Translate

Sabtu, 16 Februari 2013

CADANGAN SUPLIMEN LENGKAP IBU MENYUSU (SET TRIPPLE M - 3M)

SUPPLIMEN DAN PENYUSUAN SUSU IBU



Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Dengan syarat, ilmu haruslah lengkap, keperluan gajet haruslah sesuai dengan ibu itu sendiri & yang paling penting konsep asas penyusuan "SUPPLY ON DEMAND" wajib dipatuhi. Susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi anda. Ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikan pembesaran yang sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada serangan dan jangkitan yang biasa dihidapi oleh bayi yang baru lahir. Malah, kebanyakan susu tepung atau susu formula bayi boleh menyebabkan jangkitan biasa, sembelit dan cirit birit di kalangan bayi.

Selain itu, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui bayinya. Penyusuan secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga bayi berumur 6 bulan, dan selepas itu diteruskan penyusuan susu ibu dengan makanan tambahan sehingga umur bayi 2 tahun atau lebih. Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan dan kecergasan ibu.

Penyusuan susu ibu mempunyai pelbagai cabaran dan dugaannya. Jika badan tidak sihat, kerap letih, ilmu pula tidak cukup pasti misi penyusuan susu ibu tidak dapat dilaksanakan sebaiknya. Antara masalah yang sering dihadapi ialah :-
  • Baby dah menyusu tapi masih asyik menangis lagi??
  • Baby tak puas menyusu ker??
  • Baby dah menyusu tapi masih nak memerap atau bergantung lama lagi??
  • Baby menyusu badan tapi kenapa masih selalu tidak sihat??
  • Lepas perah, susu mesti lambat nak produce semula..
  • Letihnya badan kalau menyusukan anak ni..
Ramai ibu-ibu menyusu mengalami masalah ini kan?? Ramai juga yang mempunyai keluhan sama seperti di atas kan.. Kadang kala, walaupun sudah disusukan, tetapi bayi masih suka hendak dipeluk atau didakap ibunya kerana sukakan hangat badan ibu. Jadi, biarkanlah dia hendak bermanja seketika. Bayi akan melepaskan puting ibu dengan sendirinya selepas beberapa ketika. 

Janganlah mudah putus asa dalam melaksanakan misi penyusuan anda ini. Hanya 2 tahun tempoh yang diperlukan. Tak lama mana pun. 2 tahun inilah sebagai penentuan untuk perkembangan seumur hidupnya kelak. Pelbagai cara dan penyelesaian boleh diambil jika kita berusaha sebaiknya. Antaranya mengepam dengan kaedah POWER PUMPING dan pengambilan supplimen. Nur percaya, In Shaa Allah dengan Vitamin masalah kesihatan ibu & bayi, masalah dalam penyusuan akan dapat dikurangkan dan diatasi sepenuhnya dengan pertolongan Allah juga. Kerana nutrisi yang lengkap akan menyihatkan badan, menangani masalah keletihan & mempercepatkan penghasilan susu baru. Selain itu, masalah bayi lambat kenyang atau tidak puas menyusu juga dapat diatasi.



     Berikut adalah diantara cadangan supplimen yang dapat Nur cadangkan mengikut kesesuaian dan baget      ibu-ibu di luar sana :-


PAKEJ A
PAKEJ B
PAKEJ C
PAKEJ D
PAKEJ E
Alfalfa
1.  ESP
2.  Alfalfa
1.  Alfalfa
2.  Vita Lea
3.  Vita C
4.  B Complex
1.  Alfalfa
2.  Vita Lea
3.  Vita C
4.  B Complex
5.  Ostematrix
1.  ESP
2.  Alfalfa
3.  Vita Lea
4.  Vita C
5.  B Complex
6.  Ostematrix
Milk Booster
Milk Booster
TambahTenaga
Milk Booster
Supplimen Lengkap untuk
   kesihatan
Milk Booster
Supplimen
   Lengkap
Kalsium
Milk Booster
Supplimen
   Lengkap
Kalsium
Tambah Tenaga


PEMBAYARAN MELALUI KAD KREDIT ATAU KAD DEBIT.
PENGHANTARAN SECARA TERUS KE DEPAN PINTU RUMAH ANDA!!








KLIK http://bit.ly/VitaIbuMenyusuLengkap UNTUK PEMBELIAN ONLINE.
PEMBAYARAN MELALUI KAD KREDIT ATAU KAD DEBIT.
PENGHANTARAN SECARA TERUS KE DEPAN PINTU RUMAH ANDA!!

VITALEA (MULTIVITAMIN)
~Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. 
~Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak membesar dengan baik.


~Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara keseluruhan



PROTEIN ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)
~ Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian dalam mebina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Ibu-ibu disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan protein berkhasiat sehari.

Antara Khasiat ESP ialah :- 
     * memberi tenaga 
     * membantu melancarkan penghasilan susu 
     * penting untuk kelenjar dan tumbesaran 
     * mencantikkan kulit ibu dan bayi 
     * membantu mengawal paras kolesterol 
     * memberikan rasa kenyang pada kadar waktu yang lama 
     * Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat 
       mengalir kepada bayi melalui susu ibu.
Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.



VITAMIN C
~ Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil Vitamin C menunjukkan khasiat Vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan Vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi serta gusi yang sihat.~Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. 
~Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan Vita C ke 2 biji sehari. Mungkin ubat demam yang mengandungi 'dadah' seperti panadol dan paracetamol tidak diperlukan. 
~Kadangkala, bila mengepam atau digigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik, selain dari kulit makin bersih, cerah dan cantik.





B-COMPLEX


~ Vitamin B Complex merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk mengawal pengeluaran hormon, pembentukan sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan Vitamin B Complex untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.~Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, 
~Anti stress (sebagai penenang)
~Membantu meninggikan sistem pertahanan badan
~Menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga 
~Membantu ibu-ibu supaya berfikiran positif sentiasa (mood baik).. Jadi, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. 
~Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. 
~Vitamin B juga dapat menjadikan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.



OSTEMATRIX / KALSIUM

~ 40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1,300 mg Kalsium setiap hari. ~Shaklee Kalsium-Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain. 
~Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak. 
~Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu di datangi haid. Maka, bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum ketika datang bulan (period), digalakkan untuk mengambil Kalsium Magnesium seminggu sebelum dan sepanjang waktu datang bulan (period). 
~Kepada anda yang mempunyai bayi yang demam kuning (jaundice) di dalam pantang, digalakkan untuk mengambil OsteMatrix ini agar khasiat Vitamin D dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.
~ Harus diingati bahawa pengambilan Kalsium haruslah disertai dengan Magnesium untuk mengelakkan kejadian batu karang.

ALFALFA

~ Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti Vitamin K, A, B1, B6, C, E, Kalsium, Zink dan Zat Besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.


~Mempunyai 1001 khasiat, dan antaranya sebagai penggalak susu. 
~Dalam penyususan, alfalfa membantu memekatkan susu di mana ia akan menambahkan jumlah lemak di dalam susu ibu. Maka, susu ibu lebih lemak berkrim! Juga lebih mengenyangkan bayi
~Selain itu, ibu akan jadi lebih lawas (bantu turunkan berat badan!), dan dapat mengurangkan masalah sembelit.
~Sangat membantu membuang angin dalam badan. Bayi anda akan kurang kolik/kembung (angin dalam badan).

ASID LEMAK OMEGA 3


~ Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega 3 dalam tempoh penyusuan ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD) atau Autisme.

Tetapi,harus ibu-ibu semua ingat, bukan Set 3M semata-mata yang memberikan anda keputusan yang memberangsangkan. KONSEP ASAS "SUPPLY ON DEMAND" JANGAN DILUPAKAN..Jika tidak disertai usaha, sikap, disiplin dan penyerahan kepada ALLAH SWT/Tuhan, mungkin anda tidak akan merasai nikmat-nikmat dan kelebihan-kelebihan ini:

  1. Memberikan tenaga berpanjangan
  2. Memberikan kulit halus dan gebu (baik kepada bayi mahupun ibu)
  3. Memekatkan susu (mengkualitikan susu >> bayi tak lama bergayut)
  4. Memberikan kulit cantik, menghilangkan parut, mencegah jerawat.
  5. Mengetatkan ‘miss v’ ibu-ibu.
  6. Menghilangkan keputihan.
  7. Menguatkan rambut.
  8. Mencegah payudara ‘jatuh’.
  9. Meningkatkan fungsi saraf termasuk saraf otak.
  10. Mengurangkan sinus/alergi.
  11. Menguatkan sistem imun ibu dan juga bayi. (tidak mudah demam, batuk dan selsema, walaupun semasa musim tersebut)







 
KLIK http://bit.ly/VitaIbuMenyusuLengkap UNTUK PEMBELIAN ONLINE.
PEMBAYARAN MELALUI KAD KREDIT ATAU KAD DEBIT.
PENGHANTARAN SECARA TERUS KE DEPAN PINTU RUMAH ANDA!!

Jadi, ibu-ibu harus tukar persepsi dan mentaliti berkenaan perkara ini. Ramai dari pelanggan-pelanggan kami yang berpuas hati dengan hasilnya. (Untuk makluman, pelanggan kami bukan ibu menyusu semata-mata kerana Set 3M ini juga amat sesuai untuk banyak situasi lagi.) Tidakkah, ibu-ibu semua mahu merasai kelebihannya sendiri? Melalui pemerhatian dan kajian yang dilakukan oleh kami, semua ibu-ibu yang mengikut jadual dan saranan kami, berjaya meningkatkan kesihatan, keceriaan, kualiti dan kuantiti susu perahan mereka. Termasuklah saya sendiri yang berjaya mengumpul stok susu dalam masa tidak sampai sebulan sebanyak 600oz!!



Rezeki buat Syafiq.. 600 oz jumlahnya.. sejak 17 jun-14 julai 2011..


Jadi, mengapa ragu-ragu lagi? Jika ibu-ibu semua nekad untuk menyusukan anak sehingga dua tahun, Set 3M adalah antara pilihan terbaik buat anda semua. Lupakan pil-pil hormon penggalak susu (yang ternyata sintetik dan bukan bebas dadah).

Jika orang lain boleh, apatah lagi kita kan? Kita juga ibu yang hebat bagi anak-anak kita. (Selalulah katakan perkara positif untuk diri sendiri, pasti lambat laun, positiflah hasilnya!)

I'M YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR SETIA ALAM, SHAH ALAM & PUCHONG
NUR SHAKLEE ID : 889092
SMS/WASSAP : 0172720564

WITH LOVE & CARE, NUR..








0 comments:

Catat Ulasan

ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE