Translate

Isnin, 20 Januari 2014

TIPS KURANGKAN BAU BADAN

Sekarang, bukan sahaja orang yang berbadan besar mengalami masalah badan berbau. Mereka yang kurus juga ramaiii yang mengalami masalah sama. Biarpun berpenampilan menarik, berwajah ayu dan mempunyai kerjaya stabil juga.. Kadang tu, duduk dalam aircond pun boleh berbau badan kan?? 
 --------------------
Metro Ahad :
Perunding Dermatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Guru Ratnavelu berkata, bau badan berpunca daripada bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan yang tidak sempurna.

Dalam pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh manakala selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini mudah disingkirkan jika ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.
 Tambahnya, masalah bau badan juga mungkin dianggap ringan bagi sesetengah individu yang kurang peka. Hakikatnya, masalah ini mampu menjadi besar jika tidak dibendung segera.

“Tidak kira sama ada lelaki atau wanita, kebersihan aspek terpenting yang perlu dititikberatkan. Jangan ambil mudah perkara ini kerana apabila berlarutan, ia mampu menyebabkan hilang keyakinan diri dan malu, selain membataskan kegiatan sosial.

“Paling ditakuti, bau badan juga mampu memberi impak terhadap kehidupan peribadi. Misalnya, sukar mencari jodoh atau bagi pasangan berkahwin, ia mampu menjejaskan hubungan suami isteri,” katanya yang menasihati orang ramai supaya memberi perhatian terhadap kebersihan diri.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/09
 --------------------
So, Nur nak share serba sedikit tips kurangkan bau badan.. 
Kenapa kurangkan jer?? Tak boleh hilangkan terus ker?? 
Nak hilangkan, wajiblah amalkan secara Istiqamah, berterusan & konsisten.. Utk permulaan, bolehlah kurangkan dulu.. 

1) Mandi dengan lebih kerap.. 
Mandi termasuk di dalam perkara memberikan diri sendiri. Sekurang kurangnya, 2 kali sehari.. Jika lokasi rumah berhampiran dengan pejabat, bolehlah mandi waktu tengah hari juga. Jangan pula lepas mandi terus tak balik pejabat semula ya.. Tak berkat gaji hujung bulan tu nanti..

2) Cukur/gunting/cabut/vacuum bulu kat ketiak tu.. 
Jangan biarkan jadi hutan belantara.. Bakteria liar mmg sukakan hutan belantara sebegitu.. Lagipun, tidak manislah kiranya ada yang terlihat atau ternampak bulu ketiak kita yang berserabut tu kan.. Ewwww..

3) Limau Nipis
Gosok ketiak dengan limau nipis yang telah dipotong ketika mandi.. Ini petua mak Nur.. Sebab mak memang tak suka guna sabun.. Limau nipislah sabun dia.. Lagipun, sabun kan terdapat bahan-bahan sintetik yang tidak kita ketahui dari manakah sumbernya. Orang-orang lama memang suka guna limau nipis jer kan untuk mandi. Baunya pun sangatlah harum..

4) Keringkan ketiak sekering-keringnya..
Sebaik baiknya, anginkan ketiak sebelum pakai baju selepas mandi.. Supaya bahagian tu betul2 kering.. Ini adalah untuk mengelakkan peluh kita bercampur dengan air lebihan mandi yang belum kering sepenuhnya. Bila sudah bercampur, makin berbaulah jawabnya..

5) Deodorant
Elakkan deodorant jenis roll.. Gunakanlah deodorant yg jenis spray atau stick.. Pemakaian deodoran mengandungi bahan antiseptik juga antara yang banyak membantu meskipun bukan jaminan 100 peratus. Pemakaian bedak bayi juga membantu untuk mengurangkan bau badan sementara.

6) Jaga Pemakanan
Penjagaan pemakanan sangatlah perlu dititikberatkan. Pemakanan merupakan antara faktor utama yang menyumbang ke arah bau badan. Antara makanan yang perlu dielakkan adalah rempah ratus dan bawang putih. Selain itu, banyak minum kopi atau minuman berkafein juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, sama ada lelaki atau perempuan. Bukanlah tidak boleh makan lansung, tetapi kurangkan..

7) Minum banyak air kosong.
Pengambilan air kosong sebanyak 3 liter sehari mampu memperbaiki sistem perkumuhan dalam badan. Jadi, usus dapat menjalankan proses perkumuhan dengan lebih baik. Bila usus berfungsi dengan baik, najis juga akan keluar dari badan setiap hari. Jadi, tidaklah ia berkumpul di dalam usus sahaja. Bila najis sudah dikeluarkan, tidaklah ia menimbulkan bau badan yang keterlaluan.

8) Makan Alfalfa 2-6 biji sehari.
Amalkan pengambilan Alfalfa setiap hari.. Bukan jer bau badan boleh hilang, boleh cuci usus juga.. Usus yg tidak sihat punca bau badan & pelbagai penyakit lain tau.. Bonus utk kaum wanita, sebagai perapat semulajadi & merawat keputihan juga.. Bonus untuk kaum lelaki, dapat memberikan tenaga dan mengelakkan kelesuan. Alfalfa yang terkenal sebagai Raja Segala Tumbuhan mempunyai 1001 khasiat dan mampu memperbaiki tahap kesihatan seseorang menjadi lebih baik.


klik http://bit.ly/Alfalfa1001Khasiat untuk pembelian secara online.
Pembayaran menggunakan kad kredit atau kad debit.
Penghantar terus ke pintu rumah anda.

Jadi, cegah sebelum terlambat. Rawat sebelum terlewat. Jangan biarkan masalah bau badan ini mengganggu kehidupan harian anda & menjadi penghalang kepada kehidupan peribadi anda secara keseluruhannya. Anda berhak untuk memilih kehidupan dan kesihatan yang lebih baik dan lebih berkualiti..

" MASA DEPAN ANDA BERGANTUNG PADA APA YANG ANDA PILIH"

WITH LOVE & CARE, NUR..





2 ulasan:

  1. baru tahu alfafa pun boleh utk hilangkan bau badan yer ? CN mmg amik bnda ni hari2 ;)

    BalasPadam
  2. Ya cikgu.. Alhamdulillah. Minum air kosong banyak yer.. itulah keajaiban alam ciptaan Allah.. pelbagai bentuk, pelbagai faedah.. bukan sahaja bagus untuk kesihatan, tetapi Shaklee dapat membantu dari segi kewangan juga..

    BalasPadam

ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE