Translate

Ahad, 7 September 2014

RAWATAN PEMULIHAN DENGGI

Lama dah tertangguh entry nie dalam draft.. Baru hari ni dapat siapkan.. Alasannya, internet slow.. hihiii.. Jangan banyak alasan, kalau tak, hidup lambat maju tau! (Peringatan untuk diri sendiri juga)

***********************************

Beberapa hari yg lepas dapat SMS daripada Kem. Kesihatan Malaysia..

"RM0: KKM: Denggi telah meragut banyak nyawa. Perangi Aedes habis-habisan. Pastikan tiada air bertakung dan letakkan Abate di dalam kolah dan pasu bunga."

Kalau kat area Setia Alam ni memang banyaklah kes denggi ni.. Rumah mak kat puchong pun ramai dah kene denggi.. Jiran berhadapan rumah mak pun dah kehilangan anaknya buat selamanya berpunca daripada denggi. 

Jadi, peringatan untuk diri dan semua yang membaca, rajin2lah bersihkan sekitar rumah, longkang & jangan lupa, rajin2lah pasang ubat nyamuk kt rumah. Ubat nyamuk pun dah byk pilihan kat pasaran.. tak tahan asap, guna yg letrik.. Asalkan ada langkah pencegahan diambil selain daripada sokongan vitamin untuk bina antibodi sihat dari dalam.

Bulan Ramadhan yg lepas, suami & anak Nur salah 2orang antara yg menjadi mangsa nyamuk aedes ni. Petanda awal denggi ni, demam berlarutan. Dah makan ubat doktor bagi pun kejap jer kebah. Lebih kurang lepas 2-3 jam, panas balik. Selain tu, sakit sendi, muntah-muntah, kurang selera makan, pucat dan nampak lemah sangat. Jadi, kalau dah rasa demam tak kebah2 lepas 3 hari, pergilah buat ujian darah di klinik berhampiran.. Klinik kerajaan lebih bagus pada pendapat Nur.. (^_^)

Berikutan itu, Nur nk share sedikit tips pemulihan pantas denggi berdasarkan Pengalaman Nur menjaga suami & anak sulung yg kene denggi bulan lepas.. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.. (^_^)

****************************************
1) Kerapkan pengambilan air kosong utk mengelakkan darah menjadi pekat. Makin pekat darah, makin bahaya terutamanya utk kanak2.. Makin pekat kepekatan darah, darah akan jadi semakin bertoksin dan akan meningkatkan lagi risiko MAUT..
PERFORMANCE DRINK

2) Kekalkan bendalir dalam badan dengan minum air isotonik tanpa gula. Air isotonik bancuhan PERFORMANCE DRINK Shaklee lebih bagus & byk membantu kerana tanpa gula, memberi tenaga & mampu mengekalkan bendalir dlm badan lebih lama.. Jadi, masalah kurang air dalam badan dapat diatasi dengan lebih pantas & kepekatan darah dapat dikurangkan.

3) Elakkan pengambilan air isotonik bergas & manis kerana, risiko gula naik dlm darah pula yg akn dtg.. Air gas juga tak elok utk kesihatan.. Niat nak pulihkan demam denggi, datang penyakit kencing manis plk nanti..

4) Jangan paksa anak makan kalau dia tak mahu.. terutamanya masa dia tgh demam tu. Kerapkan minum air jer banyak2.. Bila dh baik demam, boleh suruh makan sikit2 tp kerap.. sebab, makin anak tu stress, makin lambatlh kebah demamnya.. Kerapkan basah kepala atau mandi untuk turunkan suhu badan.. Safwan dulu, Nur letak kain basah kat belakang tengkuk dengan ketiak.. Alhamdulillah berkesan.. Kain tu boleh basahkan dengan air campuran Basic H juga..

5) Waktu paling kritikal adalah dalam waktu 24 jam selepas demam kebah. Masa ni lh pendarahan mudah berlaku kerana kandungan platlet dlm darah sangat rendah..
NUTRIFERON

6) Selain daripada tu, amalkan Nutriferon untuk naikkan sistem imun badan. Nutriferon akan menggerakkan askar2 antibodi dlm bdn utk melawan penyakit.. Semakin cepat askar2 digerakkan, semakin pantaslah proses pemulihan berlaku.. Boleh amalkan 1 sachet setiap 4 jam masa tengah demam tu. Kalau untuk proses pemulihan atau penjagaan kesihatan, 1-2 sachet pun dah cukup.. Ataupun, ambil bila perlu jer.. Rasa Nutriferon juga manis2 labu. Kebiasaanya, kanak2 memang sukalah. Sebelum ni, jika anak2 dah nampak macam tanda2 nak demam, cepat2 Nur bagi Nutriferon ni. In Shaa Allah, memang tak jadilah demam lepas tu..

VIVIX TONIK AJAIB
7) Tanda2 utama denggi ni, umum semua tahu mesti paletlet darah jatuh merudum kan. Husband dulu paling rendah platletnya kalau tak silap 30. Sampai tahap dia memang tak boleh bangunlah. Bangun jer dia akan rasa nak pitam.. Safwan plk turun sampai 20.. Baring jer dia.. 
Pengambilan VIVIX mampu meningkatkan kadar platlet dlm darah dengan pantas & berkualiti.. VIVIX terkenal dengan pembaikpulih sel yang berkesan bukan sahaja utk kecantikan & kesihatan tetapi membantu dlm pengurangan berat badan disamping menstabilkan berat badan juga supaya tidak terlalu gemuk & tidak juga terlalu kurus.. VIVIX juga anti kanser, anti penuaan & antioksidan paling superblah! Rata2nya, orang yg amalkan VIVIX ni, muka dia mesti glowing2 gitu... Sebab tulah Nur gelarkan VIVIX ni TONIK AJAIB..
VITA-C

8) Bukan orang sakit jer yg kene makan ubat atau vitamin tau.. Orang yg jaga orang sakit tu lagiii lah kene makan vitamin. Untuk penjaga org sakit juga, jangan lupa doublekan pengambilan vitamin c utk menaikkan antibodi dalam badan. Bukan apa, bila kita dikelilingi dgn org sakit, tak mustahil kita juga akan menjadi sakit.. Oleh itu, mencegah kan lebih baik daripada merawat..

9) Selain daripada tu, mohonlah padaNya.. Jangan pernah berhenti berdoa & minta padaNya supaya dipermudahkan segala urusan.. Sakit itu penghapus dosa bukan sahaja dosa org yg sakit tetapi dosa penjaga org sakit juga yg bersengkang mata siang malam menjaga...

10) Bila dah keluar hospital, jangan perasan sgt diri tu dah sihat. Ambil masa paling kejap seminggu utk berehat bagi memulihkan badan 100%.. Pengambilan air wajib cukup.. Kalau tak, pening2 lalat tu lambat nak pulih macam En.Husband Nur tu.. sebab bulan puasa kan.. tambahan lagi, time dia dh keluar spital tu, anaknya belum keluar lagi.. Anaknya lambat skit dapat keluar sebab Denggi Berdarah detect pada hari ke5 di hospital.. (^_^)

Alhamdulillah, lepas seminggu keluar hospital, husband dah pergi keje macam biasa.. Safwan pun dah mula sekolah macam biasa.. Tapi, kesan lebam kat tangan memang amik masalah nk hilang.. Sapu ngan krim HERBAL BLEND.. Cepat kesan lebam tu hilang..

Alhamdulillah juga, Nur & Syaurah yg ikut sama jaga ayah & abangnya kekal sihat walaupun kami kurang rehat, kurang tido & makan juga kurang menentu.. Syukur kerana Allah memudahkan urusan kami dengan Shaklee.. balik jer dari hospital, ibu ngan Syaurah qada'lah tdo sampai 12jam.. hihihiiii...
Semoga semuanya baik2 sahaja.. (^_^)


NI GAMBAR MASA AYAH & SAFWAN MASIH DALAM WAD.
AYAH ASYIK 'LARI' DARI WAD SENDIRI JER GARA2  NAK TENGOK ANAK & TOLONG IBU GILIR2 PEGANG SYAURAH YG SEMANGAT TU..

#shakleeeffect   #shakleeSetiaAlam   #shakleePuchong   #shakleeShahAlam

Ibu Nur
0172720564
SMS/WASSAP/CALL/WECHAT
~♥


 
*****************************************************************



 

0 comments:

Catat Ulasan

ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE