Translate

Jumaat, 24 Oktober 2014

DOA AWAL TAHUN & DOA AKHIR TAHUN



Salam Maalhijrah...

Salam 1 Muharam 1436..

Lepas Asar tadi dah baca Doa Akhir Tahun.. Lepas Maghrib ni, baca Doa Awal Tahun pula ya..
Semoga tahun ini lebih baik daripada yang sebelumnya..
Ikhlas dari dalam hati untuk semua yang membaca....

MINTA MAAF :

Dosa mengumpat tidak boleh dihapuskan dengan solat, puasa sunat dan lain2 kecuali dengan memohon maaf kepada orang yang diumpat.

Justeru itu, sempena menyambut tahun baru maal Hijrah, Nur menyusun jari sepuluh andaikata Nur ada terkata secara sengaja ataupun tidak. Malahan Nur ingin memohon maaf andaikata gurau senda & kata2 Nur selama ini mengguris hati & perasaan anda semua. Nur berharap anda semua dapat memaafkan Nur dengan setulus hati dgn penuh ikhlas.

Terima kasih juga kerana sentiasa hidup saling bermaafan, saling tegur menegur, saling berkongsi ilmu yang bermanfaat, agar tiada hasad dengki khianat, serta tidak sombong diri. Dan halalkan makan minum Nur..

Selamat menyambut tahun baru maal hijrah.

Semoga kita semua sentiasa dirahmati, diberkati & diredhai Allah SWT.

JOM KITA BUKA BUKU BARU DALAM HIDUP KITA.




0 comments:

Catat Ulasan

ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE