Translate

Khamis, 20 Februari 2014

UBAT DAN KEHAMILAN

Tidak semua ubat mendatangkan kemudaratan kepada ibu hamil. Tetapi, kesan buruknya dapat dilihat pada bayi dalam kandungan. Jadi, sekiranya anda hamil dan perlukan ubat, berhati-hatilah. Terutamanya ubat-ubatan sintetik. Untuk keselamatan yang lebih terjamin, pergilah dapatkan khidmat nasihat doktor untuk kebaikan ibu dan anak.

Kebanyakan kecacatan yang berlaku apabila sesuatu jenis ubat itu diambil adalah ketika trimester pertama kehamilan. Kerana, dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan, bayi sedang dalam proses perkembangan yang kritikal. Ketika ini bayi sangat sensitif terhadap sebarang gangguan luar termasuklah ubat-ubatan.


KESAN UBAT PENAHAN SAKIT PADA IBU HAMIL

[UBAT PENAHAN SAKIT BUKAN NARKOTIK - KURANG DADAH]

Bagi ibu hamil yang memerlukan rawatan, ubat penahan sakit perlulah diambil dalam dos yang rendah dan dalam jangka masa yang singkat. Antara ubat yang menjadi pilihan dan selamat digunakan ialah paracetamol atau asetaminofen. Tetapi ubat jenis ini boleh menyebabkan keracunan jikaa diambil berlebihan.

Bagi meredakan sakit gigi, sakit belakang dan sakit tulang belakang, kebanyakan pakar perubatan setuju aspirin adalah pilihan yang tepat. Walaupun kesan aspirin pada bayi dalam kandungan tidak jelas, pengambilannya ketika peringkat akhir kehamilan boleh mengganggu pengecutan rahim dan menyebabkan komplikasi semasa proses kelahiran. Selain itu, aspirin boleh menyebabkan berlakunya pendarahan pada ibu dan bayi. Jadi aspirin sangat-sangat perlu dielakkan.

Bagi penghidap migrain, penggunaan ubat seperti ergotamin ketika hamil adalah dilarang. Ergotamin menghalang pengaliran darah ke plasenta lalu mengakibatkan bayi kekurangan oksigen dan seterusnya boleh menyebabkan kematian.

[UBAT PENAHAN SAKIT NARKOTIK - DADAH SEPENUHNYA]

Ubat jenis ini akan mendatangkan kesan buruk pada otak dan pernafasan bayi terutamanya sekiranya diberikan dengan tujuan untuk menghilangkan rasa sakit semasa proses kelahiran. Ubat penahan sakit yang sesuai semasa proses kelahiran ialah ubat petidin.

Ubat ini adalah ubat sintetik dan kurang berkesan dalam mengurangkan kesakitan berbanding morfina tetapi kurang kesan mudaratnya terhadap sistem pernafasan bayi yang baru lahir.

Pengalaman Nur menggunakan ubat petidin ini, doktor akan berikan suntikan yang mengandungi petidin di bahagian punggung. Jika sakit sebenar seperti waktu kelahiran sebenar belum sampai, sakitnya akibat ubat petidin seperti kekejangan di bahagian pinggang ke belakang punggung. Tetapi, jika diambil ketika sakit bersalin sebenar sedang berlaku ia membantu mempercepatkan proses kelahiran. Kontraction juga akan berlaku semakin kuat.

[UBAT NSAIDs]

Ubat yang tergolong dalam kelas anti-inflamasi (non-steroidal anti inflamatory drugs) ini menghalang rasa sakit dan mengurangkan keradangan. Lazimnya, ubat seperti ini diberikan untuk meredakan sakit kepala, gout, sakit tulang belakang dan sakit otot.

Ubat ini turut boleh merencatkan proses pengecutan rahim dan mengganggu proses kelahiran. Atas sebab inilah, pengambilan ubat jenis ini perlu dielakkan terutamanya ketika 3 bulan terakhir kehamilan.

■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□■□

Dalam supplimen Shaklee, ada sesetengah vitamin yang kurang sesuai diambil oleh mereka yang hamil kerana antioksidan yang tinggi ataupun mempunyai kandungan herba. Tetapi, ada juga sesetengahnya boleh diambil di dalam kuantiti yang kecil mengikut keperluan. Jika tidak memerlukan, lebih baik jika elakkan dan amalkan vitamin-vitamin wajib untuk ibu hamil sahaja.

♥ Antara vitamin yang kurang sesuai :

- Vivix (Antioksidan tinggi. Bergantung pada keperluan & tahap kesihatan)

- Alfalfa (Mengandungi herba yang boleh mengecutkan rahim. Tetapi bagus untuk masalah bengkak kaki bagi ibu hamil.)

- Herblax (Mengandungi herba & detox yang tidak sesuai untuk ibu hamil. Boleh gantikan dengan Ostematrix untuk ibu hamil detox badan.)

- Carotomax (Mengandungi vitamin A tinggi yang tidak sesuai untuk ibu hamil)

- AJHT (Mengandungi kandungan herba)


♥ Vitamin WAJIB ibu hamil :

- ESP (Mengandungi kandungan protein yang sangat diperlukan untuk perkembangan kulit bayi yang cantik, memelihara kulit ibu, memberikan tenaga kepada ibu & memelihara perkembangan organ dalaman bayi yang sihat)

- Vitalea (Multivitamin lengkap yang mampu mengurangkan masalah hemoglobin @ hb darah ibu, melebatkan rambut bayi & mengurangkan banyak risiko penyakit merbahaya kepada ibu & bayi)

- Vitamin C (Membina sistem imun ibu dan bayi yang sihat. Memelihara kecantikan ibu & bayi. Kekurangan vitamin C dalam badan ibu ketika hamil juga boleh menyebabkan masalah jerawat)

- B Complex (Lengkap dengan folic asid yang boleh mencegah kecacatan bayi sejak dari dalam kandungan lagi)

- Ostematrix (Dikenali sebagai Kalsium Magnesium yang berkualiti & bermutu tinggi. Tanpa Magnesium, jika kalsium diambil berlebihan akan menyebabkan berlakunya mendapan & membentuk batu karang. Juga lengkap dengan Vitamin D yang membantu memadatkan tulang juga. Pengambilan Ostematrix mampu melancarkan masalah sembelit ibu hamil sekaligus merawat masalah buasir jika diambil bersama Omega Guard)

- Omega Guard (Omega diperlukan untuk pembentukan otak bayi yang bijak pandai di samping memelihara ingatan ibu. Selain itu mampu mengurangkan masalah darah tinggi yang sering dialami oleh ibu hamil sekaligus menurunkan kolestrol dalam badan)


Dapatkan khidmat nasihat & rundingan kesihatan percuma daripada Nur. In Shaa Allah, Nur akan membantu anda memilih apa yang anda perlukan mengikut kesesuaian tahap kesihatan & baget anda..

Pengedar Sah Shaklee anda / Shaklee Independent Distributor

# Shaklee Setia Alam

# Shaklee Shah Alam

# Shaklee Puchong

Nur Suzana Laily Zabri | SID : 889092

WASSAP/SMS : 0172720564


WITH LOVE & CARE, NUR.. ~♥



0 comments:

Catat Ulasan

ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE