Translate

Jumaat, 7 Februari 2014

PENGALAMAN PENYUSUAN SUSU IBU ♥ ANAK SULUNG

Khamis malam Jumaat.. Mata tak dapat lelap pulak.. Jadi, dikesempatan ini, hati ingin mencoret sesuatu. Coretan yang mana tahu memberi manfaat kepada orang lain pula.. In Shaa Allah..

Alhamdulillah.. Syukur atas kurniaan Allah kini Nur telah melahirkan 5 orang anak di usia 26 tahun.. Tak terjangkau dek akal fikiran Nur mampu mempunyai ramai anak di usia semuda ini. Teringat masa zaman sekolah dulu, pernah merancang dengan sepupu, umur 26 tahun baru nak kahwin. Nak anak 7 orang.. Tapi, kita hanya merancang.. Allah yang menentukan. Alhamdulillah, maksiat dapat dielakkan, zina juga dapat dijauhkan.. Terima kasih juga kepada suamiku, En. Junaidi Junmut atas kesudiannya menerima diri ini sebagai seorang isteri..

Pada 17 November 2006, lahirlah seorang putera sulung kami yang diberi nama Mohammad Safwan bin Junaidi. Pada ketika ini segala ilmu berkaitan penyusuan dan penjagaan bayi sangat kurang. Hanya tahu serba sedikit melalui pembacaan.. Majalah Pa&Ma lah yang sering menjadi rujukan utama. Lebih - lebih lagi pada ketika itu Nur mengandung dan melahirkan Safwan di kampung suami, Mukah, Sarawak.
Dengan bantuan nurse, Nur belajar cara menyusukan, cara tukar pampers dan macam2 lagi cara penjagaan baby.. Sampai pada hari ke 6 melahirkan, Nur mengalami demam bengkak susu yang pertama dalam hidup.. Seksanya Allah jer yang tahu. Beberapa hari lepas tu, nipple pula luka. Akibat daripada kurangnya ilmu lekapan. Cuma di tahap ini, syukur Alhamdulillah kerana Allah tetap kuatkan semangat Nur untuk menyusukan Safwan.

Umur Safwan sebulan..
Dugaan baru mula datang. Safwan kerap menangis siang dan malam. Orang-orang kampung mula berkata Nur 'tak cukup susu'. Sebab tu Safwan asyik nangis. Padahal susu memang banyak dan mencurah curah. Selain daripada tu, mereka kata susu Nur 'lantoh' dengan erti kata lain, basi.. Dengan ilmu yang sangat cetek, Nur merelakan Safwan disuap susu formula pada umurnya 40++ hari.. Hati memang sedih tapi ketika itu, tak tahu apa lagi yang harus dilakukan.

Bermula saat itulah Safwan reject sepenuhnya susu ibu. Sifat bayi yang semulajadi adalah, mereka sukakan rasa manis. Susu formula kebanyakannya dicipta memang dengan rasa manis. Jadi, itulah puncanya kenapa kebanyakan bayi yang telah diberikan susu formula akan menolak susu ibu selepas itu. Lebih - lebih lagi, dengan puting botol yang senang airnya mengalir.. Tetapi, perlu diingat bahawa, senaman mulut yang dilakukan oleh bayi ketika menyusu susu ibu banyak manfaat untuk perkembangan percakapannya kelak.

Harus diingat juga, selagi umur anak belum 6 bulan, jangan sekali kali bagi anak makan makanan luar selain daripada susu ataupun susu ibu. Sayangilah usus anak2 kita.. Pemakanan yang terlalu awal inilah punca kenapa wad pediatrik semua hospital sekarang penuh dengan kanak2 yang sakit buat pinggang.. Buah pinggang dan usus bayi berumur 6 bulan ke bawah belum matang lagi untuk memproses segala jenis bentuk makanan. Tak perlulah susah susahkan badan nak masak bubur atau nak membazir duit beli nestum bagai selagi umur anak belum 6 bulan. Makin lewat anak diberi makan, lebih bagus sebenarnya kerana anda memberi peluang usus dan buah pinggang matang mereka sepenuhnya..

Kerana itu ilmu penyusuan susu ibu harus di tuntut, wajib dicari gali supaya ibu2 tidak mudah mengalah dan terus tetap dengan niat asal ingin menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya.. Biarlah kita bersusah2 dahulu, kerana manfaat di kemudian hari sangatlah banyak dan sangat berharga untuk masa depan anak2 kita..

Kini Safwan dah darjah 2...
Walaupun Safwan anak yang paling kurang minum susu ibu di awal umurnya, tapi dia tetap anak yang menjadi tonggak harapan keluarga. Safwan banyak mengajar ibu erti sabar, erti kasih sayang.. Sikapnya yang ambil berat dan penyayang selalu menyentuh perasaan. Safwan juga anak yang sangat aktif. Kadang tu, tidak terkawal juga walaupun dulu dia kerap sakit akibat antibodi yang lemah. Kini, Safwan mengamalkan Meal Shake dan vitamin c setiap hari.. Bijak mengambil hati ibu ayah dan bijak menghafaz Quran juga..

Semoga Safwan menjadi anak yang soleh dan mampu menjadi penyelamat ibu ayah dan adik adik di dunia juga di akhirat.. Ketahuilah bahawa, Safwan tetap permata hati ibu dan anak ibu yang baik hati. Ibu marah bukan kerana ibu benci tapi ibu marah kerana ibu sayang Safwan. Ibu nak didik Safwan menjadi anak yang memberi manfaat kepada semua orang.. Kalau boleh, ibu nak Safwan menjadi anak sebaik arwah Ammar.. Syahid yang tertangguh..

Ikuti pengalaman penyusuan Nur untuk anak kedua, ketiga, keempat & kelima pula nanti yer..

SUSU IBU ADALAH MAKANAN YANG TERBAIK UNTUK BAYI..
~(^__^)~

# Safwan tengah makan nasi lemak di R&R Rawang..

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah..pengalaman mengajar erti kehidupan..ju walaupun ank pertama..tiada pengalaman...hanya belajar melalui pembacaan..n marissa kini still bf.. jimat duit poket hehe

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. tahniah cik jue.. sebab tu ibu2 skrg beruntung.. banyak sangat pendedahan.. dulu, internet masih belum dipopularkan.. bahan bacaan yg mengalakkan penyusuan susu ibu pun kurang sangat.. jadi, manfaatkan segala medium yg ada utk teris menuntut ilmu.. Bak kata ustaz Farid kat radio Ikim td, kita diwajibkan terus menuntut ilmu hingga ke liang lahad.. :)

    BalasPadam

ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE