Translate

Khamis, 23 Oktober 2014

RAWATAN DAN PENCEGAHAN GASTRIK

GASTRIK DAN NUR..


Nur dengan gastrik ni dah macam kawan baik sejak dari zaman kecik-kecik lagi.. Tapi, kisah yang kecik-kecik tu tak ingatlah kan.. Yang masih terpahat di memori, time tadika.. Dalam seminggu, adalah juga 3-4 kali muntah kat baju orang dalam van.. Masalahnya, ini bukan disengajakan tau. Ini macam reaksi spontan. Siapa yang mengalami masalah sama macam Nur ni, mesti dia lebih memahami.. Kesian sangat ngan member yang asyik kene muntah tu. Asyiklah kene pakai baju tadika kan.. cuma tak surelah orang yang sama atau tak.. Kalau orang tu ada baca post ni, Nur minta maaf ya.. Nur tak sengaja..

Masalah berlanjutan.. Waktu sekolah rendah, ingat lagi.. Hari Isnin, perhimpunan pagi.. Kan lama kene berdiri tu kan.. Kadang tu, baru berdiri setengah jam, peluh seram sejuk mula membasahi ketiak, belakang baju, tengkuk.. Sampai boleh rasa tu peluh menitik dalam tudung.. Kalau tak serta merta pergi duduk, wajiblah tumbang time tu juga tak pun, kompom orang depan kene balik tukar baju sebab kene muntah Nur.. Maaflah kawan... Nur belum pandai kawal lagi masa tu..

Bab ubat, macam-macam ubat dah mak bagi.. Yang putih, yang serbuk, yang pil.. Bab klinik pun, macam-macam jenis klinik dah pegi... Tapi, masalah cuma hilang sekejap. Tak lama lepas tu, mesti berulang balik.. Sampailah dah beranak pinak ni... Tapi, sejak melahirkan anak ke-4, Mohammad Syafiq bin Junaidi, banyak sangat dah kurang gastrik ni.. Nak tahu apa rahsianya? Wajib baca sampai habisss... heheh...

Hasil jalan2 dengan pakcik google, jumpalah info2 ni...

***********************

APAKAH YANG MENYEBABKAN TERJADINYA PENYAKIT GASTRIK INI?  

Penyakit ini dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan menyebabkan terjadinya ulser. Bagaimanapun, pada tahun 1982, dua orang saintis Warren dan Marshall telah mengaitkan bakteria Helicobacter pylori (lebih biasa dikenali sebagai H. pylori) dengan ulser. Didapati sehingga 80% ulser gastrik disebabkan oleh bakteria ini. Bakteria ini boleh hidup dalam keadaan yang berasid tinggi kerana ia boleh mengeluarkan sejenis enzim yang meneutralkan asid tersebut.


APAKAH FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENYAKIT GASTRIK INI?

Antara faktor-faktor  yang perlu diperhatikan ialah:
  • pengambil ubat-ubat tahan sakit seperti aspirin, brufen dsb. Kumpulan ubat dari jenis NSAID (non-steroidal anti-inflammatory drugs) ini boleh menyebabkan atau memburukkan lagi ulser yang dihidapi.
  • orang yang lebih tua, berusia 50 tahun ke atas. Ini mungkin kerana mereka lebih kerap mengambil ubat tahan sakit untuk penyakit arthritis (sakit sendi), atau sebab-sebab lain.
  • penyakit tertentu seperti Crohn's disease dan Zollinger-Ellison syndrome
  • hal-hal yang berkaitan dengan reflux. Kecederaan pada proses ini boleh menyebabkan asid bile masuk ke dalam perut dan menipiskan lapisannya. Pada orang tua pula, pylorus boleh merenggang, menyebabkan kejadian yang sama berlaku.
  • orang yang berdarah jenis A.
  • pengambilan kafein dan alkohol berlebihan.
  • perokok
  • pemakanan yang tidak terurus
  • stress (tekanan) secara tidak langsung boleh mempengaruhi penyakit ini.
Untuk Nur, tak tahulah yang mana satu yang paling tepat. Nur rasa Nur ni ada masalah asid yang berlebihan jer dalam perut. Sebab kadang tu, tak der skip makan pun, jadi juga..

TANDA-TANDA
Pesakit akan mengalami satu atau lebih tanda-tanda di bawah ini:

  • sakit perut dan rasa tidak hadam makan. Sakit perut selalunya dirasai di bahagian atas perut
  • rasa pening kepala.
  • mengalami angin. Terasa sakit di bahagian ulu hati. Sendawa dan kentut yang kerap.
  • muntah.
  • badan rasa lemah lesu.
  • berat badan menurun.
  • najis menjadi hitam atau gelap (kerana ia sebati dengan darah)

RAWATAN DAN PENCEGAHAN GASTRIK  

Sebenarnya, nak kata ini sebagai rawatan khusus pun, tak juga. Sebab, Nur mula makan Shaklee selepas melahirkan anak yang ke-4. Tujuan asal makan Shaklee adalah sebab nak rasa lebih sihat dan sebagai sokongan dalam breastfeeding. Sebab, masa pregnant Syafiq, kesihatan Nur sangat-sangat merudum. Cuti sakit hampir setiap minggu sehingga menjejaskan kerja Nur di pejabat (masa tu masih keje sebagai kakitangan awam), menjejaskan juga keadaan Nur di rumah sebagai seorang isteri dan ibu. Dan, Nur nekad, Nur nak lebih sihat selepas bersalin dan pastinya nak menyusukan Syafiq sepenuhnya dengan susu ibu sama seperti abang kakaknya.

Nur amalkan SET TRIPPLE M (baca lebih lanjut di sini ---> http://ibu-ayah-comel.blogspot.com/2013/02/cadangan-suplimen-lengkap-ibu-menyusu.html) bermula daripada sehari selepas melahirkan Syafiq. Masa tu, masih di wad lagi sebab Syafiq lahir pramatang 32 minggu. Dan, Alhamdulillah, bukan jer badan lebih sihat, luka lepas bersalin cepat baik, tenaga lebih extra, dan susu pun meriah sangat!!! Ini pula kata mereka yang turut sama makan SET TRIPPLE M ni.. --->  http://ibu-ayah-comel.blogspot.com/2013/02/testimoni-set-tripple-m-3m.html

Hati mula tertanya-tanya, dah lama juga Nur tak diserang gastrik. Bukanlah mintak kan, tapi, mesti kita akan rasa kelainan pada diri kita kan.. Rupanya-rupanya, ESP & OSTEMATRIK yang merupakan salah satu ikhtiar untuk masalah gastrik ada sekali dalam SET TRIPPLE M ni.. Sangatlah jimat kan, semuanya ALL IN ONE! Syukur Alhamdulillah..


ESP rupanya... mengurangkan keasidan dalam perut yang berpunca daripada jus gastrik! Kandungannya yang mempunyai 20 zat jenis asid amino mambantu membina sek dan tisu baru untuk dinding perut. Dan, yang paling best, masalah kerap lapar tu sangat-sangat berkurang.. 


OSTEMATRIX pulak, mengandungi kalsium yang bersifat alkali untuk mengurangkan keasidan dalam perut! 1 tablet OSTEMATRIX sama dengan 1 gelas susu tinggi kalsium dan juga sama dengan 80 biji badam. Dan, umum mengetahui, kita perlu minum susu untuk meneutralkan asid dalam perut. Jadi, sangatlah bagus untuk Nur yang malas nak minum susu ni kan.. Telan jer 4 biji OSTEMATRIX sebelum tidur, selesai... Bukan jer tulang dan gigi Nur terjaga, Tulang anak yang minum susu ibu sepenuhnya pun sama terjamin..


ANTARA LANGKAH PENCEGAHAN GASTRIK

Ini antara langkah yang Nur amalkan untuk kurangkan gastrik ni sebelum dan selepas Nur kenal Shaklee.. Semoga dapat menjadi panduan juga untuk semua..
  • makan kerap tapi sedikit. Ini untuk elakkan perut daripada kosong. Nur selalu amik ESP + MEAL SHAKE sebagai snek berkhasiat tiap hari.
  • rehat kene cukup. 
  • jauhkan daripada perkara-perkara yang boleh mempengaruhi terjadi gastrik seperti yang dinyatakan kat atas tu. (hasil carian di google)
  • pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kobis, brocolli harus ditambah. Sulfur membentuk glutathione yang melindungi lapisan perut.
  • ambil vitamin C 100mg untuk mengurangkan kandungan nitrosamines yang boleh menyebabkan kaser perut. Nur ambil VITA-C Shaklee..
  • tambahkan zink dalam pemakanan untuk proses penyembuhan ulser di perut
  • susu probiotik macam yakult tu pun kene amalkan selalu. 




Anda boleh buat belian ESP & OSTEMATRIX secara terus dengan hanya klik link di bawah ini.. Bayaran secara kredit kad atau debit kad dan, penghantaran akan dilakukan secara terus ke alamat yang anda nyatakan. Boleh hubungi Nur untuk konsultansi berterusan secara percuma selepas belian dibuat.. klik ---> http://bit.ly/SetGastrikBerkesan
~(^_^)~


*************************************************











0 comments:

Catat Ulasan

ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE