Translate

Sabtu, 15 Februari 2014

Majlis Menyambut Master Shaklee

Atau nama lainnya, MASTER CELEBRATION..

Ini pertama kali Nur menjejakkan kaki ke Master Celebration sepanjang Nur bergiat aktif di dalam perniagaan Shaklee. Kali ini, Shaklee Malaysia telah mengadakan Master Celebration untuk Master Farihah & suaminya di Marriot Hotel Putrajaya.. Tempat ni Master sendiri yang pilih tau.. Segala perbelanjaan ditaja sepenuhnya oleh pihak Shaklee.. Makan pun sedap...

Sambutan ini merupakan penghargaan daripada pihak Shaklee Malaysia di atas sumbangan distributornya yang telah mencapai pangkat tertinggi di dalam Shaklee iaitu MASTER COORDINATOR.. Inilah kelebihan dan perbezaan bisness Shaklee.. Dahlah dapat bonus tunai, bonus kereta, pergi melancong di dalam dan di luar negara, dapat pergi umrah dan di beri penghargaan untuk setiap pangkat yang dicapai lagi.. Semuanya PERCUMA!! Alhamdulillah..

Kak Eha merupakan kakak Shaklee Nur yang 'seibu, sebapa' di dalam Shaklee.. Beliau sentiasa rajin berkongsi tips dengan kami & selalu menjadi penaik semangat kami. Kata-katanya mampu membuatkan sesiapa sahaja mengalirkan air mata, mahupun lawak jenakanya.. Dialah juga yang sering menjadi penghibur kami di Wassap Group S2U..
Terima kasih k.eha...

Apa yang kuat menggerakkan hati Nur untuk datang ke Majlis ilmu pada hari ini, adalah satu ayat yang telah diungkapkan oleh sahabat Shaklee juga, "biasanya orang yang pergi Master Celebration bulan tu, pasti dapat naik pangkat.." In shaa Allah.. Jangan takut bermimpi.. Tapi, jangan sampai terpesong niat.. Niat utama memang datang sebab nak menuntut ilmu.. Merasa sendiri suasana penuh awra positif, cas-cas positif..

Antara tips yang kak Eha kongsikan,
"Jangan pernah putus asa..
Jangan pernah mengaku kalah dengan dugaan yang datang..
Konsisten dalam apa juga yang dilakukan..
Pandang sesuatu dugaan sebagai satu cabaran..
Keluar daripada kelompok keselesaan..
Jangan takut untuk memberi..
Tuliskan apa kelemahan kita, apa kelebihan kita..
Hargai masa dengan anak-anak..
Doa.. doa.. doa.. Jangan pernah berhenti berdoa.."

Kak Eha juga ada kata, sesiapa sahaja yang ada rasa TANGGUNGJAWAB terhadap perniagaan Shaklee ini, pasti akan berjaya.. Tanggungjawab untuk membantu semua orang sama-sama sihat, Tanggungjawab untuk sama-sama mengkayakan lebih ramai umat Islam di muka bumi ini..

Pesanan Ummie Iffah,
"MEMBERILAH TANPA BATASAN, Tiada lagi orang yang jatuh miskin dengan memberi.. HIDUPLAH UNTUK MEMBERI.. SEMAKIN BANYAK KITA MEMBERI, SEMAKIN BANYAKLAH JUGA YANG AKAN KITA DAPAT.." 

Syukur Alhamdulillah ditemukan dengan insan-insan hebat seperti kalian. Alangkah bertuahnya Nur tergolong di dalam golongan warga Jutawan ini.. Ternyata pengorbanan Nur, sakit Nur, dugaan Nur belum cukup banyak jika dibandingkan dengan kalian.. Terima kasih kerana sentiasa menjadi inspirasi hati kecil ini.. Jalan yang semakin pasti, Supervisor Nur Februari 2014 akan dikecapi.. Ameen.. 

Mahu mencari pasif income?
 
Mahu mencari kesihatan berkekalan?
 
Mahu hidup lebih bererti?
 
JOM JOIN SHAKLEE..

Nur.. 《 0172720564 》

Bersama-sama sahabat di dalam Shaklee.. 
K.Eha, K.Mahfuzah, Ummie Iffah Anuar, K.Ida, K.Yati, K.Nad & ramai lagi..
Kami umpama satu keluarga..
Inilah ukhwah yang paling bermakna..
~(^__^)~

0 comments:

Catat Ulasan

ULASAN & PENDAPAT ANDA AMAT DIHARGAI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH! ANDA PELAWAT KE