Translate

Khamis, 20 Februari 2014

KENAPA IBU MENGANDUNG DIWAJIBKAN MAKAN VITAMIN??

Ibu-ibu sering diarahkan supaya makan makanan tambahan sewaktu hamil. Harus diingatkan bahawa, ketika hamil, selepas bersalin & semasa menyusukan bayi merupakan waktu paling kritikal untuk ibu makan vitamin. Ia bukan sahaja untuk menjamin perkembangan bayi yang sihat tetapi juga untuk menjamin tubuh ibu mampu & bersedia untuk menempuh alam kehamilan & penyusuan yang sangat mencabar. Kerana itulah, doktor-doktor & pakar-pakar kesihatan sangat mengambil berat tentang pemakanan ibu hamil. Jika badan ibu sendiri tidak sihat, ia mengundang risiko bayi di dalam kandungan juga tidak sihat..

Kepada ibu-ibu hamil, jika anda tidak fikirkan tentang diri anda sekalipun, fikirkanlah tentang insan kecil yang anda kandungkan. Berilah peluang kepadanya untuk menikmati nikmat Allah dengan sempurna sama seperti yang telah anda nikmati.. Berikut merupakan kupasan ringkas daripada Nur tentang apa kegunaan & faedah yang anda dapat daripada Vitamin yang anda wajib makan..


♥ ASID FOLIK & VITAMIN B 

>>> Membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang bayi
>>> Spina Bifida dapat dielakkan sejak dalam kandungan
>>> meransang hormon ketenangan kepada ibu
>>> menggalakkan pertumbuhan organ bayi yang sihat
>>> memberi tenaga tambahan kepada ibu yang mudah letih ketika hamil
>>> menukarkan makanan yang ibu makan kepada tenaga 
>>> buah-buahan seperti pisang kaya dengan asid folik



♥ PROTEIN 

>>> Protein merupakan makanan utama kulit
>>> menggalakkan pertumbuhan kulit bayi yang sihat & cantik
>>> menggalakkan pertumbuhan organ bayi yang lebih sempurna
>>> mengelakkan 'strech mark' yang keterlaluan pada ibu
>>> mencantikkan kulit ibu
>>> memberikan tenaga tambahan kepada ibu
>>> protein daripada tumbuh tumbuhan NON-GMO lebih mudah diserap oleh badan berbanding protein daripada haiwan
>>> ikan sumber potein yang murah
 
 


♥ VITAMIN C 

>>> mengelakkan ibu daripada diserang pelbagai penyakit
>>> ibu lebih sihat & perkembangan bayi lebih baik
>>> menstabilkan metabolisme badan ibu
>>> sebagai antioksida
>>> melindungi sel-sel tubuh ibu daripada radikal bebas
>>> mencegah sembelit & buasir yang sering menyerang ibu hamil
>>> bantu ibu kawal berat badan
>>> ibu yang kurang Vitamin C mudah dijangkiti selsema
 
 
♥ OMEGA 

>>> menggalakkan pertumbuhan mata bayi
>>> menggalakkan perkembangan otak bayi
>>> mencegah alahan kepada bayi
>>> meningkatkan antibodi & sistem imunisasi ibu & bayi
>>> membantu ibu menurunkan tekanan darah tinggi
>>> membantu ibu mengawal kolestrol dalam badan
>>> membantu ibu mendapatkan berat badan yang lebih stabil & sihat
>>> mengurangkan 'penyakit lupa' ibu
 

♥ KARBOHIDRAT 

>>> tubuh ibu memerlukan lebih kalori ketika hamil
>>> menggalakkan tumbesaran bayi
>>> memberikan ibu lebih tenaga
>>> makan sedikit tetapi kerap untuk mengelakkan gastrik
 

ZAT BESI  

>>> untuk mengelakkan masalah anemia kepada ibu
>>> masalah anemia boleh menyebabkan ibu tumpah darah ketika melahirkan
>>> mengelakkan ibu kelihatan pucat & tidak bermaya
>>> mengelakkan risiko bayi kurang berat badan
>>> kurangnya zat besi boleh menyebabkan oksigen kurang sampai ke otak dan boleh menyebabkan masalah kesihatan pada bayi
>>> kekurangan oksigen sampai ke otak juga boleh mnyebabkan ibu lumpuh
 

KALSIUM 

>>> Kalsium terbaik adalah yang mengandungi Magnesium & Vitamin D
>>> juga mengandungi BORON
>>> Magnesium mampu mengelakkan penyakit batu karang
>>> Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang lebih baik ke dalam tulang
>>> Boron merupakan BUILDER yang membantu kalsium memenuhi ruang kosong yang diperlukan oleh tulang yang memerlukan
>>> membantu memadatkan tulang
>>> ibu hamil sering mengalami sakit gigi akibat kurang kalsium
>>> mengelakkan sakit pinggang kepada ibu
>>> mengelakkan masalah kekejangan berlaku kepada ibu
>>> memberikan ibu tidur yang lebih berkualiti
>>> ibu hamil selalu mendapat masalah tulang kaki bengkok selepas kelahiran akibat kekurangan kalsium
 

Semoga perkongsian Nur ini memberi manfaat kepada semua. Bagi Nur, vitamin semulajadi menjadi pilihan Nur kerana ia mudah diserap dalam badan. Jadi ia tidak akan memberatkan buah pinggang jika kita sentiasa membekalkan keperluan air yang mencukupi untuk badan. Nur memilih untuk makan vitamin sebagai makanan tambahan kerana Nur tidak mampu hendak memenuhi pemakanan harian mengikut piramid makanan akibat faktor kesibukan dan banyak lagi kekangan.

Selain daripada itu, vitamin semulajadi tidak meninggalkan kesan toksik dalam badan yang boleh mengakibatkan penyakit lain pula di masa yang akan datang.. Kerana, kita makan vitamin untuk kesihatan berpanjangan bukannya hanya untuk sihat sekarang semata-mata. Jika badan sihat, ia memudahkan lagi untuk kita lebih kuat beribadah kepada Allah..
In shaa Allah.. 

Jadi fikirkanlah yang mana satu pilihan anda.. VITAMIN SINTETIK yang PERCUMA tetapi meningkatkan risiko penyakit lain di masa yang akan datang ataupun VITAMIN SEMULAJADI yang memberikan kesihatan berpanjangan, In Shaa Allah..

WITH LOVE & CARE, NUR..

♥♥♥♥♥♥♥♥♡♡♡♡♡♡♥♥♥♥♥♥♥♥♥

HUBUNGI NUR UNTUK KONSULTANSI PERCUMA
VITAMIN SEMULAJADI ANDA
SMS/WASSAP | 0172720564

0 comments:

Catat Ulasan

ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE