Translate

Selasa, 3 Februari 2015

JENIS JENIS SENAMAN




"TIDAK KIRA APA PUN SENAMAN YANG DIPILIH, PASTIKAN IA SELAMAT DAN DILAKUKAN MENGIKUT KEMAMPUAN ANDA"

Inilah satu satunya ASAS UTAMA petua senaman yang terbaik untuk semua peringkat umur.. Tidak kiralah orang tu sihat atau berpenyakit, asasnya tetap sama iaitu kesederhanaan.

Senaman boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu SENAMAN REGANGAN, SENAMAN AEROBIK DAN SENAMAN RINTANGAN. Untuk golongan wanita, kebiasaannya SENAMAN AEROBIK adalah jenis senaman yang paling diminati. Termasuklah Nur sendiri..


SENAMAN REGANGAN   
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


>>> Senaman yang dilakukan setiap kali sebelum senaman dilakukan. Manfaatnya, otot-otot dan sendi dapat dilonggarkan dan dilegakan daripada masalah lenguh-lenguh. Sebelum melakukan aktiviti senaman yang berat, senaman regangan wajib dilakukan terlebih dahulu bagi mengelakkan kecederaan otot. Ia juga bagi mengelakkan daripada tubuh badan kita 'terkejut'. Senaman regangan juga boleh dilakukan di dalam pejabat sambil duduk.

>>> Senaman regangan mudah adalah seperti :
1) meregangkan leher 
- mengiringkan kepala ke kanan atau kiri beberapa saat.

2) bahu
-  menarik tangan kanan ke arah kiri sambil tangan kiri mengampu di bawah siku kanan.

3) betis dan peha
- merapatkan kaki kanan atau kiri ke arah dada dan tahan selama beberapa saat.


SENAMAN AEROBIK   
~~~~~~~~~~~~~~~~~~


>>> Pergerakannya lebih pantas dan cergas sifatnya seperti melakukan gerakan mengikut rentak muzik, berbasikal, berjalan kaki, berjoging, berenang dan menari. Kebiasaannya senaman jenis aerobik lebih seronok dilakukan beramai-ramai dan mempunyai seorang juru pandu dihadapan. Lemak dan kalori juga lebih banyak dapat dipecahkan dengan cara senaman ini. Bagi mereka yang selalu stress, senaman aerobik sangat digalakkan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

SENAMAN RINTANGAN   
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


>>> Senaman rintangan bertujuan menguatkan anggota tertentu seperti duduk di kerusi sambil mengangkat kaki ke paras kerusi atau mengangkat dumbel. Kebanyakannya mereka yang mempunyai berat badan yang tinggi, stamina yang cukup kuat dan benar-benar mampu sahaja dibenarkan melakukan senaman jenis ini.




■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□


<<< SIHAT VS CERGAS >>> 

Satu laporan jurnal yang diterbitkan di Institut Cooper 2 tahun lalu mendapati, daripada 42,000 orang lelaki pelbagai usia yang dikaji dan dipantau selama 10 tahun, lelaki gemuk yang sihat kurang kemungkinan meninggal dunia dengan cepat berbanding lelaki kurus tetapi tidak cergas..
(^_^)


*sumber :
- Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan.
- Unit Pemakanan, Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan WPKL.
- Majalah Anis


Jemput baca perbezaan sakit jantung & serangan jantung..






■□■□■□■□■□■□■□■□■





0 comments:

Catat Ulasan

ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE