Translate

Khamis, 6 Februari 2014

Tips Persediaan Penyusuan Ibu

TIPS 1
Hadiri kelas Persediaan Susu Ibu atau kaunselor / konsultan laktasi.
Terdapat beberapa hospital atau Breastfeeding Centre yang mengadakan Kelas Persediaan. Sertainya dan bawa suaminatau orang tua yang akan menjaga anda dalam tempoh berpantang kelak. Kenalpasti doktor anda, komplikasi dan tempat melahirkan.
Nur yang sudah bersalin 5 kali pun tetap pergi join kelas ni sebab mungkin ada sesuatu 'ilmu' baru yg boleh ditambah.. 

TIPS 2
Faham anatomi dan fisiologi payudara anda.
Semasa mengandung, tubuh anda sudah bersedia menyediakan payudara anda untuk menyusukan anak yang bakal dilahirkan. Susukan bayi sebaik sahaja selepas dilahirkan. Penyusuan pertama harus dilakukan dalam tempoh satu jam selepas melahirkan. Maklumkan pada doktor bahawa anda ingin menyusukan bayi anda dengan susu ibu sahaja..

TIPS 3
'Rooming In' dan Breaatfeeding on demand
Tidur bersama-sama bayi semasa di hospital dan susukannya pada setiap 2 jam atau perhatian 'ques' bayi. Untuk peringkat permulaan, tidak mengapa jika amalkan menyusukan bayi setiap sejam untuk mengelakkan masalah jaundis pada bayi. Pastikan bayi menyusu lebih 20 minit bagi satu-satu payudara untuk menjaminnya mendapat 'susu akhir' yang lebih berlemak bagi membantunya mengeluarkan biliburin dari badan melalui najis..

TIPS 4
Sediakan Pam Payudara dan aksesori untuk kemudahan penyusuan.
Pam payudara, pad payudara, coli menyusu, baju menyusu untuk menyusu semasa dalam pantang sangat penting disediakan awal supaya anda selesa menyusukan bayi ketika tetamu datang bertandang. Bantal menyusu juga dapat membantu ibu-ibu yang melahirkan secara pembedahan untuk menyusukan bayi dengan selesa.

TIPS 5
Pemakanan yang berkhasiat.
Ibu yang menyusukan harus menjaga pemakanan iaitu makan makanan yang seimbang dan mengikut waktu makan yang betul. Ambil karbohidrat dan protein secukupnya supaya ibu lebih bertenaga dan sentiasa gembira ketika menyusukan. Pengambilan vitamin B juga penting untuk memastikan emosi ibu berada dalam keadaan stabil walaupun penat.


Terus terang Nur katakan, melalui pengalaman Nur, Penyusuan Susu Ibu memerlukan pengorbanan, kesanggupan dan hati yg kental. Ini kerana, terdapat berbagai bagai dugaan akan terjadi sewaktu menyusukan termasuklah nipple luka, bengkak susu dan macam macam lagi. Tanpa hati yg kuat dan kental tidak mungkin ibu berjaya melaksanakan penyusuan susu ibu dengan jayanya.
Sebab itulah ibu ibu dituntut untuk mencarigali ilmu penyusuan secukupnya semasa mengandung dan sentiasa melengkapkan diri dengan nutrisi. In Shaa Allah, dengan usaha berterusan, doa yg tidak putus & nutrisi yang lengkap, semua ibu juga mampu menyusukan anak sepenuhnya sehingga 2 tahun..

HAPPY BREASTFEEDING!!!!

Hubungi Nur jika anda memerlukan bantuan semasa menyusukan..

With love & care..

Nur | 0172720564


0 comments:

Catat Ulasan

ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE