Translate

Isnin, 8 September 2014

13 MAKANAN PALING TERUK UNTUK BAYI

Hari ini hari Isnin. Hari yang terkenal dengan istilah 'MONDAY BLUES'.. Hehehe.. Nur yang duduk rumah ni pun terkena juga tempiasnya pagi tadi. Gara2 tidur lewat malam tadi. Inilah akibatnya tak konsisten OSTEMATRIX tu. Masalah insomnia kini mengganggu hidupku lagi. Sabor jerlah.

Bulan September ni, 15 hb nanti genaplah umur Syaurah 9 bulan. Syaurah sudah diberi makan sedikit2 sejak seminggu yang lepas. Anak yang ni terpaksa bagi makan awal pulak sebab dia suka 'menyerang' sesiapa sahaja yang dia nampak tengah makan kat rumah ni.. Makanya, terpaksalah ibu bagi makan juga. Tapi, berperingkatlah.

Setakat ni Syaurah dah makan puri kurma, puri carrot & puri kentang. Puri carrot dan kurma nampak dia suka sangat. Tapi, puri kentang dia reject 100%.. Tak tahulah kenapa kan..

Oleh kerana Syaurah dah mula makan, ibu kenelah alert banyakkk kan, apa yang boleh dan apa yang tak boleh bagi Syaurah makan. Jadi, kali ni Nur nak kongsi tentang 13 jenis makanan yang paling teruk untuk bayi. Terima kasih kat babycentre.com di atas ilmu yang berharga ni..

****************************************


* kredit info babycentre.com

13 Makanan Paling Teruk Untuk Bayi Untuk Bayi Berumur antara 6 bulan dan setahun.

Kerepek

Kerepek mengandungi terlalu banyak garam, dan mungkin akan mengisikan perut kecil bayi sehingga dia terlalu kenyang untuk makan makanan yang lebih berkhasiat. Bayi hanya memerlukan sedikit garam sahaja (kurang daripada 1g sehari).


Gantikan dengan: 
biskut beras atau roti jejari.



Makanan tersedia

Makanan tersedia dan makanan kemudahan lain yang boleh dibeli dari pasar raya adalah untuk orang dewasa, dan biasanya mempunyai banyak garam dan lemak. Periksa label: tahap garam yang tinggi ialah lebih daripada 1.5g garam per 100g (atau 0.6g natrium). Tahap garam rendah ialah kurang daripada 0.3g garam atau kurang setiap 100g (atau 0.1g natrium).


Gantikan dengan: 
bubur nasi buatan sendiri, yang anda boleh masak cukup untuk beberapa hidangan, dan simpan dalam peti sejuk beku dalam bekas-bekas kecil, setiapnya cukup untuk sekali makan.



Makanan segera

Burger, piza dan makanan goreng mengandungi banyak garam dan gula, apatah lagi lemak tepu, dan tidak sesuai untuk bayi. Apabila anda menyediakan makanan sendiri, yang lebih sihat, anda boleh mengawal sepenuhnya ramuan yang digunakan.


Gantikan dengan: 
hidangan-hidangan mudah untuk ibu dan bayi. Nur cadangkan roti telur planta. Tapi tak sesuai untuk yang belum ada gigi lagi macam Syaurah.



Gula-gula

Sarat dengan gula, ia merosakkan lapisan enamel pada gigi bayi. Tofi kenyal dan pastil adalah yang paling teruk kerana mereka berpegang kepada gigi. Gula-gula keras juga membawa risiko dia boleh tercekik.


Jika bayi anda makan gula-gula, pastikan dia seterusnya juga makan sekeping keju atau minum sedikit susu untuk membantu meneutralkan gula dalamnya.

Gantikan dengan: 
ketulan-ketulan raspberi, tembikai dan strawberi yang pasti digemari dan juga mengandungi vitamin C dan lain-lain nutrien. Puri atau lecekkan buah-buahan untuk bayi, atau potong menjadi ketulan-ketulan kecil untuk bayi yang lebih tua. Sentiasa berhampiran bayi anda semasa dia makan.



Keju lapuk matang yang lembut

Jangan memberi bayi anda jenis-jenis keju ini jika dia belum lagi berusia setahun, kerana mereka membawa risiko sejenis keracunan makanan dipanggil listeriosis. Begitu juga dengan jenis keju lembut biru-celah.


Gantikan dengan: 
kiub taufu dan keju cheddar atau edam, yang adalah sumber baik kalsium. Nanti Nur share pula apa itu listeriosis.



Kekacang sebiji-biji

Kanak-kanak di bawah usia lima tahun tidak boleh makan kekacang sebiji-biji kerana risiko dia boleh tercekik. Walau bagaimanapun, kacang boleh dijadikan makanan bercerai susu yang sesuai sebagai mentega kacang atau jika dipotong menjadi kepingan yang sangat kecil.


Tanya pakar pediatrik atau doktor keluarga sebelum anda memberi kacang kepada bayi jika keluarga anda atau suami mempunyai sejarah alergi.

Gantikan dengan: 
kepingan kecil avokado atau hummus dengan biskut beras.



Minuman ringan

Keasidan minuman ini boleh merosakkan gigi bayi yang baru muncul. Selain dari tahap gula dan pemanis tiruan, ada juga yang mengandungi kafein yang boleh terkumpul di dalam badan bayi, menyebabkan dia berjaga-jaga resah atau marah.

Minuman-minuman ini tidak mengandungi sebarang nutrien yang diperlukan bayi anda.


Gantikan dengan: 
air dan susu ibu atau susu formula, yang adalah minuman yang terbaik untuk bayi anda sehingga dia berusia setahun.



Bijirin sarapan manis

Hari baru bermula, gigi sudah mula rosak! Anda mungkin terkejut mendengar bahawa banyak juga bijirin sarapan mengandungi paras garam yang tinggi, jadi sentiasa periksa label pada kotak.


Gantikan dengan: 
bergantung kepada umur bayi anda, cuba beras bayi, bijirin gandum lengkap atau bubur nasi untuk permulaan sihat setiap hari.



Kentang jejari 
     
Kentang jejari yang digoreng mengandungi banyak lemak tepu. Terlalu banyak kentang goreng juga mengisikan perut bayi anda sehingga dia terlalu kenyang untuk menikmati makanan yang memberikan lebih tenaga.


Jika anda membuat keputusan untuk memberikan kentang jejari kepada bayi, pilih yang dipanggang daripada yang digoreng.

Gantikan dengan: 
ubi kentang atau keledek lecek. Boleh juga kalau rajin nak buat jejari kentang sendiri. Kan lebih sihat..



Kek dan donat

Kek dan donat mengandungi sedikit nutrien dan banyak gula dan lemak tepu, yang boleh membuat bayi anda berlebihan berat badan jika dia sentiasa makan. Gigi-giginya juga rosak. Cuba berikan kek dan biskut pada hari atau majlis istimewa sahaja.

Gantikan dengan: 
pisang lecek, biskut beras, roti jejari dan biskut tanpa gula.


Kopi dan teh

Apa-apa minuman yang mengandungi kafein tidak sesuai untuk bayi anda. Jangan tambah teh ke botol bayi anda untuk memanaskan susunya. Tanin dalam teh boleh menghalang badannya daripada menyerap zat besi dalam makanan dengan betul.

Gantikan dengan:
air dan susu ibu atau susu formula adalah minuman yang terbaik untuk bayi anda sehingga dia berusia setahun. Selepas itu dia boleh minum susu lembu penuh lemak sebagai minuman utama atau anda boleh terus menyusui.

Ikan yu, todak atau marlin

Ikan-ikan ini memang bukanlah dalam senarai barang runcit mingguan, tetapi mereka mengandungi tahap merkuri yang tinggi, jadi langsung tidak selamat untuk bayi makan.

Gantikan dengan: 
ikan berminyak adalah sumber baik protin dan minyak omega-3. 
Cuba cebisan ikan salmon dengan keju krim atau sandwic sardin dan timun yang kecil.


*************************************




klik link di bawah untuk pembelian MEAL SHAKE Shaklee secara onine

Gantikan makanan ringan anak anda kepada MEAL SHAKE SHAKLEE!!!
Meal Shake bukan sahaja sarapan lengkap yang mengenyangkan tetapi pelengkap nutrisi yang sangat berkhasiat untuk anak anda setiap hari... Sangatlah digalakkan unttuk anak2 yang kerap tidak sihat, asma, kerap demam, batuk, sembelit & susah nak makan..  

Untuk anak2 Nur, MEAL SHAKE telah banyak membantu menaikkan selera makan anak Nur yang susah sangat nak makan. Syamimi yang dulu selalu sembelit sampai berak berdarah pun dah tak der sembelit lagi. Yang paling best, parut chicken pox diorg pun dah semakin pudar... Alhamdulillah... Inilah ikhtiar Nur untuk improve kesihatan 5 orang anak Nur.. Bukan anak jer, maknyer yang selalu sembelit ni pun dah tak der sembelit dah bila makan MEAL SHAKE... hehehe...

Jadi, AWAS dengan makanan yang diambil oleh bayi anda. Jangan sesekali bagi makan kepada bayi yang umurnya kurang daripada 6 bulan. Banyak sangat kes usus bayi tersumbat akibat bagi makan awal ni. Yang seksanya baby juga. Kesian dia.. Tangisan bayi bukan semata2 kerana dia lapar ya.





klik link di bawah untuk pembelian MEAL SHAKE Shaklee secara onine

Bayi adalah seorang manusia yang paling stress. Kerana, dia hanya mampu menangis untuk menyatakan rasa tidak selesa, lapar, nak tidur, lampin basah atau apa sahaja. Dan, orang dewasa pula tidak semuanya faham tangisan bayi. Sebab itulah kita sebagai seorang dewasa perlu belajar untuk memahami tangisan bayi ni. 

Susu ibu tetap makanan terbaik untuk bayi dan merawat segala penyakit bayi. Ibu yang menyusu pula WAJIB jaga makan yang diambil supaya susu ibu lebih berkhasiat dan mengenyangkan untuk bayi. Dan, itulah sebabnya kenapa Nur makan vitamin.. (^_^)

Untuk kanak2 berumur setahun ke atas pula, bolehlah amalkan MEAL SHAKE sebagai snek harian yang sedap, berkhasiat dan lengkap dengan segala nutrisi wajib yang diperlukan.

September 2014 ni ada promosi berganda Shaklee.. Iaitu MEAL SHAKE BUY 3 FREE 1 & COLLAGEN POWDER BUY 6 FREE 1.. Sesuai sangatlah untuk ibu & anak yang bijak pandai lagi gojes ni kan... Boleh hubungi Nur juga untuk dapatkan produk Shaklee anda ya!




klik link di bawah untuk pembelian MEAL SHAKE Shaklee secara onine


I LOVE BREASTFEEDING ~♥

ANAK SIHAT, 

ANAK CERIA, 

IBU GEMBIRA, 
IBU BAHAGIA....


# SHAKLEE SETIA ALAM    # SHAKLEE SHAH ALAM    # SHAKLEE PUCHONG

IBU NUR

SMS/WASSAP/TELEGRAM/WE CHAT 

0172720564













*********************************************************




0 comments:

Catat Ulasan

ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE