Translate

Ahad, 10 Februari 2013

FAKTA TENTANG BAYI



 FAKTA TENTANG BAYI

Anak adalah anugerah Allah yg tidak ternilai.. yang perlu kita pelihara, didik & jaga sebaiknya.. Tetapi, tidak semua tahu fakta-fakta menarik berkenaan bayi. Siapa tak suka bayi mmg rugi..    

  • Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan 
Sebab itu tidak digalakkan menggunakan ‘walker’ seawal usianya kerana risiko kaki bengkok amatlah tingi 
  • Bayi tiada air mata. 
Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tida wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu
  • Mereka mempunyai lebih tulang
Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
Pengambilan Kalsium oleh ibu yg menyusukan bayi mereka dengan susu ibu dapat membantu membentuk tulang bayi supaya bercantum dengan sempurna
  • Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir
  • Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan. 
Kerana itu bayi lebih suka didakap & mudah lena sewaktu dalam dakapan ibu ataupun sewaktu menyusu. Ketenangannya apabila didakap oleh ibu sama seperti ketenangannya ketika di dalam rahim ibu
  • Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan 
 Pengambilan Omega oleh ibu yg menyusukan bayi mereka dengan susu ibu dapat membantu retina mata terbentuk dengan sempurna & membentuk penglihatan yg sihat sejak dari kecil
  • Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur-ansur dan akan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan 
 Ia meliputi rambut di bahagian kepala & rambut di bahagian seluruh badannya
  • Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat.  
Boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.Oleh sebab itu, ramai pakar pediatrik menggalakkan ibu supaya sering bercakap dengan bayi untuk meransang otaknya terutamanya jika bayi pramatang
  • Deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir. 
Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik. Tetapi boleh mengingati setiap rasa makanan atau minuman yg masuk ke dalam mulutnya. Kerana itu, digalakkan supaya ibu menyusukan bayi secara ekslusif “tanpa makanan tambahan, tanpa air kosong & tanpa puting kosong” untuk mengelakkan bayi keliru
  • Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit 
Degupan jantung yg semakin lemah menandakan pelbagai penyakit bakal dating & senaman yg kerap harus dilakukan supaya jantung berdenyut dengan aktif
  • Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit..
Kerana itu harus dipastikan bahawa, jika bayi bernafas lebih laju, itu adalah tanda bahawa bayi tersebut akan diserang penyakit asma. Pengambilan Omega yg mencukupi bagi ibu yg menyusukan adalah penting untuk mengelakkan daripada serangan asma berlaku
  • Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan
  • Mendengarkan musik klasikal & bacaan Al Quran akan menambah kepintaran bayi
  • Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari..
Tetapi adalah penting untuk ibu mengejutkan bayi untuk menyusu setiap 1-2 jam untuk mengelakkan bayi daripada terkena jaundis
  • Bayi Cuma mempunyai satu lapisan kulit 
sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga & sebagainya. 
Penting untuk ibu supaya tidak menggunakan losyen kepada bayi kerana ia akan lebih mengeringkan kulit bayi akibat daripada bahan kimia yg terdapat di dalamnya. Pakar pediatrik lebih menggalakkan ibu supaya menggunakan minyak bayi untuk mengurut bayi. Urutan bayi juga boleh meninggalkan rasa tenang & selesa kepada bayi
  • Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik sahaja dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya 




MY LITTLE SYAFIQ KETIKA UMURNYA 6 BULAN..
WITH LOVE & CARE, NUR.. 

0 comments:

Catat Ulasan

ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE