deep fried foods) kepada sekali seminggu. Buang lemak & kulit yg terdapat pada daging atau ayam sebelum makanan dimasak.

□ Lakukan pengubahsuaian resipi dengan menukarkan makanan yg bergoreng & bersantan kepada makanan yg rendah lemak seperti penggunaan ketuhar untuk membakar, sup, stim atau menggunakan kuali yg tidak melekat dengan pengguaan minyak yg minima.

■ Lakukan aktiviti senaman atau aktiviti fizikal yg lain lebih 1 jam setiap hari. Kurangkan aktiviti sedentari seperti menonton televisyen kepada kurang 2 jam setiap hari.

Amalkan ambil sarapan yang lengkap dengan pelbagai nutrisi penting untuk si manja seperti MEAL SHAKE. Baca lagi mengenai MEAL SHAKE di sini..

"ANAK SIHAT, IBU BAHAGIA"


klik link di bawah untuk pembelian MEAL SHAKE Shaklee secara onine

COD
# SHAKLEE SETIA ALAM   # SHAKLEE SHAH ALAM   # SHAKLEE PUCHONG

PENGEPOSAN SELURUH MALAYSIA

SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
NUR | 889092
SMS/WASSAP | 0172720564
~♥


 

0 comments:

Catat Ulasan

ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE