Translate

Isnin, 9 Februari 2015

KANSER & KEHAMILAN - HYPERTHYROIDISM, KANSER PAYUDARA & KANSER PANGKAL RAHIM


"Terdapat 6 jenis kanser yang biasa dihidapi oleh pesakit yang mengandung. 
Ini termasuklah kanser payudara, kanser pangkal rahim, 'limfoma', tiroid, leukimia dan 'maligant melanoma'".


Ilmu baru untuk Nur, baru Nur tahu tiroid termasuk dalam golongan kanser rupanya. Semasa mengandungkan Syaurah, anak ke 5 Nur, doktor sahkan Nur ada masalah hyperthyroid. Adik beradik sebelah bonda Nur memang kesemuanya ada maslah tiroid. Yang ajaibnya, bonda Nur sendiri memang tiada masalah tiroid. 

Menurut doktor, ia terjadi kerana hormon tiroid terlalu sedikit di dalam darah. Ini akan memperlahankan sistem tubuh badan dan kebiasaannya selalu menyerang golongan berumur 40 tahun ke atas. Penyebab hyperthyrodism ini adalah kerana antibodi dan sel darah putih menyrang tiroid.


Melalui pembacaan Nur di akhbar online Harian Metro, antara punca tiroid adalah :
  • Kekurangan iodin (biasanya berlaku di kalangan penduduk Himalaya)
  • Kehamilan. Ini kerana, keperluan hormon lebih banyak diperlukan untuk ibu dan anak. Tiroid ni bersifat sementara dan akan hilang selepas kelahiran.
  • Goitrogen - elakkan memakan makanan mentah seperti sayur kobis, serta bayam kerana meningkatkan risiko mendapat tiroid atau menjadikan masalah tiroid anda semakin teruk.
  • Radiasi - misalnya letupan nuklear di Russia menyebabkan ramai penduduk mendapat kanser tiroid. Pemeriksaan sinaran-X boleh mengesan tiroid.
  • Genetik / keturunan.
  • Autoimmune Graves Disease - bermaksud fungsi sistem imun yang tidak sihat dalam badan. Yang sistemnya terdiri daripada bakteria dan sel kanser aktif. Sistem antibodinya menghasilkan antibodi yang merosak dan menyerang kembali tubuh, terdapat banyak virus, bakteria dan lain-lain.  
Antara gejala Hyperthyroidism adalah :
  • bengkak di leher
  • degupan jantung yang cepat
  • cepat marah
  • cepat berpeluh
  • tidak tahan cuaca panas
  • tangan bergetar
  • kitaran haid tidak teratur
  • sentiasa gelisah
  • penurunan berat badan - ia boleh mempengaruhi perkembangan bayi di dalam kandungan. Pemeriksaan ultrasound mungkin akan dilakukan dengan lebih kerap seperti ketika Nur mengandungkan Syaurah.
  • rambut gugur
  • masalah sukar tidur (insomnia)
  • bengkak di sekeliling mata
  • kelopak mata tertarik ke dalam hingga menampakkan mata putih di bahagian atas
  • cirit birit
  • tubuh badan yang lemah
  • osteoporosis
  • nafsu seks menurun



Itu serba sedikit info yang Nur tahu tentang hyperthyroid. 




Bagaimanapun, pakar O & G tidak mempunyai hak untuk memutuskan bagi pihak pesakit yang menghidap kanser untuk menggugurkan kandungannya. Apa jua keputusan yang bakal dibuat bergantung 100% kepada pesakit sendiri. Apa yang boleh dilakukan oleh doktor ialah sekadar memberi nasihat. Malah, daripada kajian yang pernah dilakukan, menggugurkan kandungan tidak begitu bermanfaat dalam menghalang sel kanser daripada terus merebak di dalam tubuh pesakit.

Dalam pada itu, perlu ditegaskan bahawa apabila seseorang wanita didapati hamil dan pada masa yang sama didiagnosis menghidap kanser, dia perlu tahu bahawa kandungan dan kehamilannya bukanlah penyebab kanser. Fakta menunjukkan wanita yang menghidap kanser sewaktu hamil sangat jarang berlaku iaitu hanya 1 daripada 1000 kehamilan.


Di antara keenam-enam jenis kanser yang disebut di atas, kanser payudara adalah antara kanser yang paling biasa berlaku iaitu dalam kadar 1 daripada 3000 kehamilan. Berdasarkan statistik, peringkat umur kanser yang pada masa hamil adalah dalam lingkungan umur 32 hingga 38 tahun. 

Perlu diketahui umum juga bahawa, golongan hamil dignosis terhadap kanser ini agak lambat iaitu antara 5-15 bulan. Apabila didiagnosis lambat, tahap kanser lewat diketahui dan boleh menyebabkan prognosis yang tidak bagus. Namun, harus diingat bahawa tahap kanser yang dialami menjadi semakin teruk bukan disebabkan oleh kehamilan.

Sebab itu, jangan abaikan pemeriksaan payudara. Setiap kali hamil, semasa perjumpaan pertama dengan pegawi perubatan pasti pemeriksaan payudara akan dilakukan. Jika didapati ada sesuatu yang tidak normal, sebaik-baiknya dia perlulah menjalani ujian dan tidak perlu menunggu sehingga selamat melahirkan.

Walaupun ujian x-ray memang lansung tidak boleh dilakukan sewaktu hamil, mamogram boleh dilakukan dengan syarat pelindung abdomen dipakai sewaktu ujian dijalankan. Ujian mamogram hanya dapat dilakukan selepas trimester pertama. Terdapat juga lebih kurang 25% kes kanser payudara, apabila mamogram dilakukan ketika hamil, ia boleh menunjukkan keputusan yang negatif. Oleh kerana itu, biopsi perlu dilakukan jika didapati ada benjolan luar biasa. Keputusan ujian berkenaan selamat, lebih jelas dan tepat.



Jenis kanser lain yang paling biasa dialami wanita ketika hamil ialah kanser pangkal rahim. Jika pesakit disahkan menghidap kanser jenis ini ketika hampir 9 bulan kehamilan, rawatan biasanya ditangguhkan sehingga pesakit selamat melahirkan. Paling tidak pun, cetusan (induction) akan diberi untuk mempercepatkan proses kelahiran. 

Namun, jika kanser dikesan pada peringkat awal kehamilan, dan masih di tahap awal, rawatan akan ditangguhkan dan pembedahan hanya akan dilakukan setelah bersalin bagi membuang rahim.

Bagi kanser-kanser jenis yang lain pula, konsepnya tetap sama. Apa-apapun, diagnosis perlu dilakukan untuk mengetahui tahap kanser. Rawatan pula, akan diberi berdasarkan usia kandungan. Dalam pada itu, oleh kerana simptom kanser sama seperti simptom kehamilan, jadi kebanyakan diagnosis yang dilakukan adalah terlambat.

Begitu juga dengan prognosis. Doktor tidak dapat memberikan jawapan tepat tentang isu jangka hayat pesakit kerana masalah diagnosis yang terlambat. Bagi pesakit kanser yang sudah disahkan bebas daripada kanser, beliau boleh mengandung semula selepas tempoh 2 tahun. Namun, kebiasaannya tahap kesuburan pesakit kanser adalah kurang dan keadaan ini akan menyukarkan kehamilan.

Walauapapun, percayalah dengan Allah. In Shaa Allah, jika kita berusaha dan berikhtiar, pasti ada jalannya. Antara ikhtiar yang boleh diusahakan adalah dengan makan supplimen. Ibu-ibu hamil juga perlu memastikan bahawa keperluan nutrisi yang diambil ketika hamil sentiasa mencukupi untuk ibu sendiri dan juga bayi. 

Boleh baca di sini untuk Keperluan Ibu Ketika Hamil. --->> http://ibu-ayah-comel.blogspot.com/2013/02/keperluan-ibu-hamil-mengandung.html 

Antara tips dan supplimen yang boleh diamalkan oleh suami isteri bagi meransang kehamilan yang cepat pula boleh baca di sini.. -->>  http://ibu-ayah-comel.blogspot.com/2013/02/tips-meransang-kehamilan-cadangan.html






********************************************




3 ulasan:

  1. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm140 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan termasuk juga daun rerama and herba herba terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    BalasPadam

ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE